Monday, May 12, 2014

Hadiah Hari Lahir Paling Bermanfaat

Assalamualaikum.
Black monday ke monday blues ke?
Ni ayat common bagi pekerja menjelang Senin.
Aku idak...aku ni asal hari bekerja je memang menjadi hari hitam.
Awan mendung berarak, kilat sabung-menyabung, anjing menyalak.
Begitulah ibaratnya..

Dah berapa kali korang terdengar atau terbaca
niat aku nak resign?
Banyak kali kan?
Tapi sehingga ke saat ini,
aku masih bekerja dengan jayanya.
Sebab apa?
Sebab aku masih pegang dunia.

Umur aku dah 30 tahun ni.
Macam dua tahun lepas,
aku celebrate befdei masa aku tengah cuti berpantang.
Aku dah 30 tahun.
Kalau ikut statistik,
aku mungkin hidup dalam 40-50 tahun lagi.
Lebih kurang la..
Kalau ikut kuasa Allah swt,
kejap2 lagi pun aku boleh pergi.
Dan aku sedar,
bekalan aku belum cukup.
Takde pun agaknya..
Sedar..bukan tak sedar.


Ini hadiah befdei aku tahun ni.
Tahun lepas dia bawak aku g Bandung.
Aku ingat tahun ni dia nak bawak aku pergi Europe ke..
Nasib baik aku tak beli baju sejuk ritu.
Aku dah siap survey stokin tebal dah.
Puihh..

Ok..berbalik kepada kisah hadiah.
Agaknya inilah hadiah paling bermanfaat dia penah bagi.
Multi Purpose Pressure Cooker Noxxa
Setakat ni aku dah berjaya masak
Nasi Arab dalam masa 20 minit
Bihun goreng 5 minit
Kari ayam 15 minit
Nasi Beriyani 20 minit

Semalam masa laki aku tengah tengok bola
aku berjaya buat Pop Corn.
Hanya dalam masa 10 minit
aku berjaya buat Pop Corn Flavour Caramel n Milo
 

Bukan susah buatnye.
Main jirus-jirus je.
Sedap baq hang!!
Pastilah sedap sebab buat sendiri.
Aku taruk flavour bape banyak aku nak..
Nanti aku ajar korang cara-caranya..
dengan syarat korang pun ada periuk ni.
okbai.

1 comment:

Nana said...

wow...mcm best ini periuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...