Friday, October 11, 2013

Kisah RM2, Masjid dan Gereja

WAJIB BACA: KISAH 2 RINGGIT, MASJID & GEREJA

KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA

Cerita menginsafkan...

Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

 source: klik sini

3 comments:

Salhah Suhot said...

Rasa mcm kena penampar ble bce citer ni.. Masalahnye duit zakat sbnarnye mmg x bole bg suka ati tp kan ada baitulmal. Sepatutnya kena la bantu juga org2 yg terdesak ni..supaya iman dia x goyah..

Mrs. Amad said...

aku taktaw nak ckpla nick..tp kalo aku dah masukkan duit dlm tabung masjid tu aku anggap sedekah.zakat ni lain kan? tak kesahla sape2,tp niat utk bagi org susah.

Salhah Suhot said...

Yup, zakat mmg tak boleh nak diberi sesuka ati, sbb ade syarat2 yg tertentu. Tapi tu la kalau duit sedekah dari tabubg masjid tu x kena mengena pun dgn zakat. Aku baru tgk halaqah, tajuk tangisan surau. Panel jemputan mase tu sgt2 menekankan peranan masjid yg duit kutipannya banyak bg membantu surau2 yg dlm qariahnya supaya x dhaif keadaannya. Bukanke patutnye oerkara cm ni pun bole di apply pd masyarakat. Just my 2 cent lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...