Friday, August 30, 2013

Restoran Dalam Taman Sempena Dalam Hati Ada Taman

Assalamualaikum.
Hot welcoming September
dan Selamat Hari Merdeka.

Aku dah ajar anak aku jerit MERDEKA!!
Tapi bunyinye tetap jadi WAKAKA!!
Jadi aku tak jadi upload video laungan Merdeka.

Bulan Ogos 2013 adalah tahun kelapan
PERCHENTAAN Dila & Paan.
Giteeewwww...*getik*
Sbnrnye takdelah nak celeb sgt,
tapi disebabkan tahun KELAPAN.
Soooo???Kenapa dengan lapan deyy??

Pergi makan kat restoran yang ada banyak bunga kat Alamanda.
Dah lame nak pergi tapi selalu lupa sbb tempatnya tersorok sangat.

Jug kecik yang buat aku jatuh centa
Ketua darjah yang dibawa bersma
Ditemani penolong ketua darjah
Pasangan yang dirai
'Hasil' yang dirai...hihihi..
Yummy!!
Overall..tempatnya sangat romantik n lawa.
Laki aku selaku AJK Kebersihan 3 tahun berturut-turut bertanya..
"Cane deme lap bunga-bunga ni? Kalo tak lap berhabuk. Banyak ni, jenuh.."
Aku takde jawapan..mungkin aku akan utarakan di Parlimen nanti.
Tapi sekarang belakang duit syiling baru dah takde gambar parlimen.


Tak kesahlah sbb mase kecik-kecik dulu,
aku tetap cakap itu gambor pistol.
Walaupun byk kali kakak aku cakap itu gambor parlimen.
Masa tu aku fikir..
'Parlimen tu kilang buat pistol...so apa bezanya??'

Sbnrnya aku taktaw nak komen pasal The Garden ni punya makanan.
Sebab langsung tak menepati kriteria
yang dikehendaki oleh tekak kami sekeluarga.
'Kukus, grill, panggang' (ulang 2 kali)
Jaaauhhhh beza dangat dengan Secret Recipe
yang tak pernah mengecewakan.
Sekian...kesian..

Wednesday, August 28, 2013

Jom Tolong Adik-adik Ini



Bagi yang taktaw kat mana nak habeskan duit..hihihihi...
Jom bersedekah..sikit pun jadi..
Or at least share info ni..

Rezeki Kucing Senggol-senggol

Assalamualaikum.
Biasa tak pergi makan kat luar,
pastu berduyun-duyun kucing datang??
Gesel-gesel kat kaki,
tersenggol-senggol..
ada kucing yang extreme siap melompat naik kerusi kita.
Tanjat boboiiyyyy!!

Boboiyy tanjat dan mula rasa nak mengamuk.
Perut tengah lapar.
Tunggu makanan sket punya lambat.
Bile dah sampai kene attack pulak dgn famlly kucen.
Time tu mulalah rasa nak sepak terajang 

Biasalah..kadang-kadang aku pun rasa terganggu.
"Jangan start bagi makanan, kang abes kuceng satu kampung datang. Nak makan pun tak senang"
Sedar tak sedar sebenarnya 
ITU PELUANG KITA MELUASKAN REZEKI.
Kalo kucing-kucing tu tak datang,
ada ke kita bagi duit pada pengemis,
bagi org miskin makan,
ataupun sedekah pada anak yatim pada hari tersebut???

Sebenarnya Allah swt bagi kita peluang beramal
dengan memberi makanan kepada binatang kesayangan Rasulullah saw.
Walaupun kita tak bersedekah pada hari tersebut,
sekurang-kurangnya dapatlah kita berkongsi sedikit rezeki yang ada depan mata.
Nak keluar seplohengget kat org miskin
mungkin tersekat sket hujung-hujung bulan tu.
Tapi sapa pulak nak makan sisa kita 
melainakan kucing-kucing tu kan???

Allah swt  dah bagi 'jalan'.
Gunalah sebaiknya.
Pasni janganlah buat-buat boboy tanjat sambil
tertikam kucing dengan garpu di tangan.
Choiiiiiyyyyy!!

Owwhhh...kucen kesayangan Zahra kat kampung dah meninggal.
Eksiden depan surau.
Arwah baik hewannya..
Pasni balik Ipoh Zahra nak kejor sape???
Sedehhh...sob sob sob...



