Friday, September 28, 2012

Kawal Kemarahan

MARAH!!
Sape yang suke marah-marah?
Sume tak suke kan..?
Lagi tak best kalau kene marah.
Tengok orang marah pun bleh spoil mood kite.
So here i wanna share some tips utk mengawal kemarahan.

1. Istighfar. (lagi bagus istighfar berlagu sbb muzik boleh menenangkan)
*bayangkan tgh marah-marah kat kaunter bank tetibe aku berzanji kuat-kuat "Astaghfirullahhhh..robbal baroyaaaa"  Sambil tu tangan pegang sebelah telinga. Better laa drpd aku maki teller bank tu kan..

2. Kalo boleh terus amek wuduk.

3. Kalo tengah berdiri, cecepat duduk. 

4. Jangan terus berada di tempat kejadian atau larikan diri dari orang yang kite tengah hangin tu.

5. Senyum..biarpun pahit. Nama lagi senyum paksa. Senyummm je..

6. Tarik nafas dalam-dalam yang hembus perlahan-lahan.

7. Cakap dalam hati "ORANG YANG  KUAT ADALAH ORANG YANG  BERJAYA MENAHAN KEMARAHAN"

8. Allah SWT tidak akan menguji kesabaran tanpa ganjaran.
Percayalah..lepas je kite bersabar n menahan kemarahan pasti ada sesuatu nikmat yang Allah swt turunkan sesudah itu. Ganjaran hanya utk yang bersabar, yang tak sabar dapat susah.
Kesimpulannya senang je,
let's say kite tgh marah dengan someone..
Larikan diri jauh sket dari orang tu (kalo boleh jgn nampak muke die), duduk, senyum, berzikir istighfar, tarik nafas dalam-dalam, dan katakan "AKU KUAT KERANA MENAHAN MARAH".

Kadang2 kite marah dgn someone n kite rasa puas kalo dapat maki hamun die.
Mungkin kite rasa puas tapi banyak kesan negatif kalo kite marah-marah.
Antaranya...
1. Orang sekeliling akan underestimated kite sbb mengamuk x tentu pasal.
2. Orang yang kene marah akan malu n jatuh maruah.
3. Orang yang kene marah akan bengang n simpan dendam pada kita.
4. Kita sendiri akan malu.
5. Of kos dosa pun dapat.

Laki Aku Dah Terjebak.

Ya Allah..aku tak sedar laki aku dah terjebak.
Maybe sebab aku dah kurang dok melepek sebelah die sejak2 ada anak ni.
Aku mula sedar bila laki aku skrg asyik menghadap henpon.
Padahal tv terpasang kat depan die.
Bila aku dah tido, die tak tido-tido lg.
Pun ngadap henpon.

Laki aku dah terjebak dgn..

BIRZZLE.
Dedolu mase preggy laki aku bengang je aku men menatang ni sampai abes bateri henpon.
Petu aku buat tak reti tanak cas blk, tunggu die yg cas.
Die suh aku main Unblock Me Free
Mmg aku main, tapi kejap je.
Petu aku main Birzzle ni.
Best kot yg breaking ice tu.

Hah skrg die plk dah terjebak.
Aku pun dengan berlahagaknye (berlahagak tu atas sket dari belagak) ajak fight.
Maklonglah mak long kan dah naik hajah game ni.

Cabarannya dapatkan telor burung paling banyak with gold medal.
Sape kalah kene g counter eskem,
petu ckp kat budak counter tu..
"LEE CHONG WEI IS LOST, BUT MALAYSIA BOLEH. 1MALAYSIA, JANJI DITEPATI"
Kalo dpt eskem free, alhamdulillah.
Kalo tak dapat, belanjalah ape lagi.
Berdosa tak??

Agak-agak dapat teka tak muke si pengkalah?
 Hahahaha..kene belanja seramai ni??
Amek cup paling kecik nampak,,
Lalalalala..

Wednesday, September 26, 2012

Walkerthon Zahra

23 September 2012.
My lil' princess is 5 months n 3 weeks.

Thanx to Mama Da n Company sbb pinjamkan walker ni tuk Zahra.
 Memang dah plan nak survey walker tuk Zahra.
Tengok2 malam tu kakak aku dah bawakkan walker yg anak-anak dia guna dulu.
Alhamdulillah, rezeki Zahra.
Malam tu jgk Zahra dah pandai guna.
Esoknya terus get used dgn walker tu...
Dannn...

Caught u sayang!!
 Kuarters kerajaan sume suis rendah2.
Paras tulang kering (tulang kering ke tulang keting?)aku je.
Kat ruang tamu je ada 4.
Dan Zahra dah sampai ke 3 tempat suis.
Satu je die tak nampak sbb hiding behind d tv.
Owhh..talking bout tv!!
Yess..she also can switch on n off d tv with just lil touch by her finger!!
Dangerous!!
 
Cenilah ropenya kalo dah pandai jalan gamaknye eh.
*cepatlah berjalan nak..x sabar nak bawak main kat taman..

