Tuesday, October 22, 2013

Api Kecil Yang Membesar Jika Tidak Dipadamkan

Assalamualaikum.

"Kome mengandung usah makan maggi" pesan mak mertua aku.
"Baru-baru ni anak si fulanah baru lahir meninggal sakit kanser perut. Siasat punya siasat rupenya dia suka makan maggi masa mengandung. Dah itu je yang dia boleh makan, alah. Doktor kate dah awak suka makan makanan segera, anak awak pun segera la pergi"
Nau'zubillahi minzalik..seram betul aku dengar.
Alhamdulillah pregnant kali ni aku belum pernah telan maggi.
Memang aku jarang makan maggi pun.

Aku pernah nampak sorang kawan suap anak dia
umur around 3 tahun makan maggi.
"Takpe ke anak akak makan maggi? Tahan perut die ye? Saya kalo makan maggi mesti perut memulas" aku tegur.
"Dah dia melalak mintak maggi..takkanlah akak nak biar je. Tak sanggup akak"
Kasar sangat kot soalan aku??

Cam bese..
Aku senyum, blah..
Dalam hati dan palotak..macam2 aku bokbekbokbek.
So aku luahkan kat sini.
Kalau boleh aku nak cakap kat akak tu..

"Kalau akak tak ajar anak akak makan maggi, anak akak pun tak reti nak mintak makan maggi. Dah akak ajar dia makan maggi, akak jangan heran lah kenapa dia boleh melalak nak makan maggi"
Betul tak apa yang aku rasakan ni? 
Anak kita ni ibarat bayang kita.
Apa kita buat,makan,pakai,cakap..
itulah yang dorang tiru.
Banyak silap yang aku dah buat sepanjang mendidik anak-anak.
Satu kesalahan yang aku nak amek contoh kat sini..
Ajar anak minum air sejuk siap buh ice cube.
Bila makan kat luar, order air sejuk.
Anak mintak, aku bagi.
Dah tu die makin syok minum air sejuk.
Sekarang aku tengah berusaha ajar dia minum air suam.
Alhamdulillah makin menjadi.
Dia dah mula boleh terima air suam.
Salah aku, jadi aku kene betulkan.
Aku yang mulakan kesilapan tu,
jadi akulah yang bertanggungjawab utk betulkan kesilapan tu.


Siapa yang tak buat silap?
Kadang-kadang kita tak sedar.
Banyak lagi kesilapan yang aku tak sedar.
Bila aku sedar, selagi mampu aku betulkan.
Asalkan aku tak teruskan kesalahan tu.
IBARAT API KECIL YANG AKAN MEMBESAR JIKA TIDAK DIPADAMKAN KETIKA ITU.
Sementara api masih kecil dan boleh dikawal, padamlah.

Bila aku dah kene kanser,
barulah terhegeh-hegeh nak alert pasal kesihatan.
Barulah nak edit apa yang family makan.
 Biarlah aku sorang buat silap,
aku tanak kesilapan aku menular pada anak-anak.

Thursday, October 17, 2013

Ye Makcik!! Saya Pregnant Lagi. Makcik Jangan Susah Hati.

Assalamualaikum.

Masuk lif, jumpa jiran tetangga..
"Eh..ko mengandung ke?"
"Aah" senyum.
"Laaa..boleh ke? Si kakak kan kecik lagi.."
Pintu lif bukak..
Selamat pintu lif bukak.
Kalo tak aku cabaikan sekolahkan akak tu. 

"Apa pulak tak boleh kak?Anak tu kan rezeki Allah bagi. Apa kalo orang bagi akak duit pastu akak nak kate 'ehhh tak boleh ni. Duit yang ada kat umah tu pun tak habes' Macam tu??"
Tu aku cakap dalam hati je..

Aku heran la.
Apasal bila aku preggy kali ni orang cam terkejut2?
"Ehh...rapatnya gap.."
"Laa..sian kakak tak sempat bermanja"
Lebih kurang camtulah.
Aku tak paham!!
Kenapa bila orang tahu aku preggy,
ramai yang mempertikaikan rezeki Allah swt ni?

Memanglah..kalo pikir boleh ke tak boleh??
Memang aku awal-awal kata AKU TAK BOLEH!!

