Wednesday, May 14, 2014

Rawat Jaundis, Elak Jaundis, Jaundis vs Baby Overdue

Assalamualaikum.
Baby new born kena jaundis?
Biasalah tu kan?
Yang tak biasa..tak kena jaundis langsung.

Alhamdulillah
Humayra Azzalea langsung tak kena jaundis
10 hari pertama lepas bersalin hari yang paling merisaukan
Pengalaman si kakak dulu kena jaundis teruk buat aku serik


Kalau kena jaundis mulalah datang macam2 petua
Anggur la, herba la, susu kambing la..macam-macam
Aku takut jugak nak cuba
Perut baby kan masih baru.

Pengalaman aku untuk anak pertama.
Kerap menyusukan baby dengan susu ibu. Pastikan 2 jam sekali. Kalau baby tidur, kejutkan. Tepuk-tepuk bontotnya. Yang ni aku tak suggest korang buat, just cerita pengalaman aku. Tak suggest sebab takut memudaratkan perut baby korang. Kenapa aku buat? Sebab aku cuba ikhtiar merawat ikut sunnah Rasulullah saw. Apa aku buat? Aku pump susu dalam 1oz. Aku campurkan susu dengan air zam-zam setengah oz dan tiga titik madu,taruk dalam botol bagi baby minum. Selawat dan doa ibu itu sangat makbul. Sambil tu aku suruh baby aku doa untuk kesihatan dirinya. Dua hari lepas tu..terus kuning turun mendadak. Alhamdulillah.

Untuk anak kedua, aku cuba petua yang aku dapat dari tukang urut.
 Uwan yang mengurut aku lepas bersalin anak pertama dulu
memang sangat2 berpengalaman.
Dia pesan aku amalkan madu sepanjang pregnant.
Itu yang aku buat.
Sepanjang second preggy tu aku amalkan madu.
Berapa kali sehari?
Berkali-kali..bangun pagi sebelum pergi kerja satu sudu.
Petang balik kerja satu sudu.
Sebelum tidur satu sudu.
Kalau cuti, bersudu-sudu kaw..
Orang kata madu tu panas..
Aku anggap tu dakyah orang yang jeles
sebab kita nak menghidupkan sunnah Rasulullah saw.

Aku rasa itu salah satu sebab
anak kedua aku langsung tak kena jaundis.
Dan faktor yang lain..kat bawah ni..
 


So kepada yang teroverdue, jangan risau.
Kadang-kadang kita tak sabar nak tengok baby.
Ataupun dah tak larat nak usung perut.
Hari-hari doa cepatlah bersalin.

1 comment:

Noor Suraya said...

anak ke3 nk makan madu gak la...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...