Friday, July 20, 2012

Keburukan Susu Formula

Info ni hubby yang grab masa kami pergi Karnival Penyusuan ritu.. 
Let's share..


1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema, demam)

Tak bermakna anak2 yang minum susu ibu tak mendapat jangkitan langsung. It just dat KURANG mendapat jangkitan sbb antibodi yang terdapat dlm susu ibu sangat tinggi. Antibodi memang ada dlm susu formula, tp peratus hanya dikesan utk 1 tin. Kalo susu tu dibancuh cuma 3 scope skali minum, adakah anak kite mendapat sepenuhnya antibodi yang dibekalkan. Means, kene abeskan 1 tin susu formula baru cukup antibodi. Gitu? Allah swt membekalkan antibodi yang secukupnya dalam setiap titisan susu ibu. Jadi jangan cemarkan ia dengan susu ciptaan manusia.

2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari

Tubuh badan kita dah di'design' lepas beranak mesti kene menyusu. Itu yang Allah swt jadikan. Memang secara fitrahnya kuar susu n susu tu perlu disalurkan kepada anak. Kalo tersimpan je tu yang mengkanser tu. Bila kita tidak menyusukan, maka hormon dan 'design' badan terganggu.

3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.

Ibu-ibu yang menyusu ni lambat datang period. Benda bukan sahaja merehatkan ovari (sekaligus mengurangkan risiko kanser ovari) malah membantu menjarakkan kelahiran. So anak bolehlah bermanja dgn makpak puas-puas. Tak perlu makan pil perancang.

4. Jika susu dicairkan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan.

Kadang-kadang bila anak demam, cirit-birit or batuk, doktor suggest cairkan bancuhan susu. Konon kalo pekat sangat nnt baby bertambah panas. Kat situ dah nampak kekurangan susu formula. Yalah, apalah sangat nak dibandingkan susu ciptaan manusia dgn susu ciptaan Allah swt kan. Bila bancuhan dicairkan, maka kuranglah zat yang anak dapat. Dahla sememangnya zat yang dibekalkan kurang. Kesian kat anak..

5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang

Bila anak menyusu, ibu dapat membekalkan susu yang masih panas dari badan, darah n daging ibu sendiri. Temperature susu tu plk tak perlu diadjust2, x perlu nk titiskan atas tapak tangan nak rasa panas ke tak. Anak dapat berkongsi  menikmati apa yang ibu makan malalui susu ibu. Semasa menyusu juga anak dapat mendengar degupan jantung ibu. Pastinya tiada satu pun susu ciptaan manusia yang boleh tiru bab ni.  Disitu anak dapat berkongsi perasaan ibu. Proses "skin to skin" membantu mengeratkan lagi kasih sayang ibu dan anak. Dakapan ibu ketika menyusukan anak juga membuatkan anak merasa lebih selamat dan tenang.

6. Mudah tercemar.

Susu bancuhan formula mungkin lebih tercemar kerana menggunakan sumber air yang kurang bersih walaupun sudah dimasak. Susu formula yang diproses juga tidak terjamin kebersihannya berbanding susu ibu yang kebersihannya TERJAMIN SERATUS PERATUS kerana ia hadiah dari Allah SWT.

7. Kegemukan

Kerana persaingan, syarikat-syarikat pengeluaran susu formula terlalu taksub sehingga terleka. Mereka menginovasikan susu formula sehingga mengakibatkan bahan-bahan yang diproses mendedahkan bayi kepada risiko kegemukan/diabetes.

8. Mudah mendapat cirit-birit.

Bukanlah anak2 yang menyusu ibu langsung tidak diserang cirit-birit,tp peratusnya sangat rendah berbanding minum susu formula. Ini kerana susu formula yang diproses tidak mengikut kesesuaian usus anak-anak. Setiap usus anak berbeza. Hanya susu dari ibu sendiri yang sesuai dengan keperluan perut n usus anak masing-masing kerana Allah Lebih Mengetahui.

* Jangan pernah ragu-ragu dengan ciptaanNya *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...