Thursday, April 18, 2013

Cara Aku Banyakkan Rezeki Yang Sikit

Assalamualaikum,

"Apa yang harus korang lakukan ialah sabar...sabar...dan sabar... Buat research, research dan research... Tanya pada yang pakar, even dengan doktor pun, bukan boleh tanya pada sebarang doktor, sebaiknya bertanya pada yang PAKAR TENTANG PENYUSUAN.... Dengan rakan2 seangkatan pun (ibu2), jangan tanya pada yang GAGAL breastfeeding, bertanyalah pada yang BERJAYA dalam dunia penyusuan..... Dalam dia BERJAYA tu, cuba dengar dulu cabaran2 mummy itu sebelum berjaya, mana tahu sama situasi dengan kita... At least boleh dijadikan pedoman untuk kita supaya berjaya juga...."
petikan dari blog Atiyah

Aku antara ibu-ibu yang bermasalah
masa awal2 breastfeed baby.
Cabaran sangat berat.
"Kite jenis keturunan susu sikit"
"Kita keturunan xde susu, badan kecik, bla..bla..bla.."
Aku tak nafikan mmg kitorg badan kecik-kecik.
(Aku je yang paling besar)

Dulu aku takde breastpump.
Sebab awal-awal xde niat nak susukan anak.
Awal2 dah niat nak bagi susu formula.
Astaghfirullah..maafkan Bonda.
Tapi bila breast dah mula bengkak,
(hari ke3 lepas deliver)
barulah laki aku beli breastpump.
Jenama Pureen,battery operated.
Langsung x kuar..
Memang aku bukan jenis mcm mak-mak lain.
Picit sikit dah memancut.
Laki aku kuar balik,
beli Spectra Dew.
Alhamdulillah baru kuar.
Tapi sikit, sangat sikit.
Tak sampai satu oz.
Mak aku kata,
"Kita mmg jenis keturunan susu sikit"
"Sian anak kamu lapor x cukup"
Aku pernah tewas.
Aku bagi susu Anmum kat anak aku.
Tapi aku janji,
SEKALI TU JE AKU TEWAS SEBAB
KEBODOHAN AKU!!

Aku jeles tengok akak ipar aku.
(kebetulan die deliver baby awal sebulan dari aku)
Susu die banyak.
4 kali ganda lebih banyak dari aku.
Dan die tak bagi pun susu formula kat anak die.
Die pump skali dapat 4 oz,
aku setengah oz je.
Tapi aku kan dah janji aku takan tewas lagi.
Susu sikit tu takkan bagi
effect negative pada aku.
Bonda janji nak!!

Bila kitorg bawak baby jumpa doctor,
doctor tanya
"Breastfeed baby ke?"
"Ya"
"Ada susu ke?"
doc tu tanya sambil rasa breast aku.
Petu buat muka cebik..
"Cam xde je.."
Kuang ajar tak doctor tu?
Patutnye dengan bertudung labuh tu,
die kene bagi semangat pada aku
utk terus bagi anak hanya yang terbaik dari Allah.
Bukan susu yang diformulakan oleh manusia.
Tapi kan aku dah janji aku takkan tewas lagi.
Kata-kata carut doctor tu takkan
musnahkan niat aku nak penuhkan hak anak aku.
Bonda akan usaha, anak!!

One day aku pikir,
Akak ipar aku ada 2 ovari,
aku ada satu ovari je,
tapi aku juga mampu lahirkan
baby macam dia.
Akak ipar aku boleh bagi susu formula dari Allah
sepenuhnya untuk anak dia,
kenapa tidak aku?
Kalo aku boleh buat sama macam orang normal,
mesti aku boleh buat
lebih baik dari tu.
Aku taw aku boleh!!
Demi yang terbaik utk anak aku.
Alasan susu sikit,
takdelah problem sangat.
Lainla kene breast cancer ke..
kene breast abcess ke..
kene operate breast ke hape..
Bagi aku, tu barulah alasan boombastic.

