Wednesday, April 24, 2013

Hadiah Birthday Yang Ditarik Balik

Assalamualaikum.
Ingatkan bulan ni ada hadiah bufday yang paling bernilai.
Tapi sumenye sekejap je..
Allah swt lebih Tahu yang terbaik utk hambaNya.
Sempat buat upt...
weak positive
20 April 2013 sumenye hilang..
Jyeah cuti seminggu!
Next time cuba lg..
Hihihihi..
Happy Birthday Bonda!

Thursday, April 18, 2013

Cara Aku Banyakkan Rezeki Yang Sikit

Assalamualaikum,

"Apa yang harus korang lakukan ialah sabar...sabar...dan sabar... Buat research, research dan research... Tanya pada yang pakar, even dengan doktor pun, bukan boleh tanya pada sebarang doktor, sebaiknya bertanya pada yang PAKAR TENTANG PENYUSUAN.... Dengan rakan2 seangkatan pun (ibu2), jangan tanya pada yang GAGAL breastfeeding, bertanyalah pada yang BERJAYA dalam dunia penyusuan..... Dalam dia BERJAYA tu, cuba dengar dulu cabaran2 mummy itu sebelum berjaya, mana tahu sama situasi dengan kita... At least boleh dijadikan pedoman untuk kita supaya berjaya juga...."
petikan dari blog Atiyah

Aku antara ibu-ibu yang bermasalah
masa awal2 breastfeed baby.
Cabaran sangat berat.
"Kite jenis keturunan susu sikit"
"Kita keturunan xde susu, badan kecik, bla..bla..bla.."
Aku tak nafikan mmg kitorg badan kecik-kecik.
(Aku je yang paling besar)

Dulu aku takde breastpump.
Sebab awal-awal xde niat nak susukan anak.
Awal2 dah niat nak bagi susu formula.
Astaghfirullah..maafkan Bonda.
Tapi bila breast dah mula bengkak,
(hari ke3 lepas deliver)
barulah laki aku beli breastpump.
Jenama Pureen,battery operated.
Langsung x kuar..
Memang aku bukan jenis mcm mak-mak lain.
Picit sikit dah memancut.
Laki aku kuar balik,
beli Spectra Dew.
Alhamdulillah baru kuar.
Tapi sikit, sangat sikit.
Tak sampai satu oz.
Mak aku kata,
"Kita mmg jenis keturunan susu sikit"
"Sian anak kamu lapor x cukup"
Aku pernah tewas.
Aku bagi susu Anmum kat anak aku.
Tapi aku janji,
SEKALI TU JE AKU TEWAS SEBAB
KEBODOHAN AKU!!

Aku jeles tengok akak ipar aku.
(kebetulan die deliver baby awal sebulan dari aku)
Susu die banyak.
4 kali ganda lebih banyak dari aku.
Dan die tak bagi pun susu formula kat anak die.
Die pump skali dapat 4 oz,
aku setengah oz je.
Tapi aku kan dah janji aku takan tewas lagi.
Susu sikit tu takkan bagi
effect negative pada aku.
Bonda janji nak!!

Bila kitorg bawak baby jumpa doctor,
doctor tanya
"Breastfeed baby ke?"
"Ya"
"Ada susu ke?"
doc tu tanya sambil rasa breast aku.
Petu buat muka cebik..
"Cam xde je.."
Kuang ajar tak doctor tu?
Patutnye dengan bertudung labuh tu,
die kene bagi semangat pada aku
utk terus bagi anak hanya yang terbaik dari Allah.
Bukan susu yang diformulakan oleh manusia.
Tapi kan aku dah janji aku takkan tewas lagi.
Kata-kata carut doctor tu takkan
musnahkan niat aku nak penuhkan hak anak aku.
Bonda akan usaha, anak!!

One day aku pikir,
Akak ipar aku ada 2 ovari,
aku ada satu ovari je,
tapi aku juga mampu lahirkan
baby macam dia.
Akak ipar aku boleh bagi susu formula dari Allah
sepenuhnya untuk anak dia,
kenapa tidak aku?
Kalo aku boleh buat sama macam orang normal,
mesti aku boleh buat
lebih baik dari tu.
Aku taw aku boleh!!
Demi yang terbaik utk anak aku.
Alasan susu sikit,
takdelah problem sangat.
Lainla kene breast cancer ke..
kene breast abcess ke..
kene operate breast ke hape..
Bagi aku, tu barulah alasan boombastic.