Sebab apa tak boleh??Sebab...
1. Anak sulung aku belum masuk 2 tahun.
2. Anak sulung aku masih menyusu badan
3. Aku ada history KANSER OVARI
4. Perut aku pernah dioperate dengan 23 jahitan di perut.
**23 jahitan ok, bukan 2,3 jahitan
5. Bila perut makin membesar, bekas jahitan rasa nyilu, perut rasa sesengal
6. Aku punya alah (berdasarkan 1st time preggy) wallah punya suffer
7. Sesejak kimo, tekanan darah aku selalu low. Bile preggy lagi low
**selalu rasa nak pitam, demam
8. Bila preggy aku tak lalu buat ape. Drive pun tak larat.
**laki aku la yang hantar jemput aku pegi keje
9. Disebabkan ada history kanser, kene kerap pegi check up. 2 tempat pulak tu. Satu Putrajaya, satu PPUKM.
**ahh malasnye nak g PPUKM. Laki kene bawakkan, pegi sendiri memang taklah. Nak kene redah jem lagi.
10. Bila preggy memanjanglah aku mc, time slip,time off. Asyik tak sihat je.
**naik segan dengan boss.
Tulah antara sebab kenapa aku kata TAK BOLEH.

Tapi itu AKU YANG KATA TAK BOLEH.
Bila Allah swt dah bagi, means Dia kata aku boleh.
Sebab Allah bukan zalim.
Dia takkan bebankan hambaNya melainkan mengikut kemampuan.
Kalau kita tak mampu, Allah swt takkan bagi.
Kalau kita mampu, elak macamane pun,
tetap akan dapat jugak. 
Dah tu dah dapat jugak,
apsal aku nak banyak tanya?
apsal aku nak banyak cengkadak?
apsal aku nak cari jalan mengelak?
Allah swt kata aku mampu,
sebab tu Dia hadiahkan aku zuriat lagi.
Siapa aku nak menafikan??

Aku terima dengan hati terbuka, redha dan syukur.
Kenapa tak merancang??
Aku pernah merancang,
tapi terbabas gak.
End up gugur jugak masa bulan April ritu.
Sedihlah bukan main..
Tapi dah gugur, aku nak salahkan siapa??
Bila dah gugur tu tandanya Allah swt kata aku tak mampu,
atau belum layak terima zuriat kedua pada waktu itu.
Kan Dia lebih Tahu.
So redha jelah..
Yang kali ni aku kata aku tak mampu.
Merancang jugak, (sampai aku taktawlah aku dah preggy)
tapi Allah swt tetap bagi rezeki anak.
Dah tu takkan lah ko makcik nak suh aku buang??
GILOOSSS!!Nak buang rezeki??
Sok sok Allah swt tarik balik rezeki..
padan muka aku kan..

**Selingan sket..
Aku ingat lagi dulu masa aku kimo kat wad O&G,
aku dok sebelah katil sorang akak yg keguguran.
Sian  dia..sedih sangat..asyik menangis je.
"Akak ada sorang anak teruna, umur dia dah 13 tahun. Dulu 6 bulan lepas beranakkan dia, akak pregnant lagi. Tapi akak buang sbb akak rasa awal sangat. Akak belum sedia.
Lepas tu akak makan pil perancang, tapi akak pregnant lagi, akak buang jugak sbb husband akak keje kilang je. Akak keje bese-bese. Akak takot akak tak mampu. Last2 akak makan pil perancang yang lebih kuat. Bila akak dah dapat keje kerajaan, akak stop makan pil. Akak nak mengandung lagi, tapi tak dapat. Lepas 13 tahun baru pregnant balik. Seronok sangat, tapi ni gugur pulak. Akak menyesal sebab dulu akak buang. Ni balasan Allah agaknya"
Lebih kurang camtulah sembang akak tu.
Patutlah sedih bangat.
Sampai mak dia pesan tak baik menangis sangat, meroyan kang.
Aku time tu belum kawen, tak melalui fasa2 tu.
Aku cuma jawab sabar, belum rezeki.
"Umur dah nak masuk 40 ni baru akak rasa nak anak ramai-ramai. Dah tua ni penat buat keje rumah sorang-sorang, kalau ada anak dara bolehlah masak sama-sama. Anak teruma akak dok asrama, sunyi je rumah akak. Abang keje tak tentu masa. Kalau akak dah tua nanti, nak ke anak jantan akak jaga akak?"

Sebab tulah aku tanak nafikan rezeki yang Allah bagi.
Sama lah kalau jutawan bagi aku 5 juta,
aku tolak rezeki. Kan ke bongok??
So dengan rasa kuatnya aku pun melaluinya fasa suffer yang kedua ni.