 

Friday, August 23, 2013

Buat Apa Belajar Tinggi-tinggi, Tapi Bagi Orang Tak Belajar Tinggi Didik Anak-anak Kita?

Assalamualaikum.
Jemput baca.

saya sulah taw melalui pesssbuk!!
Dah pegi cek lemari masing-masing.
Jangan banyak cakap.

-more than 2 pairs of good shoes.
Aku tak banyak GOOD SHOES. Yang banyak slipar. Kasut paling good betul-betul kasut Croc yang aku beli dari sebelum kawen dan masih digunapakai sehingga dah beranak sorang ni. Kasut yang dipakai masa kenduri kawen aku dulu dan juga kasut TEKA hadiah hantaran kawen. More than 2 pairs la kan?? PASSED!!


-a closet full of a week's attire
Closet aku full dgn baju kurung je. Aku kan wanita Melayu...woohoo..dah nama keje gomen, g keje pakai baju kurung. Jimatlah baju utk g kenduri kawen, open house, kenduri arwah...Janji ada perkataan FULL. PASSED!!

-a branded handbag
Aku takde langsung henbeg JURULATIH, LV, atau seumpamanya. Tu bukan tahap aku. Tapi aku ada 3 henbeg TEKA. Bagi aku henbeg TEKA tu abes mahai la tu...
Bak kata Amyza Azanan dalam drama Donut arahan Jinggo (laki Shiela Rusly)..
"Kat Paris, henbeg JURULATIH tu cuma dipakai oleh cashier kat mall je" 
PASSED!!

-a few tudungs that cost hundred ringgit each
Aku belum ada lagi tudung yang rege sampai hundred ringgit. Siyes!! Tapi aku ada a few tudungs..heheheh...PASSED!!

-a full cosmetics set
Hurmm..aku bukan mekap punya orang. Kira PASSED la kan sbb m not dat kind of person..ada excuse..

-a smart phone, a tablet,Astro at home
Aku ada phone, n m smartly using it. Hahahaha..!! Aku ada tablet..and sure got Astro at home. Orang origin pun pakai Astro kat atas bukit nuuu haaa..PASSED!!

For my hubby..wear the pants in the house.
Weyy..laki aku hari2 pakai seluar apeee???
Bukan aje dalam umah, bahkan di luar umah.
Wahahaha..mesti Kiah blur kan??
Wear the pants in the house means
bertangggungjawab atau macam ketua darjah la.

Wednesday, August 21, 2013

Cara Hentikan Anak Makan/Gigit Buku

Assalamualaikum.
Salam Syawal ke14.
MAKAN BUKU.
"Anak aku suke geget buku..bukan nak baca buku"
"Abes sume buku dikoyak-koyak..malas aku beli dah"
"Bagus anak ko Dila...tak geget buku"
Dah namanya budak..baby..
memang deria rasa dorang lebih pada mulut.
Agaknye kalo nampak kambing depan mate pun,
mau dorang sumbat sekor dlm mulut...kan??

Jangan kate anak aku bagus
sbb tak makan buku, tak geget buku..
Ni buktinye...

Buku pertama n buku feveret anak aku..hancur kene geget.
Tapi sekarang aku dah selotape sisi-sisi buku tu.
Normal la budak geget buku..Biasalah..
Tapi persoalannye...
Adakah kebiasaan itu yang kita kene biasakan sampai dorang besar?
Banyak lagi kes-kes juvana yang BIASA dilakukan oleh  baby-baby.
Contohnya...
Bebudak memang suke dukung seterika. Tapi takdelah ko sampai datang opis pakai baju kedut seribu. Alasan dah jual seterika kat Mudah.my sebab anak ko suke dukung seterika n seterika perut somi ko. Tak kan?? Walaupun anak ko suke timang minyak masak sampai bawak teman tido, ko tetap beli minyak masak. Kalo tak, dapur tak berasap..kan?? Ko tetap jugak menonton rancangan lagho seperti MeLeTOP bersama keluarga tercinta walaupun anak kecik ko suke jilat tv setiap kali keluar iklan biskut Chipsmore. Abes-abes pun momokkan anak ko dengan replika ayam seram yang diletakkan di depan televisyen.
Macam ayam yang aku letak depan tibi tu..
Banyak alternatif lain macam cloth books.
Buku kain yang boleh dicuci
Tapi yang lecehnya cloth books ni susah nak cari.
Kalo ada pun harga macam tak reasonable sket.
*berkire dgn anak nampakkk...

