Wednesday, May 14, 2014

Pengalaman Ngeri Anak Terjatuh

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak cerita kisah seram aku 
di penghujung cuti bersalin ritu.

Masa tu aku kena balik Ipoh
jagakan adik ipar aku dua orang sepanjang
PIL aku g umrah.

Hari ketiga aku kesian tengok si kakak asyik terperap kat rumah.
Aku pun ajak adik2 ipar aku keluar
temankan aku bawak anak2 keluar.
Main2 kat playground sambil makan.
Then odw balik,
ada sorang pompan  jahat masuk simpang tak bagi signal.
Aku pun break mengejut.
Dan tetibe...
WAARGHHHH...
aku dengar Humayra Azzalea menjerit.
DIA JATUH DARI BABY CARRIER.
Aku pun lepaskan break n miyak kereta
Lompat ke belakang n angkat baby aku.
Jangan tanya kenapa dia jatuh.
Silap aku tak buckle.
Aku ingat adik ipar aku kat belakang pegang dia.

Guess what??
Kereta meluncur...
Aku dari belakang tetibe ada kaki panjang boleh tekan brek n tarik handbreak.
Jangan ditanya macamana.
Itu sume kuasa Allah.
Aku kan jenis mak yang 'macam dia sorang je ada anak'
Aku dukung, peluk die.
Aku susukan dia bagi dia diam n cool.
Aku terus menangis-nangis call laki aku.
On da spot bawak g klinik.

Sampai klinik, aku menangis lagi.
Walhal anak aku dah lama stop nangis.
Sape yang jatuh sebenarnye ni?
Sampai registration ada sorang Opah tegur aku..
"Anak demam ke?"
"Tak..jatuhhhh"
Warghhh...aku nangis lagi.
"Takpe..budak kecik ni malaikat jaga. Takde pape ni"
Hmmm.. lega sikit.
Kalau tak masa tu aku dah rasa nak sawan dah kat pintu masuk klinik tu
 Masa tu baby aku tak nangis dah. 
Masuk bilik doktor,
kebetulan..doktor tu pun macam Opah-opah.
Umur dah lanjut.
Dia cek baby dari atas sampai bawah,
depan sampai belakang.
Lepas tu dia sekolahkan aku kenapa tak buckle up.
Dia tanya anak aku ada muntah tak?
Aku jawab tak..
Then dia suruh aku pantau 24 jam.
Kot dia muntah or diam tak aktif macam biasa.
Apa yang buat aku sedikit lega,
doktor opah tu pun kata..
"Dun worry..anak kecik dilindungi malaikat"
Dannn...aku menangis lagi.

Balik dari klinik, aku langsung tak lepaskan baby.
 Aku kan jenis mak yang 'macam dia sorang je ada anak'
Aku rasa akulah mak paling teruk dalam dunia.
Aku dukung n dakap baby,
even dia tengah tido nyenyak.
Aku lepaskan dia masa aku solat n mandi.
Aku mandi pun mandi kerbau je
Hari tu jugak laki aku EL dua hari.
Shot terus dari Putrajaya.
 Laki aku sampai baru aku lepaskan baby,
bagi laki aku pulak dukung.
Aku rasa menyesal sebab belum 3 bulan anak aku dah jatuh.
Kepala pergi dulu!!!
Aku sangat teremosi,
macam nak gile.
kejap2 aku call Kak Yong aku.
Kejap2 wassap family group. 
Nak ngadu kat makabah, masa tu dorang pun ada kat Mekah.

