Tuesday, November 19, 2013

Salahke Kalau Selalu Dukung Baby?

Assalamualaikum.


"Jangan dukung anak selalu. Nanti dia asyik nak berdukung je, payah nak buat kerja"
Orang tua kalau tengok aku dukung baby aku 
dorang memang pantang.
Orang tua...bercakap berdasarkan pengalaman.
Dah lebih dulu makan garam..

Aku pulak jenis yang kurang asam.
Degil...aku dukung jugak.
Padahal anak dah tidur.
Apa salah letakkan aje kat atas tilam??

Bagi aku samada ko ajar ke tidak,
baby tetap nak berdukung.
Kalau tak percaya, bila baby  menangis ko try dukung,
endoi-endoi sket, sure senyap dan tidur.

Orang tua bercakap berdasarkan pengalaman,
aku bercakap berdasarkan logik.
Baby mane-mane sekalipun, memang rasa tenang bila berdukung atau didakap.
Sebab..dorang dah biasa 9 bulan lebih dalam rahim
suam-suam, gelap, senyap, sempit tapi selesa.
Dats y bila dah keluar ke dunia,
dorang menangis sbb rasa sejuk, terang, lapang.
Orang tua suh bedung baby ko taknak!!
So apa salahnya aku peluk baby aku??
Untuk permulaan, cuba tenangkan dia.
Lama-lama dia dah biasa, ok lah tu.

Tak kiralah ko ajar ke tidak,
kalau dah memang jenis yang suka berdukung,
tetap nak berdukung jugak.
Anak aku yang aku dukung setiap saat tu,
takde plk perangai nak berdukung sampai ke sudah.
Elok je aku boleh basuh kain lipat kain,
masak kemas umah bagai...

Kesian tak kesian??
Baby rasa takut sbb tak biasa dengan keadaan baru
yang terang, sejuk, lapang.
Dia menangis harapkan kita hangatkan dia.
Tapi kita biarkan...
Sebab nenek kata jangan ajar anak berdukung.
Owhhh sedih..

Sebab tu aku dukung jugak anak aku.
Lagipun masa tu aku dalam pantang,
wut do u expect me to do melainkan melayan anak?
Baby time tu tengah ringan, time tulah nak dukung dia puas-puas.
Sok-sok dah berat 10 kg, bising sakit pinggang tak larat nak dukung.
Cuti pulak 3 bulan, time tulah nak dukung, dakap, peluk anak.
Sok-sok dah kerja, dok opis penat-penat,
balik nak rehat,
anak mintak dukung, kita tak larat.

So dukunglah bayimu.
Jangan set dlm palotak nak ajor die berdukung.
Tapi sebab nak menyebarkan dan menghangatkan kasih sayang.

Thursday, November 14, 2013

UPSR, Update Pesbuk, Angin Abang Saleh.

Assalamualaikum.

Hari ni result UPSR kuar yek?
Seronok baca status kawan-kawan tentang kecemerlangan anak-anak.
Ada yang dapat 5A, ada yg dapat 4A1B.
Walau apa pun keputusan anak-anak,
baik cemerlang atau kurang,
hujung-hujung ayat mak mesti kata..
"MAK TETAP BANGGA"
Dan aku berbangga kerana tergolong dalam golongan mak-mak.

UPSR aku dulu dapat 4A.
Tapi dulu memang ada 4 subjek je pun.
Masa zaman aku takde subjek Kajian Tempatan.
Kiranya aku dapat straight A la.
Kiranya sekarang ni aku nak belagak kata aku terer n bijak la.
Kome pepaham le taw!!
Tapi itu dulu, sebelum batu geliga tu hilang.
Sebenarnya dragon ball ada 7 bijik sumenye.
 Yang tu pun kome taw kan?