Burst His Day!!

Niat di hati nak fight birthday present yg hubby bagi kat aku.
Tapi aku terpaksa akur yang aku kurang berkemampuan.
Jangankan angka yang depan, angka yang belakang pun aku tak terfight.
Takpe yang penting keikhlasan.
Nilai keikhlasan lebih tinggi berbanding d value of money kan.

Since adik ipar aku penah gtaw yg laki aku nak bli gitar,
 so aku pun terus decide nak blikan tuk die.
Aku dah survey paling murah gitar kapok RM70.
Sangat berpatutan dgn gaji aku..huhuhu..

Pagi Ahad aku dah roger IbuDarwisy.
Sebab ayah Darwisy pandai bergitar, so aku mintak tolong dorang blikan.
Harap maklong lah Kak Long, kalo nak yg berkualiti tak dapatlah gitar rege RM70 tu.
Takpelah..top up sket tuk hubby tersayang.
Plus manual for beginner yang sgt friendly user i guess.

Masuk dalam lemari sbb balik keje selalunya die terus tukar baju.
 IbuDarwisy suggest aku buat surprise.
Tunggu hubby masuk toilet petu ready dpn pintu toilet,
then aku pun goooreeeennnggg gitar tu depan pintu toilet.
Idea mmg bernas, tp aku rase petu mesti aku kene R#G*L dgn laki aku.
Sebab masa tu mesti die teruja dlm keadaan separuh B#G*L, baru pas mandi plk tu.
Hahahahah...sgt membusukkannye puuunn...
Takdela..actly aku mls nak tunggu.
Laki aku mandi sangat lama.
Sekali die mandi mcm 3 kali aku mandi.
 
Without ribbon+wrapper. Alah takesahlah..
I can't wait!!
Cepatlah...nak pulannggg!!
M gonna burst ur day bie!!

Friday, September 21, 2012

Pengalaman Ujian Pap Smear.

Alhamdulillah semalam berjaya g check up kanser utk pertama kalinya selepas bersalin.
Dulu masa preggy xleh nak check sbb bacaan tumour marker mmg meningkat masa tu.
So check up physically je, xde review darah.

HUKM staff mmg friendly.
Aku smpai je nurse siap suruh g minum2 sbb turn aku lambat lg.
Since aku dah bekfas, aku tgu je ctu.
Ada la 2 org staff yg baik bagi pinjam baby court tuk baby aku.
Dorang sian kot tengok hubby aku usung anak kesana kemari sementara aku jumpa doktor.
Hihihihih..

My shadow. Always be with me.
Smlm buat pap smear.
Argghh..sgt seram.
Actly xdelah seram sgt..aku yg membuatkannya seram.
Doctor even pakar ctu sgt mesra.

Apa itu pap smear?

Pap smear dijalankan utk mengesan sel-sel tak normal dlm faraj.
Tapi ujian ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang telah mula melakukan hubungan seks je.
Kalo masih dara, tak boleh.
Sia-sia je dara tercemar oleh pap smear...huhuhu..
Pap smear dijalankan menggunakan kayu spatula n kapas di hujungnya.
Jangan risau..kayu spatula tu halus je.
Cuma perlu relax, jgn menolak supaya tak rasa sakit.
Sume wanita perlu menjalankan ujian pap smear utk mengesan pra-kanser serviks lebih awal.
Jika dpt dikesan lebih awal, ia boleh dikawal dan dirawat sebelum menjadi lebih teruk.
Kebiasaannya pap smear dijalankan 10-20 hari selepas period.
Pap smear boleh dijalankan setahun sekali, kemudian diikuti 3 tahun sekali.
 Elakkan terpengaruh dengan kata-kata..
PAP SMEAR MENYAKITKAN.
Jangan Takut Utk Kebaikan!!
Actly tak sakit pun, pas ujian semalam aku elok je bleh masuk opis balik.
Lakukan pap smear sblm terlambat.
Nanti kalo dah sakit lagi seksa.
Dan smlm doktor terus ambil sampel keputihan aku.
Even doctor kate dalaman xde keputihan yang teruk,
tp doctor tetap ambik sampel..dah alang-alang menyeluk pekasam kan. (menyeluk pekasam??hahahaha)

Jadi jangan takut utk lakukan pap smear.
Jangan bayangkan yang teruk2.
Ujian tu tak lama.
Tak sampai seminit pun, 10 kali tarik nafas dalam-dalam da setel.

Keputusannya next month..
Ya Allah takotnya aku.
Tapi aku yakin Allah swt dengar doa aku.
Hope takde pape..

*futnut : sebab aku dah buat, jadi beranilah ckp.kalo tak, aku pun sama takot..

Wednesday, September 19, 2012

BF : Sape Pencetus Utk Aku?

