Tuesday, October 22, 2013

Api Kecil Yang Membesar Jika Tidak Dipadamkan

Assalamualaikum.

"Kome mengandung usah makan maggi" pesan mak mertua aku.
"Baru-baru ni anak si fulanah baru lahir meninggal sakit kanser perut. Siasat punya siasat rupenya dia suka makan maggi masa mengandung. Dah itu je yang dia boleh makan, alah. Doktor kate dah awak suka makan makanan segera, anak awak pun segera la pergi"
Nau'zubillahi minzalik..seram betul aku dengar.
Alhamdulillah pregnant kali ni aku belum pernah telan maggi.
Memang aku jarang makan maggi pun.

Aku pernah nampak sorang kawan suap anak dia
umur around 3 tahun makan maggi.
"Takpe ke anak akak makan maggi? Tahan perut die ye? Saya kalo makan maggi mesti perut memulas" aku tegur.
"Dah dia melalak mintak maggi..takkanlah akak nak biar je. Tak sanggup akak"
Kasar sangat kot soalan aku??

Cam bese..
Aku senyum, blah..
Dalam hati dan palotak..macam2 aku bokbekbokbek.
So aku luahkan kat sini.
Kalau boleh aku nak cakap kat akak tu..

"Kalau akak tak ajar anak akak makan maggi, anak akak pun tak reti nak mintak makan maggi. Dah akak ajar dia makan maggi, akak jangan heran lah kenapa dia boleh melalak nak makan maggi"
Betul tak apa yang aku rasakan ni? 
Anak kita ni ibarat bayang kita.
Apa kita buat,makan,pakai,cakap..
itulah yang dorang tiru.
Banyak silap yang aku dah buat sepanjang mendidik anak-anak.
Satu kesalahan yang aku nak amek contoh kat sini..
Ajar anak minum air sejuk siap buh ice cube.
Bila makan kat luar, order air sejuk.
Anak mintak, aku bagi.
Dah tu die makin syok minum air sejuk.
Sekarang aku tengah berusaha ajar dia minum air suam.
Alhamdulillah makin menjadi.
Dia dah mula boleh terima air suam.
Salah aku, jadi aku kene betulkan.
Aku yang mulakan kesilapan tu,
jadi akulah yang bertanggungjawab utk betulkan kesilapan tu.


Siapa yang tak buat silap?
Kadang-kadang kita tak sedar.
Banyak lagi kesilapan yang aku tak sedar.
Bila aku sedar, selagi mampu aku betulkan.
Asalkan aku tak teruskan kesalahan tu.
IBARAT API KECIL YANG AKAN MEMBESAR JIKA TIDAK DIPADAMKAN KETIKA ITU.
Sementara api masih kecil dan boleh dikawal, padamlah.

Bila aku dah kene kanser,
barulah terhegeh-hegeh nak alert pasal kesihatan.
Barulah nak edit apa yang family makan.
 Biarlah aku sorang buat silap,
aku tanak kesilapan aku menular pada anak-anak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...