Wednesday, August 29, 2012

Missing

Raya ni aku tak sempat jumpa kawan-kawan.
Sempat jumpa Wani n Husna.
Sebab terlalu banyak menghabiskan masa dengan famly n famly mertua.

Husna n Wani
Aku terlalu rindukan saat -saat bersama kawan-kawan di Ipoh dulu.
I miss n missed d moment.

Nana, Angah, Kak Fiza, Kak Ikin, Ayu Kecik, Mei, Ayu Dez, Kak Arewere, Kak Ima
Rindu nak main futsal lagi.
Tapi sesejak operate dulu terus pencen.
Nak main lg, agak-agak hubby kasi tak??
Kalo kasi pun, nak main gn sape?
Sume kawan-kawan ni dah buat hal masing-masing.
Ada yang dah kawen, yang dah beranak, dah pindah.

 
Sangat-sangat rindu mereka.
Walau aku senyap disini, tapi hati aku tak penah lupakan korang.
Aku sentiasa ingat dan doakan korang di dalam setiap doa aku.

Update Ali Athauri : Semakin Membesar

Budak kecik dah besar!!
Hari ni dapat news lg psl anak Bonda yang semakin membesar.
Muah..muah..
Ali dah besar, tiub je tak bukak lagi.
Kuatkan semangat sayang!!
Bonda doa dari jauh..

Thursday, August 16, 2012

Prihatin : OKU Hilang


Mercun Budak K-Pop

Sonoknye mood raya dah datang.
Even aku takde baju raya, mood maintain sbb
RAYA PERTAMA BERSAMA BABY!!
Theme colour pink purple mcm theme colour kawen dlu.

Malam tadi kul 12 kuarkan baju2 utk dipeking.
Sambil tu sesi meluah gn hubby.
Tp aku tertido masa tgh lipat suar dalam hubby.
Rini hubby keje petang, hope die tolong sambung keje mempeking tu.
Kalo tak, mlm kang dgn die,die aku peking.
"Awk mengugut sy, sy bleh laporkan pd pihak berkuasa ni"

Mcm2 cte aku luah pd hubby,
n got one luahan yg aku nk share gn korang kat cni.

MERCUN
Pas isyak ai da siap berwuduk niat nak solat immediately after azan.
Skali POM bunyi mercun.
Ai terkejut, anak melalak.
Ai mmg takde skill nk susukan monyet di hutan,
ai cuma ada skill susukan anak di rumah.
Apelagi *susu*
Anak tido..POM lagi la vavi budak2 ni.
Dan sudahnya ai pulak kuarkan bunyi POM jgk.
Maka wuduk ai terbatal.
Since anak da tido,cpt2 ai bangun dr katil, amek plastik sampah, bukak pintu, kuar umah,cari punca bunyi.

Ada 2 org budak yg x bape nk budak.
Remaja pun x bape nk remaja, lepak tepi jalanraya.
Sorang rambut ala-ala K-Pop tgh duduk atas motor yg raganya ada satu plastik besar penuh berisi mercun.

Ai : Banyak mercun dik..bli mane? (gaya spoting dgn baju tido kaler pink corak teddy bear)
Adik K-Pop : Bli kat pasamalam je kak. (sambil korek idung pakai batang mancis. huk aloh  bakor mercun pakai mancis je?)
Ai : Pasamalam ada juai? Akak mmg da lame cari tp x jumpa kat Pjaya ni.
Adik K-Pop : Ni pasamalam lain kak..Murah giler..mcm2 ade, mercun bla,bla,bla...senget..bla..bla..meletop pom pom..bla melatah..opocot bapak kaw pondan..bla...bla..