Guess what??
Betul kataNya..
Memang Allah swt tahu aku mampu,
sebab tu Dia bagi aku zuriat ni.
Saje kot Allah swt nak test aku.
Nak tengok aku redho atau bodo.
Yang susah2 dulu rupanya semakin mudah.
 1. Alahan aku tak seteruk dulu. Sampai aku boleh puasa penuh sebulan.
2. Anak aku yang dulunya tak pandai minum pakai botol, skrg dah hebat membotol. SECARA TIBA-TIBA!!
3. Dulu tak larat nak drive, skrg siap boleh ulang-alik balik umah dari opis sampai 3,4 kali sehari.
4. Skrg lagi kerap kene g cek up. Kalo dulu 2 minggu sekali, skrg tiap-tiap minggu. Hahahah..yang bestnya pas check up dpt time slip bleh rehat2 kat umah.
5. Tiap kali kene check up kat PPUKM, mesti laki aku ada chance bawakkan. Allah jua yang mengatur. Alhamdulillah.

Dapat taw je preggy, tup tup kerajaan naik gaji 2 kali setahun.
Kan ke rezeki namanye tu.
Sumenya mudah..
walaupun aku kene babymoon di PPUKM ritu,
tapi sumenye mudah.
Betapa Allah swt bagi aku peluang berehat.
Syukur..
Ada jugak rezeki nak berbabymoon kat tempat2 best.
Masa preggy dulu tak semeriah skrg.
Ada lagi banyak rezeki yang tak disangka-sangka,
kemudahan n keselesaan yang aku tak pernah terfikirkan.
Sebelum ni aku dok terpikir canelah aku nak preggy lagi,
mesti susah.
Hakikatnya tidak..aku sedang menikmati kurnianNya.

Sebab Dia tahu aku mampu,
jadi aku kene lalu.

Friday, October 11, 2013

Kisah RM2, Masjid dan Gereja

WAJIB BACA: KISAH 2 RINGGIT, MASJID & GEREJA

KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA

Cerita menginsafkan...

Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

 source: klik sini

Wednesday, October 9, 2013

Bekerja Atau Surirumah?

Assalamualaikum.

Baby in womb dah 6 bulan setengah.
Sekejap je..
Dapat ke tidak cuti 3 bulan??
Ikutkan laki aku...
"RESIGN TERUS BOLEH TAK??"

Kadang-kadang aku terfikir,
berdosa tak aku sebab masih bekerja
sedangkan suami dah suruh resign??
Eay doll...pastilah dosa!!
 
Ibu bekerja atau tidak??
Yang mana lagi bagus??
 

Yang ni aku memang setuju sangatlah.
Satu sebab dorang ni ustaz-ustaz.
Kedua sebab..memang banyak sebab lah..

Aku banyak baca blog-blog surirumah (yang dulunya bekerjaya).
Semuanya bahagia setelah menjadi surirumah.
Takde sorang pun menyesal.
Antara komen-komen dorang..
Seronok dapat besarkan/didik anak depan mata, takyah risau nak hantar anak ke nursery, save duit taska/nursery, kurang gosip, takyah nak melawa g opis aurat pun terpelihara (insyaAllah), boleh uruskan rumah tangga sepenuhnya, makan pakai suami terjaga, boleh masak tuk suami, macam-macamlah.

Tapi  bagi yang dah bahagia berada di kedudukan
sebagai fully housewife tu,
tak boleh lah banned ibu-ibu yang masih bekerja.
Dorang ada alasan masing-masing kenapa masih bekerja.
Ada yang bekerja sebab gaji suami tak tinggi.
Ada yang tak sanggup makan kais pagi kais petang.
Ada yang perlu kerja utk bayar hutang kereta, hutang PTPTN,
takkan nak harapkan gaji suami padahal yang berhutang tu isteri..kan??
Ada jugak yang memang jenis tak boleh duduk diam kat rumah,
mesti kene keluar bekerja.
Ada taw..jangan tak percaya.

Aku rasa kalau diberi pilihan,
mesti ramai yang pilih untuk jadi surirumah.
Especially yang dah ada anak.
Tapi ada halangan, yang kita sendiri taktaw.
Masing-masing ada masalah sendiri.

Bagi yang masih ragu-ragu,
percayalah rezeki Allah swt itu ada dimana-mana.
Kalau menjadi surirumah itu adalah yang terbaik,
lebih baiklah kita berbakti pada keluarga,
daripada berbakti pada kerja.
InsyaAllah pahala lebih besar dunia dan akhirat.
 
Bagi yang masih  belum berkemampuan,
insyaAllah pasang niat yang baik.
Kalau kita minta yang baik,
pasti Allah swt akan bagi jalan suatu hari nanti.

Ada sorang sahabat tetibe kata..
"Nak benti kerja??Eiii..tak takut ke??Nanti husband carik pompan lain"
Ok yang ni aku musykil sampai  sekarang.
Aku assume maybe dia imagine
surirumah selekeh, busuk bau belacan,
sebab tu laki carik lain.
Hihihihi..
Tapi apa pulak jaminan kalau isteri bekerja, suami setia??
Orang tua pulak kata..
"Nak amek hati suami, tawan perutnya"
Means kena pandai masak, hidangkan masakan hebat-hebat.
Semua tu bergantung..kalau laki tu dah miang,
bini cantek tahap retis pun kene game jgk...kannn???

futnut: Situasi aku ni pulak macamana??