Tu dulu zaman aku menjadi kebanggaan.
Sekarang zaman aku pulak rasa bangga.
Aik..nak jugakkk???!!
Kan bagus update status kat pesbuk yang menaikkan motivasi orang.
Tengok...motivasi aku pun dah naik harini.
Ini tidak...hari-hari update status nak maki-hamun orang.
Fed up mak!!
Opismate kaki kencing la,
Suami kaki betina la,
Anak-anak kaki kudis la,
Bibik kaki busuk la...

Ce pikir balik..
ORANG YANG SUKA BUAT AWAK NAIK ANGIN,
ATAU AWAK SENDIRI YANG CEPAT NAIK ANGIN??

Mungkin dengan menaikkan status naik angin awak
membuatkan awak rasa awak sering dianginkan orang sekeliling.
Tapi sebaliknya teman2 pesbuk yang membaca status awak
mungkin beranggapan..
DIA NI ASYIK NAK HANGIINN JE..
tekanan tul!!

Cubalah kalau datang sesuatu yang menaikkan angin tu,
kaw biarkan je angin tu berlalu.
Lagi kaw hapdet kat pesbuk lagilah angin kaw tu menggile..
Lelebih lagi kalau ada kengkawan saiton yang kasi perangat.

Baru2 ni aku dihangatkan oleh satu mesej.
Kesan kimoterapi mmg membuatkan mangsa sedikit hilang ingatan.
Jenuhla aku ingat..
"TAHUN BILA AKU PERNAH KEJE LOJI YE?"
Tapi aku cuba tiup angin tu kepada Abg Saleh.

Tips Untuk Ibu Berkerjaya/Pemalas Kemas Rumah

Assalamualaikum.
Salam Khamis.
Sok dah Jumaat.
Then weekend is back!!
Tak sabor nak cuti.
Mak-mak berkerjaya mesti tak sabor nak kemas rumah. 

Stress kan tengok rumah bersepah.
Aku ni jenis yang memang pantang tengok rumah tunggang-langgang.
Pantang sangat-sangat!!
Masalahnya aku ni jugak jenis yang pemalas sangat-sangat nak mengemas.

Kenapa aku stress dgn rumah bersepah??
Contohnya..
* Balik kerja penat-penat nak duduk, tp atas sofa penuh toys, paper atau barang2 yang menghalangi bontot untuk berlabuh.

Gambar hiasan. (Tak berhias pun)
*Mata dah mengantuk sangat nak tido, tapi atas katil penuh kain kotor, selimut tak berlipat n tempat tidur pagi tadi belum berkemas.Mata dah nak pejam, tapi kene mengemas. 

Gambar hiasan
*Dah lapar sangat nak makan, tapi atas meja makan takde ruang nak letak secawan teh sekalipun sbb penuh dengan buku-buku, beg, or barang-barang yang bukan untuk dimakan dan tak sepatutnya berada di atas meja MAKAN.

Tapi aku tak nafikan ada juga manusia yang
boleh hidup selesa dan tenang dalam keadaan bersepah.
Lecturer aku dulu lulusan Universiti Antarabangsa,
kalau speaking berasap bibir.
Tapi sekali kitorang singgah rumah dia MasyaAllah...
mesti korang tak percaya.
Nak berjalan pun kene cuit-cuit kain baju atas lantai.
Memang dah tak nampak lantai.
Abes takkan nak pijak pulak kain baju dia kan.
Dan beliau seorang wanita.
*bukanlah nak mengumpat, tp nak bagi contoh. 

