Thursday, February 23, 2012

Bukan Berpolitik, Sekadar CAKNA.

source n credit to : click here

* Saya copy paste info ni. Forwarded by my hubby.*

Baru-baru ini saya post pendapat saya tentang politik di Malaysia di status facebook saya. Salah satu berbunyi; “Kebanyakkan rakyat takut untuk berubah kerana TAKUT hilangnya Melayu.” Saya petik sebuah syair Arab menyatakan, “sesebuah bangsa itu tidak akan hilang melainkan runtuhnya akhlak bangsa tersebut”.

Kemudian saya dapat satu private message di inbox Facebook saya menyatakan ketidakbersetujuan beliau dengan pendapat saya.

Pertama kali saya dapat komen private sebegini mungkin juga kerana ini pertama kali saya dengan terang-terangan menyatakan pendapat politik saya yang mentah ini. Saya menulis di sini kerana saya kira ianya tanggungjawab saya sebagai gadis berusia 24 tahun, mengambil jurusan undang-undang yang suka ambil tahu dan mencari maklumat untuk mengetahui kebenaran kerana saya tidak suka menerima apa yang disuap sahaja.

Dan semoga, jika Allah menyoal saya di akhirat kelak apa yang kamu lakukan untuk kebaikan Islam? Saya akan menjawab usaha saya yang satu ini untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya yang tidak tahu akan mengetahui dan pengetahuan saya tidak sia-sia. Sekurangnya saya berusaha.

Private message tersebut berbunyi berikut:

My opinion

Salam “gadis”, Melayu memerintah Kelantan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan tapi yg menjadi kekhuatiran ialah orang Bukan Melayu (DAP atau parti yang mengikut telunjuk DAP) memerintah Persekutuan...Uncle tak khuatir kalau Melayu memerintah Persekutuan tak kira parti apa asalkan Melayu.

DAP akan mengujudkan Malaysian Malaysia jika mereka memrintah, semua sama rata, tidak ada siapa yang mendapat keistimewaan. Orang Melayu lebih-lebih lagi di luar bandar masih belum boleh bersaing dengan bangsa asing seperti orang Cina terutama dalam bidang pendidikan & ekonomi. Uncle tak risau langsung kalau PAS betul-betul kuat, memerintah tanpa perlu kerjasama dengan DAP. Uncle menyokong Hudud... Sebagai orang  Islam kita perlu sokong hukum Allah.

Keadaan dalam negara kita membimbangkan, orang Cina dah naik kepala, tanpa segan silu mempertikaikan keistimewaan orang Melayu, mengejek-ejek orang Melayu, secara terbuka di fb mengkritik orang Melayu. Uncle takut kita jadi seperti Singapura... Itu pandangan Uncle sebagai orang tua yang makan lebih sikit garam daripada orang muda seperti ”gadis”.... Uncle memikirkan nasib anak cucu uncle ... Nauzubillah orang Cina memerintah kita ...


Jawapan saya:

Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat uncle tersebut. Saya juga mempunyai kerisauan yang sama sebelum ini. Tetapi selepas saya lihat semua keadaan, meneliti semua maklumat, kenaikan suara orang Cina memang tidak dapat dibendung lagi.

Persoalan utama adalah tentang kebangkitan orang Cina yang akan menganggu gugat kedudukan orang Islam dan Melayu terutamanya. Seperti yang saya katakan tadi kebangkitan orang Cina tak dapat dibendung lagi terutama sokongan kepada DAP. Boleh dikatakan hampir 90 % daripada mereka menentang kerajaan. Oleh itu walau apa cara sekali pun, parlimen akan datang akan dipenuhi dengan orang Cina iaitu melalui  kerusi-kerusi DAP dan mereka pasti akan memenangi kerusi tersebut dengan sokongan penuh orang Cina sekarang ini.

