Wednesday, December 26, 2012

Mimpi Ular Hitam: Boleh Percaya Ke Tafsir Mimpi?

"Mimpi hanya mainan tidur"
Dari kecik aku diajar begini.
Sampai dah tua ni..
Bila aku mimpi yang bukan-bukan,
husband akan ckp benda yang sama.

Aku selalu dengar orang kata kalo mimpi gigi patah
maknanya ada orang terdekat nak meninggal.
Aku xtaw kebenarannya,
jauh sekali kaitan gigi dengan orang yang meninggal.
Aku pernah mimpi gigi aku patah.
Dua minggu lepas tu tok aku meninggal.
I take it as coincidence.

Aku pernah mimpi arwah Opah aku.
Masa tu rumah Opah besar n kaler kekuning-kuningan.
Macam berseri-serilah.
Tibe-tibe opah angkat tiang seri rumah.
Aku tanya "Opah nak buat apa tu?"
Then someone answer me "Opah nak besarkan rumah"
Aku pun sedekah Fatihah n Yasin utk Opah.

Baru-baru ni, last Monday aku mimpi ular.
Aku mimpi sekor ular hitam & 3 ekor ular sawa batik.
Dalam mimpi tu laki aku berjaya bunuh ular hitam sehitam-hitamnya tu.
Tapi ular sawa batik tu lari tah kemana.
Tetiba aku terjaga.
Bila aku sambung tido balik,
mimpi tu pun bersambung.
Aku sambung cari 3 ekor ular sawa batik tu.
Tapi tak jumpa.
*Pelik kan mimpi tu boleh bersambung plk.

Bila bangun tidur mimpi tu sangat2 mengganggu.
Aku tak abes2 tingatkan mimpi tu.
Laki aku keje.
Kebetulan dia balik lunch dgn aku.
Aku story kat die, die jawab..
"I banyak kali mimpi ular. Ular tu nak patuk tapi tak kene"
Sembang punya sembang,
kriteria (hihi kriteria pun boleh) ular dlm mimpi kitorg sama.
ULAR HITAM, PANJANG DALAM 1.5 METER, UKUR LILIT DIAMETER DLM 3 INCI.

Selalu laki aku akan ckp..
"Mimpi mainan tidur, jangan layan la.."
Tapi kali ni respon die lain..
"Pegi solat skrg. Pas solat jangan lupa baca ayat Kursi.
Setiap kali lepas solat baca Yasin ayat 9"
Aku pelik, bulu roma meremang.
"Kuasa Allah swt tu lebih besar dr kuasa setan. Kita berlindung dgn Allah swt aje"
Aku ada baca psl tafsir mimpi ular hitam.
Banyak pulak tafsirnya.
Aku sekadar baca tapi belum lagi nak percaya.
Apa-apa pun, aku tetap percaya pada Qada dan Qadar Allah SWT.
Dan pastinya aku sentiasa berlindung denganNya.

"Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat."
-Yasin:9-

futnut: Boleh percaya ke tafsir mimpi ye??

7 comments:

Noor Suraya said...

masa sy mengandung yg pertama...cewah..bajet tgh ngndg yg kedua.hahahahahha....sy selalu mimpi pasai ulaq masa mula2 ngndg..Leh kata tiap2 malam...tp sy anggap tu sbb sy ngndg la,so,tak pkiaq sgt pasai tu.hehehehe...buat taktau ja...

Mrs. Amad said...

hurmm..buat x reti je la...yg suspen tu mimpi tu boleh bersambung.petu yg paling horror laki akak pun mimpi ular yg sama...arrggghhh!!dahlah..jangan layan..mainan tidur..

Noor Suraya said...

oo...asben pun mimpi.heheheh.....dah..dah...xyah dilayan...mmg da org bgtau kt sy myb ada orang nk hntq benda tak elok kt sy sbb tu sy mimpi ulaq..in sha Allah xdak apa2 kalau kita yakin ngn Allah...

Abil Fikri Ahmad said...

Betul la kata en. suami tu. Buat jea kaedah yg suami tu suruh..Hati2 dengan fitnah yang mendatang...InsyAllah.

Fiza Rahman said...

Mimpi pon bley bersambung yer ☺☺

Cuba minta pandangan ustaz.

Salhah Suhot said...

tafsir mimpi bukan tilik nasib. tp mimpi binatang berbisa bukan petanda yg baik. mohonlah perlindungan Allah.

Salhah Suhot said...

lupe plak nak kabo, aku tag ko ntok contest adiahnye skirt,kalo menang la. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...