Thursday, October 4, 2012

Bila Babah Jadi Househusband.

Sesejak wujudnya Institut Latihan Statistiks Malaysia kat Sungkai,
mmg kami staff  DOS takleh lari.
Asal kursus je kene pergi Sungkai.
Tak kire bos ke kuli.

Senin sampai Rabu aku ter'selected' utk pergi kursus.
*PITAM*
Mak abah ada hal takleh nak jaga anak aku.
Nak wat cane?
Hubby terpaksa amek cuit sepanjang aku kursus.
Kene follow aku n stay kat hotel.
Kesian kat Babah n anak Babah sekali.
Kesian Babah kene jaga anak.
Kesian anak kene tinggal dgn Babah.

Mandikan, suap makan, basuh berak, tidokan, kemas bilik.
Tu baru sket, but it was a long day for Babah.

1st day, 3 jari Babah tersepit kat pintu hotel.
Punyalah kelam kabut kan.

2nd day, jari Babah luka tersepit kat boot kete.
Sebab tergesa-gesa Bonda nak masuk class,
baby nak tido sgt.

3rd day lagi haru,
PHONE BABAH HILANG.
Ingatkan apek workshop (tukar tayar) curi.
Babah quite cool masa cari phone.
Muka tenang je..tak penah setenang tu.
Tapi ujung2 mencarut la jgk..
Hahahaha..upenye terjatuh bawah seat kete.

"Bukan senang nak jadi sorang ibu, tu belum kene masak lagi"
ayat Babah masa ctekan pengalaman die jadi househusband.
Aku senyum je..
Bagi aku jadi fully housewife mmg penat.
Keje non stop dr pagi bawak ke malam.
Tapi aku percaya sangat banyak nikmat disebaliknya.

1 comment:

fiza said...

Hehehe...kelam kabut hadi househusband yer. Macam2 dugaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...