SATU sahaja cara untuk membendung keberkuasaan orang Cina terhadap orang Melayu, iaitu orang-orang Melayu yang menyokong Umno sebelum ini menyokong PAS. Jika kita menyokong PAS bermakna PAS akan majoriti dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa saya menyatakan begini? Di dalam Pakatan Rakyat, mereka telah membahagi-bahagikan kerusi antara PAS, PKR dan DAP. Seperti kita tahu kerusi PAS adalah sekitar 80 kerusi PKR sekitar 90 dan dan DAP cuma 42. Mengapa kerusi PAS dan PKR lebih banyak? Kerana penentuan kerusi ini adalah berdasarkan populasi penduduk. Untuk kawasan Melayu, diletakkan calon PAS dan untuk kawasan Cina diletakkan calon DAP manakala pengundi campuran adalah PKR. Kita juga tahu Melayu adalah majoriti di negara ini.

Sebab itu saya katakan, dengan satu cara sahaja untuk selamatkan keberkuasaan Melayu iaitu dengan cara semua orang Melayu mengundi PAS. Ini akan menyebabkan secara automatik majoriti kerusi parlimen akan dimenangi oleh orang Melayu melalui PAS. Dengan cara ini, Islam akan mampu mengubah keadaan parah Malaysia, bukanlah semata-mata untuk mencari kekayaan untuk keluarga sendiri seperti berlaku sekarang ini.

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila orang Melayu terus mengundi Umno (kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu) dalam pilihan raya umum nanti ketika orang Cina sudah mengundi Pakatan atau jelas DAP dan PKR.

Ketika itu, Umno akan menang sekitar 70 kerusi Melayu yang ditandinginya. PAS pula akan tinggal bawah 10 kerusi. DAP akan menang 40 kerusi yang ditandinginya manakala PKR akan menang 50 kerusi. Selebihnya dimenangi oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Bayangkan scenario yang berlaku ketika itu. Negara tidak stabil. Kalau BN menangpun dengan kerusi yang majoriti kecil, dan Pakatan pula menjadi pembangkang dengan kekalahan yang kecil. Negara seolah-olah dikuasai oleh Melayu sedangkan pembangkang adalah Cina sepenuhnya.

Negara tidak akan stabil. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang politiknya bercorak dikotomi di mana kerajaan adalah Melayu manakala pembangkang pula Cina. Perkara ini adalah sangat tidak sihat kerana pentadbiran negara tidak akan fokus kepada mambawa kebaikan kepada semua pihak tetapi sesetengah pihak sahaja.

Namun perkara ini boleh diimbangi dengan mengundi PAS yang sudah tentu orang Melayu dan Islam yang betul-betul mahu membela Islam dan juga Melayu. Ketika itu, Cina yang menyokong DAP akan bergabung bersama dengan  Melayu yang menyokong PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Inilah formula kestabilan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Suasana kestabilan di bawah BN tidak boleh berlaku lagi kerana Cina sudah tidak bersama dengan BN kerana mereka menolak politik Umno.

Tidak terfikirkah betapa orang PAS dan saya sendiri sayangkan bangsa saya, Melayu. Semua orang sayang akan bangsa mereka sendiri termasuk Cina, India dan lain-lain. Tetapi saya musykil betul kah Umno sayangkan Melayu itu sendiri atau sekadar gah dengan PERKASA

Terlalu banyak pembelotan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia sehingga kini. Tidak terfikirkah mengapa Cina begitu tegar menentang kerajaan BN sekarang? Tidak sedarkah kenapa mereka menuntut hak itu?

Tidak sedarkah bahawa mereka menuntut hak tersebut KETIKA pemerintahan sekarang yang mengamalkan ketidakadilan, kronisme, penipuan dan rasuah. Sebab mereka sudah muak dengan sikap pemerintahan BN di mana bagi saya sangat melampau cara mereka menggunakan wang negara (sila rujuk laporan audit negara).

Malaysia sangat kaya dengan gas, sawit, emas, getah, timah, dan banyak lagi, tetapi masih ramai lagi rakyat yang sangat miskin. Sedangkan negara kita kaya tetapi di sebabkan pemerintah yang tidak menguruskan negara dengan betul, Malaysia menjadi sekadar sebuah negara kroni sahaja.

