Thursday, November 14, 2013

Tips Untuk Ibu Berkerjaya/Pemalas Kemas Rumah

Assalamualaikum.
Salam Khamis.
Sok dah Jumaat.
Then weekend is back!!
Tak sabor nak cuti.
Mak-mak berkerjaya mesti tak sabor nak kemas rumah. 

Stress kan tengok rumah bersepah.
Aku ni jenis yang memang pantang tengok rumah tunggang-langgang.
Pantang sangat-sangat!!
Masalahnya aku ni jugak jenis yang pemalas sangat-sangat nak mengemas.

Kenapa aku stress dgn rumah bersepah??
Contohnya..
* Balik kerja penat-penat nak duduk, tp atas sofa penuh toys, paper atau barang2 yang menghalangi bontot untuk berlabuh.

Gambar hiasan. (Tak berhias pun)
*Mata dah mengantuk sangat nak tido, tapi atas katil penuh kain kotor, selimut tak berlipat n tempat tidur pagi tadi belum berkemas.Mata dah nak pejam, tapi kene mengemas. 

Gambar hiasan
*Dah lapar sangat nak makan, tapi atas meja makan takde ruang nak letak secawan teh sekalipun sbb penuh dengan buku-buku, beg, or barang-barang yang bukan untuk dimakan dan tak sepatutnya berada di atas meja MAKAN.

Tapi aku tak nafikan ada juga manusia yang
boleh hidup selesa dan tenang dalam keadaan bersepah.
Lecturer aku dulu lulusan Universiti Antarabangsa,
kalau speaking berasap bibir.
Tapi sekali kitorang singgah rumah dia MasyaAllah...
mesti korang tak percaya.
Nak berjalan pun kene cuit-cuit kain baju atas lantai.
Memang dah tak nampak lantai.
Abes takkan nak pijak pulak kain baju dia kan.
Dan beliau seorang wanita.
*bukanlah nak mengumpat, tp nak bagi contoh. 

Q : Apsal rumah kaw tunggang-langgang cam kene bom?
A : Takde masa nak kemas.
A : Sibuk kerja, balik rumah lewat, penat kerja terus tido.
A : Anak-anak kacau, takleh nak mengemas.
dan jawapan paling TEPAT pastilah dari aku...
MALASSS...=)

Sebenarnya tips untuk ibu-ibu yang berkerjaya yang takde masa nak mengemas,
atau pendek kata yang pemalas mcm aku senang je..
Kalau malas mengemas, jangan rajin buat sepah.
Simple kan??
Kalau ko amek sikat dari meja solek, letak balik kat meja solek. Tak payah rajin sangat berjalan ke meja makan letak sikat kat situ.
Letak bakul baju kotor betul-betul tepi pintu toilet. Nak mandi je terus masuk kain baju kotor dalam tu.
Kalau malas lipat kain, pas angkat kain terus sangkut dalam lemari.
Kunci letak tempat kunci, wallet letak tempat wallet, buku letak tempat buku.
Pendek kata pulangkan mereka ke tempat asal mereka.
Ni tidak..amek buku dari rak buku. Pastu letak balik dalam peti sejuk.
Malas mengemas, tapi rajin sangat buat sepah kan??
Kalau ko malas basuh pinggan mangkuk, ko jgn makan dalam pinggan yang perlu dibasuh. Ko makan dalam polisterin.

Untuk ibu-ibu yang ada anak kecil,
memang susah sket nak mengemas.
Apatah lagi nak memasak.
Dapat pulak anak yang kuat mengempeng,
manje terlebih nak berdukung je
sampai nak kencing pun dia nak folo.
MACAM ANAK AKU..
Tipsnya simple jugak.
Bila anak berjaga, ko rehat.
Bila anak rehat/tidur, ko pulak berjaga.
Kalau anak berjaga ajak main, time tu kita pun main la.
Sambil dia memporakperandakan ruang tamu,
kita baring dan sengih je sebelah dia.
Bila die penat, dia tido,
janganlah ko pun tido berjemaah.
Tapi ko kemas la balik.
tadi kan dah baring-baring.
Time anak tidur, jadi lipas kudung kejap.
Pergilah basuh kain ke, iron baju ke, kemas dapur ke..

Budak-budak kalau makan mesti melekit lantai kan??
Eh malas pulak aku nak mengemop.
Apa yang aku buat?
Aku suap anak aku makan kat balkoni.
Kalau melekit pun takpe, jap g hujan setellll...
Kalau malam aku suap dia makan atas paper lama or atas meja makan terus.

Kesimpulannya..
JANGAN RAJIN BUAT SEPAH.
Sekian..

9 comments:

Noor Suraya said...

rumah sy tak berapa nak bersepah sebab 'takdak' pa..n besa2 ja umah sy....
tapi LANTAI!!...mesti kotoq..rajin ka malas ka,demi anak,mmg sy balik tgari utk mop lantai ja.itu sebelum sarat.dah sarat ni,lega ada adik sy mai tolong jaga wiya.so,dia la kena pastikan lantai dimop.sy sakit mata tgok lantai penuh ngn coklat ka,susu ka.hahahahahha....
dulu takdak anak,seminggu sekali ja mop lntai..tu pon bukan sy buat.laki sy mai,dia buat.untung dia dapat isteri pemalas...leh dapat pahala sbb tolong isteri dia yg pemalas td tu.ahahahhaha..
bg sy,mop lantai la paling penting dlm mengurus rumah ni ha...ya la...sblm mop mesti kena sapu dulu,sebelum sapu,mesti kena kemas2 susun dulu kan?so,jadikanlah mop lantai tu hobi.hahahahahahahhahaha.....SY SUKA MOP LANTAI.lepas bersalin ni,jd la balik rutin sy balik umah tetengari utk mop lantai.hahahahahha..

Mrs. Amad said...

hg mmg rajin su..akak salute hg.boleh balik nak mop semata-mata.akak jarang mop umah.(sbnrnye tak penah pun) taktaw pasaipa.tp bolehlah kirenye guna pakai alasan hg tu nk bg pahala kat suami.akak ni sarat ke tak sarat ke..mmg malas melarat2..

Anonymous said...

mengekek2 sy gelak sbb ayt2 kat atas sama mcm ayton sy bleter hr2 kat ank2 sy.Lau malas kemas,jgn rajin mnyepah.

Kenari Putih said...

wah tips berapi jugak ni tentang kemas rumah yg bersepah.. hihi.. lg kita jd mak budak2 tecik beginila... kalau kita tak ada bibik, kita la bibik tu...

Azliza bte Johari said...

best la tips nie... tq for sharing

http://syliezwithsupplimenthebat.com

Anonymous said...

Terima kasih berkongsi... otak saya dah jem nak pikir mcm mana nak bagi rumah kemas...belum sampai ke bilik air nak hantar mop, pusing belakang dah ada onar kat lantai...anak2 oh anak...

Dalila yusof said...

Bagu betul tips ni, betulla, kalau anak berjaga kita rehat sahaja, time tido buat kerja macam lipas kudung,

noraizah said...

rumah bersepah memang pening , rasa stress sangat.. jadi sebolenya seharituh mesti adakan sedikit waktu utk ngemas..

SU PBS said...

Tips yg best :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...