Masa preggy aku mmg xde niat langsung nak susukan anak.
Sebab awal2 lagi aku dah dimomokkan dengan
KETURUNAN SUSU SIKIT.
Aku tak salahkan mak or kakak aku.
Sebab dorang pun tak banyak info psl bbreastfeeding.

Awal2 lagi aku sekolahkan laki aku..
"I ni keturunan susu sket, maybe skjp je dpt susukan anak"
Petu aku blk kene sekolah dgn laki aku..
"Yeke? Adake orang keturunan susu sket? Dah u kate susu sket, sket la jadinya"

Satu hari masa check up di HUKM,
nama aku randomly pick up by sister utk attend breasfeeding course selama 1 jam.
Masa tu aku punyalah menyumpah seranah sbb sejam tu..
"Lamenye..aku bukan dtg utk course, aku dtg utk check up"
"Sesuke ati je suster ngesot ni pick up nama aku!!"

Rupa-rupanya..
Baik sangat sister tu..*lupa nama die
Dia dakwahkan aku tentang kebaikan susu ibu.
Hak anak untuk mendapatkan yang terbaik (susu ibu) dari ibu.
Susu ibu depends on mental ibu sendiri.
Kalo ibu kata susu takde, means takdela.
Jadilah HUKM sebagai pencetus bf aku.
Selain dari husband aku sendiri.
Bagi aku penting sgt utk preggy mommy pergi bf course.
Get info bout breastmilk.
Jangan nafikan hak anak.
Jangan malas!!
Jangan lepaskan pahala yang sap sap soi je nak dapat hanya dgn menyusukan anak.

From blogger FIZA
 * thanx hubby, thanx HUKM, thanx Allah!!

Rindu Anak Banyak Sangat

Allahu Akbar!!
Baru 7.45 pagi.
DAH WENDU KAT HUMAYRA AZZEHRA.
Nilah jadinya bila cuti lama.

At Toys R us
Hihihihi..tgk muke geli-geli ni..
Sian anak Bonda, xde beli pape kat Toys R Us ni sebabbb..

Member card tertinggal kat opis daaa..
Alahai..kalo ada bawak card pun x bli pape kot.
Maklumlah dah ujung-ujung gaji ni..
Huhuhuhu..
 
Canelah ibu-ibu yang terpaksa hantar anak kat kampung ye??
Kental betul hati dorang menahan rindu pada anak.
Nak wat cane?
Skrg susah nak cari pengasuh yang penyayang.
So terpaksa hantar anak kat mak di kampung.

Aku bersyukur sbb mak nak tolong jagakan anak aku kat umah aku sendiri.
Maybe makabah tak kesah sbb anak-anak dorang dua orang kat Putrajaya, sorang kat Kajang.
Sayaaannggg mak..thanx mak abah!!

*tak sabar nak tgu kul 1..Zahra, nnt Bonda hug u ok!!

Friday, September 14, 2012

Review Garnier

Salam pagi Jumaat uolllsss!!
Harini aku nak review psl..
GARNIER MEN. Turbo Light Oil Control.
Facial foam ni ada scrub halus, x bape kasar.
Sangat cool sbb rasanya ada menthol kot.
Rasa cam pakai colgate kat muka.
Bau mungkin agak keras, tp sesuai la utk lelaki.
Lepas pakai, try tgk muke kat cermin..
Waahhh..cam Fahrin Ahmad.
Hahahaha..apahal aku pakai facial foam laki??
Sebabbbb...

Selamat jalan eskeytuku!

Eskeytu aku dah habes. 
Ritu dah pegi pun counter eskeytu Alamanda.
Ai : Dik, akak nak facial foam.
Promoter : Cleanser tu ye kak? Naik harga sket ye kak.
Ai : Okay...bape?
Promoter : RM196..ni pun nak naik lg bulan depan.
* ooo mak kaw gendut. Aku ingt naik singgit dua hengget boleh la ak miss breakfast aku sehari. Apsal kaw tak cakap naik RM2 ribu je??
Ai : Banyaknye naik!! Xpelah dik, nanti akak datang lagi bwk husband akak.
Hahahahah..sampai la ni akak x datang-datang.
Adik tak tunggu pun kaannn??
So lepas ni no more eskeytu, Garnier pun Garnier la.
Apa aje yg ada kat umah ni aku pakai.
Tapi aku rasa cam nak pakai 
Nutox Oxyfusion
Sebab Fazura..tu je..
Mane taw pas pakai tgk cermin..
Waahh..cam Fazura laa..
Next month nak try.
Dah pakai nanti akite review k.
Tata..

Thursday, September 13, 2012

KANSER : Pilih Sembuh Atau Mati.

Last week aku ditegur sorang kakak kat opis.
"Dila..masa dpt taw sakit dulu Dila cane??"
Ahh sudahh..akak ni bukak cte lama.
 
Disahkan menghidap kanser.
Inilah pengalaman paling pahit dalam hidup aku.
Sape yang suka ungkit2 kisah pahit??
Lagi-lagi kisah membabitkan hidup mati..
mula2 mmg aku tak suke nak ungkit2.
Tapi skrg aku ok je..
sbb aku berbesar hati nak sharing experience aku dgn sume orang.