Tgh budak K-Pop tu popek2 ai bukak plastik sampah ai sarungkan kepala die.
Petu ai tampor tinge die, ai pusing2kan n ai tolak die kat tgh2 jalanraya.
Kebetulan masa tu ada bas Nadi Putra tgh lalu laju2..
Korang boleh agakla ape yg jadi.
Kawan die lg sorang cuba serang balas.
Ai pandang die, ai julingkan mata then ai angkat jari tengah ai.
Budak tu angkat dua-dua tangan petu merengek lari masuk hutan.
Vangang!!

Begitulah kisahnya lebih kurang.
Bukan aku nak marah main mercun.
Apalah gunanye mercun kalo bukan utk dibakor ye tak.
Tapi agak2la timing tu..
Takan nak bakor  mercun siang2 plk kan?
Tapi takan la nak main mercun dari pas isyak membawak ke sahur?
Aku harap malam ni tido anak aku lebih berkualiti.
Tapi kalo berbunyi jgk mlm ni, aku takan marah2 lagi.
Yelah takanlah pisang berbuah dua kali.
Aku mungkin akan jerit dr tingkap bilik..
"WAHH BESTNYE BAKOR MERCUN. POM POM GITEW BUNYINYE.. ATI-ATI OK, JGN SAMPAI PUTUS JARI, JARI TERCAMPAK KE TGH JALANRAYA N KENE LENYEK GN BAS NADIPUTRA. TRAGIS SGT KAN. SELAMAT HARI RAYA!!'

Wednesday, August 15, 2012

Update Ali Athauri : Anak Teruna Bonda Dah Besar

Ali Athauri yang semakin membesar dan sihat. Muahx anak bonda!!
Lately ni jarang intai-intai fb.
Intai sekejap then kuar sbb sibuk luar dan dalam.
Maklumlah nak raya.
Rupa2nya dah ada update psl anak bonda yang sorang ni.
Tu pun my fren yg inform.
Sorry nak, bonda x penah lupa Ali Athauri.

Baby Ali Athauri yang masa lahirnya (x cukup bulan)
cuma seberat 1.03 kg, sekarang dah jadi 1.80 kg.
Alhamdulillah anak bonda makin membesar.
Dulu masa bagi susu bonda pada Ali,
tgk pic Ali sangat2 kecik, wayar berselirat.
Skrg Ali dah jadi anak teruna dah..hihihihi..

Seingat aku ada lebih kurang 80 mommies yang sudi bagi susu ibu pada Ali.
Skrg Ali dah besar, dah boleh terima susu formula.
Ramai jgk yang sedekah baju,mittens n booties kat Ali.
Baju raya Ali pun dah ada.
Cuma pampers je nurse n doktor pakat sponsor.
Pasni mommies@KIM nak belikan selori pampers tuk Ali.
Ali still minum pakai tiub.
Dari jauh Bonda doakan pasni Ali boleh minum pakai botol plk.
Boleh Bonda bagi Ali pakai botol Kak Zara yg belum guna lagi tu.

Semoga Ali Athauri kuat, panjang umur, sihat selalu dan dijauhkan dari penyakit-penyakit bahaya.
Bonda harap sgt one day Bonda boleh dukung, peluk n cium anak Bonda.

Tuesday, August 14, 2012

Karakter Dari Nilai Tarikh Lahir

Dapatkan 3 nombor dari tarikh lahir kamu?
Bagaimana?

Contoh:

1. Tuliskan tarikh lahir.

13 09 1985

2. Tambahkan 'hari' anda dilahirkan

hari --> 13 09 1985
--> 1 + 3 = 4 (nombor pertama)

3. Tambahkan semua angka

13 09 1985
--> 1 + 3 + 0 + 9 + 1 + 9 + 8 + 5 = 36

 dan jadikan satu digit
3 + 6 = 9 (nombor kedua)

4. Tambahkan kedua-dua nilai (nombor pertama dan kedua) di atas.

4 + 9 = 13

dan jadikan satu digit
1 + 3 = 4 (nombor ketiga)

Maka ketiga-tiga nombornya ialah 4, 9, 4.