Jadi walaupun baby ko suke geget/makan buku,
janganlah ko jadikan itu alasan kukuh
untuk ko stop belikan/bacakan buku utk dia.

Anak aku bukan je suke geget/makan buku,
tapi suke PIJAK BUKU.
Setelah aku siasat sbnrnye die bukan pijak buku,
tapi die suke panjat buku.

Panjat mesin jahit opah

Panjat tepon menan

Panjat drum menan

Anak dara aku memang suke memanjat.
Solusinya aku cakap elok-elok jgn pijak buku,berdosa..
Die pijak lagi aku buat sore halilintar.
Esoknya aku buat sore ribut petir pulak.
Ko takut tak bunyi ribut petir??
Anak aku takuuttt...
Dan akhirnya aku tepok kaki die bila die pijak buku.
* tepok dgn pukoi atau tampor lain.paham!!
Cakap dua-tiga kali..
"NO!!Jgn geget book.Jgn makan book,kotor"
Memang tak masuk.
Ko kene cakap banyak kali
SAMPAI DIA BETUL2 STOP.
Melainkan ko cepat bosan, anak ko sorang yang kesian.
 
Hentikan budaya..
Dia suka geget buku, jangan beli buku.
Dia suka tampar anak jiran, jom pindah hutan.
Dia suka cakar lutut apak die, bakor kaki apak die.
Jom kita sama-sama ajar..
Jangan geget buku, kotor, buku utk dibaca.
Jangan tampar anak jiran, kalo tak ko pulak makan penampor mak geram cium je.
Jangan cakar lutut apak, nak guna lama ni.

Budak kalo hari-hari ko cakap,
insyaAllah mau die dengar cakap ko.
Itu pun salah satu cara mendidik anak mendengar kate.
Aku belajar daripada apa yang diajar utk kita sama-sama belajar mengajar.

Tuesday, August 20, 2013

Judge A Book By Its Cover...Plzzz...

Assalamualaikum.

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

Bese dengar kan quotes ni?
Kiah yang tak pandai speaking pun
tetibe jadi cam minah blonde ble
sebut quotes ni lelaju.
Sejauh mane keberkesanan ataupun
kebenaran peribahasa ni??
Mulut jahat, tapi hati baik... 
"Beliau tu mulut mmg jahat, tapi hati baik..." Aku penah dengar sorang Ustaz kate "Kalo hati die baik, yang keluar dari mulut die mestilah yg baik2 je. Yang keluar dari mulut tu kan dari hati?" Betul jgk kan?? Cane pulak kalo hati jahat tapi mulut baik...??? "Assalamualaikum makcik..saya datang  ni nak meragut tas tangan makcik. Kalo makcik dah ready pls lemme know ya. Ready makcik..tatu uwa igeee..." Jahat kan? Tapi mulut baik..so plz dun judge a book by its cover.

Luaran Rock, tapi dalaman warokkk...
Rambut panjang, janggut panjang, jalan terhegeh-hegeh dah macam 'ttuttt'gih.
Haa tu laki teman lettew...
"Banyak duit laki ko bawak pegi melancong, menang nombor ke?"
"Ke laki ko juai dadah??Hahahaha..."
Woww..kasar gurauan. Asal rambut panjang janggut serabai je pusher ye kak..
Akak tu mulut je jahat, tapi hati die baik, berterus-terang, jujur dan tak cakap belakang. Tulah aku dah suh laki aku potong rambut, die takmo. Nantilah aku usahakan cara halus pulak. Well people used to judge a book by its colour.
Rambut baginda  صلى الله عليه وسلم separas bahu, tubuh di antara kedua bahunya lebar, dan postur baginda  صلى الله عليه وسلم sederhana (tidak pendek dan tidak tinggi).” Hadith Riwayat | At Tirmidzi
 “Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
 Bertudung litup, tapi gedixx...
Bertudung litup manis je, tapi jalan berpegang tangan dengan boipren. Baju ketat nak arwah..Si Sally tu tak bertudung, tapi tiap-tiap bulan bersedekah, derma sana, derma sini. Tarawikh tak penah missed, very soft spoken. Cuma belum bertudung, seru belum sampai katenye..
Seruan bertudung tu sbnrnye dah lame datang, sejak zaman beribu-ribu tahun yang lalu. Aku taktaw hukum sunat muakad ke, harus ke..yang aku taw hukumnya wajib, buat dapat pahala, tak buat dapat dosa. Si Sally tu ingkar ARAHAN ALLAH hat tu jaaa..yang len dia buat baq angg..So JANGAN nak judge die tak bertudung tu cam hina sangat...*buwerkk..=P*

