Wednesday, December 26, 2012

Mimpi Ular Hitam: Boleh Percaya Ke Tafsir Mimpi?

"Mimpi hanya mainan tidur"
Dari kecik aku diajar begini.
Sampai dah tua ni..
Bila aku mimpi yang bukan-bukan,
husband akan ckp benda yang sama.

Aku selalu dengar orang kata kalo mimpi gigi patah
maknanya ada orang terdekat nak meninggal.
Aku xtaw kebenarannya,
jauh sekali kaitan gigi dengan orang yang meninggal.
Aku pernah mimpi gigi aku patah.
Dua minggu lepas tu tok aku meninggal.
I take it as coincidence.

Aku pernah mimpi arwah Opah aku.
Masa tu rumah Opah besar n kaler kekuning-kuningan.
Macam berseri-serilah.
Tibe-tibe opah angkat tiang seri rumah.
Aku tanya "Opah nak buat apa tu?"
Then someone answer me "Opah nak besarkan rumah"
Aku pun sedekah Fatihah n Yasin utk Opah.

Baru-baru ni, last Monday aku mimpi ular.
Aku mimpi sekor ular hitam & 3 ekor ular sawa batik.
Dalam mimpi tu laki aku berjaya bunuh ular hitam sehitam-hitamnya tu.
Tapi ular sawa batik tu lari tah kemana.
Tetiba aku terjaga.
Bila aku sambung tido balik,
mimpi tu pun bersambung.
Aku sambung cari 3 ekor ular sawa batik tu.
Tapi tak jumpa.
*Pelik kan mimpi tu boleh bersambung plk.

Bila bangun tidur mimpi tu sangat2 mengganggu.
Aku tak abes2 tingatkan mimpi tu.
Laki aku keje.
Kebetulan dia balik lunch dgn aku.
Aku story kat die, die jawab..
"I banyak kali mimpi ular. Ular tu nak patuk tapi tak kene"
Sembang punya sembang,
kriteria (hihi kriteria pun boleh) ular dlm mimpi kitorg sama.
ULAR HITAM, PANJANG DALAM 1.5 METER, UKUR LILIT DIAMETER DLM 3 INCI.

Selalu laki aku akan ckp..
"Mimpi mainan tidur, jangan layan la.."
Tapi kali ni respon die lain..
"Pegi solat skrg. Pas solat jangan lupa baca ayat Kursi.
Setiap kali lepas solat baca Yasin ayat 9"
Aku pelik, bulu roma meremang.
"Kuasa Allah swt tu lebih besar dr kuasa setan. Kita berlindung dgn Allah swt aje"
Aku ada baca psl tafsir mimpi ular hitam.
Banyak pulak tafsirnya.
Aku sekadar baca tapi belum lagi nak percaya.
Apa-apa pun, aku tetap percaya pada Qada dan Qadar Allah SWT.
Dan pastinya aku sentiasa berlindung denganNya.

"Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat."
-Yasin:9-

futnut: Boleh percaya ke tafsir mimpi ye??

Enibeseri Yang Berseri-seri

HAPPY ANNIVERSARY!!

Never and wont breach the contract!!
Kata laki aku tahun ke3 tapi period 2tahun.
Haa..cane tu?
Lately  ni hubby bz.
Maklumlah dah year end ni.
Tapi alhamdulillah sempat lagi menseleberet.
Simple2 je..
Hubby bawak soping kat KLCC je.

Aku dah bertukar ke La Vie Est Belle
Baunye lebih manis compared to Hypnose.
I was a hard core user of Hypnose.
Sejak tahun 2008 lagi.
 
Bubbye my sweet Hypnose. Gonna miss u!!
Kata hubby plan menseleberet enibeseri kene pospon
sampai bulan depan sbb die bz sgt.
Yeke?
Aku rasa ni pun dah cukup, nak cane lagi kan?
Zahra pun dapat jgk..
Rumah munge-munge dalam hati ada taman!!
Malam pulak makan-makan..

Syukur alhamdulillah dikurniakan sebuah perkahwinan yang bahagia.
Masih dikurniakan rezeki anak..
Dan semoga ada lagi rezeki ber anak-anak lagi..
hihihihi..
Syukur dipinjamkan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.
Syukur alhamdulillah ya Allah!!

Wednesday, December 5, 2012

Canelah Budak-budak Tak Biadab, Orang Tua Pun Kurang Asam.

Harini pagi-pagi lagi mood kelaut.
Pagi-pagi dah kene tengking.
Bukan kene tengking dengan bos, tapi dengan pak guard.
Haaa kaw hadde?

Aku ni one of gomen staff yang tenant kat Wisma Minlon, Serdang ni.
Sebab bangunan Jabatan Perangkaan kat Putrajaya tu x ckup besar nak tampung.
Staff Minlon ni bagus taw.
Kadang-kadang kalo bertembung dalam lif dorang rajin bertegur sapa.
N tak pernah lokek senyuman.

Aku pernah beli perabot kat Minlon.
Layanan staff Minlon mmg tip top.
Mak aku plk rajin beli kain n alatan menjahit dia kat Minlon.
Layanan akak-akak Minlon ni sangat memuaskan.
 
Yang buat aku kecewa dgn guard Minlon ni.
Adehh..failed!!
Sebelum ni aku sll dengar akak-akak bahagian sebelah ni bising2.
Dorang tak puas hati dgn guard tu.
Ada sorang akak tu dah bergeser pun dgn kete orang masa nak kuarkan kete.
Sebab parking terlalu rapat.
Padahal kete akak tu power stereng.
Sampailah suatu hari tu aku pun terkena.
 