Ciri - ciri / Karakter peribadi
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Sukakan kekemasan
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Pemarah
7. Patuh
8. Berfikiran perniagaan
9. Sukakan glamor

Ni aku dapat masa pergi course AURA TERAPI at JPM.
Kajian oleh Dato' Fadzillah Kamsah.


Ngomong Jowo, Jalan TAR, PKNS, Alamanda, Sakit Pinggang, MC

Salam sume..
Harini byk story.

NGOMONG JOWO.
Sabtu blk umah embah (nenek belah hubby)
sbb ada famly gath, berbuka beramai2.
Wahhh..ngomong jowo.
Kue nggak reti.
Tapi bestla blaja bahasa lain ni.
Ngawe opo kue?
Wes mbengi urung turu.
Kue wes rabi.
Mataku atos.
Ahahahaha..tu antara ayat yg ak blaja..
Ckup 24 jam dptla beberapa pkataan jawa.
Laki aku pun x paham,pdhl die yg jawa.
Sesungguhnya satu kerugian bagi mereka yg jawa tp xnk blaja bahasa jawa.
Ada gak yg malu mengaku jawa.
Ada sorang hamba Allah tu, mengaku jawa.
Tapi katenye x pandai berbahasa jawa lgsg.
Tetibe ble kitorg sume dtg beraya kat kg die di Johor,
perghh sume speaking jawa.
Muka die da merah padam.
Moral : Apa nak malu ngaku Jawa dey?

JALAN TAR.
Balik je dari kg, trus shoot ke Jalan Tar.
Niat nak bli baju melayu hubby.
Tahun ni bli siap je sbb kitorg terlalu amat sebok dgn baju raya anak,
smpai lupa baju raya sindri.
Carilah kat Jalan Tar je sbb nak saving.
Maklumlah baju raya aku pun x bli lagi.
Dwet dah semakin berkurangan.
Ya Tuhan Yang Maha Agong!!
Punyalah ramai masyarakat kat Jalan Tar.
Dah macam ada konsert Maher Zain. (Maher Zain la kan sbb bln pose ni)
Kalo ada yg terjatuh mst pengsan kene pijak.
Last2 kitorg blk dgn tgn kosong sbb x sggup nk meredah lautan manusia.
*hampa*
Moral : Jgn pegi Jln TAR on weekend menjelang raya.

PKNS
Hampa tp x putus asa.
Kuar KL trus ke PKNS Bangi.
Khabarnya kat sane pun ada baju melayu murah.
Ya Tuhan Yang Maha Kuasa!!
Ramainya umat,sampai paking kete tepi jalanraya.
Ni msti ada orang kaya nak sedekah buka pose.
Masuk je dalam..perghhh..
Ada pertandingan ratu cantik kanak2.
"Kecik2 dah didik anak benda2 ceni" kata hubby.
Haah kan..ajorle masuk nasyid ke..
Tp sumenye indah khabar dr rupa.
Baju melayu yang dicari tidak ketemu.
Same gak mahal, kualiti out.
Moral : Ckp kat anak2.."Kecantikan tu sbnrnye utk disimpan"

ALAMANDA
Sampai Alamanda pun same.
Manusia berjembik ramainye.
Ya Allahhhhhh!!
End up,kat cni jgk bli baju melayu.
Beratur kat Parkson Alamanda tu dah ckup buat orang yang kurang sabor cam aku bertukar menjadi sorang yang sangat sangat sangat penyabor..dan bertakwa insyaAllah.
Dan oleh kerana baju melayu telah dibeli di Alamanda,
maka baju raya utk aku telah diblacklist.
Aku kene pakai baju lama..sekian terima kasih.
Tp blum habes lagi...
Moral : Nak jadi penyabor, sila beratur. Muahahaha!!(xde idea)

SAKIT PINGGANG
Balik umah mmg penat tahap kari.
Kenapa tahap kari?
sbb skrg ada bau kari,sapekah berkari di pagi hari ni?
Terima kasih pada Kak Yang aku yg sudi ajak berbuka di rumah die smlm.
Pinggang sakittttt..
Aku amek detox patch.
Sbb mak kate dah 2 mlm die pakai.
Kuar sume toksin dlm badan.
Baru aku nak tampal kt pinggang..taraaa!!
Detox patch tidak digalakkan utk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak.
Punah harapan..
Moral : Berbuka arini makan masak kari best jgk.

