Tuesday, September 24, 2013

Tanda-tanda Hamil Bayi Lelaki Atau Perempuan

Assalamualaikum.
Hari ni terbaca artikel
CARA MENGETAHUI JANTINA BAYI MENGIKUT KEPERCAYAAN MASYARAKAT.
Sumber dari babycentre

So aku nak buat comparison berdasarkan
pengalaman aku preggy dulu dgn sekarang ni..

Kadar degupan jantung
Bayi lelaki - kurang daripada 140 degupan seminit
Bayi perempuan -  lebih cepat daripada 140 degupan seminit
, Pengalaman : Masa preggy Zahra aku tak ingat bape degupan jantung dia, tp memang laju, lebih kurang dlm 150. Yang kali ni area 148.

Bentuk perut
 Bayi lelaki - memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam', perut lebih 'rendah'
Bayi perempuan - perut kelihatan lebih 'bulat', lebih 'tinggi'
Pengalaman : Memang masa preggy Zahra, perut aku bulat cam bola, penuh kat tepi-tepi pinggang ni haa..Tapi yang kali ni aku tak sure pulak, jarang selidik. Macam sama je..

Wajah
Bayi lelaki - sangat berseri-seri ketika hamil.
Bayi perempuan - tidak berseri-seri (konon bayi perempuan telah mengambil seri ibu)
Pengalaman : Wajah aku memang TAK berseri sepanjang zaman. Hihihi..tapi masa aku preggy Zahra sampai preggy kali ni kulit aku takde jerawat or masalah lain. Yang best preggy kali ni muka kurang berminyak. Hari-hari pegi opis takyah tampal bedak, kuar camtu je.

 Alahan
Bayi lelaki - tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. 
Bayi perempuan - mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
Pengalaman : Alahan yang kali ni taklah seteruk dulu. Pastu sekejap je..tak lama. Kalo preggy Zahra dulu, muntah semedang. Lama pulak tu..masuk 4 bulan baru nak reda sket.

Payudara
Bayi lelaki -  kanan lebih besar
Bayi perempuan - kiri lebih besar
Pengalaman : Biarlah rahsia..

Mengidam
Bayi lelaki -  mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
Bayi perempuan - mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
Pengalaman : Preggy Zahra dulu aku suka makan buah. Hari-hari nak buah. Kali ni kureng sket makan buah. Tak suka makan ayam. Tapi aku suke je makan western. Cesss...

Suhu badan
Bayi lelaki -  Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Bayi perempuan - Suhu badan lebih panas
Pengalaman : Tak denial la, masa preggy Zahra aku panas memanjang. Tido tak penah berselimut. Kalo laki aku selimutkan aku, aku boleh hangin tengah2 malam sbb berpeluh. Tapi preggy kali ni ok la, takde panas. Suhu maintain. Nak kate sejuk sgt pun tak, bese-bese je.

Cincin perkahwinan
Bayi lelaki -  Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Bayi perempuan - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
Pengalaman : Takde pengalaman...tak pernah buat..

Tekstur kulit
Bayi lelaki - Kulit menjadi kering
Bayi perempuan - Kulit menjadi lebih lembut
Pengalaman : Kulit aku memang kering...dan memang lembut. Wahahahaha..

Rambut
Bayi lelaki -  menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
Bayi perempuan - menjadi lebih nipis dan kering.
Pengalaman : Sama je..rasenye masa preggy Zahra dulu rambut aku lagi santek kot..kot lahh..Pas bersalin Zahra rambut aku dah semakin menipis. Tak lebat-lebat sampai la skrg ni..

Posisi tidur
Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara, ke kiri
Bayi perempuan - lebih kerap mengjadap ke selatan, ke kanan
Pengalaman : Masa preggy Zahra mesti kene mengahadap ke kanan, kalo tak, sakit. Kali ni menghadap mane-mane pun mak ok jerrr..

Tanda-tanda lain
Bayi lelaki - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
Bayi perempuan -  Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”
Pengalaman : Yess...memang first word Zahra is babah. Sebab die sayang Babah sangat2.

 Bayi lelaki - Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Pengalaman : Ni pic Zahra semasa bayinya..cam laki ke pompan??


Bayi perempuan - Anda lebih moody drpd biasa
Pengalaman : Berdasarkan keluhan laki aku, memang aku moody masa preggy Zahra dulu Hihihi..Yang kali tak sure plk..

