Friday, September 6, 2013

Tegur Anak On The Spot. Jangan Biarkan Anak-anak Buat Salah

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Harini terbaca satu artikel yang sangat membuka minda.

Hentikan habit "biarkan, biarkan"

**Aku ambil sebahagian je.
Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.
Warga Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak. Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita nampak mereka melakukan kesalahan.
Jom baca selanjutnya...

source : Rumah Pengasih Warga Prihatin

Alhamdulillah artikel yang sangat-sangat bermanfaat.
Tegur anak on the spot memang aku amalkan dari anak aku BAYI.
Laki aku pun amalkan.
Sekarang dah start tepuk tapak tangan dia.
Ingat..tepuk dan pukul jauh beza,
apatah lagi belasah.
Juga tak sama dengan bertepuk-tangan.
Jangan terkejut ada mak yang terkekek-kekek 
kalau boleh nak tepuk tangan tengok anak
 tarik rambut anak orang lain.

Mana yang salah, tegur LA LA tu jugak.
Mana yang betul, tepuk tangan dan ucapkan "BAGUS" la la tu jgk.

Aku bagi contoh.

Dulu anak aku suka korek sampah dalam bakul sampah yang kami letakkan tepi pintu toilet. Bakul sampah tu untuk buang diapers anak. Mak bising lalu sorokkan bakul sampah tu di dapur. Selang beberapa hari, aku letakkan semula bakul sampah tu di tepi toilet, tempat yang sama. Anak masih korek-korek. Aku tegur. "Ini sampah..eeee yyeekkk...kotor" Aku ambil satu diapers kotor dalam bakul sampah tu, bagi dia hidu. "Busukkk...eee yeekkk" Anak mula melangkah kebelakang. Esok dia usik lagi. Kali ni aku cuma larang dari jauh "Eee yeekkk...busuk" Mungkin dia ingat bau busuk semalam. Dia lari jauh. Lama-lama, tak korek sampah lagi. Sebaliknya bila ada plastik sampah atau diapers kotor, aku cakap "Eee yeekk..kotor, busuk" Anak terus buangkan dalam bakul sampah. Seawal umur 1 tahun 3 bulan, anak dah boleh buang sampah ke dalam bakul sampah.

Sejak kami beli tv LED, anak gemar tolak-tolak tv yang lebih nipis dari tv lama tu. Bila Babahnya nampak, Babah marah on the spot. "Haipp..NO!" Anak tak faham, masih menunjal-nunjal tv. Esok tunjal lagi, kali ni Babah kata "NO,,jatuh nanti" Babah angkat anak pergi jauh-jauh. Lusa usik lagi. Kali ni Babah buka tapak tangan anak (tangan yang gatay menunjal tv) dan Babah tepuk. Tepuk mesra, bukan belasah atau pukul. Babah kata "Kalau noty Babah pok" sambil tepuk tangan anak. Selang beberapa hari, anak masih lagi merapat ke tv. Baru nak tunjal tv, tetibe dia tepuk tangan sendiri sambil kate "Babah pookkk..haaa". Belum sempat kita larang, dia sendiri teringat yang perbuatan dia salah. Mungkin kita rasa anak tak faham, hakikatnya...

Itu antara contoh yang aku dan suami amalkan. 
Bukan nak tunjuk pandai,
tapi aku nak sharing pengalaman aku.
Moga jadi amalan aku dan kawan-kawan.

Hari ni tegur, anak blur.
Esok tegur, anak tak faham.
Lusa tegur, anak masih tercengang.
Jangan mudah mengalah atau kata "Anak tak makan saman"
Itu tanda mengalah, kene banyak kali pesan,
lama-lama ANAK PASTI FAHAM.

Anak aku 1 tahun 4 bulan sekarang.
Masih belum pandai bersembang.
Tapi dah faham buang sampah dalam tong sampah, masukkan baju kotor dalam bakul, susun kasut di rak, kemas mainan lepas main, kemas pensel warna lepas mewarna, letak botol atas meja lepas minum.
Sikit je yang dia faham, tak banyak.
Tapi cukup buat aku bangga,
daripada aku tengok dia buat benda yang tidak-tidak.

