Wednesday, October 31, 2012

Berkongsi Cerita - Aku Bekas Pesakit Kanser.

Last Thursday pegi HUKM utk regular check up dgn pakar O&G.
The day before raya aji.
Haiilllaahh suspen nye..
Takut berhari raya dlm duka.
 
Alhamdulillah everything went very well.
Utk review darah yg diambil last month,
alhamdulillah bacaan AFP still under range,
walaupun sedikit naik.
Dari bacaan before preggy 2.4,
sekarang jadi 3.00.

Okay AFP stand for alpha-feto protein.
Alpha-feto protein tu bacaan utk tumour marker.
Sume orang ada sel kanser.
Bezanya sama ada ia aktif atau tidak.
Alpha-feto protein (AFP) shud be under 5.8.
Kalo lebih 5.8 means ada 'sesuatu'.
Dulu masa dlm badan aku ada tumour,
bacaan AFP aku beribu-riban, byk no 0000 kat belakangnye.

Dan utk review keputusan pap-smear yg aku buat last month plk,
alhamdulillah clear.

But still kene buat pap smear lagi next year.
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Aku hanya bekas pesakit kanser.
Suke sangat nak berkongsi pengalaman aku mengharungi kanser.
Kanser bukan penamat segalanya.
Bukan juga penghalang utk aku melahirkan,
walaupun sebelah ovari dah dibuang.

Berkongsi cerita dengan Puan Noreen Tajudin. (Aku kelihatan sgt poyo)

She's a very nice person. Hope i can meet her again someday.
Ditemani mak the backbone n Zahra sbg bukti yg Allah swt masih memberi aku peluang walau dgn satu ovari.

Bacakan Buku Untuk Bayi Anda.

Aku mulakan belikan dan bacakan Zahra buku seawal umur die 5 bulan.
Macam yang aku dah postkan on previous entry. 

Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.


Sekarang Zahra dah mula baca buku sendiri.
Kadang-kadang kaki n tangan die mengepak-ngepak.
Pernah satu hari die menangis,
aku cepat2 kuarkan buku n Zahra terus diam n 'baca' buku tu.


Maybe kita rasa die tak faham pada mulanya.
Tapi rupa-rupanya apa yang kita bacakan die absorb.
Sekarang aku tgh carikan cloth book utk Zahra.
Semoga pencarian menemukan hasil.

Review : Chocolate Rice Snack (suitable for breastfeeding mother)

Disebabkan period ritu,
production susu decrease sket.
Sket je..smlm pegi LUNATOTS Putrajaya.
Try Chocolate Rice Snack with fenugreek.

Mengandungi bahan-bahan seperti..
Coklat - sejenis bahan kimia yang berkaitan dengan CINTA.
*owh patutlah org bercenta ske kasi awek coklat.

PEA - menghasilkan dopamin.

Dopamin - meransangkan pengeluaran hormon Oksitosin

Oksitosin - hormon kasih sayang yang boleh memperbanyakkan susu.

Halba - dipercayai berupaya meningkatkan pengeluaran susu.

Harga RM35.90, ada 10 pek.
Sehari minumum makan 3 packs.
Means bleh bertahan 3 hari je.
Aku rasa cam mahal, tapi saje nak try.
First day aku consumed 1 pack je malam,(*sedap taw)
tgh malam mmg production byk sampai baju basah sket.
Basah sket je la masa tgh tido.
Smlm aku consumed 2 packs, alhamdulillah banyak jgk.
I mean byklah dr biasa.
Apa yg best sbb ia snack, so bleh makan camtu je.
Pagi td masa tgh drive aku makan.
So blehlah cuba.




Friday, October 19, 2012

Selamat Hari Jumaat

Seminggu sekali, Jumaat datang lagi.
Waahh..it's Friday uollss!!
Aku suke betul hari Jumaat.
Dulu masa sekolah aku suke Jumaat sbb..
kalo sekolah petang, bleh pergi lewat.
Dalam bus tengok pakcik-pakcik odw pegi masjid.
Kalo sekolah pagi, bleh balik awal.
Time tu mak tgh masak, bau ikan goreng menyengat hidung.
Amek pinggan tgu depan kuali.
Padahal mak masak utk abah nk ke masjid.
Aku plk yg sebok..yelah aku kan tukang bentang sejadah.
Petang Jumaat pegi pasar malam.
Kalo sekolah asrama, bleh blk umah nek bus himpit2-himpit.
Cium bau ketiak kawan-kawan yang hangit.
Bau budak sekolah mmg hangit!!
Jumaat penghulu segala hari.
Hari raya kecik.
Hari berkumpulnya umat Islam di seluruh dunia.
Sebagai sebuah negara yang menjulang Islam sbg agama tertinggi,
aku suggest Malaysia jadikan Jumaat as public holiday,
instead of Sunday kan.
Hari berkumpulnya satu 'kaum' yg lain.