Bayi lelaki - lebih mudah diserang sakit kepala
Pengalaman : Time preggy Zahra dulu selalu je sakit kepala. Sekarang ni je kurang..

So agak-agak baby dalam rahim aku kali ni boboi ke gegirl ye???

Monday, September 23, 2013

Bila Anak Takde Depan Mata Baru Nak Meroyan

Assalamualaikum.

Mommiesssss!!
Penat tak jaga anak??
Bohonglah kalau jawab...
TAKKKKK!!
Anak sihat ke tidak,
anak buas ke tidak,
baik ibu bekerja atau ibu fully housewife,
confirm penat.
Tapi NIKMAT tak jaga anak??
Aaaa...huurmm...erkk...???
Nikmat..memang nikmat.
Penat hilang bila tengok keletah anak.

Dulu masa bersalin sakitnya Ya Tuhan!
Kulit disiat mentah-mentah.
Pinggang macam dihempuk-hempuk.
Tapi bila nurse tunjuk seketoi nyawa...
taktaw mane hilangnya sakit-sakit sume. 


 Itulah yang aku rasa sekarang.
Balik keje sangat malas nak mandikan dia.
Tapi bila dah kecebom-kecebom kene air,
"Apasal la dari tadi tak mandikan dia??Gile heaven kot.."


 Sume tu ada unsur-unsur menyesal.
Lebih-lebih lagi bila dok kat opis.
Barulah terhegeh-hegeh wasap laki aku..
"I rindu manje..."
"Anak manje Bonda bakpe?"
"Send pic manje kat I"

Sebab tulah bila selain dari waktu aku di opis,
aku akan make sure anak aku berada dengan aku,
di sisi aku, depan mata aku.

Kadang-kadang nak makan pun tak senang.
Baru nak cedok kuah, dia dah merengek.
"Kalo aku picit kang...haaa..."
Tapi cepat-cepat aku sambar die dok atas riba...(makan tetap makan)

Aku nampak je ada mak-mak sedap berlingkar depan tv sambil jilat eskem.
Anak bergolek-gelantang, gedegung-gedegang kepala atas lantai,
nyamuk gigit berbirat-birat,panas berpeluh-peluh,
JANJI ANAK DEPAN MATA.
Boleh camtu??
Pastu bila dah berjauhan dgn anak,
barulah nak gila meroyan menangis rindukan anak.
Aiihhh..masa anak ko depan mata ko biarkan aje die.
Ko tak kesah pun telanjangkan anak selama sejam 
sampai digigit nyamuk 7,8 tempat.
Ko tak sedih pun anak melalak sampai meleleh air mata.
Ko tak bekejar pun bila anak jatuh bergolek.
Bila dah jauh, baru nak rindu-rinduan.
Ini yang laki aku kate...
"Ini sume poyo...B*Ri7 ehhh"
Haaaa..laki aku dah mencarut sbb menyampah
dgn perangai split personality mak-mak poyo tu.

So khas buat mummy yang spesis suke abaikan anak,
Suka biarkan anak tergolek sane-sini,
(**dengan alasan biar die bebas)
Suke biarkan anak melalak taknak pujuk,
(**dengan alasan nanti dia diam sendiri)
dan yang seangkatan dengannya,
hentikan drama queen!!
Buat mummy yang selalu menyesal bila berjauhan dgn anak,
pasni JANGAN ABAIKAN ANAK.
Bila anak depan mata,
menatanglah ibarat minyak yang penuh.

Babymoon Yang Pertama

 Assalamualaikum.

Preggy kali ni alhamdulillah tak seteruk yang pertama.
Sebab dah ada pengalaman maybe.
Alah pun tak teruk sangat.
Pun tak lama macam dulu.

Yang tak bestnya..HB low.
Dulu skali je hb low..ni dah masuk 5 bulan still low lagi.
Masalah yang maintain sama macam dulu..
BERAT BADAN NAIK MENDADAK.
Sepatutnya SEBULAN naik 0.5 kg je,
tapi aku naik 2.5 kg dalam 2 MINGGU.
Jadinya mari ke klinik berhampiran sekerap yag mungkin..
 

Penat taw berulang-alik ke klinik n spital.
So before kita hidup berempat kelak,
which means lagi penat (tp nikmat),
jom kita berbabymoon.
 
Poyo lah babymoon babymoon bagai..
Takyah nak babymoon sangatlah.
Okay..ini gambor babymoon yang pertama.
Muahahahaha!!!
 
