Thursday, September 13, 2012

KANSER : Pilih Sembuh Atau Mati.

Last week aku ditegur sorang kakak kat opis.
"Dila..masa dpt taw sakit dulu Dila cane??"
Ahh sudahh..akak ni bukak cte lama.
 
Disahkan menghidap kanser.
Inilah pengalaman paling pahit dalam hidup aku.
Sape yang suka ungkit2 kisah pahit??
Lagi-lagi kisah membabitkan hidup mati..
mula2 mmg aku tak suke nak ungkit2.
Tapi skrg aku ok je..
sbb aku berbesar hati nak sharing experience aku dgn sume orang.

"Kita dah diagnose tumour awak n dapati ia kanser"
Ayat Dr. Farah buat darah aku kering skjp.
"Bape lame jangka hayat saya doktor?"
Seriuosly..inilah ayat pertama aku.
Yelah..kanser kot.
Bukan demam ke, selsema ke, cirit-birit ke..

"Betul kak, tulah soalan pertama saya. Sy pikir mati je"
"Tulah..akak ni doktor suspek hepatitis"
*Aku rasa hepatitis tu penyakit berkaitan hati kan?
"Akak tension sgt..susah hati. Sian kat anak akak, die kecik lagi"
*anak akak ni umur 8 bulan if i not mistaken.
"Akak dah beli insurance utk anak akak"
"Akak pikir nanti sape nak jaga die, bla..bla..bla..."
 
Tu baru suspek, blum disahkan.
Dah huru-hara hidup kan.
Tulah naluri sorang ibu.
Apa2 jadi, perkara pertama dlm palotak
ANAK.

Aku dulu masa sakit blum kawen, so aku pikir diri sendiri je.
Sekarang dah lain..
Bila kesihatan sedikit merosot ni.
Tak banyak sikit, adalah terfikir yang bukan2.
In case apa2 jadi kat aku,
memang perkara pertama aku pikirkan
ANAK.
Anak aku dahlah fully breastfeed, refuse bottles.

Tapi aku tak cari insurance lagi
I wish i can say this to dat kakak..
"Kak..kalo sakit akak cuma ada dua jalan. SEMBUH atau MATI. Kalo akak pilih utk SEMBUH, akak pergi cari penawar sbb Allah swt kata xde penyakit yg tiada penawar kecuali MATI. Akak g cari ubat-ubatan, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, excercise, baca Quran, mohon pertolongan dari Allah SWT dan akhir sekali tawakal. Percayalah Allah SWT tak pernah tak makbulkan doa hamba-hambaNya"
"Tapi kalo akak pilih utk MATI. Akak pergilah beli insurans. Akak carikan calon mak baru utk anak akak, akak g tulis wasiat, akak peluk anak puas2, buat cam orang nak 'pergi' lah. Oh by d way kak, in fact org sihat pun kene beli insurans sbb malang tak berbau"
Kasar kan bunyinye..
as if i can express dis to her.
Tapi tak sampai ati..
Aku cuma ckp kat akak tu ceni..
 
"Akak..lets say sakit lama saya datang lagi, sy tak cari insurans, tapi sy cari ubat. Skrg pun sy dah amalkan minuman kesihatan. Sy makan kurma, minum air zam-zam, minum madu sbb sy mintak pada Allah SWT, sy nak hidup lebih lama. Sy risau sape nak jaga anak sy nanti? Takde sape leh jaga die. Sy je yg bleh jaga die, jadi sy kene kuat, sakit bukan penghalang. Sy mintak umur dr Allah swt sbb nak jaga anak,bkn nak buat maksiat. Pastilah Allah swt bagi kan. Sy punya keyakinan pada Allah swt sangat tinggi kak. Sy pilih utk sembuh, jadi sy cari jalan utk sembuh. Kalo sy putus asa, automatically sy pilih utk mati"

Jadi berdasarkan pengalaman,
aku nasihatkan sape2 je yang disahkan menghidap penyakit kronik,
JANGAN CEPAT PUTUS ASA.
Kene selalu ingat,
DOKTOR BUKAN TUHAN
yang boleh menentukan jangka hayat kita.
Walau statistik menunjukkan jangka hayat kita tak lama, tapi
HANYA KITA YANG BOLEH MENGAWAL TUBUH KITA SENDIRI.
Kalo kita pilih utk SEMBUH, 
carilah penawar sbb
TIADA PENYAKIT YANG TIADA PENAWAR KECUALI MATI.
Minum air zam-zam sbb
Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya air zam-zam itu penuh keberkatan, air itu mengenyangkan dan dapat menyembuhkan penyakit"
Makanlah madu sebab..
 “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)
dann...
Sabda Nabi SAW " Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. MAlaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." 
tudiaiihh..masuk seribu keluar sejuta.
Dalam sejuta tu termasuklah penyakit kronik kita tu.
Makanlah kurma sebab..
Rasulullah SAW bersabda "Rumah yang tidak ada kurma didalamnya, akan membuatkan penghuninya kurang sihat" 
 
PILIHLAH UNTUK SIHAT.
 

4 comments:

yoon da-hyun said...

god bless u kakak :)

Nana said...

Allah segala2nya...

sue said...

smga kuat semangat dn diberi ketabahan atas ujian menimpa.sungguh ia peringatan buat yg masih sihat

Rasidda Norazmi said...

Assalam , masalah kanser ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah kanser bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengelakkan Diri Kita Daripada Menghidapi Kanser Yang Berbahaya.
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...