Monday, July 30, 2012

Arrange Cuti Raya Awal-awal

Untuk persediaan bersama.
Jangan tgu lg 2,3 ari nk raya bru nk discuss psl
BALIK KAMPUNG.
Same2la bertimbang rasa.
Baik yg sekampung ataupun kampung lain2.
Better discuss dr skrg n arrange cuti masing2.
Utk mngelakkan bermasam muke di pagi raya.
Mak lu,mak gua,bapak gua,bapak lu.
Kte kan berkongsi parents.
Jgnla asek blk kampung lakiiii je...
sian kat mak kat kampung.
Even kampung aku n hubby cuma sekangkang kera je jauhnye,
kitorg tetap practice konsep gilir-gilir.
Tahun ni pagi raye d kg hubby.
Pas zohor baru gerak kg aku.

The hottest text i received for today.
Tomorrow is time to plan my COTI plk.
Gud luck sume!!

Jom Beli-belah Barang Raya@Putrajaya

Sabtu pegi Jom Beli-belah Barang Raya @ Putrajaya.
Ala barang2 biasa je,xdela murah sgt.
Markup price tinggi petu bg discount.
Ada gak brg murah tp sgt tidak byk..
Tp yg paling best dah bli baju kurung anak dara ai..


Petu borongla sesiket baju kurung cotton murah.

Bek g Alamanda..
Yeahaaaa!!

@ Lovely Lace Baby
Lagi banyak sale beb!

Cups of my food...waaaaa!!
Dan klimaksnye..

I got 'em all babah!

Sudahnya bukan soping kat event tu,
tapi kat Alamanda.
Duit pun da abes, bolehla pulang.
Ada 1 lg event soping best.



Sunday, July 29, 2012

Ce Teka...Ce Teka...

Ce teka Myra Zara kat mane ni?

Clueless!!
/
/
/

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


Thursday, July 26, 2012

Aku Terus Sihat!!

Da besar anak dara aku.

Alhamdulillah..my lil daughter is growing up healthy.
Thanx Allah swt for giving me diz greatest title..
BONDA!!


Tak lame lagi dah bleh jadi kakak..ceewwaahhh!!




Kadang2 rindunye masa die newborn dlu..
Sgt kecik n seketul je..
Hihihihi..

My strenght.
Di saat ini aku sgt-sgt risaukan kesihatan yg sedikit merosot.
Hari-hari aku doakan Allah swt kurniakan aku kesihatan yang baik.
Jauhkan aku dari penyakit-penyakit merbahaya,
 yang mungkin menghalang aku dari terus menyusui anak aku.
Aku mohon agar penyakit lama tak datang kembali
sbb aku nak jaga anak aku.
Aku masih inginkan zuriat lagi.
Dan pastinya Allah SWT tak pernah berhenti
MENDENGAR, MENGASIHANI n MEMAKBULKAN
doa hamba-hambaNya.
Aku anggap dugaan yang datang sbg penghapus dosa-dosa aku.
Sebagai peringatan buat aku yang selalu leka.
Sesungguhnya keyakinan aku pada Allah swt masih tebal malah semakin menebal.

Wednesday, July 25, 2012

Bonda ala-ala Syurgawi

Entah kenapa 1 ari aku terbukak mulut cte kt hubby..
"I tingin nk pkai proper,tp tkot x istiqomah"

Aku tetibe tingat mase study dlu ada 2 member suggested ak pkai purdah.
Wohooo..bunyi sgt menarik.
Tp time tu ak sgt menshaitonnnn!

Hubby kate ..
"Ala xpe..pkai je la. Eleh pkai sexy2 x takot plk"
Boleh tahan sentap!
Esoknye trus hubby post benda ni..
Mari baca kawan2..


Aku cubalah slowly..
Semoga Allah swt permudahkan niat aku.
Kalo x btudung labuh pun,sekurang2 menutup dada.