Masa tu aku baru bagi susu Anmum
tak sampai sepuluh kali.
Aku stop.
Aku cuba sehari bagi susu aku sepenuhnya.
Aku sanggup mengempengkan
anak sampai2 jam,
janji die tak nangis.
Aku bisik dalam hati,
SUSU AKU ADA UNTUK ANAK AKU.
Aku penah terbaca,
SATU-SATUNYA MAKANAN UTK BAYI 6 BULAN KE BAWAH
HANYA SUSU IBU.
Doctor n nurse pun marah kalo
aku bagi air masak skalipun kat baby.
Dah tu mestilah Allah swt akan
sediakan makanan utk anak aku tu.
Takkanlah Allah swt tak bagi rezeki utk hambaNya kan..
Allah kan Maha Adil n Pengasihani. 

Sejak dari haritu,
aku bangun kul 6 pagi,
bukan tuk solat Subuh.
(sbb masa dalam pantang lagi)
Aku bangun utk pump susu.
Setengah oz utk sejam.
Aku tetap simpan.
Cukup ke setengah oz?
Perut anak pun besar telor, ada hati nak bagi 2,3 botol penuh susu.
Petu kul 9 pagi, aku pump lagi.
Kul 12 tghari, kul 3 ptg, 6 ptg..
melainkan anak aku nak menyusu.
Aku hampir menghabis hari aku 
dengan menyusukan anak
dan mengepam.

Setiap kali anak merengek nak susu,
seolah-olah ada orang datang umah 
nak bagi emas.
Laju je aku bangun,
even tengah2 malam.
Tak cukup tu,
aku bangun lagi pump susu
di tengah2 malam syahdu tu.
Di saat ibu-ibu yang gagal susukan anak,
tido lena diulit mimpi.
Atau kalo anak nangis pun,
suami tolong bangun bancuhkan susu,
tapi aku berjaga utk mengepam,
selepas aku susukan anak.
Kirelah..kalo sehari aku ngepam sampai 10-12 kali,
darab pulak setengah oz (sekali pump),
tak ke dapat 5,6 oz sehari.
SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

Alhamdulillah..itulah cabaran
yang aku kene bayar.
Dan alhamdulillah skrg sekali pump
aku boleh dapat 4-5 oz.
Sesuai dgn size perut anak aku.
Dan ganjarannya,
dah setahun lebih aku berjaya susukan anak aku
tanpa susu formula.

Nak bagi yang terbaik,
mestilah banyak cabaran.
Lagi banyak cabaran kita tempuh,
dan kita atasi,
lagi besar ganjarannya.
InsyaAllah..
Cabaran susu sikit,
bukan halangan.
Aku kuat utk ubah SUSU SIKIT
jadi SUSU BANYAK SIKIT.


Tuesday, April 16, 2013

Kenapa Lepas Jab Baby Akan Demam?

Assalamualaikum,
Alhamdulillahi Rabbal Alamin.
Lately ni rezeki Allah swt melimpah ruah.
Dan semalam rezeki klimaks.
Dalam pada tu..Allah pun suh sucikan rezeki.
En. Laki kene saman parking RM780.
* masih belum 'disucikan'..hahahah

Dan minggu ni diuji..
Anak gatay tetibe, alahan katanya.
Manja Bonda yang tak penah alah makan,
tetibe alah sampai kulit jadi cenggitu.
Manja Bonda tetibe dedo,
setelah sekian lama tak demam.
Sumenye tibe-tibe,
betul2 7 hari selepas cucuk setahun.
Tapi doctor dah bagi ubat demam awal2.
"Lepas cucuk selalunye demam"
kata doctor.

Apa itu demam? 

Menurut Dr Roliza, suhu badan yang normal adalah 37°C (98°F).
Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 37°c.
Demam akan berlaku jika terdapat jangkitan kuman 
atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan.


Dr. Roliza Ibrahim
Pakar Kanak-kanak, 
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), 
Shah Alam, Selangor.

Lepas cucuk terus demam.
Adakah terdapat jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan?
Seperti kate Dr. Roliza.