Time tu aku sampai lambat.
Nak naik sgt nak punch. 
Aku kuar je kete pak guard tu suh aku rapatkan kete.
Aku cakap DENGAN SOPAN,
"Rapat sgt pakcik nanti susah saya nak kuar"
Yelah kete aku bukan power stereng, tapi power hand.
Pakcik tu paksa jgk aku.
Aku tengok parking lot ctu ada 5 je, tapi pakcik tu nak masukkan 6 biji kete jgk.
Boleh bayangkan tak 5 parking lot nak masukkan 6 bijik kereta?
Aku pun kedepan jelah.
Alah aku kedepan 2 inci je,xde effect pun.
Time aku susah nak kuarkan kete bukan pak guard tu tolong pun.
 
Pagi ni lagi sekali.
Kali ni lagi teruk.
Pak guard tu ketuk pintu kete aku kuat giler.
Dahlah body kete aku tu cam tin susu.
Terangkat rahim aku.
Pak guard tu suh aku kedepankan kete.
Aku ckp baik-baik..
"Nanti susah sy nak kuar pakcik"
Pakcik tu punye tengking aku..
"Mane ade susah, saya hari-hari jaga sini. Kau nak buat keras kepala. Kau pergi cakap kat bos kau. Badan je kecik tapi keras kepala"
Dia hari-hari jaga sini, aku hari-hari parking sini.
Aku jalan je, aku tanak melawan.
Sebab aku masih ada rasa hormat manusia.
Masa aku dah berambus tu pun pak guard tu membebel lagi.
Aku sabar lagi...
Sampai skrg aku masih cuba bertahan.
Nak ikutkan nak aje aku turun tingkat dua report kat Minlon.
Tapi kang kacau plk periuk nasi die.
Dahla dah tua.
Logikla sket, parking lot satu dunia pun dah tetapkan jarak parking.
Manede rapat-rapat takot tergeser dgn kete lain.
Memang susah nak bertahan ni.
Takpe..biarlah pakcik tu.
Balasan Allah lebih nikmat!!

Tuesday, December 4, 2012

Wall Post FB : Mana Yang Betul-betul Buat Kita Menyampah?

Bese tak baca status kengkawan kat fb cenggini..??

"Laparnye perut..."
"Aduh time ni lah nak membuang pun"
"Pergi pasar beli barang dapur"
"Balik kampung...yess!!"
*contoh-contoh je ni..

Petu dalam hati mesti kte cam ada rasa annoying sket kan?
*sket???ke banyak?
Kentut pun nak publish kat fb ke?
Kalo lapar g la makan, ingt aku farewell cafe ke nk pos nasi beriani free kat kaw.

Baru-baru ni aku terinsap jap.
Tu pun lepas terbaca psl wall status kengkawan yg berbunyik lebih kurang cenggini..

"Menyampahnye aku kat kau..beli barang dapur pun nak kecoh ke?"
"Wahai suami..kenapalah kau suke menyusahkan aku?" 
"Orang berniaga, dia pun nak berniaga. Warna je menarik, tapi rasa hampeh".
"Tergedik-gedik..rasa cam nak lempang je"
"Sebok2 nak boikot sane sini, tapi pangai sebijik mcm Yahudi"
*contoh-contoh jugak ni.

Bila aku baca balik status kawan2 ni,
aku rasa kenapa perlu aku menyampah dgn status2 yang kaler hijau kat atas tu?
Compared to status yang kaler merah ni.
Mana satu yang buat kita betul-betul menyampah atau patut menyampah?? 
Lagi haru kan?
Hari-hari nak maki hamun orang sekeliling.
Tak puas hati dgn orang tu, sakit hati dgn orang ni,
orang tu buat keje tak betul, orang ni buat keje salah.
Semua orang tak betul.
Ayat pedas-pedas plk tu
Yang tak tahan ayat kat ujung-ujung tu..
"Sape makan cili dialah terasa pedas"
Paling kejam ayat die...
"FB aku, bukan FB kau. Sukati aku lah"

Kadang2 kite ni takot nak post bukan-bukan,
takot ada yang terasa hati.
(*melainkan kalo dah sakit hati sgt)
Tapi ada setengah orang tu men post je,
lantaklah sape2 nak terasa, janji hati puas.
(*termasuklah aku, pun ada jgk hati busuk camtu)

Memanglah post kaler hijau tu cam poyo,
lapar pun nk gtaw orang.
But at least dorang x post sesuatu yang
meluahkan rasa benci pada orang lain,
memperkatakan tentang keburukan orang lain, 
menghina makcik-makcik n adik-adik tepi jalan,
menyentuh sensitiviti sesuatu kaum,
meremeh-temeh atau merendah2kan usaha orang lain,
memperkatakan tentang keburukan suami, colleague or jiran tetangga.
Betul tak?
 
Aku baca balik previous wall post aku.
Hmm..memang ada, banyak la jgk.
OK..kene kurangkan sket nak kate-kate atau maki-hamun orang.
Kalo boleh jangan ada terus.
Memangla tu FB aku, hak aku,
tapi aku pun kene sedar
HAK ORANG LAIN UTK DIHORMATI.

Aku sedar ada yang menyampah aku post pic anak aku hari-hari.
Takde niat ape..
just nak kongsi kegembiraan aku membesarkan anak,
dan berkongsi keterujaan aku melihat perkembangan anak.
Untung-untung boleh share dgn kengkawan.
Sekurang-kurangnya aku tak post gambar yang memalukan oranglain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...