Aku berniat nak pkai ceni sbb skrg ni syurga kan di bawah telapak kaki aku.
Jadi pembawakan tu biar berunsur syurgawi sikit..
Tak giteww?
Ak nk bagi contoh yg terbaik pada Humayra Azzehra.
Tiap kali sikat rambut die ak pesan..
"Ni aurat ni,dah besar cover gn tudung taw"
Begitulah konon..
Jgn pandai ckp je,sila buat!


Tuesday, July 24, 2012

Tudung ADIJUMA

Frankly say aku at 1st banned btul tudung norjuma ni
Sbb bagi aku..
"Alahai tudung ceni punye simple sebutir batu pun xde nk taruk rege mahal?"
(padahal berbelas hengget je kot.)
Ok aku sgt berkire.

Tapi ble dah terbeli..
No wonder la die taruk rege giteww..
End up ak rase harganya sgt berbaloi.
Colour mix sgt nice.

Yg penting sgt senang nk alter awning.
Maklumlh ak ni jenis yg failed bab repair2 awning tudung.
Rasenye kat opis tu awning tudung ak yg paling hina skali.
Kalah awning jamban kampung.
Even pakai tudung yang siap awning keras pun bleh kerekot2.
(baiklah itu berpunca dr malasnye ak mengiron tudung)



Persoalannye..
Kate mahalll..cane leh bli?
Aku x malu nk mengaku ak bli yg rejected.
Dorang lambak2kn harga dr RM5-RM15.
Reject pun reject la...
bkn nmpak pun..
Kalo nmpak pun xkn ada orang nak kate...
"Booo...pkai tudung reject..baling telor kat die"
Xde kan....?

Sunday, July 22, 2012

Pendapatan dan Perbelanjaan di Malaysia.

Sonoknye encik suami dah dapat gaji on Friday.
Kadang2 tulah kelebihan yg aku x sedar.
Ada laki keje private,gaji awal dr aku.
Gaji gomen rabu ni..owh lmbat.
Tapi bersyukur la pbelanjaan x melebihi pndapatan,insyaAllah.

Tetibe terpikir nasib suami2 yg keje gomen pangkat x bape nk tinggi tu.
Canela dorg survive bg rezeki kat anak2..?
Dugaannye..Ya Allah permudahkanlah urusan kami..
Aminn....

Friday, July 20, 2012

Keburukan Susu Formula

Info ni hubby yang grab masa kami pergi Karnival Penyusuan ritu.. 
Let's share..


1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema, demam)

Tak bermakna anak2 yang minum susu ibu tak mendapat jangkitan langsung. It just dat KURANG mendapat jangkitan sbb antibodi yang terdapat dlm susu ibu sangat tinggi. Antibodi memang ada dlm susu formula, tp peratus hanya dikesan utk 1 tin. Kalo susu tu dibancuh cuma 3 scope skali minum, adakah anak kite mendapat sepenuhnya antibodi yang dibekalkan. Means, kene abeskan 1 tin susu formula baru cukup antibodi. Gitu? Allah swt membekalkan antibodi yang secukupnya dalam setiap titisan susu ibu. Jadi jangan cemarkan ia dengan susu ciptaan manusia.

2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari

Tubuh badan kita dah di'design' lepas beranak mesti kene menyusu. Itu yang Allah swt jadikan. Memang secara fitrahnya kuar susu n susu tu perlu disalurkan kepada anak. Kalo tersimpan je tu yang mengkanser tu. Bila kita tidak menyusukan, maka hormon dan 'design' badan terganggu.

3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.

Ibu-ibu yang menyusu ni lambat datang period. Benda bukan sahaja merehatkan ovari (sekaligus mengurangkan risiko kanser ovari) malah membantu menjarakkan kelahiran. So anak bolehlah bermanja dgn makpak puas-puas. Tak perlu makan pil perancang.