Ada setengah ibu bila anak belasah anak orang lain,
cuma jawab "Dia memang macam tu..."
Persoalannya sampai bila nak biarkan dia macam tu??
Bila anak rampas barang dari tangan kawan,
si ibu cuma memerhati dan kata "Ko memang kan..suke macam tu"
Perlu ada inisiatif tegur, beritahu kenapa itu salah,
dan kalau  boleh 'lepuk' sikit.
Buat hari-hari sampai anak faham.
Kalau anak masih buat benda yang salah,
bukan tanda perangai dia memang macam tu,
itu tandanya dia tak diajar.
Kalau tidak , orang tua tak kata "Kurang ajar"

Mungkin kita rasa itu perangai normal budak-budak
jadi keluarlah ayat "Beselah...budakkk"
Bukan anak kita yang kene usik,
bukan anak kita yang kene belasah/rempuh,
bukan anak kita yang menangis dek mainannya dirampas,
sebaliknya anak kita yang mengusik, merempuh dan merampas.
Jadi tak berapa terkesan.
Tapi apa pulak pandangan si ibu 'mangsa'??
Atau tak terkesan ke bila orang kata...
"Eh mak die ni tak ajar anak ke?"
"Ganasnya anak ko?"
"Yeeww..anak ko suka rampas mainan orang kan?"
"Anak ko kuat jeles kan?"
"Anak ko memang tak boleh tengok orang pegang barang kan? Mesti nak rampas" 
**cane pulak kalau anak kita yang kene rempuh sampai melalak??nak senyum jugak??

Orang cakap anak aku ciwek/uyen/kuat nangis pun aku dah gelabah.
Bukan apa, kata-kata tu ibarat doa.
Jenuh jugak aku nak kembalikan semangat anak aku.
Bawa dia keluar jumpa n main dengan kawan-kawan.
Alhamdulillah sekarang dah tak ciwek lagi. 
Tu baru orang cakap ciwek,
kalau orang cakap anak aku 
"Degey..Perampas..Kuat Jeles..Ganas"
Nau'zubillahi minzalik.
Aku cukup takut kalau kata-kata tu jadi doa.
Takut terbawak-bawak sampai dewasa.
Lebih-lebih lagi kalau keluar dari mulut atok/opah/embah dia.

Jadi tolonglah ibu-ibu,
jangan amalkan habit 'biarkan...biarkan...'
Kalau anak buat salah, 
jangan hanya memerhati, 
lebih teruk jangan ajak orang lain perhatikan perangai buruk anak tu.
"Tengok tu..tengok tu..dia rampas barang orang"
Awak rasa bangga, tapi orang rasa apa??
Tegur dan ajar on the spot!!
Nak tunggu sampai bila??

9 comments:

Noor Suraya said...

sy pon mama yg tegas kak dila..kdg2 bila sy puk dia kt umh pengasuh,sy tgok dia balik..sy rasa cam sy ni tak manjakan dia lak..kesian lak kat dia...bukan apa,kdg2 dia suka buat kawan dia...sy sakit mata tgok sbb sy pon sakit hati klu anak sy yg kena..tp takkan nak marah anak org lak..anak kita la kita kena tgoq dulu.tp tegoq saja setakat cakap dr tpt mana kita duduk, "haip..jgn buat camtu..."...wiya,jgn buat kakak".."tak baik buat camtu"...takat cakap dr jauh,tanpa ada tindakan,takdak jalannya..kena jugak kita p kat dia,puk tgn or kaki dia cket...mmg sy buat...sbb sy tak suak tgok dia buat anak org...berkasar ngn org..mmg sy tak suka.sakit hati.hehehehehe....pastu,mlm2..sblm tdoq..sy nasihat dia.HARI2..walaupun esok tu dia buat lagi.tapi sy cakap jugak akt dia hari2..lama2..skrg ni alhamdulillah..sy tak nampak dah dia bt kawan dia..bg sy,bukan maksud kita tegas dgn wiya,sy tak manjakan dia....dak..sy nak manjakan dia...tapi bila dia berperangai elok..bila ada perangai yg sy tak berkenan,sy ttp puk dia.walaupun dia cebik muka dia sedih sbb kena puk..tapi laam2 dia paham cuma amek masa...
saya cukup tak berkenan,kalau mak ajaq anak cara bersuara ja dari jauh..dlm masa yg sama,anak ttp teruskan apa yg 'salah' tu ha.. "haipp...jgn lari2...haip..jgn buat tu..jgn buat ni"...tapi yg mak duk jugak kt ctu...bg sy,P LA AMEK ANAK TU. Cakap kt dia cket smbil usap kepala kata tak boleh nanti mama puk.baru jadi walaupun bukan la la tu jugak dia nak berubah.haa...byk lak sy ckp.hehehehehehehehehehe...bg sy la...nanti nak kena ajaq abah wiya lak..abah wiya mmg manjakan wiya.ya la..jrg2 jumpa..ni dia dh besaq n dh pandai...abah dia tak jumpa lagi..takut nnt wiya manja terlebih ngn abah dia.hehehehehehehhehehehhe...sy tetap setuju kita kena tegas n tegur anak kita la tu jugak...takleh kata biaqla..dia kecik lg..takleh takleh...kecik2 tu la nak membawak ke besaq!!!