MC
Even sakit pinggang aku semangat nak g kerja.
As usual b4 g work susukan anak dulu.
Tapi pagi tu anak cam susah je nak lepaskan aku g kerja.
Ok anak,terima kasih kerana memahami.
Since aku sakit pinggang, trus la ke klinik.
Dapatlah mc sbb doktor takleh bagi ubat lain,
bagi ubat tahan sakit n minyak sapu je sbb aku kan susukan anak,
takot effect susu baby.
Moral : "Doktor, setakat minyak kat rumah sy pun banyak"

Sekian, perjalanan hidup aku sempena menyambut ketibaan Syawal.


Friday, August 10, 2012

Adab-adab Di Toilet

Pagi yang tak berapa nak pagi ni terpanggil utk buat entry pasal

ADAB-ADAB DI TOILET.
(entry ini mungkin sedikit jijik)

*sebab ada sesuatu yang mengBUWEKkan di toilet tadi*

Masuk toilet dengan kaki kiri tu takyah lah akak gtaw ye.
Sume dah taw kan..
Doa masuk toilet pun bleh cari sendiri.
Go google girls!!

Konon nak adab sangat,
masuk tandas siap bagi salam jalan tunduk2.
Haa tak payah..
Tandas tu kan rumah syaiton,
dah nak buat pe kaw bagi salam kat syaiton?

Pertama: 
Kalo masuk jamban duduk,
bibir mangkuk tandas tu selalu ada kesan tapak kasut kan?
Mesti org tu bercangkuk atas mangkuk tandas tu kan?
Sangat biadabs kan?
Macam lah kaw sorang je nk berry.
Kalo geli skali pun, alaslah keliling mangkuk tandas tu dengan tisu.
Kalo takde tisu pun, jirus bersih2 dengan air.
*Dats y i prefer tandas cangkuk kalo guna public toilet*

 Kedua :
Masuk je toilet, plz flush dlu.
Sebab nak bunuh kuman.
Bile flush, pastikan tutup mangkuk tandas tu supaya bakteria tak bertempiaran lari keluar.
In fact dah tutup pun bakteria masih ada..tp kuranglah..

Ketiga :
Bila nak membuang (x kirela air besar ke kecik),
silalah bukak paip air kuat2 supaya orang tak dengar bunyi 'air' yang mengalir di mangkuk tandas di dalam tandas yang sunyi sepi tu.
Memanglah bunyi air yang mengalir tu mendamaikan,
tp ogak-ogaklah wey..
Lainlah air sungai ke, air laut ke..
Apatah lagi kalo bunyi 'plop' tu..haish!!
Kaw tak malu ke orang taw bape ketul kaw kuarkan 'produk'?
 
Keempat :
Apabila keluar je 'produk' yang pertama tolonglah flush.
Jangan tunggu kuar 'produk' kedua dan ketiga kuar baru nak flush.
By the time nak tgu 'produk' kedua kuar pun baunya dah menguasai satu tandas.
Paham tak ni??
Kalo kaw tak flush awal2,
tu yang ble orang masuk tandas tu baunye perghhh!!
Padahal sunyi sepi je masa tu kan..taw2 dah berbau.

Kelima : 
Before kuar jirus keliling toilet dulu.
Terutamanya kepada yang tak reti duduk diam mase membuang.
Kadang2 tak sedar cebisan 'produk' berciciran.
So before kuar cek dulu kawasan pengeluaran 'produk'.