"Kita dah diagnose tumour awak n dapati ia kanser"
Ayat Dr. Farah buat darah aku kering skjp.
"Bape lame jangka hayat saya doktor?"
Seriuosly..inilah ayat pertama aku.
Yelah..kanser kot.
Bukan demam ke, selsema ke, cirit-birit ke..

"Betul kak, tulah soalan pertama saya. Sy pikir mati je"
"Tulah..akak ni doktor suspek hepatitis"
*Aku rasa hepatitis tu penyakit berkaitan hati kan?
"Akak tension sgt..susah hati. Sian kat anak akak, die kecik lagi"
*anak akak ni umur 8 bulan if i not mistaken.
"Akak dah beli insurance utk anak akak"
"Akak pikir nanti sape nak jaga die, bla..bla..bla..."
 
Tu baru suspek, blum disahkan.
Dah huru-hara hidup kan.
Tulah naluri sorang ibu.
Apa2 jadi, perkara pertama dlm palotak
ANAK.

Aku dulu masa sakit blum kawen, so aku pikir diri sendiri je.
Sekarang dah lain..
Bila kesihatan sedikit merosot ni.
Tak banyak sikit, adalah terfikir yang bukan2.
In case apa2 jadi kat aku,
memang perkara pertama aku pikirkan
ANAK.
Anak aku dahlah fully breastfeed, refuse bottles.

Tapi aku tak cari insurance lagi
I wish i can say this to dat kakak..
"Kak..kalo sakit akak cuma ada dua jalan. SEMBUH atau MATI. Kalo akak pilih utk SEMBUH, akak pergi cari penawar sbb Allah swt kata xde penyakit yg tiada penawar kecuali MATI. Akak g cari ubat-ubatan, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, excercise, baca Quran, mohon pertolongan dari Allah SWT dan akhir sekali tawakal. Percayalah Allah SWT tak pernah tak makbulkan doa hamba-hambaNya"
"Tapi kalo akak pilih utk MATI. Akak pergilah beli insurans. Akak carikan calon mak baru utk anak akak, akak g tulis wasiat, akak peluk anak puas2, buat cam orang nak 'pergi' lah. Oh by d way kak, in fact org sihat pun kene beli insurans sbb malang tak berbau"
Kasar kan bunyinye..
as if i can express dis to her.
Tapi tak sampai ati..
Aku cuma ckp kat akak tu ceni..
 
"Akak..lets say sakit lama saya datang lagi, sy tak cari insurans, tapi sy cari ubat. Skrg pun sy dah amalkan minuman kesihatan. Sy makan kurma, minum air zam-zam, minum madu sbb sy mintak pada Allah SWT, sy nak hidup lebih lama. Sy risau sape nak jaga anak sy nanti? Takde sape leh jaga die. Sy je yg bleh jaga die, jadi sy kene kuat, sakit bukan penghalang. Sy mintak umur dr Allah swt sbb nak jaga anak,bkn nak buat maksiat. Pastilah Allah swt bagi kan. Sy punya keyakinan pada Allah swt sangat tinggi kak. Sy pilih utk sembuh, jadi sy cari jalan utk sembuh. Kalo sy putus asa, automatically sy pilih utk mati"

Jadi berdasarkan pengalaman,
aku nasihatkan sape2 je yang disahkan menghidap penyakit kronik,
JANGAN CEPAT PUTUS ASA.
Kene selalu ingat,
DOKTOR BUKAN TUHAN
yang boleh menentukan jangka hayat kita.
Walau statistik menunjukkan jangka hayat kita tak lama, tapi
HANYA KITA YANG BOLEH MENGAWAL TUBUH KITA SENDIRI.
Kalo kita pilih utk SEMBUH, 
carilah penawar sbb
TIADA PENYAKIT YANG TIADA PENAWAR KECUALI MATI.
Minum air zam-zam sbb
Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya air zam-zam itu penuh keberkatan, air itu mengenyangkan dan dapat menyembuhkan penyakit"
Makanlah madu sebab..
 “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)
dann...
Sabda Nabi SAW " Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. MAlaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." 
tudiaiihh..masuk seribu keluar sejuta.
Dalam sejuta tu termasuklah penyakit kronik kita tu.
Makanlah kurma sebab..
Rasulullah SAW bersabda "Rumah yang tidak ada kurma didalamnya, akan membuatkan penghuninya kurang sihat" 
 
PILIHLAH UNTUK SIHAT.
 

Prihatin : Ahmad Adam Syukri

Aku menangis..menangis..menangis lagi..
Aku nak balik skrg nak peluk anak aku.
Sedih sangat tengok pic si kecil ni..
 
 
Tolonglah..dapat derma RM10 pun jadilah.
Boleh visit facebook psl adik Adam.
Aku baca dlm fb, ayah dia tinggalkan dia n ibu sbb tak sanggup terima kenyataan.
Aku tak sanggup tgk pic Adam dlm fb tu.
Macam nak pitam aku!!