4. Jika susu dicairkan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan.

Kadang-kadang bila anak demam, cirit-birit or batuk, doktor suggest cairkan bancuhan susu. Konon kalo pekat sangat nnt baby bertambah panas. Kat situ dah nampak kekurangan susu formula. Yalah, apalah sangat nak dibandingkan susu ciptaan manusia dgn susu ciptaan Allah swt kan. Bila bancuhan dicairkan, maka kuranglah zat yang anak dapat. Dahla sememangnya zat yang dibekalkan kurang. Kesian kat anak..

5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang

Bila anak menyusu, ibu dapat membekalkan susu yang masih panas dari badan, darah n daging ibu sendiri. Temperature susu tu plk tak perlu diadjust2, x perlu nk titiskan atas tapak tangan nak rasa panas ke tak. Anak dapat berkongsi  menikmati apa yang ibu makan malalui susu ibu. Semasa menyusu juga anak dapat mendengar degupan jantung ibu. Pastinya tiada satu pun susu ciptaan manusia yang boleh tiru bab ni.  Disitu anak dapat berkongsi perasaan ibu. Proses "skin to skin" membantu mengeratkan lagi kasih sayang ibu dan anak. Dakapan ibu ketika menyusukan anak juga membuatkan anak merasa lebih selamat dan tenang.

6. Mudah tercemar.

Susu bancuhan formula mungkin lebih tercemar kerana menggunakan sumber air yang kurang bersih walaupun sudah dimasak. Susu formula yang diproses juga tidak terjamin kebersihannya berbanding susu ibu yang kebersihannya TERJAMIN SERATUS PERATUS kerana ia hadiah dari Allah SWT.

7. Kegemukan

Kerana persaingan, syarikat-syarikat pengeluaran susu formula terlalu taksub sehingga terleka. Mereka menginovasikan susu formula sehingga mengakibatkan bahan-bahan yang diproses mendedahkan bayi kepada risiko kegemukan/diabetes.

8. Mudah mendapat cirit-birit.

Bukanlah anak2 yang menyusu ibu langsung tidak diserang cirit-birit,tp peratusnya sangat rendah berbanding minum susu formula. Ini kerana susu formula yang diproses tidak mengikut kesesuaian usus anak-anak. Setiap usus anak berbeza. Hanya susu dari ibu sendiri yang sesuai dengan keperluan perut n usus anak masing-masing kerana Allah Lebih Mengetahui.

* Jangan pernah ragu-ragu dengan ciptaanNya *

Salam Ramadhan : Mohon Ampun Dari Allah SWT tapi..

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi. 
Syukur aku masih bernafas.

Sebelum memulakan Ramadhan,
saya AINUL ADILA BINTI MUSA dengan rasa
rendah hati memohon keampunan di atas segala kesalahan.
Sesungguhnya, saya yang bersalah.

Sempena Ramadhan juga aku ingin mengubah pembacaan doa.
Masa dengar ceramah motivasi Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew
beliau nasihatkan bila berdoa kita sebutkan nama orang-orang yang didoakan.
So pasni kene sebut nama hubby, makabah,pa n ma, adik bradik n ipar duai dan anak-anak.

Selama ni ble berdoa aku cuma memohon semoga Allah SWT ampunkan dosa aku.
Arini baru aku sedar bahawa..

Apa yang kita tidak dapat daripada orang lain mencerminkan apa yang kita enggan beri pada orang lain.

Aku sibuk mintak ampun dari Allah SWT 
sedangkan aku tak ampunkan orang lain.
So mulai saat ni lepas mintak ampun dr Allah swt
 terus ampunkan orang lain.

* Ahlan Wasahlan wa Marhaban Ya Ramadhan

Thursday, July 19, 2012

3 Kesedihan Menemani Hari Yang Mendung.

Hari ni hari yang sedeh..
Pagi2 baca paper..

Aku taktaw ke mane hilangnya hati manusia zaman skrg ni.
Budak ni baru 4 bulan.
Lebih kurang sebaya anak aku.
Sesejak ada anak ni ati aku sgt fragile ble baca bab2 anak ni.