Pullman Hotels & Resorts Putrajaya terbaikkk!!

Ini sume poyo sebenarnya.
Apa-apapun..esok akak akan upload pic babymoon yang kedua iaitu
di Hotel California.
Nantikan!!

Thursday, September 12, 2013

Jubah Cotton Yang Cute : Maira Clothing Hut

Assalamualaikum.

Aku dah lama cari jubah kain cotton.
Sebab kain cotton ni..
1. Sejuk n selesa
2. Kain tak melekat kat badan
3. Gaya muslimah yet stylish
Tapi susah nak cari yang BUTANG DI DEPAN.
**maklumlah breastfeed mommy.
Kat Jalan Tar banyak,murah pulak tu.
Tapi tak sanggup nak bawak anak aku redah ramai-ramai kat Jalan Tar tu.
Kesian dia...

Tapi sekarang aku dah jumpa...!!



MAIRA CLOTHING HUT
Sangat-sangat berpuas hati. Servis bagus, friendly.
Aku order on Tuesday.Then dpt msg ni..


Esok paginya (semalam, Khamis) dah sampai.
 Sekarang ni aku tengah sibuk cari baju preggy.
Perut dah makin membesar.
Tapi payah nak cari jubah maternity n NURSING.
Aku kan masih menyusukan anak.
Tapi aku beli jelah jubah kat Maira Clothing Hut (MACH).
InsyaAllah boleh pakai lepas bersalin.
Balik umah terus ngetest.
And voilaaa....eh eh muatlah pulak.
Untuk perut 5 bulan ni.
Aku amek size S.

**sila abaikan makhluk cilik oren itu
 Inilah yang aku mahukan.
Dan aku percaya orang lain pun sama.
Online bisnes yang menawarkan perkhidmatan...

1. Murah or at least reasonable price.
**some on9 bisnes amek kesempatan letak price tinggi dari market,pdhl ko takyah bayar sewa kedai sampai ribu-riban pun tiap2 bulan.
2. Feedback yang cepat n mesra.
**bila customer ada question or nak order, dia jawab on the spot.
3. Cepat sampai.
**opkos la nak cepat sampai.kalo boleh pagi ni order,petang sampai..hihihihi..
4. Barang yang dihantar sama dengan barang yang diorder.
**jangan order kain sampin,yang sampai kain lampin.

Wednesday, September 11, 2013

Menyusukan Semasa Hamil

Assalamualaikum.

Semalam balik kerja anak aku tak mintak susu pun.
Selalu tu tak sempat aku bagi salam dia dah merengek.
Taktaw kat mane silap aku semalam.
Dah maghrib baru dia menyusu.
Itupun aku yang offer.
Sebab susu aku dah mula kurang ke sejak pregnant ni?

Harini aku mula makan makanan yang lebih berkhasiat.
Niat makan untuk tambah susu.
Aku minum horlick panas time lunch.
Berpeluh jugak ketiak minum panas di tghari.
Banyakkan minum air dan kuatkan mental n emosi. 
**cewah...gaya stress bebenor..

Aku perasan sejak bulan puasa susu kurang 1-2 oz.
Sedih..sian anak aku.
Padahal masa bulan puasa tahun-tahun dulu susu ok je.
Ke sebab aku pregnant??
Bolehke menyusukan anak semasa hamil??

Masa aku pregnant kali kedua,
aku teruskan penyusuan dan mengepam.
Tup-tup gugur masa 6 minggu.
Aku ada tanya doktor...
"Saya gugur sebab menyusukan anak ke doktor?"
Doktor jawab..
"Tak jadi masalah..masih boleh menyusukan even pregnant"
So aku anggap aku keguguran sebab takde rezeki.
Bukan salah ibu menyusu.