Mrs. Amad said...

akak setuju sgt2 dgn su.betul..time kecik ni la kte kene puk,da besar kalo kte puk kang lain jadinye.mmg ada RAMAIII sgt makpak yg larang anak dr jauh.kak dila mmg menyampah sgt nengoknye.sakit mata.stkt nak jerit dr jauh sket pun x efek kat anak.ble anak die kene belasah,taw plk marah.tp ble anak die blasah org lain,die sket pun tak terkesan.cam selfish pun ada kan.bagus cara su,akak setuju.byk cara nak manjakan anak,tp cara tu kene BETUL.membiarkan anak buat itu ini BUKAN cara yang betul nak manjakan anak.bab ayah wiya tu takleh nak kate apelah.yelah jarang jumpa su.takpelah die manjakan wiya.yg penting mak wiya taw cane nak ajar anak.kipidap su!!

Noor Suraya said...

pendek kata,"SAYA SETUJU KALAU MAKPAK TEGAS DGN ANAK-ANAK"..
Kalau latihan yg keras dan kasar dalam ketenteraan tu,bagi tentera,itu adalah kebajikan bg depa,
camtu jugakla kita didik anak2..kita tegas dan garang bukan sbb tak sayang atau takmo manjakan.tapi sbb utk kebajikan dan kebaikan depa masa depan.InsyaAllah.

Mrs. Amad said...

mak aih ni famly askar ni...padanlaahhh...hahahahaha...

azwinda rozali said...

ada jugak mak bapak yang terlalu sayangkn anak sampai biar je anak wat ape saja. xtegur lgsg. tegur pn belakang2 org sampai bdak tu xbtau nk express feeling sndri. ada jgak mak bapak y tak boleh anknya dtegur sampai amik hati, nangis sb org marah anak dia. org tegur sb syg bkn sb benci. npe ada golongan y mcm ni?

aminah ismail said...

Nak share dgn anda... ada seorang kwn sya ni sya rasa pelik melihat susun atur rumah nya terutama hiasan2 kecil mcm tembikar porselin d susun rapi d tmpt terdedah langsung tak d usik oleh anak nya.. saya tanya apa rahasianya... jom kita kongsi ya.. cara nya begini.... sjak umur anak nya sdh bole duduk dlm baby walker lagi dia sdh latih tak menggangu barang hiasan rumah nya.. cara nya ialah bila anaknya menyentuh atau mengambil hiasan2 kecil tu dia terus lastik jarinya setiap kali menyentuh barangan fragile .. slepas beberapa kali anak nya tak pernah lagi menyentuh hiasan2 fragile d sekitarnya begitu juga bila bertamu d rmh kluarga anak nya dpt duduk diam dan sopan sbb sebelum memulakan perjalnan anak2 sdh d pesan beberapa tips2 supaya duduk dgn sopan dan tak berkejar kesana kemari.. ..anak2 ini memang selalu mau d guide sbb mereka mana la tau yg mana baik dan tak baik kita ini bapa kena sentiasa guide dlm ertikata mendidik membentuk peribadi anak2.

aminah ismail said...

Lastik jari dgn jari kita ya bukan dgn lastik burung tu hahahaha.. sya sdh cuba tips ini dgn anak perempuan sya memang berkesan dan berjaya.

aminah ismail said...

Lastik jari dgn jari kita ya bukan dgn lastik burung tu hahahaha.. sya sdh cuba tips ini dgn anak perempuan sya memang berkesan dan berjaya.

aminah ismail said...

Nak share dgn anda... ada seorang kwn sya ni sya rasa pelik melihat susun atur rumah nya terutama hiasan2 kecil mcm tembikar porselin d susun rapi d tmpt terdedah langsung tak d usik oleh anak nya.. saya tanya apa rahasianya... jom kita kongsi ya.. cara nya begini.... sjak umur anak nya sdh bole duduk dlm baby walker lagi dia sdh latih tak menggangu barang hiasan rumah nya.. cara nya ialah bila anaknya menyentuh atau mengambil hiasan2 kecil tu dia terus lastik jarinya setiap kali menyentuh barangan fragile .. slepas beberapa kali anak nya tak pernah lagi menyentuh hiasan2 fragile d sekitarnya begitu juga bila bertamu d rmh kluarga anak nya dpt duduk diam dan sopan sbb sebelum memulakan perjalnan anak2 sdh d pesan beberapa tips2 supaya duduk dgn sopan dan tak berkejar kesana kemari.. ..anak2 ini memang selalu mau d guide sbb mereka mana la tau yg mana baik dan tak baik kita ini bapa kena sentiasa guide dlm ertikata mendidik membentuk peribadi anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...