Tengahari bukak fb,
terjumpa plk post ni..

Adik ni sakit leukimia..
Allahu Akbar..deritanya..
Speechless..

Ble petang update blog..
terbaca plak ni...


Terharu aku baca pengorbanan sorang suami
menjaga isteri yang terlantar sakit.

SubhaAllah..benda2 ni sume buat aku sedih.
Aku doakan aku, keluarga dan sume muslimin dan muslimat dilindungi Allah swt jua. 

*Semoga kesedihan tak menjejaskan pengeluaran susu Humayra Azzehra.

Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah..
Sepanjang menempuh cabaran dalam menyusukan anak,
Ahmad Farhan Bin Abu Makhfud
merupakan satu-satunya insan yang sentiasa memberikan sokongan.
Suami akulah insan yang sentiasa mencarum semangat positif
utnuk aku terus menyusukan anak.

14 Julai lepas hubby bawak aku n baby ke
KARNIVAL MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU
di Auditorium Perpustakaan Negara.

Padahal sebelum tu hubby dah plan nk blk kampung.
Tapi die postpone planning tu.
Hubby balik kerja awal sejam.
Semata-mata nk bwk aku g karnival tu tanda sokongan.
Sangat terharu..

Hubby yang handle Myra Zara. Ble Myra Zara ngamuk (maklumlah sejuk ya Rabbi tempat tu),
hubby tidokan anak kat luar utk bagi chance aku dgr forum tu.

Serina Redzuawan antara panel forum "DILEMA WANITA BANDAR : TIDAKKAH GLAMOR MENYUSU SUSU IBU". Serina juga merupakan ibu yang menyusukan anak.

Kat karnival tu jgk amek peluang jumpa ahli-ahli KUMPULAN IBU-IBU MENYUSUKAN ANAK.
Selalu chatting di alam maya je berkongsi pengalaman.

Hurmm..anak-anak yang menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa susu lembu mmg sgt chubby!!

Antara tetamu yang hadir. Penuh jgk auditorium tu dats y kitorang kene duk kat depan tempat media.

*Yang paling best dapat sijil n Forum ni dikira satu hari kursus utk penjawat awam. Alhamdulillah..YESSS!!

SELAMAT MENDUNIAKAN SUSU IBU.

Wednesday, July 18, 2012

KESERONOKAN BEKERJA

Bestnya pagi ni ada ceramah KESERONOKAN BEKERJA.
Semalam for intro sorang bos ada mention bout d same thing.
Ada orang bekerja x bz buat2 bz, ada yg xtaw cari kerja (aku la tu..hahaha),
ada yg keje krn tuntutan, mcm2 la..

AKU??

Aku niat bekerja..
1. Nak dapat pahala sunat membantu suami menjana pendapatan keluarga
2. Sebab mak n mama kate jgn benti kerja, nnt menyesal sbb xde income sendiri.

Aku mmg sorang wanita yang bukan jenis yg suke ada kerjaya.
Aku kerja bukan sb baku nak kerja, tp
sbb nak tolong suami.
Maklumlah hidup dlm bandar besar ni.
Dats y aku tak berminat nak sambung belajar..boleyhh??
Tak boleehh..

Aku lebih suka bekerja di rumah.
Bangun pagi basuh kain, kemas rumah, preparing breakfast,
jemur kain, preparing lunch, angkat kain,
tukar cadar, deco rumah, kemas almari.
Yang paling best susukan anak, mandikan anak, pakaikan anak baju cantik,
sikat rambut anak, main dgn anak.
Yang paling memPAHALAkan layan suami.
(Okeh yang ni takleh gtaw details..hihihi)
Tapi haruslah taw bahawa ble suami ghairah pandang kte pun kte dah dapat pahala.
So tak susah..jalan je lenggang lenggok dpn die..ewaahh!!

