Monday, April 15, 2013

Perkataan "SUSU TAKDE" Yang Membunuh Hak Anak.

Asslamualaikum,
Yeaa..harini senin..
=(

Aku nak share kisah sedih.
Tengah malam smlm aku bangun pump susu.
Apekejadahnye tetengah malam?
This is the amount i hv to pay.
Kalo orang lain bayar kat kaunter,
dapat setin susu.
Aku kene mengepam,
utk hasilkan susu.

Pump berjam-jam,
setitik pun tak kuar.
"Susu takde"
Nilah ayat ibu-ibu yg gagal susukan anak.
 Sebab dah skali pump takde susu, trus give up.
Petu cakap..
"Ai sedih tak dapat susukan anak, susu ai takde"
"Siannye u, sehari bape kali u susukan anak? Bape kali u pump susu?"
"Bongok, dah aku kate susu takde, nak susukan cane?"
Aku yang bongok ke?
Die tak susukan anak, 
cane die taw susu die takde?
Die tak pump,
cane die taw susu tak kuar?
 
Aku yang mengepam berjam-jam ni,
(tapi susu setitik pun tak kuar-kuar)
pun tanak cakap
SUSU TAKDE 
Padahal susu tak kuar tu..
Perkataan SUSU TAKDE nilah yang MEMBUNUH
niat ibu-ibu yang nak menyusukan.
Takk..aku tanak ckp susu takde.
Aku ckp "Susu belum ada"
Giler tak sedih?
Macam nak semput aku pump,
setitik pun tak kuar.
 
"Relax..baru skali. Cuba lagi. Setiap makhluk di dunia Allah swt dah siapkan portion rezekinya. Semoga Allah swt murahkan rezeki anak aku."
Bisik dalam hati.
Pujuk diri sendiri.
Motivate diri sendiri.
 
Lagi 2 jam aku pump lagi.
Yess..kuar 2,3 titik.
2,3 titik jelah utk sejam tu..
Sejam kaww..
Takpe..itu petanda positif.
Tanda-tanda..
SUSU AKU ADA UNTUK ANAK AKU 
Ni pun ayat motivate diri.
It's good enough,
instead of aku kata,
"Susu takde"
The killing statement.
 
The next day,
sambil tgk tv aku pump lagi.
Sejam lebih, 2 belah,
dapat 1oz.
1 oz je, selama sejam lebih.
 Aku tetap bersyukur.
Kene usaha lagi.

Baru kejap ni,
aku pump lagi.
1 jam, 2 belah.
Dapat 3 oz je.
Ada tak budak umur setahun
minum 3 oz je sehari?

Aku tanak give up.
Maybe ini kehendak die
sbb die skrg dah makan,
menyusu pun dah kurang.

Aku tanak ulang kesilapan lalu.
Dulu aku malas,
dan taktaw..
Aku pump skali-skale,
Susu pun kuar tak bape nak kale,
Terus aku kate "Susu takde"
dan bli susu ANMUM.
Padahal masa tu aku susukan anak x sampai 12 kali.
Aku pump 2 kali je.
Aku yang tak usaha,
tapi aku kate "Susu takde"
Nampak tak cane perkataan 
"Susu takde"
membunuh hak anak kita.
 

Ibu-ibu yang gagal susukan anak,
tanya diri-sendiri,
"Sehari cukup tak 10-12 kali susukan anak?
Sehari cukup tak 2 jam sekali pump?
Cukup tak hari2 doa Allah swt bagi rezeki susu?"
Kalo tak cukup amalkan 3 benda ni selama 2 minggu,
jgn berani cakap
"SUSU TAKDE"

Berusaha susukan anak 10-12 kali sahari. Bagi yang bekerja, pump 2 jam skali. Kalo susu belum kuar, jangan mudah berputus-asa. Untuk permulaan, kene rajin amalkan selama 2 minggu, jangan malas. 

futnut: Selagi ia utk yang terbaik, Allah swt pasti tolong.

2 comments:

Ann Ishak said...

bagus perkongsian ni, terima kasih :)

SuZiE said...

tak pe usaha lagi.. yg penting mindset kena betul..

( http://suzieahmad.blogspot.com )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...