Kali ni pregnant lagi,
aku teruskan penyusuan.
Aku masih tanya doktor soalan yang sama,
taknak pisang berbuah dua kali. 
Dulu dah pernah gugur, walaupun doktor kate bukan gugur sbb menyusukan.
"Doktor, anak saya breastfeed. Takpe ke?"
"Okay..teruskan. Cuma kalau awak rasa sakit perut masa menyusukan, stop dulu"
"Sakit macam mane?"
"Rasa sakit perut ke, ngilu ari-ari ke, better stop..JUST FOR A WHILE. Bukan stop terus"

Aku pun tak sure boleh menyusukan ataupun tidak.
Tapi kebanyakan doktor kata takde masalah, boleh teruskan.
Orang tua selalu kata nanti anak dalam kandungan tak cukup zat.
Takde kaitan pun, baby dalam rahim ada bekalan makanan sendiri.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman.
Bila aku mengepam,
kadang-kadang ada rasa pedih perut.
Kadang-kadang rasa macam mencucuk-cucuk.
Sebab pump kuat sgt kot..
**yelah aku nak cepat abes pump so aku putaq maximum punya..
So aku stop mengepam dan bagi direct feeding je.
Kadang-kadang bila mengepam aku rasa sakit kepala.
Aku cepat-cepat stop,rest n minum air banyak-banyak.
Sekarang ni dah pregnant  5 bulan,
dah takde rasa sakit perut ke sakit kepala.
Masa awal-awal dulu je rasa camtu..
Kejap je pun rasa camtu.
Dan sekarang aku masih teruskan penyusuan. 
Alhamdulillah..hope takde masalah lagi.

Yang penting niat nak bagi yang terbaik utk anak-anak.
Doa banyak-banyak.

Cik Munge setahun 5 bulan, adik dalam perut 5 bulan.


 

Tuesday, September 10, 2013

Terserempak Budak Tercampak Dari Kereta

Assalamualaikum.


Cerita ni dari minggu lepas aku nak cerita,
tapi lupa.
Masa aku balik nak susukan anak,
ternampak sorang budak laki unur dalam 8,9 tahun
duduk mencangkung depan pintu opis.
Pakai baju sekolah kemas je.
Muka baik tapi ada parut kat dahi.
Panjang sangat parut,
cam kesan jahitan.
Kalo tutup parut muke die suci murni,
kalo nampak parut muke cam pailang.
Aku tegur die kot2 die nak masuk opis cari mak die ke.
**pintu opis kene bukak pakai access card
Die geleng..

Lepas tekan button lif aku tanya budak tu..
Aku : Dik..kepala tu kenapa?
**sebab parut obvious sgt,so aku bertukar jadi Joyah sat
Budak : Jatuh kereta..
Aku : Jatuh kereta??Panjat kereta ke?
Budak : Taklah.Eksiden..pintu kereta tak tutup rapat. Terjatuh keluar..
Aku : Masyarakattttt!!
Budak :  Petu kene gilis dengan lori kat belakang ni....
**sambik tepuk2 belakang bahu dia..
Aku : MasyaAllah...
**eh eh budak ni..seram pulak aku..
Cane aku boleh terserempak dengan makhluk seram ni?
Nak je tonggeng, intai budak ni dari celah kangkang,
kot-kot kaki tak jejak tanah.
Kalo betul tak jejak, ape nak kene buat??

Mulut aku ternganga.
Sama-sama ternganga luas macam pintu lif.
Abes takkan lif pulak yang nak masuk dalam mulut aku kan??
So aku pun masuk dalam pintu lif yang ternganga.
Aku..ternganga..stilll..

Mungkin Allah SWT saja takdirkan aku terserempak dgn budak tu.
Itu pengajaran buat aku.
Yelah kalau ada anak dah besar cenggitu,
opkos kita bajet die pandai bukak pintu kereta sendiri,
masuk kereta,tutup pintu sendiri.
Tapi still kene check..
nama lagi budak,
tak terlepas dari lalai dan leka.


Monday, September 9, 2013

Rajin Kalau Takut


Rajin-rajin beri nasihat,
takut-takut dia buat jahat.
Rajin-rajin tunjuk ajar,
takut-takut orang tua kata "Kurang ajar"
Rajin-rajin melepuk,
takut-takut kepala orang dia ketuk.
Rajin-rajin melentur dengan sabar,
takut-takut tak lut bila dah besar.
~bondabunga~


Friday, September 6, 2013

Tegur Anak On The Spot. Jangan Biarkan Anak-anak Buat Salah

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Harini terbaca satu artikel yang sangat membuka minda.

Hentikan habit "biarkan, biarkan"

**Aku ambil sebahagian je.
Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.
Warga Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak. Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita nampak mereka melakukan kesalahan.
Jom baca selanjutnya...

source : Rumah Pengasih Warga Prihatin

Alhamdulillah artikel yang sangat-sangat bermanfaat.
Tegur anak on the spot memang aku amalkan dari anak aku BAYI.
Laki aku pun amalkan.
Sekarang dah start tepuk tapak tangan dia.
Ingat..tepuk dan pukul jauh beza,
apatah lagi belasah.
Juga tak sama dengan bertepuk-tangan.
Jangan terkejut ada mak yang terkekek-kekek 
kalau boleh nak tepuk tangan tengok anak
 tarik rambut anak orang lain.

