Monday, May 5, 2014

Tips Untuk Mak-mak Overdue

Kerja aku menghadpet je arini kan??
Nampak tak camana aku makan gaji buta??
Lepas tu vangga ye??

Nah selfie aku dengan anak aku..

Tak nampak muka aku.
Yang kelihatan cuma sipi-sipi ketiak.
Takpe yang penting ni anak aku masa fresh from heaven.

Inila rope budak yang sesegan nak keluar.
Overdue 5 hari, buat aku cuak.
Sepatutnya keluar 17 Januari 2014.
Tapi tak keluar-keluar.
Dah tu doc bagi masa lagi 10 hari.
So harini aku nak cerita pasal overdue.
Maybe boleh bagi sikit tips untuk yang overdue.

Doc kata...
" Biasanya kalau overdue, kita akan check heartbeat baby, pergerakan baby, perkembangan baby. Kalau baby ok takde masalah, kita akan bagi masa. Depends..around 1 week"

Janganlah korang taktaw,
sepanjang aku bercuti tunggu hari bersalin,
aku rajinlah sangat memasak.
Sebelum ni pun memang aku RAJIIINNN memasak...kannn??
Tengok muka dah taw..ada cahaya masakan kat dahi.


Masa dah terlebih satu hari,
aku cuba mengaktifkan diri.
Aku buat lompat bintang kat playground dengan anak sulung aku.
Masih belum beranak.

 Tudia cahaya masakan semakin menyinar.
Pun tak banok-banok lagi..

 

Ada satu malam tu, laki aku bawak SET BERSALIN AMWAY.
Esoknya beranak terus.
So kalo overdue..cepat-cepat beli set amway ni.

*krikk...krikk...krikk*

Bila overdue je, apa yang aku buat?
1. Hari-hari aku berjalan, excercise paling mudah.
2. Aku keluarkan peluh dengan memasak.
3. Aku tak minum air lain dah, minum air zam-zam je. Tipu..ada lah minum air masak sesikit. Bila minum jangan lupa doa banyak2.
4. Makan kurma.
5. Makan madu. Bape kali? Bape-bape kali yang aku suka. Asal aku nampak madu aku makan sesudu.
6. Bersedekah. Bila kita mudahkan kesulitan orang, moga-moga Allah swt permudahkan kesulitan kita.

Pagi hari keempat, aku breakfast kat food court dgn husband and anak aku.
JALAN KAKI.
Then aku ke pasar, JALAN KAKI.
Balik aku masak, then petang aku rest.
Keep on minum air zam, madu n kurma,
Malam lepas solat Isyak dalam kul 10.30 aku g Hospital Putrajaya.
Pukul 12:00 am masuk labour room,
alhamdulillah jam 02:02 am bersalin.
Syukur bersalin hari kelima.

1 comment:

Noor Suraya said...

gila buat lompat bintang..hahahahahhaha......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...