Friday, September 7, 2012

Doakan Untuk Mereka Disana

Pernah tak tengok orang yang lepas solat trus bangun tanpa baca doa?
Aku selalu jgk tengok.
Aku dulu pun camtu, skrg pun camtu..
tapi kadang-kadang je, tu pun sbb anak da melalak-lalak.
Anak aku kalo dah melalak nak nenen mmg takleh dibawak berbincang dah.

 Tapi kalo takde yang menghalang selagi boleh aku nak berdoa lepas solat.
Sebab dulu aku terlalu banyak lepaskan doa.
Padahal aku taw doa itu
SENJATA UMAT ISLAM.
Kuasa doa mungkin ramai yang taw,
tapi hakikatnya ramai yang tak sedar.

Aku penah baca satu buku Ust. Zahazan.
Pernah jugak aku buat ENTRY pasal buku ni.
Katanya doa takde yang tak dimakbulkan.
SEMUA DOA DIMAKBULKAN KERANA ALLAH MAHA PEMAKBUL DOA.
Tapi dengan cara berbeza.

Pertama: Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
 

Kedua: Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
 

Ketiga: Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Sume yang diatas adalah kerana hanya Allah swt je yang taw apa yang terbaik buat kita.
Mungkin kita rasakan apa yang kita doakan tu adalah yang terbaik,
sebaliknya tidak.
Mungkin terbaik utk waktu itu,
tetapi tidak untuk masa depan.
COZ ALLAH KNOWS THE BEST!!
Jadi selepas berdoa tersenyumlah kerana doa anda sedang dimakbulkan.

Pagi ni aku terlihat satu pic yang sangat menyentuh perasaan.


 Aku rasa sedih sebagai saudara, aku tak buat apa-apa.
Nak ke negara dorang utk bertempur mmglah aku tak daya.
So pasni jom kita doakan keselamatan saudara-saudara kita dalam setiap doa.

ALLAHUMANSURI ISLAM WAL MUSLIMIN FI SYARIA, WA FI PALESTIN, WA FI ROHINGYA, WA FI IRAQ, WA FI CHECEHN, WA FI SOMAL. AMIN.

2 comments:

Nana said...

aamiiin... :)

JR said...

Saya selalu tengok jenis org yg lepas solat terus tinggalkan sejadah ketika lepas solat Jumaat. Mungkin nak kejar masa kot sampai begitu KEDEKUT utk berdoa kpd Allah??

Sedangkan org yg sibuk mcm Presiden Ahmedinejad Iran tu pun dikatakan sentiasa berdoa setiap kali lepas solat, ini kan pula kita org biasa yg tak sesibuk mana tu, kenapa KEDEKUT sangat? Dan mengenai Presiden Ahmadinejad, dia mengerjakan solat bukan saja di masjid, tapi pernah kelihatan dia bersolat di tepi jalan dan lepas itu berdoa krn dia dikatakan sentiasa membawa sejadah dan berwuduk bagi memudahkan dia bersolat setiap kali tiba waktu solat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...