Friday, October 4, 2013

Apa Jadi Bila Bonda/Anak Takde?

Assalamualaikum.
Lupa pulak nak update pasal
KESAN TERHADAP ANAK SATU MALAM TANPA MAK.
Last week masa kene admit,
bertungkus lumus Babah melayan anak.
5 kali bangun tengah malam.
Bonda takde kan...
Merengek,bergolek sane sini.
Bagi susu dalam botol tanak.
Sebab bau Bonda takde.
Sebelum tu elok je dia main dgn sepupu sepapat.

Sessi Story-mory Bersama Abang Adam
 Jangankan anak, mak pun tak tido malam.
Hubby pesan jangan ingat sangat anak,
nanti die tingat Bonda dia.
Ape??Jangan tingat anak??
Ingat senang ke??
Memang aku pun tak tido malam tu..
siap nangis lagi uollss...
Rindu teramat!!
Masuk pulak wad ibu-ibu bersalin.
Ya Tuhan!!
Kiri kanan depan belakang suara baby menangis mintak susu mak.
Aku pun apa lagi..melalak la berjemaah dgn baby-baby tu.
Dorang nak mak, aku nak anak.

Pas discaj trus bawak anak bersuka ria.
Bonda ganti balik waktu Bonda hilang.

Mula-mula mandi kat pool.
 Pastu terus ke Alamanda main playground.
Even dalam ekon, ketiak Bonda tetap basah.
Yeeww!!!
Then makan time!!

Macam-macam cik yong ni nak order. Jenuh tunggu..
Rupa-rupanya nak makan drumstick je
Dessert. Best rebut-rebut dgn Opah.
Tetibe anak aku muka merah, terkaku..
sudu eskem terlepas.
Opah dia dah kelam..apahal ni??
Sejuk sangat makan eskem kot...
Dia termenung..aku da risau..
Timbul bau 'harum'..
Tadaaa...ada 'sesuatu' di dalam diaper.
Owhhh...meneran rupenya.
Gud girl!!
Pas makan terus membuang,
patutlah haluih je badan kamu.
Metabolisma tinggi macam Bonda.

Tuesday, October 1, 2013

Babymoon Keempat : Berkuda-kuda!!

Assalamualaikum.

Kesinambungan dari kisah babymoon romantaik,
hubby terus bawak aku bergomol dengan kuda-kuda.
Wahahahaha..len macam je bunyi kan.
Dengan harapan semoga kesihatan aku semakin baik..
DAN AKU KUAT SEPERTI KUDA BETINA!!

Jom tengok antara kuda-kuda yang mengambil bahagian..






Ok now jom tengok  bahan-bahan yang telah diKUDAkan..

Lampu kuda

Meja kuda

Cermin kuda

Sabun, shampoo,lotion kuda

Carpet ladam kuda
Model ala-ala kuda..


Main piano utk kuda-kuda
Dan akhirnya..

Masa untuk PIL KUDA!!! Wahahahaha..
Istana Kuda Emas terbaikkkk!!!


Destinasi Babymoon Paling RomanTaik

Assalamualaikum.

Dah lama tak hapdet.
Ok seperti yang dijanjikan,
arini hakak nak hapdet psl destinasi babymoon.
Kali ni destinasi yang kedua
sekaligus dengan yang ketiga.
Pakej!!

The Everly Hotel, Putrajaya



Best..best..
Hotel ni bersebelahan dengan Alamanda.
Boleh jalan kaki je.

Tapi yang paling best sekali destinasi babymoon yang ketiga.
Taddaaaa...

Lokasi : PPUKM
Lagi best kan??

Pepandai je Dr. Tanamera tu admit aku.
STRESSSSS!!

Ni sume gara-gara anemia.
Apa itu anemia?

Berasal dari perkataan greek yang bermaksud 'tiada darah'.
Kekurangan darah merah atau hemoglobin.
Hemoglobin = protein yang membawa oksigen ke dalam sel merah.

Tanda-tanda

Pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.
Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.
Pendek nafas apabila melakukan senaman.
Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.
Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
Penyakit demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemoliti.

Dan akhirnya aku kene drip..masuk air 3 ke 4 pain aku pun tak hengat.
Kesian kene admit time birthday laki aku.
Celebrate kat spital je.
Kekekekek!!
Sekian laporan babymoon paling romantik abad ini.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...