Thursday, March 1, 2012

Kunci Kehidupan : 30 Hari Lagi Menghadapi Dunia.

Welcome March!!
Another 30 days to go...
B4 diz aku rase takut nk menghadapi saat2 nak deliver.
Tapi harini aku rase x sabar2 nak tgk anak sulung aku.

Anakku sayang..

U got another 30 days to go..maybe less or more than it..Bersedialah menghadapi cabaran n dugaan di dunia. Selalu ingat dunia penuh pancaroba dan penipuan. Kebahagiaan di dunia hanya maya, jadi janganlah terlalu mengejar kebahagiaan di sini,.Sebaliknya berusahalah utuk kebahagiaan akhirat yang hakiki.

Bonda doakan sayang jadi insan yang dapat membimbing umat Rasulullah SAW ke jalan Allah SWT. Zaman sayang mungkin lebih mencabar dari zaman Bonda n Babah, jadi sayang kene jadi lebih kuat dari kami. InsyaAllah kami akan berikan ilmu yang terbaik buat sayang. Bonda tak nak sayang takut tapi Bonda nak sayang teruja untuk menjadi khalifah. Bonda nak sayang sentiasa amalkan zikir yang Bonda selalu perdengarkan sepanjang sayang dalam kandungan Bonda.

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
Nur Muhammad Salallah
LailahaillAllah
 
Cukuplah Allah sebagai Tuhanku
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur Muhammad selawat dan salam keatas Baginda
Tiada Tuhan melainkan Allah.
 
Jadikan ini sebagai kata kunci dan penawar dalam kehidupan. Walau apa pun yang terjadi, sedih mahupun gembira jadikanlah Allah SWT sebagai tempat bergantung. Bukan pada Bonda, Babah atau sesiapa saja, tetapi hanya Allah SWT. Letakkan kasih sayang dan keyakinan yang paling tinggi pada Allah SWT. Sayangilah Allah SWT lebih dari segalanya. Mintalah apa sahaja dari Allah SWT setelah sayang lakukan segalanya demi Allah SWT kerana Allah SWT Maha Memberi dan Maha Memakbulkan.
 
Panduan hanyalah berlandaskan mukjizat Nabi Muhammad SAW iaitu al-Quran dan amalkan gaya hidup mengikut sunnah Baginda. Tiada kitab atau buku yang lebih 'bernilai' melainkan al-Quran. Apa saja kekeliruan sayang dalam hidup kelak, segalanya terjawab dalam al-Quran. Jika sayang abaikan al-Quran, bermakna sayang mengabaikan kehidupan sayang. Tiada tradisi yang wajib diikuti melainkan sunnah Nabi SAW.

Inilah kunci kehidupan yang Bonda bekalkan untuk sayang. Bersedialah sayang..30 hari lagi. Sayang kene kuat..bila tiba harinya, sayang tolong Bonda, Bonda tolong sayang. Kita sama-sama kuat. Kita akan bertemu 4 mata suatu hari nanti. InsyaAllah.

1 comment:

JR said...

Apa pun jantinanya, semoga dia lahir sebagai manusia sempurna yang tidak gentar kpd dunia yg dibaluti banyak kepalsuan ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...