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.
Aku percaya Allah SWT takan biarkan si kecil ni kesakitan.
Ini ujian buat hambaNya.

Review SKII

Belek2 muka kat cermin.
Hmm..dah tua dah aku.
Well..m going to 3series kannn??
Nampak sangat wrinkle kat tepi mata.
Kulit pun dah kusam.
Lepas kimo dulu, kulit aku jadi gelap.
Ni pun ok sket lepas amalkan Innershine.
Kalo tak kulit dah mcm kene budak kampung main lumpur.

Aku pun selongkar almari mekap..
Tengok2 kot ada akar kayu yang bleh mengembalikan keremajaan.
Tadaaa..i found this..

SKII Facial Treatment Milk.
Dah lama aku tak pakai benda ni.
Actly benda ni bagus, berasaskan susu n air.
Sesuai utk kulit kering n sensitif.
Dulu masa sebulan b4 kawen aku pakai benda ni.
Kulit jadi moist je, tapi tak berminyak.
Pakai b4 tido, bangun pagi cuci muka terasa kulit moist.
 
Pastu belek2 lagi jumpa plk menatang ni..
 
SKII Signs Eye Mask
Tersangatlah sesuai utk yang ada eye bag cam aku.
Aku ni dah lah memang ada eye bag sepanjang zaman,
tambah plk berjaga malam sejak ada baby ni.
Memang obvious!!
Benda ni pun aku pakai masa nak kawen dlu.
Ilang eye bag ai taw..
So pada bakal pengantin yang ada eye bag,
highly recommended u this..

Tak ingat bape price tapi rasanya affordable, tak sampai RM20 per set.
Kalau nak beli 1 box pun boleh.
Rasanya satu box ada 14 set. Harga RM260++.
Kentut berdarah.
Kalo aku manager hotel bolehlah beli 1 box.

Lekapkan hanya 10 minit sahaja.

Setakat ni aku sangat berpuas hati dengan produk SKII.
Actly aku mula pakai SKII masa sibuk2 cari produk utk dijadikan hantaran kawen.
Kebetulan Kak Yong pun pakai SKII, so she suggested me.
Trial set RM99, ada 3 barang.
*ni harga 3 years ago. currently aku taktawla..
Lepas pakai aku rasa ok.
Terus decided utk hantaran.
Kenapa aku suka?
Sbb SKII bukan product yang buat kulit mengelupas.
Plus, sgt sesuai utk kulit sensitif n byk cengkadak cam kulit aku.
Yang aku tak puas hati harganya, tu aje.
Sekian, timakaseh.
 

Beg Duit Felt Dah Sampai!!

Alhamdulillah..
setelah berminggu-minggu menunggu..
*disebabkan kesilapan teknikal
Yeaayyy..beg duit felt dah sampai.

Untuk Nur Izzah Kamalya

Untuk Nurul Syahirah
Actly niat nak bagi kat anak-anak sedara aku b4 raya.
Tapi takpelah takde rezeki.
Lepas raya pun boleh..boleh bawak g sekolah.
Hurmm..Bonda x sabar2 nak blk kampung bagi kat Kak Long n Kak Ngah.

Kak Long Kamalya, Zahra n Kak Ngah Syahirah.

Ada banyak choices beg duit felt.
Sape2 yang berminat blehlah klik SINI.

Biarkan Anak?

Tersengih aku sorang2 baca entry ibu darwisy
Dengar pun dah geram
Haahh amek kaw!!
Sebotol minyak dituang atas sofa.
Howwhh..x dapat aku bayangkan.
Projek mega kata ayah darwisy.
Kekekeke..

Betullah kata ibu Darwisy,
bila anak buat itu ini biarkan aje.
Aku pun pernah terbaca yang anak-anak belajar dari apa aje yang dorang buat.
Contohnya baling barang, pegang benda panas, macam2lah.
Tapi kalo dah terjun lombong, iron perut sendiri..haa tu haruslah ditegor.

Aku baru je tengok Majalah3 baru2 ni.
Cte pasal kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup sifat.
Sedih sangat..ada yang tak cukup tangan, tak cukup kaki..
Tapi dorang sangat kuat.
Cuma kesianlah sbb banyak aktiviti yang terhad.
Nak pegang barang tak bleh, nak naik basikal tak bleh.

Aku tengok anak aku, terus bergenang air mata.
Bukan sedih tapi bersyukur..
Bersyukur sebab Allah SWT kurniakan aku cahayamata yang cukup sifat.
Terima kasih Ya Allah!!
Dari situ aku terus nekad..
Kalo anak aku nak pegang apa-apa, aku xnk halang.
*selagi benda tu tak membahayakan laahh..
Kalo die nak berjalan kemana saje, aku akan bagi..
*selagi tempat tu tak memudaratkan
Bukan sengaja biarkan anak.. 
tapi biar die gunakan n nikmati segala pemberian Allah SWT.