Q : Apsal rumah kaw tunggang-langgang cam kene bom?
A : Takde masa nak kemas.
A : Sibuk kerja, balik rumah lewat, penat kerja terus tido.
A : Anak-anak kacau, takleh nak mengemas.
dan jawapan paling TEPAT pastilah dari aku...
MALASSS...=)

Sebenarnya tips untuk ibu-ibu yang berkerjaya yang takde masa nak mengemas,
atau pendek kata yang pemalas mcm aku senang je..
Kalau malas mengemas, jangan rajin buat sepah.
Simple kan??
Kalau ko amek sikat dari meja solek, letak balik kat meja solek. Tak payah rajin sangat berjalan ke meja makan letak sikat kat situ.
Letak bakul baju kotor betul-betul tepi pintu toilet. Nak mandi je terus masuk kain baju kotor dalam tu.
Kalau malas lipat kain, pas angkat kain terus sangkut dalam lemari.
Kunci letak tempat kunci, wallet letak tempat wallet, buku letak tempat buku.
Pendek kata pulangkan mereka ke tempat asal mereka.
Ni tidak..amek buku dari rak buku. Pastu letak balik dalam peti sejuk.
Malas mengemas, tapi rajin sangat buat sepah kan??
Kalau ko malas basuh pinggan mangkuk, ko jgn makan dalam pinggan yang perlu dibasuh. Ko makan dalam polisterin.

Untuk ibu-ibu yang ada anak kecil,
memang susah sket nak mengemas.
Apatah lagi nak memasak.
Dapat pulak anak yang kuat mengempeng,
manje terlebih nak berdukung je
sampai nak kencing pun dia nak folo.
MACAM ANAK AKU..
Tipsnya simple jugak.
Bila anak berjaga, ko rehat.
Bila anak rehat/tidur, ko pulak berjaga.
Kalau anak berjaga ajak main, time tu kita pun main la.
Sambil dia memporakperandakan ruang tamu,
kita baring dan sengih je sebelah dia.
Bila die penat, dia tido,
janganlah ko pun tido berjemaah.
Tapi ko kemas la balik.
tadi kan dah baring-baring.
Time anak tidur, jadi lipas kudung kejap.
Pergilah basuh kain ke, iron baju ke, kemas dapur ke..

Budak-budak kalau makan mesti melekit lantai kan??
Eh malas pulak aku nak mengemop.
Apa yang aku buat?
Aku suap anak aku makan kat balkoni.
Kalau melekit pun takpe, jap g hujan setellll...
Kalau malam aku suap dia makan atas paper lama or atas meja makan terus.

Kesimpulannya..
JANGAN RAJIN BUAT SEPAH.
Sekian..

Wednesday, November 13, 2013

Air Tangan Bonda

Bonda sangat senang hati 
Dapat masak untuk anak setiap hari
Walaupun terpaksa bangun seawal pagi
Demi anak sanggup Bonda redah bara api

Bonda tak dapat suap anak dengan tangan sendiri
Setiap kali sarapan dan makan tengahari
Tapi Bonda puas hati 
Anak makan air tangan Bonda yang mengalir di celah jari

Bonda tengok anak makan selera sekali
Nganga luas, tersusun gigi
Bubur nasi bersama ikan merah dan sayur brokoli
Bonda selitkan sekali selawat ke atas Nabi

Bonda harap semoga suatu hari nanti
Allah swt beri ganjaran atas usaha Bonda hari ini
Melihat anak Bonda sentiasa dilindungi
Diberkati  dan diredhai, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Amin amin yaRabbal Alamin..

Tuesday, November 12, 2013

Sebab-sebab Doa Lambat Makbul

Assalamualaikum.

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN  YANG MENERIMA.

Betul la tu..hakikatnya kita lebih suka jadi si penerima.
Buktinya kalau dapat makan free sedap sesaje.
 Kalau nak memberi berat sikit kan.

Tapi Allah swt sangat suka hamba-hambaNya yang meminta-minta dalam keadaan merayu-rayu.
Aku sangat suka baca satu hadis ni...
 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah. Allah malu jika ada seseorang yang menengadahkan kedua tangan kepada-Nya tapi kemudian menolaknya dengan tangan hampa (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah). 

