Tuesday, May 6, 2014

Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum.
Hari ni hari Selasa ye?
Rasa macam lambat je minggu ni.
Selalunya kalau semalam Isnin,
harini dah Khamis.

Takpe..yang penting hari2 aku breakfast menu yang sama.
Abang Pekan kat cafe aku langsung takde inisiatif utk fikirkan menu lain.

Harini aku nak kongsi tips pasal REZEKI.
Tips ni aku dapat dari sorang akak somel.

Ok tips dia ceni..

Setiap bulan macam biasa dapat gaji, first thing first bayar segala hutang-piutang. Lepas bayar hutang, sedekah pada adik-beradik atau sedara-mara yang memerlukan. Jangan tunggu dorang meminta-minta. Satu sifat orang yang kurang berkemampuan ni, mereka tak suka meminta2 tetapi lebih suka berusaha dan makan apa yang ada. Salah sorang nya aku lahh..Tapi dengan satu syarat, lepas bayar hutang, sila jangan kira baki duit dalam bank. Kenapa?? Contoh gaji RM1000. Lepas bayar hutang kereta RM400, tinggal RM600. Lepas tolak duit minyak kereta, duit makan, duit sewa rumah, nescaya baki gaji memang takde langsung untuk bersedekah. Maka kita pasti takkan bersedekah untuk bulan tersebut dan bulan-bulan akan datang. Sebaliknya, bersedekah dulu. Dapat bagi RM20 setiap 5 family pun dah memadai. Pagi-pagi breakfast, belanja kawan minum. Setakat RM5 seminggu apadahal. Kalau petang-petang, sambil beli kacang buat kudap2 kat opis, belikan kawan2 kacang 3 kupang makan ramai-ramai. Syarat tetap sama, jangan sesekali kira duit dalam dompet. Kalau kira duit dalam dompet, nescaya kita rasa tak cukup duit nak bersedekah. Dan percayalah, setiap kali kita bersedekah, duit dalam dompet takkan penah kosong. Jangan kira baki duit dalam dompet, dan jangan hairan kenapa lepas sedekah duit dalam dompet sentiasa ada. Jangan kira, jangan pertikaikan kerana janji Allah swt itu pasti, sedekah 1, ganjarannya 10.

Nak letakkan keyakinan yang sangat tinggi pada Allah swt memang susah sangat. Kadang2 kita lebih yakin pada makhluk-makhluk di muka bumi ni. Padahal Allah swt tak pernah mungkir janji. Masa cuti panjang hari tu, aku ada sedekahkan baju anak-anak aku pada orang susah. Sampai kat post office aku kene bayar RM56 utk postage fees. Pang!! Macam kena pelempang kat depan kaunter tu. Tetiba pakinson pegang purse. Mahainye. Aku tak bagitaw laki aku..(melainkan dia baca blog aku ni). Tapi aku cuba menredo. Takpelah..kata nak sedekah. Tup-tup seminggu lepas tu bapak mertua aku pergi Seremban, dia singgah tido kat rumah aku. Sebelum balik Ipoh, dia bagi kat anak-anak aku RM50 sorang. Jarang dia bagi duit. Nak kata raya, puasa pun belum. RM50 sorang pulak tu. Tetiba macam ter recall peristiwa kat post office. Janji Allah itu pasti!! Yang penting redo. 

Ustazah pilihan tak entry aku harini?
Jom start harini kita bersedekah.
Ingat..jangan kira duit dalam purse.
Kaya tu tidaklah, tapi dengan bersedekah insyaAllah rezeki tak kan pernah putus.

3 comments:

Nana said...

ya betul tu...setuju3x
jom la bersedekah...

kecik2 dulu suka kire duit tabung...mak akak ckp duit kalau kire byk2 kali nnti hilang...
gamaknye sbb tu la kot kan... (",)

Noor Suraya said...

TQ kak dila..sgt berguna tips ni..kdg2 tertanya2 knp.tapi sbnqnya jawapan dah ada cuma lupa. TQ ingatkan.

Anonymous said...

janji Allah tu pasti..mari bersedekah

*first dpt gaji bg mak ayah dulu..
kemudian bru bayar hutang piutang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...