Tuesday, March 19, 2013

Susuk Quran

Assalamualaikum Warahmatullah..
Harini aku nak bercerita pasal SUSUK.
SUSUK ni macam yang kte sume taw 
memasukkan jarum emas ke muka 
dengan serapah tertentu utk kelihatan cantik.
Susuk ni dah wujud lama.
Tak silap aku sejak zaman Nabi Sulaiman.
Zaman tok nenek moyang kte dlu,
susuk ni dah jadi macam A MUST utk setiap pompan.
Tujuan tetap sama,
UNTUK KELIHATAN CANTIK.

Zaman semakin moden,
susuk tetap menjadi amalan.
Susuk pun turut mengikutI arus.
BOTOX.
Okeh..itu susuk zaman moden.
Menggunakan modus operandi yang lebih kurang sama.
Memasukkan jarum, benang or dat kind of thing.
Bermotifkan matlamat yang tak pernah berubah
UNTUK MENARIK PERHATIAN.

By wutever way it done,
HUKUM SUSUK TETAP HARAM.
Kenapa HARAM?
Benda yang simple macam ni tak perlu kte complicated kan.
Tujuan utk kelihatan cantik, menarik perhatian sume tu haram.
Bile lelaki dah tertarik menarik kaw mmg da boom,
maka bermulalah zina kecil sebaik lelaki terghairah,
hanya dengan pandangan mata.
Bak kate kawan lelaki aku masa zaman sekolah dulu..
"Baiklah korang tutup kulit2 yang ada, laki ni tengok kulit pun da menggelupur"
Gersang sangat kaw kan..

Pernah dengar SUSUK QURAN?
Susuk Quran diamalkan dengan membacakan potongan ayat dari Surah Yusuf.
Takyahla aku cte ayat bape n caranya,
kang ada yang vangang pegi buat.
Still ada pantang larang.
Antaranya takleh lalu bawah ampaian besi,
takleh makan sate atau makanan2 yang bercucuk,
makan pakai garfu pun takleh,
takleh makan pisang emas.
Owh yea..takleh jgk minum air zam2.
 Mane aku taw?
Dari kawan2 aku yang dah terjerumus.

Susuk Quran ni diwujudkan demi menutup sihir si pengamal ilmu salah.
Susuk beb...manede susuk halal.
Tapi demi menghalalkan susuk tu,
diQURANkan namanya.
Yang si vunguk-vunguk mudah dipengaruhi.
Kenapa semudah itu?
Sebab mereka terlalu obses utk cantik.
Kurang keyakinan diri,
dan bangga jika menjadi siulan lelaki bile melangkah.

Bila ayat Quran dibaca secara songsang
dengan tujuan yang salah,
setan naik atas kepala tepuk tangan,
jin pulak dah sebati dalam badan.
Tak sedar dah buat pemujaan,
tetibe diri dah ada yang 'berdampingan'.
Asal ke katil mulalah ke kiri ke kanan,
otak bercelaru hati tak keruan.
Mimpi ngeri jadi habuan.

Sape tanak cantik?
Tapi memadai cantik utk suami.
Kalo dah obses sangat,
tak payah nak susuk-susuk sangat.
Kalo rasa banyak lemak,
sapu Dolla Cantek.
Kalo rasa kulit menggerutu,
sapu lidah buaya.
Usaha cara halal,
kalo tak berjaya belajar pulak utk redha.

futnut: Utk ingatan aku jgk sempena mendekati 3series.

1 comment:

bibi yusof said...

Ye betol tu.. Tapi fitrah nak rase cantik tu sentiasa ade..
Sy pon tahun ni 3series jugak.. Sudah mula terasa tua.. Makin ramai panggil kakak... Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...