Tapi sebelum cucuk tak demam plk.
Lepas cucuk baru demam.
Konpius..konpius..
Kate doctor demam petanda positif,
sbb vaksin melawan kuman.
Jadi ketahanan badan pulak melawan ape sampai demam-demam?
Ketahanan badan melawan vaksin atau kuman? 
Kenapa kuman tetibe ada selepas vaksin?
Sedangkan sebelum divaksin,
ketahanan badan berehat dan tak melawan sebarang kuman (tak demam).

 Tak masuk akal memikirkan bahwa anda dapat menyuntikkan nanah ke dalam tubuh anak kecil. Tubuh mempunyai cara pertahanan tersendiri yang bergantung pada vitaliti ketika itu. Jika dalam keadaan sihat, tubuh akan mampu melawan semua jangkitan, dan jika keadaannya sedang menurun, ia tidak akan mampu. Dan anda tidak dapat mengubah kesihatan tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun ke dalamnya.”~ Dr. William Hay, “Immunisation: The Reality behind the Myth”.
source : sini

Monday, April 15, 2013

Perkataan "SUSU TAKDE" Yang Membunuh Hak Anak.

Asslamualaikum,
Yeaa..harini senin..
=(

Aku nak share kisah sedih.
Tengah malam smlm aku bangun pump susu.
Apekejadahnye tetengah malam?
This is the amount i hv to pay.
Kalo orang lain bayar kat kaunter,
dapat setin susu.
Aku kene mengepam,
utk hasilkan susu.

Pump berjam-jam,
setitik pun tak kuar.
"Susu takde"
Nilah ayat ibu-ibu yg gagal susukan anak.
 Sebab dah skali pump takde susu, trus give up.
Petu cakap..
"Ai sedih tak dapat susukan anak, susu ai takde"
"Siannye u, sehari bape kali u susukan anak? Bape kali u pump susu?"
"Bongok, dah aku kate susu takde, nak susukan cane?"
Aku yang bongok ke?
Die tak susukan anak, 
cane die taw susu die takde?
Die tak pump,
cane die taw susu tak kuar?
 
Aku yang mengepam berjam-jam ni,
(tapi susu setitik pun tak kuar-kuar)
pun tanak cakap
SUSU TAKDE 
Padahal susu tak kuar tu..
Perkataan SUSU TAKDE nilah yang MEMBUNUH
niat ibu-ibu yang nak menyusukan.
Takk..aku tanak ckp susu takde.
Aku ckp "Susu belum ada"
Giler tak sedih?
Macam nak semput aku pump,
setitik pun tak kuar.
 
"Relax..baru skali. Cuba lagi. Setiap makhluk di dunia Allah swt dah siapkan portion rezekinya. Semoga Allah swt murahkan rezeki anak aku."
Bisik dalam hati.
Pujuk diri sendiri.
Motivate diri sendiri.
 
Lagi 2 jam aku pump lagi.
Yess..kuar 2,3 titik.
2,3 titik jelah utk sejam tu..
Sejam kaww..
Takpe..itu petanda positif.
Tanda-tanda..
SUSU AKU ADA UNTUK ANAK AKU 
Ni pun ayat motivate diri.
It's good enough,
instead of aku kata,
"Susu takde"
The killing statement.
 
The next day,
sambil tgk tv aku pump lagi.
Sejam lebih, 2 belah,
dapat 1oz.
1 oz je, selama sejam lebih.
 Aku tetap bersyukur.
Kene usaha lagi.

Baru kejap ni,
aku pump lagi.
1 jam, 2 belah.
Dapat 3 oz je.
Ada tak budak umur setahun
minum 3 oz je sehari?

Aku tanak give up.
Maybe ini kehendak die
sbb die skrg dah makan,
menyusu pun dah kurang.

Aku tanak ulang kesilapan lalu.
Dulu aku malas,
dan taktaw..
Aku pump skali-skale,
Susu pun kuar tak bape nak kale,
Terus aku kate "Susu takde"
dan bli susu ANMUM.
Padahal masa tu aku susukan anak x sampai 12 kali.
Aku pump 2 kali je.
Aku yang tak usaha,
tapi aku kate "Susu takde"
Nampak tak cane perkataan 
"Susu takde"
membunuh hak anak kita.
 