Barangan mewah, tapi utang keliling umah..
Tajuk Henpon : Samsung Note II
Beli pakai loan Beng Ra'yat..sebab itu saya musti pileyy. Line prepaid, without tenet.
*biar pakai prepaid xde tenet, asalkan enpon sanggeh!!
Tajuk Laptop : Mac by Apple
Pun pakai loan Beng Ra'yat..alang-alang buat loan itu hari, apply RM20k terus.
*usung laptop kesana kemari dgn muke belagak singa. Look at me n my EPAL!!
Gadjet lain : IPad
Ala loan Beng  Ra'yat banyak lagi belen...
*adik-adik tak bleh main game guna iPad hakak hoccay..hakak bli mahal ni..iPad hoccay..
Tajuk Kereta : Honda 'ttuutt' Limited Edition.
Nak beli brand new loan tak lepas, sekenhen pun jadi..asalkan Limited Edition.
*stop kat tapik lite sambil mencebik tengok MyVi Limited Edition kat sebelah. "Mine is HonTA maaahh.."
 Tajuk Henbeg : Jurulatih
Apa barang beli online tak ori. I beli kat butik@Pavillion. Bayar pakai credit card. Kaw hadde??
*hutang credit card 2 bulan lepas pun x bayar lagi..org bukan taw..
Kadang-kadang kita tengok apek pakai  singlet mengekek2 dlm Kedai Kopi Seng Hup tu macam tak mandi pagi je. Tunggu jap dalam 8 minit, dia kuar dari Kedai Kopi tersebut terus naik Mercedes Sport SLK yang dua pintu tu. Tak semestinya yang ketiak masam tu orang miskin hina, dan tak semestinya yang mewah meriah kiah atas bawah tu kaya raya. Lagi besar periuk, lagi tebal kerak.


futnut : sbnrnye...boleh ke tidak kita menilai dari segi luaran??

Thursday, August 15, 2013

RomanTAIKKK

Assalamualaikum.
Aiihhh..raye2 ni sonok tgk family org.
Macam2 pangai..

Ada yg membawak perut,
ada yg seret anak berderet2,
ada yang dah berpisah,
ada yg dah kaye-raye (maka kiah pun mulalah velagak),
ade jgk yg dah bengkrap (kiah yg dlunye vlagak da jd pendiam),
yang paling best tgk laki-bini romantik nak mati..

MAKAN SEPINGGAN
Makan sepinggan oklah sangat. Memey romantik..Mcm makpak mertua aku. Aku kdg2 nak folo gak, tp aku takot gadoh sbb aku ni pelahap. Kang ktorg berebut plk ekor ikan keli goreng yg garing. Romantik jadi TAIK!! Aku penah saksikan kejadian ngeri dimana bini amek seulas durian, jilat sket pastu "Banggg..nah..tak larat" Laki pulak sedutlah sisa durian bini beliau. Sedihh.. Lagi sedih bile bini amek ayam goreng dua tiga ketul. Pastu tak habis makan. Nampak sang somi berjalan ke arah ayam goreng dan "Eh bang..bang..amek ayam ni. Tak larat nak habiskan" Somi pun tersengih2 amek ayam  goreng di celah2 tulang-tulang ayam hasil sisa sang isteri yang romanTAAAIKKK. Haaa yang ni apak mertua aku cukup pantang. Ingat yee..makan sepinggan laki bini jauh berbeza dgn makan SISA bini.

TIDUR SEBANTAL
Emmm alohh..jeles Kak Ton tgk laki bini comel je baring sebantal depan tv sambil mengekek-ngekek menyaksikan filem Mamat Khalid di malam raya. Kaki pulak bersilang-pangkah. Silap-silap bulu kaki somi boleh bercantum dgn bulu kaki bini buat dandan. Janganlah ko pikir makcik-makcik yg tengok aksi korang akan kata "Haishh patutlah ramai anak, romantik betul uollss" Ataupun ko ingt budak2 sekeliling akan cakap "Eh auntie dgn uncle main Cong-cong codak semayam labu-labu ehhh??Nak joinn..." Ko kalo nak bersimpul padu dgn bini, jgnlah depan masyarakat, silalah masuk bilik.