Suka sangat main tali handbag. Mainlah naakk..

Wednesday, September 12, 2012

Lobladpreszer Datang Lagi

Harini ak dianugerahkan mc sbb
 demam, batuk,selsema, sakit pale n sakit pinggang.
Ok itu namanya penyakit berangkai.
Sebab pe...?Sebab byk sgt dosa..
Wahhh..giteww...
Sangat jujur..

Dan penyakit yg sgt sinonim dgn ak sejak thn 2009 ialah
LOBLADPRESZER.
Hahaha..low blood pressure, tekanan darah rendah.
Sejak ak kimo dlu mmg sll jd ceni.

Tanda-tandanya sgt tandeket.
1. Rasa nak pitam bile bangun dari baring atau duduk terlalu lama.
Skrg ni lps menyusu mulalah mata berpinar.
2. Cepat penat n mengantuk.
3. Muka pucat.
Muka aku mmg pucat sepanjang zaman pun.

Punca-puncanya kata doktor..
1. Kurang air dlm badan.
2. Kurang gula dlm badan.

Dan penawar ak senang je..
1. Minum air buah.
2. Mkn kurma+zam2.
3.Sayur bayam.

Kesihatan sedikit merosot lately ni.
Sian anak bonda..
Semoga terhapus dosa2 yg berangkai-rangkai tu.

Babah tonton bola bersama anak daranye.

Monday, September 10, 2012

Do's n Don'ts Ketika Menyusukan Anak


Dah banyak kali baca pesanan ni, tapi smpai skrg tak amalkan lagi.
OMA..baby dah masuk 5 bulan dah ni..
Bila lagi Bonda??

Wuduk pun takleh angkat ke?
Takk..baby melalak tak sempat dah..
Alasan..bukannya nak pegi amek wuduk kat tepi sungai pun.
 
Tapi bile susukan anak setakat ni aku berselawat, berzikir.
Aku bacakan Ya Haqim supaya anak bijak.
Aku bacakan Ya Latif dgn niat supaya anak lembut hati n dengar kata.
Kadang-kadang aku bacakan ayat 1000 dinar.
*Ada kaitan tak?
Akan teruskan sampai bile2 insyaAllah.

Baca Yasin sambil susukan Zahra.
Selalunya tak sempat sampai abes.
Bila dah sampai last page, die msti selak telekung n sengih2 tengok Bonda.
Hihihihi..letak atas sejadah, tgk mulut Bonda abeskan Yasin.

Bukanlah pandai sangat nak mengajar,
just nak sharing apa yang aku taw.
Yang penting ibu-ibu yang menyusukan anak kene
sentiasa menghalalkan n redha dgn setiap titis susu yang mengalir dlm tubuh anak.
Susu ibu sangat tinggi nilainya.
So aku percaya bila kita berzikir sambil menyusukan,
susu tu akan lebih berkualiti.

Tapi satu benda yang aku cuba nak elakkan,
*tp selalu jgk tergelincir
 iaitu dengar orang mengumpat masa menyusukan.
Ahahahahah..kekadang tu aku menyusukan depan beradik aku.
Sambil sembang sambil gosiping..
Tudiaaiihhh..
Sampai satu tahap dengan aku,aku mengumpat sama. 
*Len kali kalo aku dgr dorang mengumpat masa aku tgh menyusukan anak, aku nak marhaban laju-laju depan dorang.
Kalo boleh sambil menyusukan anak elakkan dari melangut (berangan), fikirkan negatif, mengumpat, bergaduh dgn suami, mencarut, korek taik idung, baca komik Doraemon or garu kudis.

Bab solat Babah ajar.
Setakat ni bab solat Babah yang ajar sebab lelaki boleh baca surah kuat-kuat masa solat.
Dah besar nanti Bonda take over sket2 eh..

Dua Golongan Perlu Dihormati

"Bie ustaz kata kalo ada orang mengata kita, bagi hadiah kat die sbb die dah hadiahkan pahala die kat kite"
Hubby sengih sambil kata..
"Kalo u nak sangat mengata orang, u cte kat i. Anggaplah u meluah. Pastu bleh i dakwahkan u. I akan cakap KO INGAT KO BAGUS SGT NAK KATA ORANG ITU INI?? hahahahaha"
Hahahaha..jahat..

Masa sesi tazkirah gn hubby tu, ada satu benda yang aku nak share dgn korang sume..

Kat dunia ni ada 2 golongan je yang kita kene HORMAT.
1.Ibu bapa.
2. Manusia

"Manusia?"
"Yup..sebab tak kira pangkat, darjat, keturunan, tua ke muda, semua manusia wajib n berhak dihormati"
"Abes nape ibu bapa tak termasuk dlm golongan manusia. Sama je.."
"Takk..ibu bapa hormatnya kene up sket sbb darjat dorang tinggi sangat pada kita"
"Ha'ah kan..."