Dan dari dulu aku dah disuapkan bahawa setiap doa kita PASTI Allah swt kabulkan.
Tapi melalui tiga cara iaitu:
1. Allah swt memberi apa yang dipinta on da spot.
2.Allah swt memberi apa yang dipinta, tapi bukan on da spot. Dia tunda ke suatu masa yang bersesuaian. 
3.Allah swt menggantikan apa yang dipinta dengan memberi sesuatu yang lain yang hakikatnya lebih baik dari yang dipinta.

Allah swt tetap memberi apa yang kita doa namun dalam 3 keadaan berbeza.

Aku ni jenis yang bukan penyabar.
Aku taw yang Allah swt PASTI mengabulkan doa.
Tapi selalu tertanya-tanya bilalah nak dapat??
Baru-baru ni aku dapat hidayah.
Wahahaha..hidayah kata kaw!!
Apa yang aku dapat?

Solat tak pernah tepat pada waktunya.
Kalau cuti, bukan lagi subuh gajah, aku rasa dah subuh badak berendam.
Maghrib dah sipi-sipi baru terhegeh-hegeh masuk toilet.
Taw-taw abes baca doa pas solat Maghrib, azan Isyak berkemundang.
Lepas tu dengan muka taktaw malunya aku meminta-minta dari Allah swt 
dan nak benda tu CCEEEPAATT aje.
Bila makan nak lauk extra.
Kalau duit pun opkos nak lebih.
Pembentangan bajet kalu, aku  bajet ada bonus or naik gaji.
Sume nak extra.
Tapi ibadat aku takde pun yang extra.
Tara cukup-cukup makan je.
Acaner??
Sedor...baru tersedor.
Alhamdulillah..daripada tak sedor-sedor lgsg.
Cuma pelaksanaannya je belum dilakukan.


Friday, November 8, 2013

FBI : Andalah Penjaga terbaik Anak-anak Anda!

Assalamualaikum.

Me: Bila pikir-pikir balik, rasa cam rugi je resign. Macam tolak rezeki pulak. Allah dah bagi rezeki, kerja kerajaan pulak tu. I tolak. Orang lain terkejar-kejar nak kerja kerajaan.
Hubby: Yang ni bukan rezeki?(sambil mulut muncung kat anak yang tengah tido)
  Kerja tu rezeki dunia, yang ni rezeki dunia akhirat.
Zassss...sentap mak!!

Semalam anak mengamuk tak tentu pasal.
Aku pulak penat tak pasal-pasal.
Laki aku keje shift malam, kene ot pulak.
Sebab ramai lagi colleague India dia tak habis lagi cuti Deepavali.
Me: Harini i penat sangat. Nak tido awal, budak ni buat pangai pulak.
Hubby: Kalo tak kerja, mesti tak penat macam ni kan??
Zasss lagi...mak sentap lagi!!

Bangun pagi ni aku taktaw apa hidayah Allah swt nak bagi kat aku.
Baca blog bro JR...
 
 
Sebenarnya kita kene letak keyakinan yang tinggi pada Allah swt.
 Hasbi Rabbi JallAllah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah yang Maha Agung.
Husband selalu cakap,
"Allah swt takkan bebankan hambaNya melainkan dengan kemampuan. Kalo u tak mampu, Allah swt takkan susahkan u. Dia kan penyayang. Kalo Dia duga u, means Dia tahu u bleh facing"
 
 
Kalau kita berserah, bertawakal n yakin sepenuhnya kepada Allah swt,
maka Allah swt pasti akan mencukupkan keperluan kita.
InsyaAllah.
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. - See more at: http://islam-suci.blogspot.com/2012/11/maksud-ayat-seribu-dinar-dalam-rumi.html#sthash.Wr8CeEL8.dpuf
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. - See more at: http://islam-suci.blogspot.com/2012/11/maksud-ayat-seribu-dinar-dalam-rumi.html#sthash.Wr8CeEL8.dpuf
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. - See more at: http://islam-suci.blogspot.com/2012/11/maksud-ayat-seribu-dinar-dalam-rumi.html#sthash.Wr8CeEL8.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...