Thursday, November 14, 2013

UPSR, Update Pesbuk, Angin Abang Saleh.

Assalamualaikum.

Hari ni result UPSR kuar yek?
Seronok baca status kawan-kawan tentang kecemerlangan anak-anak.
Ada yang dapat 5A, ada yg dapat 4A1B.
Walau apa pun keputusan anak-anak,
baik cemerlang atau kurang,
hujung-hujung ayat mak mesti kata..
"MAK TETAP BANGGA"
Dan aku berbangga kerana tergolong dalam golongan mak-mak.

UPSR aku dulu dapat 4A.
Tapi dulu memang ada 4 subjek je pun.
Masa zaman aku takde subjek Kajian Tempatan.
Kiranya aku dapat straight A la.
Kiranya sekarang ni aku nak belagak kata aku terer n bijak la.
Kome pepaham le taw!!
Tapi itu dulu, sebelum batu geliga tu hilang.
Sebenarnya dragon ball ada 7 bijik sumenye.
 Yang tu pun kome taw kan?

Tu dulu zaman aku menjadi kebanggaan.
Sekarang zaman aku pulak rasa bangga.
Aik..nak jugakkk???!!
Kan bagus update status kat pesbuk yang menaikkan motivasi orang.
Tengok...motivasi aku pun dah naik harini.
Ini tidak...hari-hari update status nak maki-hamun orang.
Fed up mak!!
Opismate kaki kencing la,
Suami kaki betina la,
Anak-anak kaki kudis la,
Bibik kaki busuk la...

Ce pikir balik..
ORANG YANG SUKA BUAT AWAK NAIK ANGIN,
ATAU AWAK SENDIRI YANG CEPAT NAIK ANGIN??

Mungkin dengan menaikkan status naik angin awak
membuatkan awak rasa awak sering dianginkan orang sekeliling.
Tapi sebaliknya teman2 pesbuk yang membaca status awak
mungkin beranggapan..
DIA NI ASYIK NAK HANGIINN JE..
tekanan tul!!

Cubalah kalau datang sesuatu yang menaikkan angin tu,
kaw biarkan je angin tu berlalu.
Lagi kaw hapdet kat pesbuk lagilah angin kaw tu menggile..
Lelebih lagi kalau ada kengkawan saiton yang kasi perangat.

Baru2 ni aku dihangatkan oleh satu mesej.
Kesan kimoterapi mmg membuatkan mangsa sedikit hilang ingatan.
Jenuhla aku ingat..
"TAHUN BILA AKU PERNAH KEJE LOJI YE?"
Tapi aku cuba tiup angin tu kepada Abg Saleh.

2 comments:

Nana said...

mcm comel je tgok rambut si mayra...mcm topi kledar..haha..zmn mayra nnti dh jadik 7A kot...

keje loji ...?? hahahaha... naseb la dila oii...dulu org cari cik kiah...nasib nama akak bukan kiah...

Noor Suraya said...

esok ada netry sy yg critanya sy cepat naik angin!!...itu cerita pagi tadi..mmg mrh.tp skrg,bila cerita kat kawan2..dh jd lawak lak.hahahahah..sy cerita smbil gelak.masa jd tu,muka mmg tak elok lgsg.wahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...