Thursday, June 6, 2013

Menanti Yang Terbaik.

Assalamualaikum,
Salam Khamis.

Harini dan semalam hubby off day.
Alhamdulillah bleh jaga anak.
Ble hubby yang jaga anak,
mesti die 3G n wassap pic anak...
every single hour.
Owhh rindunya..
Hati membuak-buak tak sabar nak balik..
 
Naluri seorang ibu.
Hanya ibu yang tahu.

Semalam balik lambat sbb kene jadi 
'MAK GUARD'
Aku taktaw apa rasionalnya?
Aku taktaw kalo aku dah ter'apply'
position GUARD kat Jabatan Perangkaan ni..
Aku taktaw apa keje GUARD sebenar
sampai kami kene bergilir setiap hari
mengGUARD opis ni.
Balik lambat sbb jaga opis tapi takleh claim. 
Sape tak tutup suis..
SILA CATAT NAMANYA.
Ini sangat tidak dewasa.
 
 Bila balik umah,
hubby tanya..
"Bila u bleh pencen?"
Soalan yang dari dulu
aku tak penah ada jawapan.

"Kalo u pencen, yg penting dapat kad pesara"
Hubby prefer aku pencen dari resign.
Benti keje tapi masih dapat benefit gomen.
Tapi katenye itu hanya pilihan,
bukan kemestian.
 
"Kalo one day mak dapat g Mekah, 
takde sape nak jaga anak,
u resign je. Senang cite"
Jalan cerita sebenarnya tak semudah 
cerita yang dijalankan. 

Kita tak penah berhenti merancang,
tapi perancangan Dia lebih terancang.

"Kalo u pregnant lagi,
bolehlah u resign"
Aku senyum je...
Aku taw yang hubby taw bahawasanya..
Impian kami dibayangi
empat batu besar dihadapan.
Pendapat orang tua susah nak patahkan...

Semoga satu hari Allah SWT
akan tunjukkan perancanganNya yang terbaik utk kami.
Demi memenuhi tanggungjawab dunia akhirat.
Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...