 
Lega sikit baca ayat Kak Yong aku.
Ehhh..nak gtaw ni Kak Yong aku kaunselor.
Ngeeee~~

Esoknya tak puas hati bawak pulak pergi
Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Yeoh.
 Aku kan jenis mak yang 'macam dia sorang je ada anak'
Baru puas hati, pakar yang cek.
Dia bukak semua baju baby.
Cek satu-satu.
Dan lagi sekali, aku kene pantau 24 hrs.
Dan sekali lagi aku disekolahkan.
Aku tak kisah.
Doc tu pangkat Datuk..
dia memang bagus..dia kata..
"Pakai baby carrier baik-baik. Kalo u tak mau pakai baik-baik, baik jangan pakai"






Apa yang aku belajar..
Kalau anak jatuh, jangan panik..
Apa kena buat??
1. Istighfar banyak-banyak
2. Dukung baby n relaxkan dia. jangan bagi dia stress atau panik
3. Selawat n bismillah, hembuskan pada ubun-ubun
4. Pastikan baby tak muntah
5. Cek seluruh anggota badan kot ada benjol
6. Bawa ke klinik terdekat

Puas hati ke tak puas hati..
 Aku kan jenis mak yang 'macam dia sorang je ada anak'
Tetap bawak anak pergi klinik. 
Bagi aku..IT'S A MUST!!
Biar yang pakar buat inspection.
 Aku kan jenis mak yang 'macam dia sorang je ada anak'
Lepas bawak pergi nearest klinik,
esoknya aku bawak g jumpa pakar.
Lepas bawak g jumpa pakar,
AKU BAWAK PERGI BERURUT
dengan sorang opah yang biasa mengurut orang lepas bersalin.
Opah tu kata..
"Memangle doketo kate takde pape, deme bukan tawu kalo udah masuk angen"
Tak kisahla Opah..Opah urut jelah mane-mane urat yang dah tegang tu.

Alhamdulillah..sehingga sekarang
Humayra Azzalea ok.
Tapi aku tetap rasa ralat.
Untuk anak first, aku sanggup buang katil.
Aku sanggup tidur atas toto je sbb tanak anak jatuh katil.
Aku kan jenis mak yang 'macam dia sorang je ada anak'
 Dapat kat anak kedua, terjatuh jugak.
Ralat + Sedih.
Takpelah..benda dah jadi.
Yang penting..takde yang buruk terjadi.

Apa yang paling dirisaukan, kalau anak jatuh..
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Yang ni kena cepat-cepat pergi kecemasan.
Teringat ayat colleague aku..
"Budak umur bawah 2 tahun ni, tulang dia lagi kuat dari tulang orang dewasa"
Akulah mak yang..
"macam dia sorang je ada anak"


 

7 comments:

Nana said...

mujurlah takde ape2...
alhamdulillah...

Salhah Suhot said...

Tu la perasaan aku nampak anak sendiri tercampak ke dashboard, sbab laki aku x pegang dia betul2..padahal aku x laju pun. Nyaris x tengking laki aku taw..pastu mse bersalin ari tu anak jatul katil, dmam, spi kne refer sepital, loser sgt rase sbb x nole bawak sendiri...nk wat camne, mse tu sakinah pun warded gak...

idzwa kamaruddin said...

paham sgt perasaan tuh...

Mrs. Amad said...

Alhamdulillah kak zue..
Nik..aku dulu siap buang katil.ni jatuh jgk..frust aku..
Idzwa..ada pengalaman gak ye?

Noor Suraya said...

huuuu..masa adawiah pon sy runtuhkan katil yg tuan rumah punya.hahaha...sy ghebankan suma.takut anak jatuh...yg raudhah ni...nak jadi ceirta.dprd tak sakit apa2..dapat sakit ja kes masuk wad konon2 denggi.padahai tak denggi.konon2 pendarahan otak.padahai tak ada apa.konon2 mata berdarah.padahai takdak apa.seksa anak duk cari line nak masuk ubat ja...kesian sgt....anak tak sakit,kita p cari bagi sakit.gelabah punya pasai.kecik2 dah rasa ubat tidoq.dah lebam2 badan kena cucuk.ralat sangat tgok anak kena sampai camtu.sampai last doc kata nak cucuk kt kepala.hoh..takdakla haku.balik teros.

Mrs. Amad said...

subhanAllah..biar betoi su??spital mane tu?

Noor Suraya said...

hosp serdang..haih..panjang cita.check cni.

http://www.lamanprincess.blogspot.com/2014/04/bercuti-di-hospital-serdang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...