So aku takan hormat orang lain sbb die orang tua, bos,cikgu atau apa saja.
Aku akan hormat dorang sbb dorang manusia yang wajib n berhak dihormati.
So whoever u r, plz do respect ppl around u.
Dun expect ppl 2 respect u when u nv do d same.
Agak2 kalo trase diri tu tak dihormati, jangan nak mengungkit.
Pikir2 same maybe kite yang tak hormat orang lain.
Apa salahnya mulakan dulu, kan?
Kalo kita respek orang, orang lain akan 2 kali hormat kita. 

 

Sunday, September 9, 2012

Owwhhh Babah Bagi Zahra Eskem!

Anak bonda da besaarrrr...
U r juz 5 month yet u did taste tart nenas!
Achane tu?
Time raye ritu slumber je kan tok sedara die suapkan tart.
Slamat sket je..
Since then nmpk kitorg mkn je Zahra dah mula pandai chewing2 bibir die.
Poor my lil girl..tgu ye..sebulan je lg..

Harini Babah bermurah hati bg Zahra rasa eskem.
Rasa secuit je ok..bkn sesekup tu..
juz letak kt lip..

U r rite Babah! Eskem is KEEEWWWLLL man!
Aah yelah kulman kaw..

Friday, September 7, 2012

Doakan Untuk Mereka Disana

Pernah tak tengok orang yang lepas solat trus bangun tanpa baca doa?
Aku selalu jgk tengok.
Aku dulu pun camtu, skrg pun camtu..
tapi kadang-kadang je, tu pun sbb anak da melalak-lalak.
Anak aku kalo dah melalak nak nenen mmg takleh dibawak berbincang dah.

 Tapi kalo takde yang menghalang selagi boleh aku nak berdoa lepas solat.
Sebab dulu aku terlalu banyak lepaskan doa.
Padahal aku taw doa itu
SENJATA UMAT ISLAM.
Kuasa doa mungkin ramai yang taw,
tapi hakikatnya ramai yang tak sedar.

Aku penah baca satu buku Ust. Zahazan.
Pernah jugak aku buat ENTRY pasal buku ni.
Katanya doa takde yang tak dimakbulkan.
SEMUA DOA DIMAKBULKAN KERANA ALLAH MAHA PEMAKBUL DOA.
Tapi dengan cara berbeza.

Pertama: Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
 

Kedua: Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
 

Ketiga: Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Sume yang diatas adalah kerana hanya Allah swt je yang taw apa yang terbaik buat kita.
Mungkin kita rasakan apa yang kita doakan tu adalah yang terbaik,
sebaliknya tidak.
Mungkin terbaik utk waktu itu,
tetapi tidak untuk masa depan.
COZ ALLAH KNOWS THE BEST!!
Jadi selepas berdoa tersenyumlah kerana doa anda sedang dimakbulkan.

Pagi ni aku terlihat satu pic yang sangat menyentuh perasaan.


 Aku rasa sedih sebagai saudara, aku tak buat apa-apa.
Nak ke negara dorang utk bertempur mmglah aku tak daya.
So pasni jom kita doakan keselamatan saudara-saudara kita dalam setiap doa.

ALLAHUMANSURI ISLAM WAL MUSLIMIN FI SYARIA, WA FI PALESTIN, WA FI ROHINGYA, WA FI IRAQ, WA FI CHECEHN, WA FI SOMAL. AMIN.

Thursday, September 6, 2012

Klinik Jameaton n Us.

Malam tadi tido tak lena.
Bangun setiap setengah jam sbb si kecik nak nenen.
Bile dibagi bukan dihisap sangat..
just nak  ngempeng.
Takpela..Bonda suke je.

Sampai ke Subuh anak x tido lena.
Aku bangun kencen kejap pun die merengek.
Aku solat die merengek.
Lagi 10 min nak gerak ke opis die merengek lagi.

Sambil susukan aku bisik..
"Zahra..Bonda's goin 2 work syg. Be good k..gud girl doesnt cry. Bonda will b back at 1 and Bonda will feed Zahra, hug Zahra, kiss Zahra ok. Gimme back my tek"
Tadaaa..slowly she released..

I m currently sgt risau.
Taktaw nape die x sedap badan.
Maybe sbb kene jab 5 months smlm.
Tapi kat klinik smlm die ok je.
Siap leh buat lawak dgn Dr. Jameaton.
As usual..masa kene jab die langsung tak menangis.
Maybe 'perubahan bulan' kate org twe-twe..

Zahra @ Klinik Jameaton while waiting for doctor.

I cant wait for jab!!




Add caption

Bonda..gimme d phone!!
Setakat ni aku n hubby sgt berpuas hati dengan servis 
B5-G-03, Jalan Pinggiran 1/2,
Taman Pinggiran Putra, 43300
Seri Kembangan, Selangor
.

