Thursday, October 17, 2013

Ye Makcik!! Saya Pregnant Lagi. Makcik Jangan Susah Hati.

Assalamualaikum.

Masuk lif, jumpa jiran tetangga..
"Eh..ko mengandung ke?"
"Aah" senyum.
"Laaa..boleh ke? Si kakak kan kecik lagi.."
Pintu lif bukak..
Selamat pintu lif bukak.
Kalo tak aku cabaikan sekolahkan akak tu. 

"Apa pulak tak boleh kak?Anak tu kan rezeki Allah bagi. Apa kalo orang bagi akak duit pastu akak nak kate 'ehhh tak boleh ni. Duit yang ada kat umah tu pun tak habes' Macam tu??"
Tu aku cakap dalam hati je..

Aku heran la.
Apasal bila aku preggy kali ni orang cam terkejut2?
"Ehh...rapatnya gap.."
"Laa..sian kakak tak sempat bermanja"
Lebih kurang camtulah.
Aku tak paham!!
Kenapa bila orang tahu aku preggy,
ramai yang mempertikaikan rezeki Allah swt ni?

Memanglah..kalo pikir boleh ke tak boleh??
Memang aku awal-awal kata AKU TAK BOLEH!!

Sebab apa tak boleh??Sebab...
1. Anak sulung aku belum masuk 2 tahun.
2. Anak sulung aku masih menyusu badan
3. Aku ada history KANSER OVARI
4. Perut aku pernah dioperate dengan 23 jahitan di perut.
**23 jahitan ok, bukan 2,3 jahitan
5. Bila perut makin membesar, bekas jahitan rasa nyilu, perut rasa sesengal
6. Aku punya alah (berdasarkan 1st time preggy) wallah punya suffer
7. Sesejak kimo, tekanan darah aku selalu low. Bile preggy lagi low
**selalu rasa nak pitam, demam
8. Bila preggy aku tak lalu buat ape. Drive pun tak larat.
**laki aku la yang hantar jemput aku pegi keje
9. Disebabkan ada history kanser, kene kerap pegi check up. 2 tempat pulak tu. Satu Putrajaya, satu PPUKM.
**ahh malasnye nak g PPUKM. Laki kene bawakkan, pegi sendiri memang taklah. Nak kene redah jem lagi.
10. Bila preggy memanjanglah aku mc, time slip,time off. Asyik tak sihat je.
**naik segan dengan boss.
Tulah antara sebab kenapa aku kata TAK BOLEH.

Tapi itu AKU YANG KATA TAK BOLEH.
Bila Allah swt dah bagi, means Dia kata aku boleh.
Sebab Allah bukan zalim.
Dia takkan bebankan hambaNya melainkan mengikut kemampuan.
Kalau kita tak mampu, Allah swt takkan bagi.
Kalau kita mampu, elak macamane pun,
tetap akan dapat jugak. 
Dah tu dah dapat jugak,
apsal aku nak banyak tanya?
apsal aku nak banyak cengkadak?
apsal aku nak cari jalan mengelak?
Allah swt kata aku mampu,
sebab tu Dia hadiahkan aku zuriat lagi.
Siapa aku nak menafikan??

Aku terima dengan hati terbuka, redha dan syukur.
Kenapa tak merancang??
Aku pernah merancang,
tapi terbabas gak.
End up gugur jugak masa bulan April ritu.
Sedihlah bukan main..
Tapi dah gugur, aku nak salahkan siapa??
Bila dah gugur tu tandanya Allah swt kata aku tak mampu,
atau belum layak terima zuriat kedua pada waktu itu.
Kan Dia lebih Tahu.
So redha jelah..
Yang kali ni aku kata aku tak mampu.
Merancang jugak, (sampai aku taktawlah aku dah preggy)
tapi Allah swt tetap bagi rezeki anak.
Dah tu takkan lah ko makcik nak suh aku buang??
GILOOSSS!!Nak buang rezeki??
Sok sok Allah swt tarik balik rezeki..
padan muka aku kan..

**Selingan sket..
Aku ingat lagi dulu masa aku kimo kat wad O&G,
aku dok sebelah katil sorang akak yg keguguran.
Sian  dia..sedih sangat..asyik menangis je.
"Akak ada sorang anak teruna, umur dia dah 13 tahun. Dulu 6 bulan lepas beranakkan dia, akak pregnant lagi. Tapi akak buang sbb akak rasa awal sangat. Akak belum sedia.
Lepas tu akak makan pil perancang, tapi akak pregnant lagi, akak buang jugak sbb husband akak keje kilang je. Akak keje bese-bese. Akak takot akak tak mampu. Last2 akak makan pil perancang yang lebih kuat. Bila akak dah dapat keje kerajaan, akak stop makan pil. Akak nak mengandung lagi, tapi tak dapat. Lepas 13 tahun baru pregnant balik. Seronok sangat, tapi ni gugur pulak. Akak menyesal sebab dulu akak buang. Ni balasan Allah agaknya"
Lebih kurang camtulah sembang akak tu.
Patutlah sedih bangat.
Sampai mak dia pesan tak baik menangis sangat, meroyan kang.
Aku time tu belum kawen, tak melalui fasa2 tu.
Aku cuma jawab sabar, belum rezeki.
"Umur dah nak masuk 40 ni baru akak rasa nak anak ramai-ramai. Dah tua ni penat buat keje rumah sorang-sorang, kalau ada anak dara bolehlah masak sama-sama. Anak teruma akak dok asrama, sunyi je rumah akak. Abang keje tak tentu masa. Kalau akak dah tua nanti, nak ke anak jantan akak jaga akak?"

