Wednesday, May 21, 2014

Apa Peranan Sebenar Wanita Muslim?

Assalamualaikum.
Salam Rabu.

Kelmarin aku terima berita sedih.
Kawan meninggal dunia.
Sakit apa x sure..
Ada yang kata hepatitis, ada yang kata blood disorder, SLE pun ada
Yang pasti hati dia dah rosak.

Malam tu sangat sedih.
Tak berapa boleh nak fokus pada benda lain.
Malam tu dekat TV Al-Hijrah
ada rancangan Being Me.
Laki aku dok panggil2 suruh aku tonton rancangan tu.
Tapi aku memang tak boleh nak fokus.
Dahlah ustaz tu cakap omputeh.
Namanya Prof Daood Butt.

Deyyy...aku memang hilang fokus.
"Yang dah pergi tu...sudahlah"
laki aku sound.
Whatever la..
Malas nak cerita lebih-lebih.
Semua pun faham kan perasaan kalau lost kawan..

Apa yang aku nak share kat sini,
isi rancangan tu.
Maybe ramai yang dah tengok.
Demi Allah swt aku first time tengok.
Sejak ada dua anak aku jarang tengok tv.
Banyak kejar masa.
Kalau ada masa luang pun,
aku tido.

Apa peranan sebenar wanita Muslim?
(Ini penerangan dari laki aku sebab aku tengok benda tu satu pun tak masuk otak)
Senang  je peranan wanita Muslim. 
MENDIDIK. 
Wanita Muslim kerjanya mendidik masyarakat.
Bukanlah bermakna wanita-wanita ni kena duduk kat depan pintu Sogo
dan bagi pendidikan kepada masyarakat yang melepak depan tangga Sogo tu.
TIDAKKK...
Siapa masyarakat?
Anak-anak.
Ok aku dah faham.
Aku rasa ini bukan tanggungjawab wanita Muslim je,
tapi semua wanita.
Kalau semua wanita berjaya menjalankan peranan dengan sempurna
maka seluruh masyarakat akan terpelihara dari sikap-siakp tak bagus.
Bayangkan kalau semua ibu-ibu mendidik anak dengan baik.
Didik anak yang mana betul yang mana salah.
Didik anak cara bersosial yang betul.
Pasti seluruh masyarakat takde masalah.
Sebab hanya segelintir masyarakat saja yang dilahirkan tanpa ibu.
Disitulah pentingnya peranan wanita.
Supaya mendidik anak-anak menjadi masyarakat yang terdidik.

Aku ni dari pagi duduk kat opis.
Banyak masa mendidik dah terbuang.
Aku nak balik sekarang didik anak.
Okbai.

1 comment:

Chekgu Azrine said...

tq for sharing this..
memang bila dah jadi emak2 ni memang dah jarnag dapat tgk tv kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...