Tuesday, November 12, 2013

Sebab-sebab Doa Lambat Makbul

Assalamualaikum.

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN  YANG MENERIMA.

Betul la tu..hakikatnya kita lebih suka jadi si penerima.
Buktinya kalau dapat makan free sedap sesaje.
 Kalau nak memberi berat sikit kan.

Tapi Allah swt sangat suka hamba-hambaNya yang meminta-minta dalam keadaan merayu-rayu.
Aku sangat suka baca satu hadis ni...
 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah. Allah malu jika ada seseorang yang menengadahkan kedua tangan kepada-Nya tapi kemudian menolaknya dengan tangan hampa (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah). 

Dan dari dulu aku dah disuapkan bahawa setiap doa kita PASTI Allah swt kabulkan.
Tapi melalui tiga cara iaitu:
1. Allah swt memberi apa yang dipinta on da spot.
2.Allah swt memberi apa yang dipinta, tapi bukan on da spot. Dia tunda ke suatu masa yang bersesuaian. 
3.Allah swt menggantikan apa yang dipinta dengan memberi sesuatu yang lain yang hakikatnya lebih baik dari yang dipinta.

Allah swt tetap memberi apa yang kita doa namun dalam 3 keadaan berbeza.

Aku ni jenis yang bukan penyabar.
Aku taw yang Allah swt PASTI mengabulkan doa.
Tapi selalu tertanya-tanya bilalah nak dapat??
Baru-baru ni aku dapat hidayah.
Wahahaha..hidayah kata kaw!!
Apa yang aku dapat?

Solat tak pernah tepat pada waktunya.
Kalau cuti, bukan lagi subuh gajah, aku rasa dah subuh badak berendam.
Maghrib dah sipi-sipi baru terhegeh-hegeh masuk toilet.
Taw-taw abes baca doa pas solat Maghrib, azan Isyak berkemundang.
Lepas tu dengan muka taktaw malunya aku meminta-minta dari Allah swt 
dan nak benda tu CCEEEPAATT aje.
Bila makan nak lauk extra.
Kalau duit pun opkos nak lebih.
Pembentangan bajet kalu, aku  bajet ada bonus or naik gaji.
Sume nak extra.
Tapi ibadat aku takde pun yang extra.
Tara cukup-cukup makan je.
Acaner??
Sedor...baru tersedor.
Alhamdulillah..daripada tak sedor-sedor lgsg.
Cuma pelaksanaannya je belum dilakukan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...