Ibu-ibu yang gagal susukan anak,
tanya diri-sendiri,
"Sehari cukup tak 10-12 kali susukan anak?
Sehari cukup tak 2 jam sekali pump?
Cukup tak hari2 doa Allah swt bagi rezeki susu?"
Kalo tak cukup amalkan 3 benda ni selama 2 minggu,
jgn berani cakap
"SUSU TAKDE"

Berusaha susukan anak 10-12 kali sahari. Bagi yang bekerja, pump 2 jam skali. Kalo susu belum kuar, jangan mudah berputus-asa. Untuk permulaan, kene rajin amalkan selama 2 minggu, jangan malas. 

futnut: Selagi ia utk yang terbaik, Allah swt pasti tolong.

Thursday, April 11, 2013

Lepas Mulut Itik, Kembongkan Pipi Plak Uollss!!

Assalamualaikum,
Holla Thursday!!
Smlm g Alamanda..(where else to go?)
Untuk ini..
Gambo ukuran pesput.
 Allahu Akbar kembungnya pipi anak Bonda.
Muka Zahra mmg cenggini.
Static!!

Bila tgk pic ni tetibe tingat
patutla budak2 baru nak up skrg
suka sgt snap pic KEMBONGKAN PIPI.

Dulu zaman duck face.
Kak Senduk punya ENTRY paling menusuk kalbu.
Konon2 buat duck face nampak macam..
"Ahai kiutnye bibior..haloh..haloh..haloh.."
Plz la berpijak di bumi nyata.


La ni pulak zaman..
Amek camera tepon, angkat tinggi sket, kembongkan pipi,
n snap, jyeahhh,im so damn cute u can see!!
Yeewww..tak payah nak kiut sangatla.
Nak cirit makcik2 tengok. 

Serius kiut..mcm nak tumit je.

Aha yang ni best..bf pun kembongkan pipi jgk,nampak romantik n sporting.
 Sebenarnya tak nampak cute,
sket pun x romantik apatah lagi sporting.
Tapi nampak vodoh dik.
Grow up dik..
 Grow up bukan utk berlakon matang,
The fact is u r big enuff.
This act shows ur mental level.
 


Tuesday, April 9, 2013

Novel vs Facts

Semalam aku pergi MPH.
Nak membeli buku ni.
Deadly Mist - Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia
Aku terpandang sekumpulan remaja pompan.
Tergedik-gedik n terkinja-kinja di bahagian magazine.
Ditangan memegang magazine yang nyatanya
mengenai fesyen.
Aku yang dah tua bangka ni pun masih
zero tentang fesyen.
Betul-betul penting fesyen tu??

 Aku tengok anak dara aku.
Sambil berdoa moga hatinya dipelihara Allah swt.
Semoga didikan aku (yang baik2)
menjadi ikutan.

Sebelum ke sudut sebelah,
aku melalui sudut novel.
Ada anak-anak dara,
beberapa remaja.
Aku pun singgah kejap, 
belek-belek novel yang ada.

Tajuk pun dah syahdu,
Cinta itu, cinta ini,
Rindu bertaut bergantung bergelimpangan.
 It's been a very very long time
since i was like them.

Aku kire last aku baca novel masa Form 3.
Dan masa tu aku rasa,
inilah imaginasi penulis novel.
Cara mereka meluahkan rasa,
atau mengajar manusia erti kemanusiaan.
Dan aku terus kata
"My expression n imagination might be more INDAH. But imagination is not fact, fake kan??"

Dan dari saat itu aku berhenti baca novel.
Utk tidak lagi berangan 
dan cuba membayangkan bait2 isi novel yang aku baca.
Aku tak salahkan penulis novel,
atau pembaca novel.
It just dat aku jenis cepat menggambarkan
setiap apa yang aku baca n atau dibacakan. 
And voila it's lala land.

Sejak tu aku prefer baca buku-buku fakta.
Aku mula beli buku-buku fakta.
Keagamaan atau sains.
Yang aku rasa lebih baik n berguna utk
aku kongsikan dgn kawan-kawan.
Instead of aku kongsi cerita pasal
cinta tiga segi, cinta bertaut kembali
atau cinta orang gaji.

 I read only facts!!

futnut : foyore!!

Thursday, April 4, 2013

Bunuh Cicak Bermotifkan Dendam?