Jika dibandingkan dengan negara Arab Saudi yang jauh lebih berkebajikan walhal sumber hasil mereka cuma petrol dan gas tetapi mereka berjaya memberi pendidikan percuma, air percuma, harga minyak yang murah dan lain-lain keperluan asas rakyat yang wajib di penuhi pemerintah. KENAPA BUKAN MALAYSIA?
Tentu Uncle fikir, kenapalah saya beriya sangat dengan politik ini sedangkan saya masih mentah? Sebelum ni saya tidak berapa kisah tentang politik. Bagi saya semua politik sama, ada kepentingan dan kotor. Tetapi tidak perasankah kita betapa teruknya gejala sosial sekarang dan Malaysia kita seperti tiada Islam lagi.

Masyarakat sekarang dibentuk dengan hiburan yang berlebihan, sukakan hiburan, sistem pemerintahan yang tiada tarbiyah langsung terhadap masyarakat menyebabkan anak luar nikah dan zina tidak terbendung, terasa tidak selamat di negara sendiri dengan kadar jenayah yang meningkat, dan paling menyedihkan tiada lagi akhlak di kalangan kebanyakan anak muda yang bakal memimpin negara.

Saya berfikir, dengan apakah supaya negara ini berubah? Saya mencari punca kenapakah negara ini menjadi sebegini rupa? Cuma satu penyelesaian saya jumpa iaitu dengan BERUBAH. Berubahnya cara pemerintahan negara dengan mengubah pemerintah tersebut. Untuk berubah, hanya dengan mekanisme politik dapat mengubah tampuk pemerintahan tersebut.

Tahukah bahawa semua kerusi ibu negeri di setiap negeri sekarang seperti Kuantan, Shah Alam, Alor Star, Ipoh, Seremban, Melaka dan lain-lain ibu sudah dimenangi Pakatan Rakyat  kecuali Arau sahaja yang tidak dimenangi? Mengapa mereka yang berada di kawasan membangun ini memilih untuk berubah dan tidak di lain kawasan?

Kerana mereka cakna dengan maklumat dan boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi yang ada dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media utama seperti mana yang dimahukan kerajaan.


Ketahuilah, kebanyakan masyarakat sekarang mengalami KETAKUTAN disebabkan media. Saya gelar itu sebagai ‘media freak’ kerana media sering memomokkan betapa Melayu akan hilang dengan berubahnya tampuk pemerintah. Tidakkah anda sedar bahawa sistemnya masih sama di mana di dalam BN, terdapat MCA dan MIC manakala di dalam PR terdapat PAS, PKR dan DAP. Namun keduanya amat berbeza dari segi perjuangan iaitu BN memperjuangkan kronisme manakala PR memperjuangkan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Merujuk kepada buku Jingga iaitu tawaran daripada PR, tiada apa yang berbeza dengan keistimewaan hak orang Melayu di mana mereka masih mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu dan juga bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi.

Kenapa masih takut? Takut bahawa PAS akan ikut telunjuk DAP? Ia akan berlaku kalau PAS minority tetapi jika PAS majority dalam kerajaan berkenaan, DAP akan mengikut telunjuk PAS.

Jika anda lihat debat antara DAP dan MCA, anda akan lihat siapa yang mengikut telunjuk siapa selama ini. Kata Chua Soi Lek presiden MCA; “Kita orang Cina berani menentang Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?” kemudian Lim Guan Eng, Setiausaha DAP menjawab; “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. Anda bijak, anda yang menilainya.

Bukankah Allah sudah berjanji Islam itu rahmatan lil a’lamin (rahmat untuk seluruh alam) tidak kira bangsa dan agama. Kenapa perlu terlalu takut? Takut dikatakan tidak mengenang jasa? Bukankah sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk membina negara? Tapi negara seperti apakah yang sedang di bina sekarang? Negara korupsi dan kronisme?

Kata akhir saya, jadilah warga yang CAKNA. Jangan sekadar menerima apa yang disuap, dapatkan juga maklumat lain supaya kita dapat membuat perbandingan dan menilai dengan bijak. Selainnya, terserah pada semua untuk membuat pilihan.

Sekian, maaf jika saya yang sekadar memerhati dan masih mentah ini menyinggung mana-mana pihak.
--------------------------------------------------------
Girl in The Green Scarf adalah seorang pelajar sebuah universiti tempatan. Tulisan ini adalah adaptasi dari perdebatan beliau dalam facebooknya ekoran penyataan pada dinding facebooknya tentang isu politik.