Enjoying Fabulous Friday. Selamat Hari Jumaat.

Thursday, October 18, 2012

Caught On Camera!!

Bukan aku tak pasan jalan yang aku lalu hari-hari tu.
Pegi balik keje ikut jalan yang sama.
Camera AES ke ape es tah tu..
Memangle takde.
Tapi ade je pak polisi tertonggok kat celah-celah pokok.

1st time aku nampak.
Aku slow down,lepaslah..
2nd time pun aku nampak.
Aku bukak tingkap, aku PEACE kan encik polis tu.
3rd time..
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Aku ingat aku tak jatuh sbb aku bukan tupai.
Tapi akhirnya...
Ternganga aku time ni..dah kene snap baru pasan.
Aku rasa aku tak bwk laju.
Tak sampai seratus..
Aku bawak laju sikkiiittt je..
Sebab aku tingat anak aku yg kelaparan kat umah.
Hantulah!!
Ape lagi..
Senyum..Jari Telunjuk..Jari Tengah..
Okbai!!

*owh kaw..aku kene saman pun bukan kaw yg bayar kan. Yang kaw taw aku kene on time.

Aku Bakal Jadi Drifter Wanita....(giteeewww)

Pengakuan!!
Aku mmg selalu kuar awal time lunch.
Paling awal..10 min awal.
Sebab aku nak susukan anak aku.
Susukan anak semata-mata ye!!
Bukan utk makan-makan sambil menikmati sambal belacan,
bukan utk baring-baring sambil gentel bantal busuk, 
bukan juga utk main-main mata dgn suami tercenta.

Aku bersyukur immediate boss aku memahami
Tapi ADA yang tak bape nk memahami..
Kenapalah kaw begitu hai manusia??
Tension!!
Anak aku ada masalah tak reti langsung menghisap puting botol.
Die bergantung kepada susu gantungnya 100%.
Dan susu gantungnya bukanlah jenis boleh cabut,
lalu ditinggalkan di poket anak bila-bila masa aku suke.
Tapi kaw taktaw pape psl susu gantung kan??
Jadi kaw tak bape nak paham.
Ok aku terima!!
Sekarang berat anak aku 5.8kg SAHAJA.
Ringan..utk baby umur 6 bulan.
Tapi kaw pedulik hape kan??
Anak aku adalah bukan anak kaw sama sekali.
Ok aku terima!!
Before 6 months mmg takleh suap anak makan or minum air suam.
Boleh bayangkan anak aku menyusu 2 kali sahaja dr pagi sampai ke petang??
Dari umur die 3  bulan sampai sekarang.
Boleh bayangkan tak?
Kalo boleh bayangkan pun, takde effect kat kaw kan??
Sebab kaw pun makan 2 kali je kan??
Ok aku terima!!
Dah 6 bulan ni barulah aku ade alternatif utk bagi die kenyang kat umah.
Aku ni bukanlah minah drifter yg sgt terer memandu laju-laju.
Dr opis ke rumah amek masa 20 min.
Bayangkanlah pegi balik je amek masa 40min.
Belum tolak masa aku paking kete, nek trun lif.
Dah tu kaw nak suh aku susukan anak lapan saat je ke??
Yelah..kaw pun minum 5 saat bleh je sendawa cam badak kan??
Ok aku terima. 

Tu pun aku tapaw makanan dari umah hari2.
Kalo ada lauk best2 sonoklah.
Kalo tak aku makan telur goreng je.
Mane sempat nk g bli makanan sedap2.
Memang tak sempat!!
Smpai opis aku menyorok celah-celah opis,
makan sorang-sorang.
Kaw mane taw sbb kaw makan sedap-sedap bertemankan teman-teman kan??
Ok aku terima!!
Aku boleh je nak drive lelaju.
Dua minit je dah sampai.
(yea..aku menipu)
Tapi tolonglah jgn berharap aku boleh letak nyawa aku camtu je.
Aku sgt menjaga nyawa aku sbb aku adalah nyawa anak aku.
Mungkin kaw tak faham sbb kaw takde anak.
Ok aku terima!!

