Monday, December 16, 2013

Derma Kilat Sabung-menyabung

Ok ini kesinambungan kisah surat rasmi
Nak mintak derma pun kena ada surat rasmi kan.
Jangan sok-sok ko meninggal,
orang mintak surat mati baru orang boleh buat tahlil utk kaw!!
Sebab tu tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
*motip??

Alhamdulillah..walaupun hasil tak sampai RM50,
tapi ada sahabat dari bahagian lain derma RM150++.
Tanpa minta surat rasmi.
Sampai rumah mak n abah hulur lagi.
Kak Yong aku pulak hulur RM120.
Syukur!!

Terus ke Mydin.
Mengikut kata-kata sukarelawan yang dah pun berada di kawasan banjir,
mangsa perlukan barangan baby.
Aku memang lemah bab-bab baby ni.
Teringat kat anak.
Anak kita sedap tido kat sini,
baby kat sana kesejukan n kelaparan.
So aku n hubby focus tang barang baby.
 
 
Baru je nak menuju ke kaunter,
kami ditahan sorang hakak ni.
"Dik..ni barang -barang utk mangsa banjir ke?"
"Aah.."
"Kat mane?"
"Kuantan"
"Sape nak pegi?"
"Die.." Aku tunjuk laki aku..
Hakak tu pun blah..
Then dia datang balik bagi RM50.
"Akak nak tumpang ye"
Aku terkedu..nak je aku tanya..
"Akak tanak surat rasmi ke?"
Akak tu tak bersalah..
Aku cuma jawab terima kasih.

Patah balik ambil 30 tin sardin.
Pergi balik ke kaunter..sorang lagi hakak tahan kami n bagi RM50.
Pun tak mintak surat rasmi.
Padahal tak kenal pun sape kami.
Bukan dok satu opis dgn aku pun
Nama aku pun dorang tak taw.
Perluke taw sume tu kalo nak derma??
Dengan duit dia, kami tambah lagi susu baby.
Alhamdulillah.

Malam pulak kami ke Cheras.
Ambil barangan terpakai yang nak didermakan.




Alhamdulillah.
Dapat seplastik besor blanket,
seplastik besor baju baby,
dan dua plastik besor baju dewasa.
Semoga Allah merahmati kalian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...