Thursday, February 21, 2013

Rasulullah SAW : Maqam Tertinggi VS Merendah Diri

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak luahkan apa yang terbuku dalam hati.
Korang mesti dah bese sangat dengar
DOA SELEPAS AZAN kan?
Maybe da boleh hafal pun translation nye.

Lately ni aku mcm terr'recall'
translation doa lepas azan masa kecik2 dulu.


Maksudnya: "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah MAQAM yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. "

Sekarang perkataan maqam tu dah replace dgn
KEDUDUKAN.
As far as i knw perkataan makam tu refer to kubur ye dak?
So masa kecik aku cam bayangkan kubur laa.
Rupenye maqam tu refer to
KEDUDUKAN.

Ingat tak peristiwa ISRA' & MIKRAJ?
Bile Nabi SAW diangkat ke langit
dan macam2 peristiwa, kejadian pelik2 Baginda saksikan.
Dalam peristiwa tu juga bermulanya solat 5 waktu.

Baginda telah melalui kesemua lapisan langit
dan berjumpa Nabi-nabi yang melepasi setiap lapisan langit tersebut.

Langit 1 : Nabi Adam a.s
Langit 2 : Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s
Langit 3 : Nabi Yusuf a.s
Langit 4 : Nabi Idris a.s
Langit 5 : Nabi Harun a.s
Langit 6 : Nabi Musa a.s
Langit 7 : Nabi Ibrahim a.s

Nabi Muhammad saw juga telah
melepasi tangga kelapan, kesembilan.
Iaitu lapisan lain selepas langit ketujuh.
Tiada Nabi yang pernah melepasinya.
Masa tu Nabi saw ditemani Malaikat Jibril.

Sehinggalah tiba di satu lapisan,
Jibril berhenti dan tidak lagi menemani Nabi Muhammad saw.
Bila Baginda bertanya..
"Wahai Jibril, kenapa kamu tidak maju bersamaku?"
Jawab Jibril..
"Kamu teruskan perjalanan wahai kekasih Allah.
Kerana maqam aku setakat disini"

Begitulah tingginya maqam atau kedudukan
Baginda Rasullullah saw.
Baginda berada di kedudukan yang paling tinggi,
lebih tinggi daripada Jibril.
Namun Baginda tetap humble.

Apabila Allah swt bertanya kepada Nabi-nabi..
"Siapa kamu?"
Jawab Nabi-nabi..
"Akulah Nabi, yang sedang berbicara dengan Tuhan"
Tapi sebaliknya jawapan Rasulullah saw lain dari yang lain..
"Aku yatim, aku miskin"
SubhanAllah.
Sangat humble.
Sedangkan Baginda mendapat maqam yang paling tinggi.
Masih lagi merendah diri.
Itulah contoh yang sepatutnya kita teladani.
Sebab kita umat Baginda.
Sepatutnya sikap Baginda tu kita warisi.

Tapi jauh berbeza dgn kita hari ni.
Belumpun pernah melepasi mane2 langit,
tapi bile bersembang cukuplah tinggi
bagai dilambung-lambung kak kiah!!
Pantang beli gelang tangan baru,
mulalah bersembang menyinsing lengan.
Pantang beli baju baru,
mesti nak kene sebut perkataan MAHAL tu.
Sampaikan jenama seluar dalam pun nak bersaing.
Apa barang pakai seluar dalam Giant..yeewww!!
Katenyee..
"Haruslah aku bangga, apa lagi yang membanggakan
sebab di usia semuda ini,
aku mampu memiliki satu almari seluar dalam berjenama mahal."
Walau kau semuda mane sekalipun,
bukan alasan utk kau berbangga dengan apa yang kau miliki.
Jadi agak-agak dah nak terrr'riak' tu,
ingat balik betapa tingginya kedudukan Rasulullah,
tapi Baginda tetap merendah diri.
Itulah kekdahnyee..

futnut : Ingatan utk diriku jua.

Friday, February 15, 2013

Bukan Nak Riak, Tapi Teriak!!


"Kite bukanlah nak riak,tp sbnrnye mmg dah riak pun"
Hahahaha...bagus jgk kawan dgn org riak ni.
Yang bagusnya bila hari2 baca status die kt pesbuk,
dengar sembang mambang die yang melambung2,
buat kite insaf n sedar.
Bahawa kadang2 kata2 kite tu berbaur riak.
Perbuatan kite berunsur menunjuk.
Sama ada sedar atau tidak,
dah pun membangkitkan keMENYAMPAHan org pada kite.
Makin hari kawan2 makin menjauh.
Kite sangka kawan jeles,
pdhl kawan dah muak dengar crite riak kite.
Kawan pinggir krn xmau lagi dengar cerita riak kite.
Bukan saje riak, siap ban kawan2 lg.
Nau'zubillah..semoga dijauhkan sifat riak.

futnut: kau rasa gaji 4ribu cukup besar??
gaji org 6ribu,kau je xtaw sbb org x riak cam kau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...