But then, taklah aku tak buat kerja langsung.
At least setakat ni bile bos bagi kerja, aku buat je.
 Kalo die x bagi je aku tak buat.
Taktawlah kalo ada kerja yang aku tak buat..maybe aku terlalai.
Aku buat kerja ikut SKT je..
Muahahaha..
Semoga lepas ni aku akan lebih seronok bekerja dan pandai cari kerja!!

Everything i do, i do it for them n Lillahitaala.

Friday, July 13, 2012

The Bible The Quran and Science

THE BIBLE, THE QURAN AND SCIENCE

Da lame x soping kat MPH.
Last bli buku Azhar Idrus.
Long time ago.

Agak2 bapela rege buku ni?
Sok nak try cari.
by Dr. Maurice.

Dr ni converted after buat kajian bout Firaun.
He found out ada sisa garam pada mumia Firaun.
Lepas die taw Quran mendahului kajiannya,
trus Dr ni beriman pd Islam n Quran.

Susu Tak Cukup : Perah Dapat Sesudu Je... ;(

Tetibe terlintas di fikiran..
Kenapa sedaya upaya Yahudi nak jajah pemikiran umat Islam??

Sebab dorang taw orang Islam kalo ajak berperang mmg kuat.
Dari zaman Nabi SAW dulu lagi,
umat Islam sangat kuat di medan perang.
Setiap panglima dan pahlawan Islam tak takut mati.
Sebab sume nak mati syahid.

Ada satu cerita sorang ibu menangis bila kesemua anak-anak lelakinya mati di medan perang.
Bukan menangis sebab sedih anak meninggal, tapi sedih sebab dah takde anak utk dihantar ke medan perang.
Demi Islam, umatnya sanggup tumpah darah.

Dorang taw dorg mudah kalah di medan perang,
jadi Yahudi guna cara lain.
Dorang guna cara psycho.
Dorang racuni pemikiran kte, jajah kehidupan kte
sehingga kte tak sedar, alpa dan lalai.

Bermula sejak kte bayi, dorang buat mcm2 jenis susu lembu.
Suh kte bagi kat anak2 kte.
Padahal Nabi SAW pun minum susu ibu.
 Dicari pulak ibu susuan dari ceruk kampung asalkan susu ibu.

*sll aku dgr Nabi SAW mnum susu kambing, bkn susu lembu.kan?kan?


Tapi hari ni, blum ape2 ibu-ibu dah give up kate susu badan x cukup.
Kerja plk tu..so solution..
SUSU FORMULA.

 Kaw bleh la ckp besar sbb susu kaw banyak kan? 
Kaw bleh bagi anak kaw susu.
Tapi aku takde susu, bkn sengaja xnk bagi..

Okeh..tu contoh ayat je..

Taw tak sbnrnye aku pun PENAH sumbatkan anak aku dgn susu ANMUM.
Masa tu Myra Zara umo baru 3 ari.
Ni sume gara2 aku TAKDE SUSU.
After my laki bought me a battery operated breastpump,
tp setitik pun x kuar.
Belilah yang letrik plk.
Dah bli yang letrik pny pun, kuar x sampai 1 oz pun.
Aku agak ada dlm satu sudu la susu yg berjaya dipump.

YA ALLAH..SIKIT NYE...!!
Petu aku pun bagi la susu ANMUM.
Sbb anak aku asek meragam nak ngempeng je.
Mak kate..
"Anak kamu ni nak memerap je agaknye tak ckup susu kot"

Gosh!! Aku amat menyesal bagi die Anmum.
Itupun lepas aku baca FAKTA mengenai bayi dan susu ibu.
Aku baca n research regarding..
BREASTFEEDING, MILK BOOSTER,
KONSEP PENGELUARAN SUSU IBU.

