Tuesday, July 9, 2013

Kisah Sedih Brader Cyberjaya

Assalamualaikum.
Pagi ni bekpas dgn laki.
(*bukan laki la..suami...
ahh poyo!!aku org kampung..org kampung aku mmg sebut suami tu laki.)

Masa bekpas laki aku cte satu kesah.
Aku kire sedih gak la..
Ceni citenye..
 
"Semalam i minum dgn sorang brader ni. I sll bertembung dgn die kat surau. Brader ni bagus, kuat solat kot. Dahi die itam. Selalu senyum2 gitu je, smlm makan dgn die. Brader ni keje kat Prima. Prima ni company yg owned almost sume building kat Cyberjaya. OCBC pun sewa building Prima kat Cyber tu. Brader ni cte mase mule2 Cyber bukak die da keje ctu. Mase tu die baru start keje. Gaji kecik. Pegi keje naik motor Honda Cup, berulang Shah Alam-Cyberjaya. Sejam setengah perjalanan. Duit takde..ari2 lunch roti cream 50sen, makan tepi kolam ikan. Ari2 sorok roti dlm raga motor sbb takot boss nampak. One day die tgk ikan pun mcm nak makan jgk. Esoknye die bli dua roti cream. Satu utk ikan, satu utk diri sndiri. Satu ari boss ajak die lunch sesama. Die jawab "Takpela boss, sy tapaw rini, bini dah masak" Die tolak sbb malu, takot boss taw die xde duit nk lunch.Sampai 7 bulan die keje, tak confirm2 lagi. Gaji tak naik, saving xde. Bini nak beranak bulan depan. Barang baby satu pun haram x terbeli. Tak semena-mena, boss panggil. "Eh u x confirm lg kan? Sepatutnya 3 bulan keje dah confirm. I sudah buat surat, u jumpa bla..bla..bla. I naikkan gaji u RM300 boleh?" Brader ni x byk cte. Die pk RM300 ckup banyak, blehla buat blanje die lunch. Die ok kan aje. Tak habis kat ctu "I bagi skali backdated 7 bulan ok" Brader tu menangis terus. "JANJI ALLAH ITU PASTI" itu ayat brader tu. Rezeki anak tu pasti ada. Allah swt da tetapkan rezeki masing2. Masa tu brader tu terus call bini suh siap2 bli barang baby."

Camtulah lebih kurang cite brader tu kat laki aku.
Laki aku kate brader tu skrg da senang.
Dah naik kete berjenama.
Alhamdulillah.

futnut: Jom bagi ikan makan roti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...