Aku terima seadanya cara dan kehendak kaw.
Aku cuba faham seadanya keadaan kaw.
Kaw berdoalah semoga Allah swt terima segala perbuatan kaw.
Aku berdoa agar satu hari nnt kalo kaw ada anak,
anak kaw takde masalah cam anak aku.
Aku berdoa kalo anak kaw ada masalah pun,
semoga sume orang akan memahami keadaan kaw n akan lebih bertimbang rasa.
Sebab berada di tempat aku skrg dikelilingi orang cam kaw adalah sgt meruntun jiwa.

Aarrgghhh..mak sgt syahdu hari ni nok!!
 Hari ni aku kene cari jalan cane nak bergerak dgn lebih pantas.
Balik on time, sampai opis lebih awal time lunch.
Supaya sedap mata si dia memandang.
Bagaimanakahhhhhh??
Semoga Allah swt memberi jalan n melindungi aku..
(ketika aku sedang berderif)

Wednesday, October 17, 2012

Makcik2 Kalo Bercerita Pasal Kerja Anak Menantu Memang MALATOP!!

Punyalah besar Malaysia tercenta,
kat celah cni jgk aku boleh terjumpa Makcik C ni.
Dari jauh aku nampak die dah mcm ahli sihir dok atas penyapu terbang.
Dari dulu sampai skrg,
Makcik C ni asal jumpa org je cubit perut.
Kalo cubit manja ala-ala kiah ronggeng takpe..
Ni cubit, tarik, pusen..hazab sgt kiah..
Horror sgt kan.

Makcik C: Eh kamu ni bukan ke kwn si Siti Fulanah? (bukan nama sebenar)
Aku: Yela makcik
Makcik C:  Kamu ni makin lama makin kurus dah macam tiang letrik bergerak..Kahkahkah..
Haaa hamek..kaw layak gelakkan orang berdekah-dekah?
Aku: Makcik pun ape kurangnya, dah mcm badak sumatera di tgh bandaraya.
Okey, yg ni aku ckp dlm hati.
Kalo aku ckp kuat-kuat mau makcik tu membadak kat ctu jgk.
Mungkin ketiak aku busuk, tp mulut aku x sebusuk ketiak.

Aku cepat2 ubah topik..
Sbb orang keliling dah tengok2 'tiang letrik bergerak'.
Kang tiang letrik tumbang, timpa makcik tu plk.
"Siti Fulanah skrg keje mane cik?"
"Ehh..die skrg akauntan"
Bukan aku taktaw Siti Fulanah tu dlu study Diploma Perniagaan kat Poli.
Skrg keje kerani akaun.
Baru je bulan lepas aku jumpa die kat AEON Station 18.
"Huiyoo..akauntan cik? Kat mane?"
Saje aku layankan belahagak makcik ni.
"Kat syarikat Jepun"
Miahahahah..baru aku tingat Siti Fulanah ni kerani akaun kat Hitachi.

Ingat senang nk jadi akauntan makcik?
Kene register dgn MIA dlu.
Petu kne sit for exam.
Exam plk bukan bodow-bodow kire akaun kedai runcit Ah Seng.
Profesional exam tu..2,3 kali amek baru lulus.
Baru leh dapat title akauntan.
Adik ipar aku yg hold degree pure account dr UM pun tak pernah ckp diri tu akauntan.
*haaa..tengookkk..aku pun dah belahagak mcm makcik-makcik.

Makcik-makcik kalo bercerita psl keje anak menantu mmg panas berapi.
Kalo ayam lalu kat sebelah pun boleh terpanggang.
 "Keje ape bakal menantu ko Leha?"
"kerani PEGUAAAMMMM"
Yang 'kerani' bunyi sayup-sayup kedengaran.
Yang 'peguam' ckp kuat sgt mcm menjerit dlm tempayan kosong.
Orang kampung pun ternganga "Waaahhhh..."
Ingat senang-senang nk jadi peguam?
Yuna yg study law pun x kate die peguam.