Keenam :
Ni yang paling aku pantang.
Kuar toilet cuci tangan..tu dah betul dah.
TAHNIAH!!
Tapi taknak keringkan..pastu pegang plk tombol pintu toilet.
BAASSAAHH je..
Aku taktaw la korang cane,
tapi aku geli betul bile pegang tombol pintu toilet yang basah.
Yewww!!

Ketujuh :
Kalo nak buang kahak ke, hingus ke, 
plz la masuk dlm toilet, 
janganlah hembus kat sinki.
Gross sgt!!

Sekian, terima kasut.

Wednesday, August 8, 2012

Kenapa Air Masak Tak Sesuai Utk Bayi?


Dulu masa dalam pantang nurse kate..
"Jangan bagi baby minum air masak,
unless kalo u bagi baby minum susu formula mmg kene sulam dgn air masak"
Aku tanya kenapa..
Rupanya sbb susu formula tu terlalu pekat n panas.
Berbanding dgn susu ibu yang
MENGANDUNGI 88% AIR.
So takyah susah payah nak bagi baby bawah 6 bulan minum air masak.
 
Bukan aku taktaw mak-mak mmg suke bagi baby minum air masak kan.
"Kaw dulu kecik2 sampai buncit perut aku bagi minum air masak,
sampai sekarang tak mati pun"
Dah tu ape si kaw nak jawab??
Air skrg, masak 8jam sehari pun blum tentu bersih.
Tawlah tahap kebersihan di akhir zaman ni cane kan..
Kalo tak, takdelah kuar filter Hai-O la, HPA la, apela..
Petu ble bagi anak minum, air ni la yang menghakis dinding perut baby yang senipis mane kaw pun taktaw kan..
Aku lagi la taktaw, sbb tu aku takot nak bagi anak aku minum air masak.
 
Usus baby pulak baru lagi.
Hijau lagi kot, tak sampai 6 bulan.
Pepandai je nak suapkan nasi lah, kanji lah, kentang la..
Kengkonon nak bagi anak kenyang.
Blend la pakai blender paling mahal skalipun,
 
*apek kat soping mall yg promote blender tu kate "Hai cik akak arr, ini blende sangatlah mengkagumkannye pun. Bawang pun boley hancur selupa air, pun lu boleh kasi suwami minum air bawang"
 
tapi still JANGAN!!
 
Susu ibu je yang sesuai utk baby bwh 6 bulan.
Susu ibu yang disediakan oleh Allah SWT, bagi je pada anak.
Biar susah payah nak dapatkan susu ibu,
drpd susah payah nak memblend la hapela..
Susahke??
Pernahla susah dlu tapi aku doa pd Allah swt
"Ya Allah Kau murahkanlah rezeki susu utk anak aku. Hanya susu aku yang patut masuk ke dalam perut anakku, tiada yang lain. Maka hanya Kau yang Maha Pemurah yang mampu memberikan semua itu"
Mind setting penting ok!!
 

Tuesday, August 7, 2012

Shopping SSF la pulakk..

Hye uollsss..
Kalo dlu update soping IKEA,
kali ni soping kat SSF pulak.
Dgn famly mertua, mak, hubby n sedara-mara.
Best jgk tp xdela setanding IKEA kot.
But anyway, SSF got its own specialty.
Jom review barang2 yg i beli...

Set pisau RM26.90
Bakul RM2.00 (yea makcik2,due hengget jewww)
Yang ni aku x hengat RM5.00 or RM3.90
Besen rendam sayur ni RM4.41
Bekas gula garam RM10.00

Tak hengat jgk..tp under RM10.00

Pisau RM4.00

RM4.00
Sume barang murah-murah je aku beli.
Haruslahh..kene jimat nak raya ni kan.
Lagipun beli ape yang patut je.
Pegi SSF tu pun sbb nak temankan MIL bershoping.

Tudia aihhh..ramainye kaum kerabat. Shoping berjemaah namenye ni..

