Tuesday, September 3, 2013

Satu Ovari : Bolehke Mengandung??

Assalamualaikum.
Lately ni selalu dengar orang keguguran
or mengandung luar rahim.
Kene operate, buang ovari or tiub fallopio.
Takutnya..seram sesangat..

Bila dah tinggal sebelah ovari/tiub,
ramailah yang takut takleh nak pregnant lagi.
Walaupun tahu harapan tu masih ada sebab 
sebelah ovari lagi masih berfungsi.
Macam aku dulu..aku dah pernah rasa...

"Kalo boleh u kahwin awal, sementara ovari kanan u masih berfungsi dengan baik.Cepat-cepat buat anak" 
Itulah kata-kata doktor rite after aku abes kimo 4 cycles dulu.
Aku ni kene buang ovari kiri siap dengan tiub skali.
Sebab tumour dah besar sangat,
takleh nak selamat dah.
Tak cukup tu, siap kene kimo lagi.
Pernah tak datang period almost a year sbb kimo.
Tapi alhamdulillah ovari dan tiub kanan masih ada.

Allahu Akbar...
Rasa nak kahwin malam tu jgk.
Org mulalah mengate aku paksa n desak bf aku kawen cepat.
Tambah-tambah dia kene langkah 2 bendul.
'Langkahla segala bendul yang ada'
Sedih, sentap..tapi takkanlah aku nak cakap..
"Aku kene kawen cepat...sbb nak buat anak!!"
'Kaw kawen sbb nak anak ke pun??' kate dia..
'Eh kaw pulak tanak anak ke pun??'aku kate..
Susah nak fahamkan orang.
Aku pun susah nak faham orang.

Bila aku dah kahwin, pas sorang-sorang kawan pregnant.
Kebetulan yang kawen sama date dgn aku adalah dlm 6,7 pasang.
Aku idak-idak jugak.
Orang yang kawen kemudian plk yang pregnant dulu.
"Aku ni bleh pregnant ke tidak?"

Alhamdulillah..lepas 6 bulan aku pregnant dengan sebelah ovari.
Penantian suatu penyeksaan,
tapi rahmat kesabaran ibarat syurga.

Bila dah preggy,
aku takut pulak bolehke bertahan??
Tak gugur ke??
Boleh bersalin normal ke??
Anak sihat ke??

Masa preggy anak first aku langsung tak taw
ada zuriat dlm rahim aku.
Masa tu aku tersangatlah gedik tak dok diam.
Kebetulan aku bercuti ke Baling, Kedah.
Jadi budak kampung kejap..
Mandi sungai, main badminton, kutip buah kat kebun..

Masa aku gedik ni aku preggy 4 weeks...gediks sangat cam nak bagi penampor!!

Siap kendong anak akak aku.
 Alhamdulillah.
Aku berjaya jugak.

Time yang kita terlompat-lompat, terkinja-kinja
elok alhamdulillah menjadi.
Time yang aku sedar, aku jaga,
tergugur pulak...

Itu kesemua ketentuan dan rezeki Allah SWT.
Apa yang aku belajar.

Tak semestinya kita dapat apa yang kita mahu.
Tak semestinya kita tak dapat apa yang kita tak minta.

Tak semestinya kita tak boleh jadi ibu
sebab cuma ada satu ovari.
Tak semestinya kita boleh melahirkan
sebab ada dua ovari.

Tak semestinya kita takkan keguguran selepas berjaya melahirkan.
Tak semestinya kita gagal melahirkan selepas keguguran.

Alhamdulillah rezeki datang lagi lepas keguguran bulan April lepas.

Zahra orang pertama yang tahu aku preggy sebab selalu 'bercakap' dengan perut aku.

My kids are growing up..thanks Allah!!
Yang penting keyakinan yang tinggi pada Allah SWT.
Jangan pernah berfikiran negatif terhadap ketentuan Allah SWT.
Banyak kemungkinan kenapa Dia belum hadiahkan anak buat kita.
Hanya Dia yang Tahu.

futnut : cakap memang senang..

6 comments:

Noor Suraya said...

oi..oi..bila ngndg?pasepa sy taktau pon.pasepa sy tak perasan?hahahahahaha..
tahniah tahniah kak dila.....
dah berapa bulan dah?
Pasepa sy taktau?pasepa sy tak perasan perut tu?pasepa bila tgok dlm gmbq ni baru nampak?pasepa?pasepa?
haahahahhaah

Mrs. Amad said...

pasey sume org pun taktaw...hihihi..org opis ni ade beberapa kerat je yg taw sbb dah masuk 5 bulan ni perut cam kedepan sket tu yg dorang start tegur tu.bukan sume org prasan pun..akak kan sll pakai sweater..hihihi..

Nana said...

alhamdulillah...rezeki Allah bagi kan...
kena yakin 100% kpd Allah..kan...

jage bebaik nooooo...

tiup2 sikit kat sini...hihi...

senoritaayu said...

Sis... sy pon sama kes ngn sis. Bru 3 bulan kawen.. ada amal mkn apa2 ke??

liyana husna said...
This comment has been removed by the author.
lady xmerc said...

tibe2 tjumpa blog u sis....hehehe same mcm sy ovry tgl sblah siap ngn chemo skli 8cycle...gigih pegi try 1 klinik ke 1 klinik bile org kate bgus untuk dpt baby...stkat ni 7 ke 8 klinik ok je....cuma 1 klinik ni....doc ckp..."u tau x bila da chemo, cell awk semua da rosak..so u x kn boleh mengandung smpi bila2".....time tu rase gelap gelita rase dunia ni...betul ke...tp knpe doc len x pna ckp...kne yg ni ckp cmtu....rse mcm x guna je jdi org time tu...heheheehe...bile jmpe blog sis ni rase sedap ati sikit....cuma rzki sy lmbt sikit kot....bru 3 taun kawen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...