Since preggy aku dah gunakan khidmat Dr. Jameaton.
Khidmat nasihat yang sangat berguna.
Kalo batuk or selsema, Dr. Jameaton bagi ubat batuk berasaskan herba,bkn dadah.
Anak selsema ritu pun die x bagi ubat dadah, die bagi Clinzo.
Masa jab baby pulak, doctor akan buat baby leka.
Dia cool kan baby dlu, bagi baby selesa, agah2 baby, bile jab my baby lgsg tak nangis sbb leka.
Aku pun ske sbb aku kurang bersetuju dgn ubat berasaskan dadah ni.
Effect jangkamasa panjang.
Sampai skrg aku simpan buat kenangan. 
Bayaran cuma RM55+ je, murah kan..

Apek dan Ketupat

Kring..kring..
Bos : Dila, tolong blikan bla..bla..bla..blah skrg..
Ai : Ok..kul 11 jap g sy pegi eh..skrg tutup lg.

Tik..tok..tik..tok..
11 : 00 AM

Masuk lif..sampai level 2 pintu lif terbukak.
Terpacul sorang apek dgn muke terkejut, mulut ternganga.
Ah sudaahhh..
Aku ckp "going down" barulah apek tu masuk lif.
Apetah yang die heran sgt tengok aku berdiri dlm lif tu?

Apek : Going to cafe ah?
Ai : No, going to buy ribbon.
Apek : Owwhh MACY. What for?
Td nmpak lepu je apek ni, skrg siap nak taw aktiviti aku.
 Dah kuar lif, sehaluan pulak dgn aku apek ni.
Ai : Making ketupat.
Apek : What?
Ai : The ribbon la..to make ketupat for decoration.
Apek : What pat ah?
Your nenek pat la apek!! Haiyaa..ketupat oso dunno ar apek?
Dah ape aku nak explain kat apek ni?
Aku ni nak masak ketupat ke, nak anyam sarung ketupat ke, ke ke ketupat ke?
Apsal aku tak ckp making casing ketupat?
Ai : Ketupat..food dat u can see on Hari Raya. Kinda nasi..eat with rendang n..
Apek : Oowwhh food la..owwhh made from ribbon ah...
Ahhh sudah apek sengal ni..
Ok bye apek..aku dah sampai MACY.

I wonder how come a Malaysian dunno ketupat?
Aku yakin la apek tu Malaysian.
Sian kat apek tu...

futnut : Isi atau sarungnya, dimakan atau perhiasan..tetap KETUPAT.

Wednesday, September 5, 2012

Image Transformation : Loadingggg...

Sesejak terdetik nak ubah imej ni,
rasa cam susah je nak cari baju-baju yang sesuai.
Actly tak susah mana pun, cuma belum jumpa lagi.

Dulu aku suke sgt beli baju kat Esprit.
Sebab baju simple, material tahan lama n comfort.
Yang paling diutamakan..
HARGA BERPATUTAN.
Hahahah..berpatutanlah dengan pendapatan aku.


T-shirt n Handbag Esprit 
Blazer Esprit

Cardigan Esprit
Baju n jeans Esprit.
I oso bought wallet for my boipren's birthday present.
(skrg jd hubby sudeehh)
Paling banyak t-shirt sbb material sangat lembut n comfort.
Tapi banyak t-shirt yang aku dah sedekahkan kat anak-anak sedara aku.
Sebab kecik n ketat sgt.
Dedolu aku keding..tak..tak..
dedolu aku tak sedar diri!!
Nak pakai yang ketat2 saje..
Skrg yang tinggal 2,3 helai aku pakai kat umah je.
 Supaya laki aku terliur tengok aku.
Haaiiippp!!

So skrg nak beralih imej,
aku jadi penen nak beralih kemana plk.
Cari punye cari..
Taarrraaaa...

Bajugraphy

Aha..dah jumpa.
Kain chiffon. Simple. Bergaya. 
dan yang paling penting
MURAH.

Balik nnt aku tunjuk kat banker aku.
If he say yes, then i'll grab.
Wish me luck ya!

Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dress
Amboi kaw kiaahhh..
Nama pun dah jubah muslimah..
Berhijrah gitewww..
Page ni pun best.
Akak shadayani ni sempoi.
Aku dah beli 1 jubah moden with d price only RM85.
Arini bank in, sok trus dapat.

Sorryla x iron, maklumlah baru sampai terus tayang.
Yang peliknya kenapa aku amek kaler ni?
Tengok..tengok..

Haaa..kan dah sama..puii..
Aku lupa sangat aku baru je beli 1 jubah Abaya Couture. (yang kiri tu)
Abaya Couture ni design sgt best, ngam2 je gn badan aku.
Tapi material x bape ngam dgn aku.
Harga pulak RM109.90.
Tak sesuai dgn pendapatan aku.
Dah jumpa jubah moden ni..
beli kaler yang sama plk..hadehhh..
Pasni nak beli kaler lain sbb kain jubah cotton.
Design cantek!!
Silalah cuba.

futnut : online shopping ni best jgk eh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...