Hakikatnya..
Memang pengeluaran susu di awal kelahiran sikit.
SEBAB PERUT NEWBORN BABY CUMA SEBESAR BIJI KACANG..
Then how m i going 2 fed my baby wit 3 or 4 oz milk?
Cane nak fit dlm perut die yg sebesar kacang tu?
Sbb tu Allah SWT bekalkan sesudu je utk perut sekecil tu.
Jadi takdelah masalah TAK CUKUP SUSU..
SubhanAllah..Allahuakbar..
Allah lebih Mengetahui.
Sebab tu Dia hanya bekalkan susu yang MEMANG SECUKUPNYA utk anak aku.
Cuma sesudu utk perut kecik tu.
Kot kuar 3,4 oz susu, aku sumbat plk kat anak..
tak ke termuntah monggek budak tu?

Patutla masa nurse dtg umah die kate
"Sbnrnye baby baru lahir minum dlm 1 oz je dlm masa 24 jam"
Aku ingat lagi ayat nurse tu..

Dah tu kenapa masa tu anak aku asek merengek?
Nak memerap cam tak ckup susu?
Sbnrnye sbb newborn baby tak biasa lagi dgn surrounding.
Sll dalam perut gelap, panas cam kene peluk.
Bukan x ckup susu or lapar,
tapi baby nak haba n bau ibu die.
Bukan nak susu sgt pun..
Dont simply jump into conclusion!!
Susu tak ckup la, lapar la..haishhh!!

Wendu plk kat anak mase die kecik seketul dulu...

Thursday, July 12, 2012

Susu Formula Ciptaan Yahudi?

Aku tak marah pada ibu-ibu yang bagi susu formula (fm) pada anak-anak.
Aku pun penah bagi fm pada anak2 buah aku.
Dulu anak2 buah aku 4 orang aku yang jaga.
Sebab dulu aku keje kat Ipoh, dok skali gn anak2 buah aku.

Pernahlah aku jaga dorang sekejap masa baby.

Tangan ni lah yang bancuh fm.
Tangan ni jgk la yang suapkan fm.
Dan skrg hati ni jgklah yang menyesal.
Sebab dulu aku takde ilmu.
Sekarang aku dah byk membaca tentang penyusuan ibu.
Dan aku dah taw kepentingannya utk aku kongsikan pada sume.


KENAPA AKU KATA SUSU FORMULA CIPTAAN YAHUDI?


Memang hakikatnya susu formula pertama kali dicipta oleh kaum itu.
Dulu fm dicipta untuk orang-orang kaya yang malas menyusukan anak.
Maklumlah orang kaya..dorang makan pun orang gaji masakkan.
Kalo boleh nak orang gaji suapkan.
Inikan pulak nak bagi anak2 susu.
Jadi dekat tin susu formula tertera perkataan


SUSU UNTUK ANAK ORANG KAYA


Bila ada fm, senanglah ibu2 kaya ni bersenang-lenang.
Takyah susukan anak, biar pembantu yang bagi.
Lama kelamaan sume orang berkemampuan.
Lalu susu ibu hanya utk orang kampung yang tidak mampu beli fm mahal2.


Hakikatnya..
Sehingga ke hari ni..
Kebanyakan orang Yahudi sendiri menyusukan anak dorang sehingga umur anak mencecah 2 tahun. Takde setitik pun susu lembu mengalir dalam darah daging anak dorang.

Kenapa?
Sebab itulah yang termaktub di dalam Al-Quran.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”
al-baqarah 233

Orang2 Yahudi sendiri percaya akan Al-Quran.
Kita yang Islam ni yang masih taknak praktikkan.

Mmg begitulah sikap dorang.
Dorang gantikan susu ibu, susu dari Allah swt dengan susu lembu utk anak2 kte minum.
Dan kita ikut...
Dorang gantikan solat 5 waktu sehari semalam dengan senamrobik.
Dan kita ikut..
Dorang gantikan dessert slps makan sedangkan Nabi SAW ambil buah sblm makan.
Dan kita ikut...