UAI : Kita Lagi Teruk Dari Syaitan Kalau Tak Sujud Pada Allah SWT.

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Saat-saat Terakhir Pemergian : Amalan Yang Diulang, Ucapan Yang Disebut.

Aku memang tak berkesempatan berjumpa dengan Tok aku sebelah mak.
Kirenya ayah mak aku la.
Sbb Allahyarham meninggal sebelum aku dilahirkan.

Kata mak Tok berkulit putih, orang nya kurus je.
Tok rajin, pembersih, sume orang senang dengan Tok.
Kalo Tok kemas umah, kalah anak-anak dara.
Pas makan kalo anak-anak tangguh cuci pinggan mangkuk, Tok yang akan setelkan.
 

Apa yang aku nak share kat cni kisah saat-saat terakhir Tok pergi menghadap Allah SWT.
Mak yang cerita balik..

Masa tu dalam tahun 80an.
Abah izinkan mak jaga Tok kat kampung.
Kampung kitorang tak jauh..x sampai 10 minit dah sampai.
Abah keje cikgu, so tak susah nak handle 2 orang anak, keje sampai tengahari je.

Satu hari Tok suruh mak potongkan kuku tangan n kaki die.
Pastu Tok suh bersihkan kudis n kulit kering belakang badan die ..(sbb lama sgt berbaring)
Mak pun buat apa yang Tok suruh.
Kata Tok.."Kang idak le susah orang nak mandikan aku"
Tok suruh mak kemas umah..kata Tok..
"Kemas2 sket umah ni..kang orang nak datang..aku ni tak lama dah..."

Ble dengar je Tok cakap camtu..cecepat Mak panggil opah.
Opah pun pergi dekat Tok n mintak ampun.
Tak lama lepas tu Tok 'pergi'.
Yang bestnya..Tok pergi dengan takbir..
sayu je sambil angkat kedua-dua tangan dan letak atas pusat.
 
Aku sll dengar org cte..
bila kte nak pergi menghadap Allah SWT..
kte akan ulang sume amalan yang mase hidup.
Kalo mulut kuat mencarut..mmg mencarut je yg kuar kot..

Ahad lepas pulak Tok aku sebelah abah pulak meninggal.
Sempatla aku melawat Tok seminggu sebelum Tok 'pergi'
Tok tak sakit, cuma Tok dah lemah.
Ble cek kat spital, Tok bebas dari sebarang penyakit.
Cuma Tok lemah sbb dah tua, umur dah 89 tahun.
 
Tingat masa aku melawat Tok..
Suara Tok lemah..kene dekatkan tinge baru dengar.
Tok tanya aku jam kul bape..sbb die nak solat.

Allahu Akbar..sentap aku..
Aku yang masih kuat ni pun tak alert waktu solat.
Ble Tok baring2, aku ajarkan Tok ucap Allahu Akbar.
Tok trus sebut..

"Allahu Akbar..Asyhadualla ilaha illah.."
Upenye Tok laungkan azan sampai abes..
Lidah Tok tak patah pun sebut nama Allah SWT.

Tok bekas bilal kat kampung..
Tok bilal..sll azan..mase nak 'pergi' menghadap Allah SWT pun Tok azan jgk..

Ingatan Tok kuat..
Tok ingat nama cucu die..Umur cicit die..
Tok tak nyanyuk..
Sebab lepas solat fardhu Tok rajin baca Quran.
Tiap kali Ramadhan Tok khatam Quran.

Aku tersedar..kalo tiba 'waktu' aku..
apa yang akan aku 'ulang'?
apa amalan aku selama ni?
Ya Allah takutnya aku..ampunkan dosa2 hambaMu ini Ya Allah!!

Dialog Lelaki British dan Sheikh.


A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh:... Why do your girls cover up their body and hair? The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I asked you to take one of the sweets which one will you choose? The British replied: The covered one. The Sheikh said: that’s how we treat and see our woman....