RAMAI yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

Jawapan

Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Sunat
Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia termasuk fuwaisiq.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."

Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.

Meniup api Ibrahim
 Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya)."

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.

Tuesday, April 2, 2013

Hepi Befdei Memeya

Lupa plk nak hapdet psl befdei si Memeya.
Memeya?
Adeke patut laki aku pgl anak kesayangan aku
MEMEYA??

 Smlm 1st April befdei anak kesayangan aku.
Tapi kitorg celeb kat kampung.
Sbb mak mertua aku baru pas operate.
Akak ipar aku pun tgh berpantang kat kampung.
So buatla kat kampung,
boleh dorang join.

Tapi sory la aku x amek byk pic.
Sbb dorg amek gambar
pakai camera yang ada belalai tu.

Ni je pic yg ado..

My Fairy
 Gambor kek takde la..
Sian anak aku..
Kek simple je pun.
Takde tempah2 buh patung barbie doll sekor ke takde...!!
Pegi je secret trus pilih2 dannn bwk pulang.

Kefak-kefak tu aku beli kat Macy RM8.90 je. Nape beli hijau? Sbb konon2 tema kaler hijaau+putih.

Lolichoc by Nana 0173481642
Lolichoc ni mmg memuaskan.
Rege lolichoc bergambor RM2 utk 150pcs.
Yang bertulis tu RM1.80 sebatang.
Sebut je nak kaler ape.

Alhamdulillah sumenye berjalan sangat lancar.
Setahun umur Myra Zara bermakna
setahun jgkla mak n abah aku tinggalkan kampung
utk jaga anak aku.
In fact setahun lebih sbb dorang datang Putrajaya
since aku menghitung hari nak bersalin lagi.
Thanx Mak Abah!!

Tak sabor nak balik umah petang ni.
Nak bagi surprise kat Mak Abah.
Sebagai tanda terima kasih..
Untuk tempoh setahun ni..

Kuching je..jadilah ye..itu yang mampu..
 futnut:Befdei Memeya, tp Tok Opah yang dapat hadiah.

Al- Fatihah : Takziah Buat Abg Abil

Salam takziah buat abg Abil..
Kak Gee dah pergi menghadap Allah swt.

 

http://didielife.blogspot.com/2013/04/al-fatihah-buat-gee.html

Rebat Telefon Pintar : Ukur Baju Di Badan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Selasa.
Ada lagi orang yang masih belum guna pun rebat telefon utk belia.


Aku pun tak apply lagi.
Sbb setakat ni xde niat pun nak beli tepon baru.
Tapi kata kawan aku better apply je
sbb rebat ni limited.

Ada colleague suggest beli tepon murah
murah skeett la di


Aku xtaw la murah tara mane,
korang value sendiri.
Aku mmg tak bape nk pandai psl gadget2 ni

Apa yang aku nk cte kat sini..
Ukur baju di badan sendiri.
Apa maksudnye?
Maksudnye...
 "Duit aku banyak,
sukatilah aku  nak beli tepon mahal2 pun. 
Kaw tu jgn nak beli tepon mahal2 sampai tak cukup makan.
Aku takpe, laki aku kaya dan mampu."
Haaa..ni bukan maksud sbnr
utk ayat ukur baju di badan sendiri.
Maksudnya yang sebenar..
 beli mengikut keperluan.
And conform to your income.
Ini takk..
Beli tepon rege 2k, 
pdhl bayar pakai loan.
Loan plk laki die yg buat berpuluh2 ribu,
monthly bayar RM581.
Pastu nak eksen kate laki die mampu.
Baik pakai tepon murah,
janji bayar cash.
Drpd pakai tepon mahal2,
tapi bayar pakai loan Bank Rakyat. 
Puiihhh!!
Ni baru namanye ORANG YANG TAK ukur baju di badan sendiri.
Bagi aku kalo berhajat nak beli laptop ke, tepon ke,
apa2 gadget price about 2-3k,
better jgn buat loan. 
Sbb interest mahal..
rugi woo..
Pelan2 saving every month,
insyaAllah boleh beli cash.
Ini beli laptop pun buat loan,
monthly bayar RM180,
lagi nk usung laptop kesana kemari dgn muke belagak singa.
Piiirrraahhh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...