Friday, September 21, 2012

Pengalaman Ujian Pap Smear.

Alhamdulillah semalam berjaya g check up kanser utk pertama kalinya selepas bersalin.
Dulu masa preggy xleh nak check sbb bacaan tumour marker mmg meningkat masa tu.
So check up physically je, xde review darah.

HUKM staff mmg friendly.
Aku smpai je nurse siap suruh g minum2 sbb turn aku lambat lg.
Since aku dah bekfas, aku tgu je ctu.
Ada la 2 org staff yg baik bagi pinjam baby court tuk baby aku.
Dorang sian kot tengok hubby aku usung anak kesana kemari sementara aku jumpa doktor.
Hihihihih..

My shadow. Always be with me.
Smlm buat pap smear.
Argghh..sgt seram.
Actly xdelah seram sgt..aku yg membuatkannya seram.
Doctor even pakar ctu sgt mesra.

Apa itu pap smear?

Pap smear dijalankan utk mengesan sel-sel tak normal dlm faraj.
Tapi ujian ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang telah mula melakukan hubungan seks je.
Kalo masih dara, tak boleh.
Sia-sia je dara tercemar oleh pap smear...huhuhu..
Pap smear dijalankan menggunakan kayu spatula n kapas di hujungnya.
Jangan risau..kayu spatula tu halus je.
Cuma perlu relax, jgn menolak supaya tak rasa sakit.
Sume wanita perlu menjalankan ujian pap smear utk mengesan pra-kanser serviks lebih awal.
Jika dpt dikesan lebih awal, ia boleh dikawal dan dirawat sebelum menjadi lebih teruk.
Kebiasaannya pap smear dijalankan 10-20 hari selepas period.
Pap smear boleh dijalankan setahun sekali, kemudian diikuti 3 tahun sekali.
 Elakkan terpengaruh dengan kata-kata..
PAP SMEAR MENYAKITKAN.
Jangan Takut Utk Kebaikan!!
Actly tak sakit pun, pas ujian semalam aku elok je bleh masuk opis balik.
Lakukan pap smear sblm terlambat.
Nanti kalo dah sakit lagi seksa.
Dan smlm doktor terus ambil sampel keputihan aku.
Even doctor kate dalaman xde keputihan yang teruk,
tp doctor tetap ambik sampel..dah alang-alang menyeluk pekasam kan. (menyeluk pekasam??hahahaha)

Jadi jangan takut utk lakukan pap smear.
Jangan bayangkan yang teruk2.
Ujian tu tak lama.
Tak sampai seminit pun, 10 kali tarik nafas dalam-dalam da setel.

Keputusannya next month..
Ya Allah takotnya aku.
Tapi aku yakin Allah swt dengar doa aku.
Hope takde pape..

*futnut : sebab aku dah buat, jadi beranilah ckp.kalo tak, aku pun sama takot..

7 comments:

fiza said...

Uuuwwaaaa...tak buat lagi. Sepatutnya appointment dgn gyne bulan june aritu. Tapi tak pergi pon. Nak kena gi jugak sbb tak pernah buat langsung.

Salhah Suhot said...

tak saket eh..aku da di bagi tarikh..tp mane entak tak jumpe plak dlm buke merah tu..hahaha

JR said...

Semoga result nya OK!! Isteri saya pernah buat beberapa kali papsmear, alhamdulillah tak ada apa2. Rasa tak selesa biasalah, yg penting kita beringat sebelum terlambat...

Mrs. Amad said...

fiza n salhah..wajib buat okeh!!
Bro JR..gud 4 ur wife!!

Anonymous said...

camne pakaian mase buat pap smear?

Mrs. Amad said...

I pakai baju kurung ke yunk!

izashahida zainal said...

Pernah buat jgk...tunggu keputusan...ade kawan buat...to kn repeat balik sbb ade inflamasi katanya??? Ape tu eh?
http://izashahidazainal.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...