Thursday, May 8, 2014

Rumah Yang Tak Seindah Rupa

Assalamualaikum.
Ada sesape nak beli lipstik??
Haiihh.. tetibe je nak jual lipstik n eyeshadow.



Aku ni memang jenis tak bermekap.
Bukan tak berminat tapi aku tak pandai.
Janganlah kata aku tak mekap langsung.
Aku mekap jugak.
Sekadar pakai lisptik..dan eye shadow kengkadang.
Eyeshadow aku calit satu colour je.
Jangan suh aku calit 2,3 kaler...
nanti mata aku dgn aiskrim pedelpop takde bezanya.

Aku selalunya pakai lipstik depan laki aku je.
Dengan harapan die sedar bahawa aku ni taklah hodoh mane pun..

Aku sebenarnya marah betul bila ada orang paksa-paksa aku pakai lipstik.
"Dla...pakailah lipstik sikit. Pucat sangat muka tu.."
Korang taw tak aku ni punyai keyakinan diri yang sangat tinggi.
Kadang2 mak aku kata aku macam baru keluar penjara,
sebab aku pakai seluar kembang belang2 pergi Alamanda.
Atau paling kurang pun aku pakai tudung bawal retak seribu pergi pasar malam.
Oklah tu mak..
Bayangkan kalau aku tak bertudung.
Tak ke mak lampir?
Tak jadi masalah..

Aku suka tengok perempuan-perempuan cantik.
Pakai tudung lilit tapi masih menutup aurat.
Walaupun ada yang kata..."Tak tercekik ke lehaaa??"
Jangan risau, kalau muka Leha tak biru, maknanya Leha ok bang..
Aku suka jgk tengok tudung botingkek-tingkek.
Senang match dengan 8 jenis baju sebab banyak kaler.
Walaupun ada yang nampak macam dinding sekolah tadika.

Please lah jangan mengata sangat tengok penampilan aku yang tak bape nak tampil ni.
Jangan nak ceramah sangat dengan aku tentang kecantikan luaran dan dalaman,
kalau rumah kaw dari depan sampai belakang macam kilang arang.
Debu kat rumah sama tebal dengan foundation kaw.
Lantai  berkerak, baju bersepah.
Dah tu janganlah nak nasihatkan aku tentang kecantikan wajah.
Walaupun muka aku tak cantik, tapi lantai kat rumah aku macam cermin taw.

Ini ayat supports lazy moms.
Puiii..hepi ke duduk dalam kilang arang?
Kalau hepi pun sihat ke main atas lantai berkerak?
Aku marah ni..
 
Pergi cek katil kaw ada ruang nak baring tak..
sebelum kaw pertikaikan kasut buruk yang aku pakai hari-hari ni.
Pergi cek kalendar, bila last kaw mop lantai...
sebelum kaw pertikaikan kaler tudung aku yg dull ni.

Aku ni bukan apa,
kadang2 aku tengok kita ni g opis bukan main lawa lagi.
Bergaya, wangi..sampai orang tak percayalah ada 5 orang anak.
Tapi dekat rumah, baju yang dah layak jadi kain buruk dipakai buat sambut suami.
Kat opis bukan main lagi jadi AJK 5S,
tapi rumah..Ya Tuhaannn..
Tikus masuk pun boleh sesat.
Then how u call it as home sweet home.
Rumahku syurgaku kahhh??

Rumah aku takdelah bersih sangat..
korang boleh tengok sendiri..



Lantai  tu boleh jilat taw
sebab bersih sangat.
Walaupun rupa aku tak bape indah,
tapi rumah aku sweet kan??
Hahahahahah...

5 comments:

Salhah Suhot said...

Dila, aku x la perajin sangat. Tapi aku x sanggup r duduk dlm kilang arang. Rumah aku setakat, bole la..messy sbab menan anak. Hahaha...

Mrs. Amad said...

messy sebab mainan anak standard la..nama lagiada anak.ni messy dengan mainan bapak skali..haishhh..

Noor Suraya said...

say amasa ngndg pon sgup lg menapak naik tangga umah sbb nak balik mop ja.la ni dah leh rilex leh mop lepas balik keja.ada asben tgokkan anak2..hehehehehhehe......suka mop lantai.tp sgt tak suka lipat kain.hahahha..

Noor Suraya said...

tapi sy pon biasa2 ja kt ofis.nak melawa tak reti.

Nana said...

aah..sweet rumah hang dila...
rumah kat mana nii...
bila nak jemput mkn tgh hari..hihi...gurau aje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...