Mana yang salah, tegur LA LA tu jugak.
Mana yang betul, tepuk tangan dan ucapkan "BAGUS" la la tu jgk.

Aku bagi contoh.

Dulu anak aku suka korek sampah dalam bakul sampah yang kami letakkan tepi pintu toilet. Bakul sampah tu untuk buang diapers anak. Mak bising lalu sorokkan bakul sampah tu di dapur. Selang beberapa hari, aku letakkan semula bakul sampah tu di tepi toilet, tempat yang sama. Anak masih korek-korek. Aku tegur. "Ini sampah..eeee yyeekkk...kotor" Aku ambil satu diapers kotor dalam bakul sampah tu, bagi dia hidu. "Busukkk...eee yeekkk" Anak mula melangkah kebelakang. Esok dia usik lagi. Kali ni aku cuma larang dari jauh "Eee yeekkk...busuk" Mungkin dia ingat bau busuk semalam. Dia lari jauh. Lama-lama, tak korek sampah lagi. Sebaliknya bila ada plastik sampah atau diapers kotor, aku cakap "Eee yeekk..kotor, busuk" Anak terus buangkan dalam bakul sampah. Seawal umur 1 tahun 3 bulan, anak dah boleh buang sampah ke dalam bakul sampah.

Sejak kami beli tv LED, anak gemar tolak-tolak tv yang lebih nipis dari tv lama tu. Bila Babahnya nampak, Babah marah on the spot. "Haipp..NO!" Anak tak faham, masih menunjal-nunjal tv. Esok tunjal lagi, kali ni Babah kata "NO,,jatuh nanti" Babah angkat anak pergi jauh-jauh. Lusa usik lagi. Kali ni Babah buka tapak tangan anak (tangan yang gatay menunjal tv) dan Babah tepuk. Tepuk mesra, bukan belasah atau pukul. Babah kata "Kalau noty Babah pok" sambil tepuk tangan anak. Selang beberapa hari, anak masih lagi merapat ke tv. Baru nak tunjal tv, tetibe dia tepuk tangan sendiri sambil kate "Babah pookkk..haaa". Belum sempat kita larang, dia sendiri teringat yang perbuatan dia salah. Mungkin kita rasa anak tak faham, hakikatnya...

Itu antara contoh yang aku dan suami amalkan. 
Bukan nak tunjuk pandai,
tapi aku nak sharing pengalaman aku.
Moga jadi amalan aku dan kawan-kawan.

Hari ni tegur, anak blur.
Esok tegur, anak tak faham.
Lusa tegur, anak masih tercengang.
Jangan mudah mengalah atau kata "Anak tak makan saman"
Itu tanda mengalah, kene banyak kali pesan,
lama-lama ANAK PASTI FAHAM.

Anak aku 1 tahun 4 bulan sekarang.
Masih belum pandai bersembang.
Tapi dah faham buang sampah dalam tong sampah, masukkan baju kotor dalam bakul, susun kasut di rak, kemas mainan lepas main, kemas pensel warna lepas mewarna, letak botol atas meja lepas minum.
Sikit je yang dia faham, tak banyak.
Tapi cukup buat aku bangga,
daripada aku tengok dia buat benda yang tidak-tidak.

Ada setengah ibu bila anak belasah anak orang lain,
cuma jawab "Dia memang macam tu..."
Persoalannya sampai bila nak biarkan dia macam tu??
Bila anak rampas barang dari tangan kawan,
si ibu cuma memerhati dan kata "Ko memang kan..suke macam tu"
Perlu ada inisiatif tegur, beritahu kenapa itu salah,
dan kalau  boleh 'lepuk' sikit.
Buat hari-hari sampai anak faham.
Kalau anak masih buat benda yang salah,
bukan tanda perangai dia memang macam tu,
itu tandanya dia tak diajar.
Kalau tidak , orang tua tak kata "Kurang ajar"