"Anak aku dah jadi pensyarah ke7 termuda di Malaysia"
Pensyarah?
Padahal tutor kat Kolej Bersekutu UiTM.
Aku ingatkan U mane la..

"Pandai anak mak cari laki, keje engineer"
Cakap kuat-kuat dlm gelas tepi dinding bagi jiran sebelah dengar.
Padahal drafstman kat kilang.
Ingat senang nak dapat title engineer?
Kene register dgn BEM.
Register plk bukan sesenang mcm nak register masuk pra-sekolah.
Petu kene handle satu projek besar value ribu-ribu, juta-juta..
Alah mcm thesis la lebih kurang.
Dah tu kene plk sit for exam.
Still..profesional exam.
Makan tahun baru dapat title engineer,Ir.

Pakcik aku bile ditanya keje ape?
"Kerja sendiri je.."
Padahal Dato' Seri Ir Nizar.
See..engineer pun tak ngaku diri engineer.

Makcik-makcik kalo bercerita pasal anak menantu mmg MALATOP.
Aku taktaw la kot-kot mak aku kate aku keje Auditor Kerajaan kat Putrajaya.
Hahahaha..
Tapi ape nak heran?
Beselah makcik-makcik kat kampung..layankan aje.
Kadang-kadang anak nak ckp keje HR,
tp mak taktaw HR tu ape,
tu yg kuar akauntan tu.
Kadang-kadang anak nak ckp keje tutor, mak tak paham.
Kuarlah keje pensyarah.
Layankan aje..they deserve utk rasa proud dgn anak masing2.
Apa salahnya bagi dorang rasa bangga n gembira, kheenn??

Tuesday, October 16, 2012

Warna Pakaian Mengikut Hari

Salam Selasa!
*Harini ada pasar malam kat Putayaya*

Arini aku nak cite pasal pemilihan warna pakaian mengikut hari.
Penting ke warna ni?
Tah aku tak sure..
Tapi ramai pengkaji dah mengkaji dan membuat kajian bahawa kuasa warna boleh mengawal emosi seseorang.

Kalo ari SENIN (*ari SENAYAN kate opah aku), eloklah pakai baju kaler PUTIH.
Blck Monday katenye jadi lawan..lawan..
PUTIH ni kononnya boleh meransang keazaman dan semangat baru.
Putih suci macam baby baru lahir gitewww..
 
Ni masa nak g sungai basuh kain.
 
Kalo SELASA, pakai baju kaler PINK OR VIOLET..
Violet tu tak silap aku kaler ala-ala pink purple tu.
Alkisahnya pink or violet ni warna kasih sayang.
Sesuai utk hari yang memerlukan penghayatan or focus yang tinggi.

Aku rasa nilah kaler violet
RABU pakai kaler BIRU
Sebab biru sesuai utk berucap, berpidato ke bermeeting ke.
Aku tak banyak baju biru sbb tak suke biru.
Tapi pakai baju kaler tak biru pun aku  banyak je bercakap.


KHAMIS pakai KUNING ATAU OREN.
Sebab hari utk merancang zuriat.
Yang belum kawen, anggaplah hari menspongebobkan diri.




JUMAAT kaler HIJAU.
Kaler utk senaman pernafasan.
Warna Islam.
I like hijau.



Good Day SATURDAY!!
Let's wear RED!!
Merah sesuai utk having fun, menjalankan aktiviti sosial yang lasak,
jumpa kawan2 n sedara mara.
So sedara mare akan kate wow merahnya mak ngah.
Walaupun kau sebenarnya mak long.

HITAM pada hari AHAD
kerana Ahad hari utk beristirehat.


Monday, October 15, 2012

Apa Nak Buat Bila Disahkan Kanser?

"Papa maybe kene cancer hati"
Wooaahhh...macam nak luruh jantung baca bila msg dari mama.

Lately ni Papa mmg kerap pengsan.
Pernah sekali tu die pengsan sampai Mama terpaksa ajarkan mengucap.

5 hari Papa dok spital tapi doktor gagal detect apa2 sakit.
Masuk CCU jantung ok.
End up doctor kate salah makan ubat.
Macam tak masuk akal,
Papa dah consume ubat yang sama since die pencen lagi.

Papa pegi Darul Syifa' Bangi.
Takde gangguan sihir, alhamdulillah.
Tapi Papa masih kerap sakit-sakit perut.
Angin katenye..
Mama risau sangat.
Skrg ni pegi pasar yang sekangkang kera dr umah pun Mama temankan Papa.