Seorang lelaki British datang kepada Sheikh dan bertanya: Mengapa tidak dibenarkan dalam Islam bagi wanita untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki? Sheikh berkata: Bolehkah anda berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth? Lelaki British berkata: Sudah tentu tidak, hanya terdapat orang-orang tertentu yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth. Sheikh menjawab: Wanita kami adalah permaisuri dan permaisuri tidak berjabat tangan dengan lelaki yang lain.

Kemudian lelaki British telah meminta Sheikh: Kenapa gadis anda menutup tubuh dan rambut mereka? Sheikh tersenyum dan menunjukkan dua gula-gula, dia membuka yang pertama dan disimpan satu lagi ditutup. Ia melemparkan mereka kedua-dua di atas lantai yang berdebu dan bertanya kepada lelaki British: Jika saya meminta anda untuk mengambil salah satu daripada gula-gula itu yang mana satu akan anda pilih? Lelaki British menjawab: Yang ditutup. Sheikh berkata: Begitulah bagaimana kami melayan dan melihat wanita kami ....

Thursday, February 16, 2012

Perbezaan Antara Datuk dan Dato'

Apa beza gelaran Dato' dan Datuk?

Ni penjelasannya..

Dato’ - Gelaran bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh 
Kerajaan Negeri  yang diketuai oleh Sultan atau Raja sahaja. (kecuali Pahang)

Datuk - Gelaran bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.  (termasuk Pahang)
 
 Datuk AC Mizal n Datuk Eizlan yang menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang. 

Aku pun tak sure apa jasa dorang dapat Datuk..tapi mereka skrg adalah Datuk. Sekian...

 Datuk Malek Noor. Juga menerima gelaran DIMP dari Kerajaan Pahang.

Banggalah dengan kejayaan beliau membawa nama Malaysia ke mata dunia. Lebih bangga dengan perubahan beliau skrg. Alhamdulillah.

 Chef Wan menerima gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan setelah 4 kali menolak gelaran tersebut dari 4 buah negeri.

Haruslah dapat gelaran ni..satu dunia kenal Chef Wan.

 Datuk Shah Rukh Khan. Penganugerahan dari Negeri Melaka.

Hmm...no comment!!

 Datuk Sudirman Haji Arshad. Beliau menerima gelaran ini setelah 17 tahun pemergiannya.

Beliau sangat dahsyat..berjaya membawa Malaysia ke mata dunia melalui hiburan. Hiburannya pula bukan hiburan kosong.

Friday, February 10, 2012

Hulurkan Bantuan


Mohd Zulhafiz Abdul Ghani yang menderita ketumbuhan seberat 20kg di bahunya dan baru-baru ni ketumbuhan itu pecah. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Mohd Zulhafiz iaitu akaun BSN: 1413329000035341 atau menelefon Supiah di talian 013-9147462.

Wednesday, February 8, 2012

Ganti Senapang Dengan Tasbih..Malaysia Boleh Tak?

Jangan Percaya Nama Anak-anak Jin.

Info dat i got from fb. Ada yg dah tukar nama anak pun..

 Sumber Info : Program Tanyalah Ustaz bersama Al-fadhil Ustaz sharhan Shafiee
Tajuk Perbincangan : Indahnya Perubatan Islam | Nama kegemaran dan pilihan Jin untuk anak mereka
  • Balqis, 
  • Qistina, 
  • Batrisyia, 
  • Erisya (Arisya), 
  • Dzakwan, 
  • Najwa.
*atau yg seumpamanya, sebab tak sure ejaan yg betul

Menurut Ustaz Sharhan dengan meletakkan nama-nama ini anak-anak mungkin mudah mendapat penyakit pelik-pelik. Sekiranya sudah terberi, contohnya Nur Qistina, boleh dipanggil 'Nur' bukan Qistina, sekiranya Muhamad Dzakwan, boleh dipanggil 'Muhamad', (Terutama bagi anak-anak kecil yg sering menangis cuba panggil dengan panggilan lain)


Ni pulak komen Ustaz Zaharuddin yang dah merujuk kepada Ustaz Haron Din.



At first aku pun pcaye. Yelah..ustaz yang bagitaw..siap masuk tv lak tu. Selamat aku disedarkan oleh kakak saudaraku..alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...