Tuesday, September 4, 2012

Mem'BONDING'kan Anak Dengan Babah

Lepas deliver baby, aku tetibe jadi kagum dengan kaum ibu.
Aku dah lame sedar kuasa ibu-ibu.
Tapi aku tak sangka ibu-ibu di dunia ni sebenarnya sangat-sangat hebat!!
 
Proses melahirkan tu MasyaAllah sangatlah dahsyat.
Tak berakhir di situ...
Confinement period pun tak kurang mencabar.
Nak jaga baby, dlm masa sama nak jaga diri.
SubhanAllah patutlah marah si ibu adalah murka Allah SWT.

Jadi bapak-bapak janganlah berkira sangat kalo isteri mintak tolong jagakan anak.
Apalah sangat kalo sekali-sekala mandikan anak di hari minggu..

Rambut kene ikat ala-ala samurai dulu.
A'ah..mmg sengaja aku iklankan sabun Pureen yogurt tu banyak-banyak.
Aku beli sume kaler..
Pasni nak bli kaler kuning n pink pulak.
Apsal banyak sangat?
Sebab aku n hubby pun bantai sabun yang sama.
So everytime bau anak kami bawa bersama kemana saje.


 
Sekali-sekala mandikan anak mmg dah mcm nak bersilat
Memang sengaja jgk aku ajar hubby mandikan anak seawal anak kami umur 3 bulan.
Nak ajar awal-awal seriau lak aku.
Tangan laki ni keras n kasar sket.
Memula dukung baby dah mcm nak g main rugby je aku tgk.

Dah 3 bulan barulah aku yakin.
Janganlah ingat aku ni control suami.
Aku ada alasan sendiri.
Dengan hubby aku kate..
"Let's say one day ada emergency, I xde..I demam ke, diserang cirit-birit ke..xkan anak x mandi2?"
Gitulah bunyinye lebih kurang..

In fact I did it to create a bond between him n Zahra.
Aku biarkan husband tukarkan pampers Zahra.
 Kalo aku mandikan Zahra, aku mintak tolong hubby pakaikan baju..
konon2 aku ank berak la, nak solat la..
tapi sbnrnye aku nak kulit dorang bersentuhan.
Aku nak Zahra rasa kehangatan tangan babah die.
Bila malam aku masak, iron baju, lipat kain..aku buat2 banyak keje.
Zahra plk aku bagi kat hubby.
Supaya Zahra rasa die perlukan Babah die sama cam die perlukan Bonda dia.

Alhamdulillah sekarang ni bile nak tido Zahra nak peluk Babah.


Cium ketiak Babah dulu, rasa haba Babah baru leh lelap.
Tak salah kan aku buat camtu?
Bukan nak mengarah suami,
cuma nak mengeratkan lagi ikatan antara mereka.
Aku tgk ramai suami2 serahkan urusan anak 100% pada isteri.
Adakah menguruskan anak 100% adalah tanggungjawab isteri?
Ada setengah suami tu bila anak meragam taw2 nak memekik kat bini.
Bukan die nak pujuk anak tu.
Anak berak bagi kat bini.
Anak muntah bagi kat bini.
Sume bagi kat bini..
Janganlah heran bila da besar nnt anak-anak mcm x bape nampak kewujudan ayah.
Jangan terkejut bila dah besar nnt anak2 bagi duit blanje je,
sakit, lapar, makan pakai buat sendiri.
Sebab kita yang didik dorg camtu.
Nau'zubillahi min zalik.

Terima kasih suami!!

futnut : Zahra sll tgk Bonda die solat tidak on time. Lewat je..auuwww...bilalah Bonda die nak berubah??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...