Thursday, September 5, 2013

Susu Lembu : Cercaan vs Cabaran

Assalamualaikum.

"Minum susu lembu, nanti anak degil macam lembu"
Sentap!!
Itu ayat yang paling banyak aku baca dan dengar
lepas bagi anak aku minum susu formula.
*sah-sah susu lembu
Masa tu aku terikut dengan kata-kata
SUSU SIKIT, SUSU TAK CUKUP,
ANAK LAPAR SUSU, ANAK MERAGAM TAK CUKUP SUSU.
Stress sangat!!
Dengar pulak orang ban aku sebab bagi anak minum susu lembu.
Bertambah stress, susu lagilah segan nak kuar.

Sesuka hati je doakan anak aku degil.
MACAM LEMBU PULAK TU!!
Susu dia banyak bolehlah..
Susu aku kene pump 6 kali sehari.
6 KALI PUMP = 1 HARI = I BOTOL
Mana nak lawan susu dia.
Sekali pump 2 botol.
Ingat kita ni sesaje je ke nak bagi anak susu lembu.
Dia tak faham masalah kita,
taw nak ban je.
Sedeh + Sakit hati.

Tapi sentap aku tak lama.
Aku bagi anak aku minum susu Anmum pun tak lama,
tak sampai sebulan.
Aku agak dalam seminggu or 2 minggu.

Aku pikir-pikir balik,
APAHAL LAK AKU NAK SENTAP??
Aku rasa aku sentap tak kene tempat.
Cuba kaji  balik kata-kata tu,
tapis dari sudut positif.

Dari sudut lain,
betul jugak kata cik kak tu.
Susu lembu utk anak lembu,
tapi untuk anak aku, pastilah susu aku.
Sejak tu aku 'buang' susu Anmum tu.
Aku kira baru guna 5%.
Sejak tu aku nekad.
Kaw ingat kaw je banyak susu kak anon??
Kaw ingat aku sesuka hati nak bagi anak susu lembu??
Kaw ingat kilang susu kaw besar, susu kaw je banyak??
Kaw ingat aku takleh bagi susu aku kat anak aku??
Kaw tengoklah kak anon!!
Kaw tengok!!
Aku sanggup buat apa je demi kebaikan anak-anak aku.

Alhamdulillah..hasil cercaan kak anon,
aku berjaya jadikan cabaran.
Tapi sampai sekarang aku belum ucapkan terima kasih pada kak anon.
Sentap sikit-sikit masih ada..wahahaha..
Tak bagussss!!!

Anak dara tido tak sopan ni, minum susu sapelah gamaknye...

1 comment:

Anonymous said...

Kata2 org mcm tak sekolah sila abaikan..apa slps 3-4 tahun masih susu ibu jgk ke? Susu lembu jugak dicari..
Masa pregnant janin nk terbentuk susu lembu jugak maknya minum...ada beranakkan anak lembu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...