Sebab tulah aku tanak nafikan rezeki yang Allah bagi.
Sama lah kalau jutawan bagi aku 5 juta,
aku tolak rezeki. Kan ke bongok??
So dengan rasa kuatnya aku pun melaluinya fasa suffer yang kedua ni.

Guess what??
Betul kataNya..
Memang Allah swt tahu aku mampu,
sebab tu Dia bagi aku zuriat ni.
Saje kot Allah swt nak test aku.
Nak tengok aku redho atau bodo.
Yang susah2 dulu rupanya semakin mudah.
 1. Alahan aku tak seteruk dulu. Sampai aku boleh puasa penuh sebulan.
2. Anak aku yang dulunya tak pandai minum pakai botol, skrg dah hebat membotol. SECARA TIBA-TIBA!!
3. Dulu tak larat nak drive, skrg siap boleh ulang-alik balik umah dari opis sampai 3,4 kali sehari.
4. Skrg lagi kerap kene g cek up. Kalo dulu 2 minggu sekali, skrg tiap-tiap minggu. Hahahah..yang bestnya pas check up dpt time slip bleh rehat2 kat umah.
5. Tiap kali kene check up kat PPUKM, mesti laki aku ada chance bawakkan. Allah jua yang mengatur. Alhamdulillah.

Dapat taw je preggy, tup tup kerajaan naik gaji 2 kali setahun.
Kan ke rezeki namanye tu.
Sumenya mudah..
walaupun aku kene babymoon di PPUKM ritu,
tapi sumenye mudah.
Betapa Allah swt bagi aku peluang berehat.
Syukur..
Ada jugak rezeki nak berbabymoon kat tempat2 best.
Masa preggy dulu tak semeriah skrg.
Ada lagi banyak rezeki yang tak disangka-sangka,
kemudahan n keselesaan yang aku tak pernah terfikirkan.
Sebelum ni aku dok terpikir canelah aku nak preggy lagi,
mesti susah.
Hakikatnya tidak..aku sedang menikmati kurnianNya.

Sebab Dia tahu aku mampu,
jadi aku kene lalu.

5 comments:

Fiza Rahman said...

Suka entry ni. Abaikan lah mulut org mcm tu. Saya masa pregnant anak ketiga pon anak kedua baru 8 bulan. Tak tau pon pregnan. Sedar2 kandungan dah 5 bulan. Unexpected juga sbb tak ready lagi. Yg 2nd tu pon kecik. Tapi tu lah, kita hanya merancang, tapi DIA adalah perancang yg terbaik.

Zaira Kids Cloth said...

Nak dapatkan pakaian bayi/kanak2 berjenama yang berkualiti dan menarik untuk si comel anda dengan harga berpatutan? Jom shopping di Zaira Kids Cloth..stok baru dah sampai..semuanya comel2..pasti anda teruja..

Noor Suraya said...

ada 2 benda kalau orang bising2 sbb ngndg ni yg buat sy nak p tempik ja tepi tinga dia.
nak kata "apa la fungsi hg dihidupkan kat dunia ni?aku still tak nampak"..
1. Anak kecik lg tp nak tambah lg,kesian kat sulung tu,takdan nak rasa kasih syg.Bengong punya mulut.awat?klu dapat anak,terus takleh nk syg yg sulung?terus takleh nk tumpukan perhatian?bengong.
2.Harap2 kali ni boleh la dpt girl/boy...sepasang..leh la stop n gap sat...dapat sepasang untungla.leh stop beranak tunggu 4 5 thn baru mengandung lg.Ohhhhh..pelis....menyampah nya aku dgaq ayat tu....sepasang..sepasang...sepasang....mak aku dpt 4 org suma ppuan.elok ja jd nya.pa da mslh?ish..nyampah.

Mrs. Amad said...

su hg pun facing mslh yg sama ye.stress kan?apa yg dorg takot sgt kte preggy?kan ke rezeki tu.akak tak paham dgn org yang TAKOT sgt dgn rezeki.mmg pelik!!

Noor Suraya said...

ya la kak....
risau sgt tak dapat bg kasih sayan gkt anak sulung.apa punya turrrrr la ayat camtu...anak kita..mesti lah bg kasih sayang sama banyak....penat2 beranak...takkan nak biaq ja depa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...