What A Newborn Baby Needs?




Friday, August 3, 2012

Ajar Anak Tengok Youtube

Harini Jumaat break dr 12.15 sampai 2.45.
Lama kan..lagi lama sbb aku kuar 12.05.
*Haipp..!!*

Sonok anak bonda..
Sampai umah tgk die tgh main dgn babah,
nampak je muka Bonda terus tersengih tersusun je gusi.

Up..up and away!!
*Menyusu*

Selalu kalo susukan die aku akan nyanyi selawat.
Depan orang aku selawat dalam ati je,
sbb aku takot nnt makcik2 dengar sore aku dorang ajak aku join group Marhaban dorang plk.
Tapi kalo orang xde mmg aku selawat kuat2.
Agak2 susu dah nak ujung2 tu baru aku tukar lagu ABC.
Sampai dak kenit tu tido.

*Oh ya telling u diz. Even she's only a baby, i nv expect dat she don't understand my words. Actly she can even read my mind i guess. So i just sing ABC song n nursery rhymes when i play with her, i recite Fatihah loudly when I make her up (hope dat she can hafal it 1 day), i nv stop zikrullah when i nursing her, and i'm telling her bedtime stories. Yes, she's sometimes looks like LOST, but i nv STOP. I know dat she keep on learning. *

Ok now..back to the setori..
Tapi harini mcm2 lagu dah kuar,
mata die memboolat jgk.
Tak tido-tido..pasaipa??
Aku nyanyi Baa Baa Black Sheep, Incci Wincci Spider..
x tido-tido jgk..
*cewah..nk gtawla tu yg aku pandai nyanyi lagu omputeh*
Hahahaha..kaw hadde?


Petu ak pun bagi die tgk Youtube..
*Ni mungkin ajaran yang salah sbb mengintroduce Youtube masa masih baby*
Aku tak paham kenapa die suke sangat lagu ni..
Yang peliknya sepupu die pun ske lagu yang sama.
Nape bebudak suke sangat eh?
Aku sangat nak taw..
Bile dgr lagu ni dorang cam cool n terkaget..
Kaget ke?


Tapi lagu Twinkle Twinkle by gigglebellies ni ada extra lyrics.
Ke memang the real lyric ceni?
Takpe..aku cuba mengamati n menghafal lirik ni.
Untuk Humayra Azzehra kesayangan bonda.
Sok cuti Bonda jadi bintang..

Star shine brightly for you, may all your wishes come true..

DS Samy Vellu Buat Lawak

Memang lawak. Janji Dicapati.

Metrojaya Warehouse Sale @ Putrajaya


Semalam pas berbuke terus solat Maghrib, berdesup g PICC.
*Nampak menor x g terawikh*
Memang best..tiap2 tahun ada warehouse sale Metrojaya ceni aku mst pegi.
Berbaloi-baloi..

Dari barang dapur sampai barang dalam bilik membawa ke barang dalaman kite.
Sume murah2 belaka..
Barang2 pulak berkualiti n branded.
Kalau time Happy Hour..
Melayang-layang murahnye..
Happy Hour tu dorg lelong barang dalam masa sejam.
Contohnya handbag yang harga sratus lebih dorg jual RM25.

*Aku terlepas Happy Hour comforter Jean Perry*
Aku mmg nak bli sgt cadar n comforter Jean Perry, 
but i missed d Happy Hour.
Jean Perry sgt best.
Setakat ni aku dah bli 4 bantal Jean Perry,
sgt selesa.
U guys should try. 
Petang ni nak riki lgi comforter tu.

Best sangat bantal ni.
 Baju-baju budak lagi best.
Sesejak ada anak ni aku giler bli baju budak.
Utk parents yang ada anak umor 1-6 thn jemputla datang.
Kemeja n t-shirt budak brand SODA RM15 je kot.
Handbag GUESS 50%.
*Aku baru je beli minggu lepas*
Kemeja opis utk lelaki 70%
Kasut Hush Puppies 60%
Ah banyaklah lagi nak cerita.
Pendek cerita, jom pergi sendiri.
Pasti x nyesal.
Parking jgn risau, sgt banyak parking basement n it's FOC.