Masa tu aku baru bagi susu Anmum
tak sampai sepuluh kali.
Aku stop.
Aku cuba sehari bagi susu aku sepenuhnya.
Aku sanggup mengempengkan
anak sampai2 jam,
janji die tak nangis.
Aku bisik dalam hati,
SUSU AKU ADA UNTUK ANAK AKU.
Aku penah terbaca,
SATU-SATUNYA MAKANAN UTK BAYI 6 BULAN KE BAWAH
HANYA SUSU IBU.
Doctor n nurse pun marah kalo
aku bagi air masak skalipun kat baby.
Dah tu mestilah Allah swt akan
sediakan makanan utk anak aku tu.
Takkanlah Allah swt tak bagi rezeki utk hambaNya kan..
Allah kan Maha Adil n Pengasihani. 

Sejak dari haritu,
aku bangun kul 6 pagi,
bukan tuk solat Subuh.
(sbb masa dalam pantang lagi)
Aku bangun utk pump susu.
Setengah oz utk sejam.
Aku tetap simpan.
Cukup ke setengah oz?
Perut anak pun besar telor, ada hati nak bagi 2,3 botol penuh susu.
Petu kul 9 pagi, aku pump lagi.
Kul 12 tghari, kul 3 ptg, 6 ptg..
melainkan anak aku nak menyusu.
Aku hampir menghabis hari aku 
dengan menyusukan anak
dan mengepam.

Setiap kali anak merengek nak susu,
seolah-olah ada orang datang umah 
nak bagi emas.
Laju je aku bangun,
even tengah2 malam.
Tak cukup tu,
aku bangun lagi pump susu
di tengah2 malam syahdu tu.
Di saat ibu-ibu yang gagal susukan anak,
tido lena diulit mimpi.
Atau kalo anak nangis pun,
suami tolong bangun bancuhkan susu,
tapi aku berjaga utk mengepam,
selepas aku susukan anak.
Kirelah..kalo sehari aku ngepam sampai 10-12 kali,
darab pulak setengah oz (sekali pump),
tak ke dapat 5,6 oz sehari.
SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

Alhamdulillah..itulah cabaran
yang aku kene bayar.
Dan alhamdulillah skrg sekali pump
aku boleh dapat 4-5 oz.
Sesuai dgn size perut anak aku.
Dan ganjarannya,
dah setahun lebih aku berjaya susukan anak aku
tanpa susu formula.

Nak bagi yang terbaik,
mestilah banyak cabaran.
Lagi banyak cabaran kita tempuh,
dan kita atasi,
lagi besar ganjarannya.
InsyaAllah..
Cabaran susu sikit,
bukan halangan.
Aku kuat utk ubah SUSU SIKIT
jadi SUSU BANYAK SIKIT.


5 comments:

Fiza Rahman said...

Nak fully breastfeed bukannya mudah. Banyak juga cabarannya especially dgn mulut² sumbang tu. Kena pekakkan telinga jer. Macam saya, mak pernah tanya 'banyak ker susu tu, lembik jer te*** tu'. In shaa allah mak, te*** lembik atau kecik bukan ukurannya ^_^.

Yg penting kena think positive. Jgn tgk susu sikit dah down. Tgk susu org banyak jer fikir 'alaaa...memang jenis byk susu'. Klo kita fikir susu byk...byk lah susu tu. Mkn jgn pantang. TApi kena mkn yg berkhasiatlah kan ☺☺.

VitaminSuci said...

Tahniah. Positif! :)

Ada masa boleh singgah www.vitaminsuci.com

mamayaya said...

suka dengan semangat penulis..bukan semua ibu sanggup hadapi ujian menyusukan anak ini..faham sgt cabaran2 yg perlu dihadapi..

Anonymous said...

Jadi semangat baca pengalaman penulis blog. Sy menghadapi masalah yg sama seperti penulis blog n tgh struggle untuk berikan yg terbaik untuk anak sy.

faiz izzat said...

Me too.hrp sy dpt semangat yg kuat mcm akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...