Mungkin kita rasa itu perangai normal budak-budak
jadi keluarlah ayat "Beselah...budakkk"
Bukan anak kita yang kene usik,
bukan anak kita yang kene belasah/rempuh,
bukan anak kita yang menangis dek mainannya dirampas,
sebaliknya anak kita yang mengusik, merempuh dan merampas.
Jadi tak berapa terkesan.
Tapi apa pulak pandangan si ibu 'mangsa'??
Atau tak terkesan ke bila orang kata...
"Eh mak die ni tak ajar anak ke?"
"Ganasnya anak ko?"
"Yeeww..anak ko suka rampas mainan orang kan?"
"Anak ko kuat jeles kan?"
"Anak ko memang tak boleh tengok orang pegang barang kan? Mesti nak rampas" 
**cane pulak kalau anak kita yang kene rempuh sampai melalak??nak senyum jugak??

Orang cakap anak aku ciwek/uyen/kuat nangis pun aku dah gelabah.
Bukan apa, kata-kata tu ibarat doa.
Jenuh jugak aku nak kembalikan semangat anak aku.
Bawa dia keluar jumpa n main dengan kawan-kawan.
Alhamdulillah sekarang dah tak ciwek lagi. 
Tu baru orang cakap ciwek,
kalau orang cakap anak aku 
"Degey..Perampas..Kuat Jeles..Ganas"
Nau'zubillahi minzalik.
Aku cukup takut kalau kata-kata tu jadi doa.
Takut terbawak-bawak sampai dewasa.
Lebih-lebih lagi kalau keluar dari mulut atok/opah/embah dia.

Jadi tolonglah ibu-ibu,
jangan amalkan habit 'biarkan...biarkan...'
Kalau anak buat salah, 
jangan hanya memerhati, 
lebih teruk jangan ajak orang lain perhatikan perangai buruk anak tu.
"Tengok tu..tengok tu..dia rampas barang orang"
Awak rasa bangga, tapi orang rasa apa??
Tegur dan ajar on the spot!!
Nak tunggu sampai bila??

Thursday, September 5, 2013

Prihatin : Adik Putera Al-Arib


Nak derma banyak-banyak tak mampu,
derma setakat RM5 dah ok.
Kalau lima orang dah RM25.
Jadilah buat duit minyak ulang-alik ke spital.
At least sedekahkan doa dari jauh.

Susu Lembu : Cercaan vs Cabaran

Assalamualaikum.

"Minum susu lembu, nanti anak degil macam lembu"
Sentap!!
Itu ayat yang paling banyak aku baca dan dengar
lepas bagi anak aku minum susu formula.
*sah-sah susu lembu
Masa tu aku terikut dengan kata-kata
SUSU SIKIT, SUSU TAK CUKUP,
ANAK LAPAR SUSU, ANAK MERAGAM TAK CUKUP SUSU.
Stress sangat!!
Dengar pulak orang ban aku sebab bagi anak minum susu lembu.
Bertambah stress, susu lagilah segan nak kuar.

Sesuka hati je doakan anak aku degil.
MACAM LEMBU PULAK TU!!
Susu dia banyak bolehlah..
Susu aku kene pump 6 kali sehari.
6 KALI PUMP = 1 HARI = I BOTOL
Mana nak lawan susu dia.
Sekali pump 2 botol.
Ingat kita ni sesaje je ke nak bagi anak susu lembu.
Dia tak faham masalah kita,
taw nak ban je.
Sedeh + Sakit hati.

Tapi sentap aku tak lama.
Aku bagi anak aku minum susu Anmum pun tak lama,
tak sampai sebulan.
Aku agak dalam seminggu or 2 minggu.

Aku pikir-pikir balik,
APAHAL LAK AKU NAK SENTAP??
Aku rasa aku sentap tak kene tempat.
Cuba kaji  balik kata-kata tu,
tapis dari sudut positif.

Dari sudut lain,
betul jugak kata cik kak tu.
Susu lembu utk anak lembu,
tapi untuk anak aku, pastilah susu aku.
Sejak tu aku 'buang' susu Anmum tu.
Aku kira baru guna 5%.
Sejak tu aku nekad.
Kaw ingat kaw je banyak susu kak anon??
Kaw ingat aku sesuka hati nak bagi anak susu lembu??
Kaw ingat kilang susu kaw besar, susu kaw je banyak??
Kaw ingat aku takleh bagi susu aku kat anak aku??
Kaw tengoklah kak anon!!
Kaw tengok!!
Aku sanggup buat apa je demi kebaikan anak-anak aku.

