Wednesday, September 11, 2013

Menyusukan Semasa Hamil

Assalamualaikum.

Semalam balik kerja anak aku tak mintak susu pun.
Selalu tu tak sempat aku bagi salam dia dah merengek.
Taktaw kat mane silap aku semalam.
Dah maghrib baru dia menyusu.
Itupun aku yang offer.
Sebab susu aku dah mula kurang ke sejak pregnant ni?

Harini aku mula makan makanan yang lebih berkhasiat.
Niat makan untuk tambah susu.
Aku minum horlick panas time lunch.
Berpeluh jugak ketiak minum panas di tghari.
Banyakkan minum air dan kuatkan mental n emosi. 
**cewah...gaya stress bebenor..

Aku perasan sejak bulan puasa susu kurang 1-2 oz.
Sedih..sian anak aku.
Padahal masa bulan puasa tahun-tahun dulu susu ok je.
Ke sebab aku pregnant??
Bolehke menyusukan anak semasa hamil??

Masa aku pregnant kali kedua,
aku teruskan penyusuan dan mengepam.
Tup-tup gugur masa 6 minggu.
Aku ada tanya doktor...
"Saya gugur sebab menyusukan anak ke doktor?"
Doktor jawab..
"Tak jadi masalah..masih boleh menyusukan even pregnant"
So aku anggap aku keguguran sebab takde rezeki.
Bukan salah ibu menyusu.

Kali ni pregnant lagi,
aku teruskan penyusuan.
Aku masih tanya doktor soalan yang sama,
taknak pisang berbuah dua kali. 
Dulu dah pernah gugur, walaupun doktor kate bukan gugur sbb menyusukan.
"Doktor, anak saya breastfeed. Takpe ke?"
"Okay..teruskan. Cuma kalau awak rasa sakit perut masa menyusukan, stop dulu"
"Sakit macam mane?"
"Rasa sakit perut ke, ngilu ari-ari ke, better stop..JUST FOR A WHILE. Bukan stop terus"

Aku pun tak sure boleh menyusukan ataupun tidak.
Tapi kebanyakan doktor kata takde masalah, boleh teruskan.
Orang tua selalu kata nanti anak dalam kandungan tak cukup zat.
Takde kaitan pun, baby dalam rahim ada bekalan makanan sendiri.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman.
Bila aku mengepam,
kadang-kadang ada rasa pedih perut.
Kadang-kadang rasa macam mencucuk-cucuk.
Sebab pump kuat sgt kot..
**yelah aku nak cepat abes pump so aku putaq maximum punya..
So aku stop mengepam dan bagi direct feeding je.
Kadang-kadang bila mengepam aku rasa sakit kepala.
Aku cepat-cepat stop,rest n minum air banyak-banyak.
Sekarang ni dah pregnant  5 bulan,
dah takde rasa sakit perut ke sakit kepala.
Masa awal-awal dulu je rasa camtu..
Kejap je pun rasa camtu.
Dan sekarang aku masih teruskan penyusuan. 
Alhamdulillah..hope takde masalah lagi.

Yang penting niat nak bagi yang terbaik utk anak-anak.
Doa banyak-banyak.

Cik Munge setahun 5 bulan, adik dalam perut 5 bulan.


 

4 comments:

Noor Suraya said...

boleh....chayok!

Anonymous said...

Betul ckp doc bila suh stop kalo rs sakit berdenyut sb rahim mengecut sedikit..kalo xsakit xde apa..doc should explain more la kan..

Nana Musa said...
This comment has been removed by the author.
Nana Musa said...

Sy tgh alami skrg, rase ngilu bile anak menyusu lepas 1st period aritu. Bezanye sy tak mengandung. Risau je ni. . anak sy da nak masok 2 tahun feb 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...