Banyak lagi benda yang Yahudi twist daripada Al-Quran.
Sume tu utk pesongkan umat Islam.
Sedangkan dorang sendiri praktikkan apa yang Nabi SAW amalkan.
Sampai ble kita nak jadi cam lembu kene cucuk idong??
Tepuk dahi, tanya hati.
Kalo dah namanya susu lembu, anak aku mmg refuse!!

Bengang : Kenapa Nak Paksa Aku Bagi Anak Minum Susu Lembu??

Pagi-pagi lagi dah ajak aku bagi ceramah kan..
BOILING POINT AT MAXIMUM!!

Tadi ada sorang colleague suggest aku bagi anak minum susu formula (fm)
Die suggested aku bagi Dugro la, Lactogen la..
Aku ckp aku dah try bagi Anmum,
tapi anak aku refused.
Maybe sbb aku n hubby dah niat nak bagi fully bf kat anak.
Tanak campur fm.

Mati2an die bertekak gn aku..
"Susu ibu tu utk ibu2 yang tak bekerja je"
"Awk kerja sanggup ke nak layan anak menyusu je"
"Susah bagi susu ibu ni"
"Awk sanggup berjaga malam setiap 2 jam"

Kenapa aku kene berkira dgn anak aku?
Anak tu amanah dari Allah swt.
Allah amanahkan anak utk aku pelihara sebaiknya.
 Allah juga anugerah susu utk aku salurkan pada anak aku.
 
SUSU IBU ITU HAK ANAK 
 
Di akhirat nanti kau ke nak tolong menjawab??
Hak anak..sape aku utk menafikan??
 Dah Allah swt kate susu ibu utk anak ibu,
kenapa aku kene amek susu lembu utk anak aku?
Biarlah anak lembu minum susu mak die.
 
Kenapa plk aku tak sanggup berjaga malam?
Anak aku jaga malam bukan tiap2 2 jam pun.
Kalo anak aku nak susu pun,
aku sumbatkan aje.
Tak payah susah payah bangun g dapur bancuh susu.
Takyah susah ati takot susu tumpah.
 
Jangan berkira sangat dgn anak.
Nanti dah besar anak pulak berkira dgn kte.
Nak camtu?? 
 
 
Aku bangga dapat penuhi hak anak aku.

Ada orang bangga bagi susu formula mahal2 utk anak.
Apa yang dibanggakan?
Susu tu ciptaan Yahudi, bukan ciptaan Allah swt.
Susu formula tu mahal tapi kene bancuh sendiri.
Susu ibu tu Allah SWT bagi percuma dan tak perlu buat apa2.
Bagi je dgn Bismillah dan selawat.

Monday, July 9, 2012

Update Susu Utk Baby Ali Athauri

Alhamdulillah dah sent susu utk baby Ali Athauri.
Cantek sgt sis Nik Rashidah.
Orangnye kecik molek,putih melepak, muka bersih..
sebersih hatinya..
Sanggup collect susu dr mommies2
n pos pada baby Ali Athauri.
*ok aku dah taw nape Baby Ali tak dapat susu dr ibunya..kesian..*

B4 bagi pada sis Nik Rashidah,
aku try tanya 2 org mommies yg jgk menyusukan anak di ofis aku.
Kotlah dorg pun nak sumbangkan sikit susu buat Ali.
Aku citekan masalah baby Ali.
"Takyah banyak2, dpt 3,4 oz jadilah.
Baby Ali minum sikit2.."