Ok..tu jelah kisah romantaikk yang aku paling menyampah.
Ada la yang menyampah sket-sket tu,
boleh diterimapakai lagi.
Korang ingat korang romantik??


Wednesday, August 14, 2013

Laporan Raya 2013

Assalamualaikum.
Salam 7 Syawal.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Untuk yang bukan fren fb aku..

Kekadang aku pelik dgn sikap manusia.
Nak wish maaf zahir batin,
hanya tagged nama-nama tertentu.
Maybe die bajet nak mintak ampun pada org2 tertentu je,
n bajet suci dari dosa dgn org lain.
Eh lantakla fb die..

Tingat plk kes kawan lama yg nak bertukar kerja(katenyerr..)
Bos siap susun ayat baeekk punye utk die..
Bos suh die emelkan pd seluruh warga jabatan
utk mintak ampun n maaf 
sempena pemergiannya.
Bos siap sound ceni...
"Kita buat salah kat orang, kita taktaw kan..mintak maaf jelah.."
Tapi harammm dibuatnye...
Oklah bukan sume org jenis yg admit kesalahan.
Org kate anak sulung sikapnye
tak bleh terima kesalahan sendiri.
Maklumlah anak sulung, bajet die je betul.
Tak jugak..Kak Yong aku sempoi je.
Takdelah bajet bagus!!
Apa2pun di hari lebaran ni,
sama2lah kite buang ego masing2.
Nilah peluang nak bermaaf-maafan.

Ok berbalik pada kesah raya..
Ni antara gambor raye di Kampar.
Duit raya bertukar tangan

Menantu degey kene mintak ampun byk2 sbb tak potong rambut lagi.

Sweet like honey!!

Theme colour is natural as grey.

Baju melayu laki aku repeat tahun 2009 punye...wallah!!
Kain sampin, hantaran kawen dulu.
Suami mithali kononnye..
Utamakan makan pakai anak bini..puiii..
Pdhl nak jimat kan..kan..kan..
Baju kurung aku, kain dibeli di Bandung.
Jadinye se'design'lah dgn ipar duai aku sume.
Cuma lain kaler je..
Tudung aku (half moon pertama),
directly from downtown Jln reko.
Baju kurung anak aku,
air tangan pokcik Omar.
Puas hati..len kali boleh beli lagi. 
 
Apadahal..aku n hubby satu kapal..
Kampar n Ipoh sekangkang kera cuma.
Yang penting tiap-tiap tahun,
first raya mesti ada di rumah dua-dua belah.
Kalo tahun ni pagi raya di Kampar, petang di Ipoh,
tahun depan pagi di Ipoh, petang di Kampar. 
Tetap bergilir..jgnlah tiap2 tahun first raya
belah kiteee je ye adik-adik.
Ingtlah..si dia pun ada makpak lg.
Macam2 persepsi makpak die kalo tgk kite berat sebelah.

Ni pulak pic raye dgn famly mertua di Ipoh..
Seluas2 kawasan, depan pintu jgk port bergambor.

Sempena famly gath belah mak  mertua.
Almost complete sbnrnye pic ni..
Tapi sorang anak buah aku telah dikidnap.
Alahai kenapalah mak kamu tak berlari mendapatkan kamu wahai anak??
Sian si ahli baru terpulau..aku plk yg syahdu tetibe..
Takpe Mak Yang gantikan dgn pic suwit ni..

Ahhaa...Kak Yong Zahra dah ready nk timang adik.
Ni pulak seperais utk anak-anak aku..
Siap nama sume anak2 ade..nama kaw ade??

Cam beselah order dgn IbuDarwisy
Mulia kan Bonda kome ni??
Dan sempatlah kami menseleberet
birthday Hana (my niece),
birthday Mak,
dan birthday Abg Ipar,
dah alang2 sume birthday on August kan.
Merangkaplah skali open house.

Opah n cucu-cucu..aku pastikan xde yang missed. Sempit pun sempitlahhh..

Zahra n birthday girl.
Sekian..laporan sempena raya 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...