Kerja atau Surirumah

Syoknya jadi housewife.
Serius aku sgt jeles dgn kawan aku yang jadi housewife.
Seronoknya mengumpul pahala
buat kerja-kerja rumah.

*LAYAN SUAMI*

Saba' Cyberjaya. (x baik post pic makan2 tgh pose ni)
Kenapa tetiba nak post benda2 ni?
Actly dah lama aku terpikir nk QUIT since my baby refuse bottles.
Tapi rini terbuka ati nak bercerite sbb...

*MINGGU INI MINGGU PENGANTOK*

Senin aku EL due to family matter.
Dari Selasa aku keje aku rase sangat2 mengantok.
Nak kata anak merengek malam2 tak jgk.
Nak kata penat buat keje rumah lagilah tidak.
Nak kata penat layan anak lgsg tak penat.
Tapi maybe aku tak ckup tido n kurang air.

Semalam aku sorang yang sgt PENGANTOK!!
Sampai je opis aku trus g surau
NAK TIDO.
Tapi aku ternampak sorang akak amek wuduk,
nak buat solat dhuha.
Since setan kene belenggu bulan ni,
aku pun solat dhuha skali.

*TEPUK-TEPUK*

Hujung2 aku baca doa sambil pejam mata,
kunun doa sejati dari hati.
Sudahnya aku bermimpi.
Boleh tak tertido masa baca doa?
Aku mimpi Abby Abadi tgh baca doa mohon keampunan.
*padahal tu doa yg kuar dr hati aku*

Lunch time cam bese aku balik umah
utk menge'lunch'kan si kecik aku.
Again..Puan Pengantok datang lagi.
Ble drive balik opis,
aku nampak ade taik burung 'pecepek' kat cermin kete.
"Opocot tanjat boboi"
*sambil letak dua-dua tangan bawah ketiak*
Aku jegilkan bijik mata..
"aihh?dah ilang taik burung tu?"
Rupenya aku dah bermimpi masa tgh drive.
Alhamdulillah Allah SWT selamatkan aku.

Petang plk aku baca report psl pemilikan hartanah di Malaysia.
Tgh baca tu aku boleh ternampak lirik lagu
PERAK NOMBOR SATU
dalam report tu?
Motif??
Tak..tak..aku yang termimpi.

Sangat kritikal.
Aku doakan Allah swt sentiasa melindungi aku.
Pergi dan balik ketika memandu.
Kalo jadi pape yang tak baik pd aku,
teruklaahhh..
Anak aku dah la obses dgn susu gantung die ni.
Mane nak cari pengganti?
Takde puting tiruan yang boleh menggantikannya.
*Adakah ini sedikit 'blue'?

Yang pasti manusia mmg tak penah bersyukur.
Yang dok umah nak keje,
yang keje nak dok umah.
Silalah belajar
BERSYUKUR.
Allah swt sentiasa Tahu apa yang terbaik utk hamba-hambaNya.

*notakaki : tapi surirumah tu tugas hakiki aku !! Suuuuriram..ram..ram..

Thursday, August 2, 2012

Happy World Breastfeeeding Week

Happy World Breastfeeding Week!!
Semalam genap 4 bulan anak bonda minum susu bonda.
Semoga susu utk Humayra Azzehra bertambah banyak.

Tahniah kepada ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tanpa bantuan susu lembu.
Tahniah kepada bapa-bapa yang menyokong penyusuan susu ibu.
Tahniah kepada penyokong2 susu ibu.

Semoga Allah swt merahmati usaha kita semua.

"Ului tapai kakai" Urut2 biar cepat besor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...