Wednesday, October 31, 2012

Bacakan Buku Untuk Bayi Anda.

Aku mulakan belikan dan bacakan Zahra buku seawal umur die 5 bulan.
Macam yang aku dah postkan on previous entry. 

Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.


Sekarang Zahra dah mula baca buku sendiri.
Kadang-kadang kaki n tangan die mengepak-ngepak.
Pernah satu hari die menangis,
aku cepat2 kuarkan buku n Zahra terus diam n 'baca' buku tu.


Maybe kita rasa die tak faham pada mulanya.
Tapi rupa-rupanya apa yang kita bacakan die absorb.
Sekarang aku tgh carikan cloth book utk Zahra.
Semoga pencarian menemukan hasil.

1 comment:

fiza said...

Pandai zahra baca buku...hehehe...comel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...