Baru-baru ni Papa jumpa sorang doktor pakar organ dalaman.
Suggested by Dr. Shukor kawan Papa.
Doktor pakar tu cek urine n darah Papa.
Maybe cancer hati, tapi belum muktamad.
Perlu amek sample tisu hati.
Masalahnya, maybe akan effect jantung pulak.
Wow, dugaan yang besar dan hebat.

Teringat pengalaman aku masa disahkan menghidap kanser.
Memang takde apa-apa langsung dalam palotak kecuali MATI.
Aku tak balik umah, tido umah kawan.
Tanak gtaw makabah.
Bukan sbb nak ketepi dorang tapi taktaw cane nak cite.
Airmata dah mcm air paip yg kepala paipnye da rosak.
Meleleh je sepanjang masa.
BENGKAK MATA!!
Tengok muka kat cermin pun tak lalu.
Kesian tgk diri sendiri.
Tengok kubur mulalah aku pikir..
"Nilah tempat aku tak lama lagi"

Lama-kelamaan aku sedar..
sebenarnya disahkan kanser bukan bermakna itu penghujung nyawa.
TAKKKK...
Memang org yg disahkan kanser akan pk mati.
But once kita pk mati means, kita telahpun PILIH utk mati.
In fact kita ada dua pilihan..
BERJUANG UTK SEMBUH
atau
BERSERAH UTK MATI.
Aku pilih sembuh.
Sebab MATI adlh pilihan utk sume manusia.
Tak kira sihat atau sakit, tua atau muda.
Sepatutnya pk how to fight?
Cari jalan cane nak lawan, cari penawar.
Yang penting semangat kene kuat.
Hanya diri sendiri yang dapat merawat sakit sendiri.
Hanya diri sendiri yang kenal badan sendiri.
 Jadi kalo diri rasa sakit, badan kene kuat cari ubat.
Kalo badan rasa sakit, hati kene kuat cari penawar.

Tapi kalo badan nak layan sedih je.
Asek terbaring, berkurung, menangis..(sbb konon2 dah nak mati)
sakit (yang sbnrnye takdelah sakit sangat) jd semakit teruk.
Sel kanser mungkin aktif, 
jadi kita perlu lebih aktif dari sel tu utk melawan.

Allah swt takkan menurunkan sesuatu ujian kepada hamba-hambaNya melainkan mereka mampu menghadapinya. Allah swt turunkan kanser sbb Allah swt tahu kita mampu utk lawan. Kita kuat. Means kita kuat. Jangan menidakkan kuasa Allah swt. So buktikan!!
BANGKIT DAN LAWAN!!

Aku Nak Pencen!!

Semalam sembang dgn mak pasal resignation.
Aku mintak pendapat mak kalo aku nak resign.
Padahal aku dah taw, dari dulu mak larang .
Mak kate kene ada income sendiri.
Mama pun penah ckp yg mama menyesal resign keje LHDN dulu.

I was talked about dis dgn hubby.
And he said "Itulah pekerjaan yang terbaik sorang isteri"
Yess.. fully housewife.
Sebab..
1. Aku nak menjaga anak-anak 24 hours a day.
2. Aku nak layan makan pakai husband totally.
3. Aku lebih suka buat kerja rumah drpd kerja opis.
Well said HOME SWEE THOME.
Husband mmg izinkan, cuma die kate buat masa ni keje dulu.
Kalo anak dah dua, baru boleh fikirkan dgn lebih serius.
Sbb die xnk aku menyesal di kemudian hari.
*nak buat anak kedua cepat-cepatlah..*
Husband sgt menyokong.
Die kate instead of die kene bayar 6,7 ratus pada babysitter, baik aku jaga anak sendiri.
Bukanlah nak berkira, tapi sekarang ni pun die bagi RM250 sebulan utk duit belanja makan aku di opis.
He spent RM300 utk petrol kete aku ke opis.
Maklumlah banyak kali ulang-alik ke umah susukan anak.
Bini keje, tapi mcm tak generate family's income pun.
Huhuhuhu..

Sangat dilema...