Alhamdulillah..hasil cercaan kak anon,
aku berjaya jadikan cabaran.
Tapi sampai sekarang aku belum ucapkan terima kasih pada kak anon.
Sentap sikit-sikit masih ada..wahahaha..
Tak bagussss!!!

Anak dara tido tak sopan ni, minum susu sapelah gamaknye...

Tuesday, September 3, 2013

Satu Ovari : Bolehke Mengandung??

Assalamualaikum.
Lately ni selalu dengar orang keguguran
or mengandung luar rahim.
Kene operate, buang ovari or tiub fallopio.
Takutnya..seram sesangat..

Bila dah tinggal sebelah ovari/tiub,
ramailah yang takut takleh nak pregnant lagi.
Walaupun tahu harapan tu masih ada sebab 
sebelah ovari lagi masih berfungsi.
Macam aku dulu..aku dah pernah rasa...

"Kalo boleh u kahwin awal, sementara ovari kanan u masih berfungsi dengan baik.Cepat-cepat buat anak" 
Itulah kata-kata doktor rite after aku abes kimo 4 cycles dulu.
Aku ni kene buang ovari kiri siap dengan tiub skali.
Sebab tumour dah besar sangat,
takleh nak selamat dah.
Tak cukup tu, siap kene kimo lagi.
Pernah tak datang period almost a year sbb kimo.
Tapi alhamdulillah ovari dan tiub kanan masih ada.

Allahu Akbar...
Rasa nak kahwin malam tu jgk.
Org mulalah mengate aku paksa n desak bf aku kawen cepat.
Tambah-tambah dia kene langkah 2 bendul.
'Langkahla segala bendul yang ada'
Sedih, sentap..tapi takkanlah aku nak cakap..
"Aku kene kawen cepat...sbb nak buat anak!!"
'Kaw kawen sbb nak anak ke pun??' kate dia..
'Eh kaw pulak tanak anak ke pun??'aku kate..
Susah nak fahamkan orang.
Aku pun susah nak faham orang.

Bila aku dah kahwin, pas sorang-sorang kawan pregnant.
Kebetulan yang kawen sama date dgn aku adalah dlm 6,7 pasang.
Aku idak-idak jugak.
Orang yang kawen kemudian plk yang pregnant dulu.
"Aku ni bleh pregnant ke tidak?"

Alhamdulillah..lepas 6 bulan aku pregnant dengan sebelah ovari.
Penantian suatu penyeksaan,
tapi rahmat kesabaran ibarat syurga.

Bila dah preggy,
aku takut pulak bolehke bertahan??
Tak gugur ke??
Boleh bersalin normal ke??
Anak sihat ke??

Masa preggy anak first aku langsung tak taw
ada zuriat dlm rahim aku.
Masa tu aku tersangatlah gedik tak dok diam.
Kebetulan aku bercuti ke Baling, Kedah.
Jadi budak kampung kejap..
Mandi sungai, main badminton, kutip buah kat kebun..

Masa aku gedik ni aku preggy 4 weeks...gediks sangat cam nak bagi penampor!!

Siap kendong anak akak aku.
 Alhamdulillah.
Aku berjaya jugak.

Time yang kita terlompat-lompat, terkinja-kinja
elok alhamdulillah menjadi.
Time yang aku sedar, aku jaga,
tergugur pulak...

Itu kesemua ketentuan dan rezeki Allah SWT.
Apa yang aku belajar.

Tak semestinya kita dapat apa yang kita mahu.
Tak semestinya kita tak dapat apa yang kita tak minta.

Tak semestinya kita tak boleh jadi ibu
sebab cuma ada satu ovari.
Tak semestinya kita boleh melahirkan
sebab ada dua ovari.

Tak semestinya kita takkan keguguran selepas berjaya melahirkan.
Tak semestinya kita gagal melahirkan selepas keguguran.

Alhamdulillah rezeki datang lagi lepas keguguran bulan April lepas.

Zahra orang pertama yang tahu aku preggy sebab selalu 'bercakap' dengan perut aku.

My kids are growing up..thanks Allah!!
Yang penting keyakinan yang tinggi pada Allah SWT.
Jangan pernah berfikiran negatif terhadap ketentuan Allah SWT.
Banyak kemungkinan kenapa Dia belum hadiahkan anak buat kita.
Hanya Dia yang Tahu.

futnut : cakap memang senang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...