Mommies ni kesian kat baby Ali,
tp dorang blum terbukak ati nak bagi susu dorang.
Sebab tak cukup katenye, even nk bagi 2oz pun x ckup..
Takpelah masalah orang kte taktaw kan.
Jangan sampai sbb nak bagi susu kat Ali,
anak sendiri kelaparan.
Aku ingat lagi ada satu hari..
Sorang mummy ni tgu turn nak mengepam.(sbb suis kat surau ada 1 je)
Aku pun stop sbb nak bagi laluan.
Akak tu tgk susu aku trus kate..
"Eh udah ke? Banyak tu je susu? Sikitnye...."
Aku senyum, petu aku jwb..
"Anak sy 2bln stgh, skali minum 2oz je.
Ni dapat 5oz bleh 2 kali minum kot..jadilahhh"
Akak tu bgtaw die skali pump dpt 8-10oz.
Banyakla tu..alhamdulillah rezeki utk anak die yang dah 10 bulan tu.
Semoga rezeki anak die trus bertambah.
Akak tu kate susu aku sikit, susu die banyak.
Tapi die x mampu nak bagi susu kat adik Ali.
Katenye susu die x cukup.
Pulakkk..ritu kate susu banyak dari susu aku...??


Ni susu yang dipos Sabtu ritu.
Aku amek dr blog akak comey tu..
Without permission bleh??

Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kepada si kecil itu..Amin Ya Rabbal Alamin..

 Gambar hiasan.

Hihihihi..smlm last Floria, last jgklah fireworks.
Biar berdentum-dentam, anak Bonda tetap tido.

Gambar takde kaitan dgn cte update.
 
Asyiknyeee Tok, Opah n Babah.
Maklumlah hari terakhir..

Saturday, July 7, 2012

Fireworks Floria Di Rumah Jeee...

Sok hari last FLORIA.
Spjg seminggu Floria, slame tu jgkla tiap2 mlm ada fireworks.

Eksen bunyinye..
hahahahaha..taw xpe..
Wlaupun aku dok kuarters je..
tp view nye sgt awesome!



Tudiaaaa..sambil mengait dok d balkoni pun bleh..

Friday, July 6, 2012

Susu Untuk Baby Ali Athauri.

Aku taktaw sape adik Ali Athauri.
Yang aku taw baby ni premature.
Born on 27 weeks.
Sangat kesian..sampai 1 hari die terpaksa pose half day.
Sbb tak ckup stok susu.

KOSONG.Pic ni aku amek dr blooger Qay Muhd, dietition baby Ali.

Ibu Ali x mampu nak produce susu.
Kenapa?
Aku pun taktaw..ada la masalahnye tu..
Kalo tak takkan la susah payah nak kene cari susu untuk si kecil ni.

Aku dah lama nk sedekahkan susu utk Ali.
Since Myra Zara xmo lgsg minum botol,
so susu yg aku pump tersimpan je.
Cane nak bagi die kan..
pakai syringe pun die xnk.

I AM EXCLUSIVELY DIRECT FEEDING MY BABY.

Lepas discuss gn hubby, hubby izinkan.
Cuma 4-5 oz dari sorang ibu utk baby Ali.

 Syarat2 untuk sah menjadi anak susuan:-

1) Bilangan susuan hendaklah dengan 5x susuan
2) susu yang dihisap hendaklah sampai ke perut bayi
3) Umur bayi tidak lebih 2 tahun
 
Dorg tanak ibu susuan.
Aku taktaw kenapa...adala sebabnya tu..

Kalo dah ramai2 jadi ibu susuan Ali Athauri.
Nanti dah besar ramaila adik beradik Ali yang mungkin Ali sendiri x kenal.
Silap2 bleh bercinta dgn beradik sendiri.
Kawen plak..haruuu...

Hasil susu perahan utk baby Ali.

Semoga Ali Athauri sihat n cepat membesar sayang.
Nanti bleh men gn Humayra Azzehra.

Anak Bonda n Si Merah.

Malam ni nak bagi susu utk baby Ali Athauri
Janji dgn sis Nik Rashidah kat Mydin Putrajaya.

Sape2 yang terniat nak sedekah utk baby Ali boleh contact nombor ni.

Qay Muhd. 0193559373
Nik Rashidah 0179018006

Betulke Tidur Lepas Asar Boleh Hilang Akal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...