Friday, October 12, 2012

Bila Anak Tak Sihat

Zahra demam lagi!!
Sejak ada anak, perkara yang paling menakutkan aku bila anak sakit.
Ya Allah ampunilah dosaku,
ringankanlah sakit anakku,
kuatkanlah hatiku.
*agaknye nilah balasannya sbb dah lama x bacakan Quran*
Aku ngaku aku leka lately ni.
Sangat malas ya syaitonnn!!

Aku rasa perasan yang sama ibu-ibu seluruh dunia.
BILA ANAK SAKIT..
Ibu jadi susah hati, makan x kenyang, hati tak tenang.
Pic semalam. Zahra dah start makan bubur kanji.
Hari ni aku nak banyakkan susu, nak susukan Zahra kerap-kerap.
Semoga anak Bonda cepat sembuh.
Kalo Bonda dah tak uzur, Bonda bawak baca Quran ok.

Tuesday, October 9, 2012

Malacca Uollss!!

Lobangidong kembang kerana bangga berada di tanah Hang Tuah.

Too big Babah. X fix dgn kepala Zahra

Souvenir street.

Waiting for trishaw yang mahal nak mati. Pegi A' Famosa je pun. Dlm 10 minit bayaran RM20. Sebab batak punya pasal redah je.

Malacca uollss!!


On d trishaw. For Zahra's record --> U r only 6 months 1 week.

"Fanas bonda. I can't stand it."

Aku taktaw ni blok ape. Tp aku taw ni peninggalan sejarah. Sekiantimekaseh.
Babah n baby yang kepenatan.

We were just sitting around them..^,^
Actly aku nak bawak Zahra g Zoo Melaka since die dah pandaai tengok menatang.
Tapi ari terlalu panas.
Nanti kene pegi pagi2 lagi.
Dan yang paling penting aku kene study psl sejarah lagi.
Baru banyak info nak story kat Zahra.
Nanti kte pegi lagi ye nak!!

Sewel Rindukan Anak.

Aku rasa breastfeeding mmg sgt2 mengeratkan bonding di antara ibu n anak.
Bukan sahaja anak menjadi terlalu rapat n manja dengan ibu,
tapi si ibu pun boleh sayang 'semacam' dgn anak.

Aku HARI-HARI rindu dengan Humayra Azzehra aku.
HARI-HARI, twenty four seven three n sixty five!!
Blum sejam dok kat opis aku dah mula terbayang2 muka die.
I hate it rite after weekend, mesti aku wendu sampai rase nak sewel kat opis.
Wuuuaaarrggghhh!!

NGAAAAAA!!!
But i nv take it as a problem.
Ia adlh satu perasaan indah yang berada di satu sudut istimewa dalam hati Bonda.

Monday, October 8, 2012

Zahra Baca Buku?

Aku ada belikan Zahra buku bergambar.
Aku pilih pic menatang yang real, takmo katon2.
Sebab aku rasa baby ni suke tgk menatang.

First 2 weeks aku bacakan buku tu tuk Zahra,
die buat tak reti je.
Nak dimakannye buku tu adelaa..
Ada aku kesah?
Aku dah macam orang juai insurans.
Aku percaya tak banyak, sikit mesti die dapat absorb ape yang aku story.

Masuk 3rd weeks die mula tunjukkan minat.
Aku lagi rancak 'juai insurans'.
Maksudnya die diam ble aku bacakan buku tu.
Belum aku habiskan ayat "sound of lion..."
Zahra dah sambung "uuukkk..."
Walaupun bunyi lion tu dah mcm bunyi ungke,
aku anggap die faham, bukan aku yang salah faham.


Aku sangat kamben bile buat bunyi kambing.
Bila aku mengembek, Zahra mesti sengih.


Die sangat2 memerhati pic lembu.
No..no..buat masa ni no cows milk sayang.


"Bonda dunno about iguana.
Tapi iguana n camel tinggal kat desert"
Boleh tak aku explain gitu je?
Mak-mak ni actly kene byk info.
Kan malu nak ckp 'dunno' dgn anak.
Ada rezeki nanti aku nak bawak Zahra g zoo.
Happy exploring nanje!!
 
futnut:ce try ajor ngaji Iqra' pulak.

Ubat Demam Terhebat.

Jumaat lepas spttnya Zahra kene jab 6 months.
Tapi sayang Bonda ni demam!!
38.8 dajah celcius tinggi kate doktor.
Ya Allah takotnye aku time tu.

