Wednesday, October 17, 2012

Makcik2 Kalo Bercerita Pasal Kerja Anak Menantu Memang MALATOP!!

Punyalah besar Malaysia tercenta,
kat celah cni jgk aku boleh terjumpa Makcik C ni.
Dari jauh aku nampak die dah mcm ahli sihir dok atas penyapu terbang.
Dari dulu sampai skrg,
Makcik C ni asal jumpa org je cubit perut.
Kalo cubit manja ala-ala kiah ronggeng takpe..
Ni cubit, tarik, pusen..hazab sgt kiah..
Horror sgt kan.

Makcik C: Eh kamu ni bukan ke kwn si Siti Fulanah? (bukan nama sebenar)
Aku: Yela makcik
Makcik C:  Kamu ni makin lama makin kurus dah macam tiang letrik bergerak..Kahkahkah..
Haaa hamek..kaw layak gelakkan orang berdekah-dekah?
Aku: Makcik pun ape kurangnya, dah mcm badak sumatera di tgh bandaraya.
Okey, yg ni aku ckp dlm hati.
Kalo aku ckp kuat-kuat mau makcik tu membadak kat ctu jgk.
Mungkin ketiak aku busuk, tp mulut aku x sebusuk ketiak.

Aku cepat2 ubah topik..
Sbb orang keliling dah tengok2 'tiang letrik bergerak'.
Kang tiang letrik tumbang, timpa makcik tu plk.
"Siti Fulanah skrg keje mane cik?"
"Ehh..die skrg akauntan"
Bukan aku taktaw Siti Fulanah tu dlu study Diploma Perniagaan kat Poli.
Skrg keje kerani akaun.
Baru je bulan lepas aku jumpa die kat AEON Station 18.
"Huiyoo..akauntan cik? Kat mane?"
Saje aku layankan belahagak makcik ni.
"Kat syarikat Jepun"
Miahahahah..baru aku tingat Siti Fulanah ni kerani akaun kat Hitachi.

Ingat senang nk jadi akauntan makcik?
Kene register dgn MIA dlu.
Petu kne sit for exam.
Exam plk bukan bodow-bodow kire akaun kedai runcit Ah Seng.
Profesional exam tu..2,3 kali amek baru lulus.
Baru leh dapat title akauntan.
Adik ipar aku yg hold degree pure account dr UM pun tak pernah ckp diri tu akauntan.
*haaa..tengookkk..aku pun dah belahagak mcm makcik-makcik.

Makcik-makcik kalo bercerita psl keje anak menantu mmg panas berapi.
Kalo ayam lalu kat sebelah pun boleh terpanggang.
 "Keje ape bakal menantu ko Leha?"
"kerani PEGUAAAMMMM"
Yang 'kerani' bunyi sayup-sayup kedengaran.
Yang 'peguam' ckp kuat sgt mcm menjerit dlm tempayan kosong.
Orang kampung pun ternganga "Waaahhhh..."
Ingat senang-senang nk jadi peguam?
Yuna yg study law pun x kate die peguam.

"Anak aku dah jadi pensyarah ke7 termuda di Malaysia"
Pensyarah?
Padahal tutor kat Kolej Bersekutu UiTM.
Aku ingatkan U mane la..

"Pandai anak mak cari laki, keje engineer"
Cakap kuat-kuat dlm gelas tepi dinding bagi jiran sebelah dengar.
Padahal drafstman kat kilang.
Ingat senang nak dapat title engineer?
Kene register dgn BEM.
Register plk bukan sesenang mcm nak register masuk pra-sekolah.
Petu kene handle satu projek besar value ribu-ribu, juta-juta..
Alah mcm thesis la lebih kurang.
Dah tu kene plk sit for exam.
Still..profesional exam.
Makan tahun baru dapat title engineer,Ir.

Pakcik aku bile ditanya keje ape?
"Kerja sendiri je.."
Padahal Dato' Seri Ir Nizar.
See..engineer pun tak ngaku diri engineer.

Makcik-makcik kalo bercerita pasal anak menantu mmg MALATOP.
Aku taktaw la kot-kot mak aku kate aku keje Auditor Kerajaan kat Putrajaya.
Hahahaha..
Tapi ape nak heran?
Beselah makcik-makcik kat kampung..layankan aje.
Kadang-kadang anak nak ckp keje HR,
tp mak taktaw HR tu ape,
tu yg kuar akauntan tu.
Kadang-kadang anak nak ckp keje tutor, mak tak paham.
Kuarlah keje pensyarah.
Layankan aje..they deserve utk rasa proud dgn anak masing2.
Apa salahnya bagi dorang rasa bangga n gembira, kheenn??

5 comments:

Axie04 said...

huhuhu
biasa terjadi

fiza said...

Alahaiiii makcik. Kenapa lah makcik mcm nih.

Suraya Noor said...

hahahahahhaha..pernah terjadi..pernah terjadi..tp bukan pasai kurus tu ha..hahah..lawak part ni

"Aku taktaw la kot-kot mak aku kate aku keje Auditor Kerajaan kat Putrajaya".

Mrs. Amad said...

sll kan makcik-makcik berbangga.beselah tu..nnt blk aku nak tny mak..anak die ni keje pe.aku rase die taktaw.yg die taw keje gomen.

Suraya Noor said...

hahahha..co try tny.hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...