Friday, August 30, 2013

Restoran Dalam Taman Sempena Dalam Hati Ada Taman

Assalamualaikum.
Hot welcoming September
dan Selamat Hari Merdeka.

Aku dah ajar anak aku jerit MERDEKA!!
Tapi bunyinye tetap jadi WAKAKA!!
Jadi aku tak jadi upload video laungan Merdeka.

Bulan Ogos 2013 adalah tahun kelapan
PERCHENTAAN Dila & Paan.
Giteeewwww...*getik*
Sbnrnye takdelah nak celeb sgt,
tapi disebabkan tahun KELAPAN.
Soooo???Kenapa dengan lapan deyy??

Pergi makan kat restoran yang ada banyak bunga kat Alamanda.
Dah lame nak pergi tapi selalu lupa sbb tempatnya tersorok sangat.

Jug kecik yang buat aku jatuh centa
Ketua darjah yang dibawa bersma
Ditemani penolong ketua darjah
Pasangan yang dirai
'Hasil' yang dirai...hihihi..
Yummy!!
Overall..tempatnya sangat romantik n lawa.
Laki aku selaku AJK Kebersihan 3 tahun berturut-turut bertanya..
"Cane deme lap bunga-bunga ni? Kalo tak lap berhabuk. Banyak ni, jenuh.."
Aku takde jawapan..mungkin aku akan utarakan di Parlimen nanti.
Tapi sekarang belakang duit syiling baru dah takde gambar parlimen.


Tak kesahlah sbb mase kecik-kecik dulu,
aku tetap cakap itu gambor pistol.
Walaupun byk kali kakak aku cakap itu gambor parlimen.
Masa tu aku fikir..
'Parlimen tu kilang buat pistol...so apa bezanya??'

Sbnrnya aku taktaw nak komen pasal The Garden ni punya makanan.
Sebab langsung tak menepati kriteria
yang dikehendaki oleh tekak kami sekeluarga.
'Kukus, grill, panggang' (ulang 2 kali)
Jaaauhhhh beza dangat dengan Secret Recipe
yang tak pernah mengecewakan.
Sekian...kesian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...