Monday, September 10, 2012

Do's n Don'ts Ketika Menyusukan Anak


Dah banyak kali baca pesanan ni, tapi smpai skrg tak amalkan lagi.
OMA..baby dah masuk 5 bulan dah ni..
Bila lagi Bonda??

Wuduk pun takleh angkat ke?
Takk..baby melalak tak sempat dah..
Alasan..bukannya nak pegi amek wuduk kat tepi sungai pun.
 
Tapi bile susukan anak setakat ni aku berselawat, berzikir.
Aku bacakan Ya Haqim supaya anak bijak.
Aku bacakan Ya Latif dgn niat supaya anak lembut hati n dengar kata.
Kadang-kadang aku bacakan ayat 1000 dinar.
*Ada kaitan tak?
Akan teruskan sampai bile2 insyaAllah.

Baca Yasin sambil susukan Zahra.
Selalunya tak sempat sampai abes.
Bila dah sampai last page, die msti selak telekung n sengih2 tengok Bonda.
Hihihihi..letak atas sejadah, tgk mulut Bonda abeskan Yasin.

Bukanlah pandai sangat nak mengajar,
just nak sharing apa yang aku taw.
Yang penting ibu-ibu yang menyusukan anak kene
sentiasa menghalalkan n redha dgn setiap titis susu yang mengalir dlm tubuh anak.
Susu ibu sangat tinggi nilainya.
So aku percaya bila kita berzikir sambil menyusukan,
susu tu akan lebih berkualiti.

Tapi satu benda yang aku cuba nak elakkan,
*tp selalu jgk tergelincir
 iaitu dengar orang mengumpat masa menyusukan.
Ahahahahah..kekadang tu aku menyusukan depan beradik aku.
Sambil sembang sambil gosiping..
Tudiaaiihhh..
Sampai satu tahap dengan aku,aku mengumpat sama. 
*Len kali kalo aku dgr dorang mengumpat masa aku tgh menyusukan anak, aku nak marhaban laju-laju depan dorang.
Kalo boleh sambil menyusukan anak elakkan dari melangut (berangan), fikirkan negatif, mengumpat, bergaduh dgn suami, mencarut, korek taik idung, baca komik Doraemon or garu kudis.

Bab solat Babah ajar.
Setakat ni bab solat Babah yang ajar sebab lelaki boleh baca surah kuat-kuat masa solat.
Dah besar nanti Bonda take over sket2 eh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...