Balik je dr opis aku trus susukan Zahra.
Aku mandikan die, bogelkan (pakai diaper je), then die tido.
Die bangun je aku mandikan lagi n susukan sekerap mungkin.
Sebab susu ibu adlh anugerah dr Allah swt.
Itulah ubat yang terbaik utk anak yg sakit.
Ubat dr Allah swt pastilah lagi bagus dr ubat dr doktor kan...

Alhamdulillah..pas Maghrib demam die mula kebah.
Aku keep on susukan die.
Dahlah hubby keje mlm.
Aku x bape nyenyak tido malam tu.
Tapi Zahra ok jee...
Alhamdulillah..alhamdulillah..

Pas mandi kene 'balut' dgn Babah..ihik suke!!
So pasni kalo Zahra demam lagi aku taw pe nak buat.
Mandikan die bile badan die mula panas.
Jangan pakaikan baju.
Balut napkin basah kat bawah ketiak.
Dan yg paling penting, susukan die sekerap mungkin.
Ubat demam yang terbaik!!

Thursday, October 4, 2012

Bila Babah Jadi Househusband.

Sesejak wujudnya Institut Latihan Statistiks Malaysia kat Sungkai,
mmg kami staff  DOS takleh lari.
Asal kursus je kene pergi Sungkai.
Tak kire bos ke kuli.

Senin sampai Rabu aku ter'selected' utk pergi kursus.
*PITAM*
Mak abah ada hal takleh nak jaga anak aku.
Nak wat cane?
Hubby terpaksa amek cuit sepanjang aku kursus.
Kene follow aku n stay kat hotel.
Kesian kat Babah n anak Babah sekali.
Kesian Babah kene jaga anak.
Kesian anak kene tinggal dgn Babah.

Mandikan, suap makan, basuh berak, tidokan, kemas bilik.
Tu baru sket, but it was a long day for Babah.

1st day, 3 jari Babah tersepit kat pintu hotel.
Punyalah kelam kabut kan.

2nd day, jari Babah luka tersepit kat boot kete.
Sebab tergesa-gesa Bonda nak masuk class,
baby nak tido sgt.

3rd day lagi haru,
PHONE BABAH HILANG.
Ingatkan apek workshop (tukar tayar) curi.
Babah quite cool masa cari phone.
Muka tenang je..tak penah setenang tu.
Tapi ujung2 mencarut la jgk..
Hahahaha..upenye terjatuh bawah seat kete.

"Bukan senang nak jadi sorang ibu, tu belum kene masak lagi"
ayat Babah masa ctekan pengalaman die jadi househusband.
Aku senyum je..
Bagi aku jadi fully housewife mmg penat.
Keje non stop dr pagi bawak ke malam.
Tapi aku percaya sangat banyak nikmat disebaliknya.

Monday, October 1, 2012

Nyamuk oh Nyamuk!

Kalo tak pahit, bukanle tongkat ali namenye.
Kalo tak kene geget dgn nyamuk, bukanle blk kampung namenye.
Sian anak aku..
Lumat kene geget dgn nyamuk.
Sape yg ckp aku tido x hengat dunia tu?
Cabai mulut die..
Aku bangun la jenguk anak aku..
Nak wat cane nyamuk kg pandai,
dorg blah ble aku tido blk.

Ok ni aku nak share cara2 halau nyamuk.

1. Cam bese, b4 tdo g kedai runcit harun bli aerosol spray. Petu sembur. Kedai runcit harun je taw.
2. Rebus daun serai wangi ke, daun limau purut ke sbb nyamuk tak suke bau tanaman2 yg menyengit katenyerrr...
3.B4 tdo sapukan tgn n muke ank dgn minyak TYT ke,lotion ke,minyak gamat ke...jgn minyak panas udah.
4. Dan yg plg praktikal, pasang kelambu.

Masalahnye aku x buat sume tu.
Yang jadi mangsa ank aku.
Bintat sane cni.
JANGAN TARUK MINYAK GAMAT PADA GIGITAN NYAMUK.
sebabbb nnt parut..
Tengok tangan kanan dah berparut pas sapu gamat.


Better sapu kapur.
Tunggu anak tdo dlu pastu sental kapur kat gigitan nyamuk.
Owh btw die tutup tinge sbb bunyi vespa babah yg annoying.
Ni masa tido.

Time tido elok jebhaaa..

Bangun je tido abes kapur segala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...