Wednesday, December 28, 2011

Qarin : Kembar Setiap Manusia

Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi. Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Bese dengar tak cte-cte seram yang seumpama cte ni?
Bese kan..jgn terkejut kalo 1 day korang pun terkena.
Wuhuuu..aku tanak..

Sebenarnya makhluk yang mengganggu tu adlh Qarin.


Masa kecik-kecik dulu sll dgr ustaz or ustazah bercerite yang setan sll membisikkan kata-kata jahat utk mendorong kita melakukan dosa. Contoh macam dalam pic kat atas ni kan? Masa kecik-kecik maybe cte yang disampaikan lebih ringan dan mudah utk kita fahami. Tapi apa yang kita tak tahu?
Sebenarnya yang berbisik pada kte tu adlh QARIN.
Apa itu Qarin?
Dalam Bahasa Arab Qarin bermaksud sahabat atau peneman.
Qarin mengiringi manusia sewaktu dilahirkan.
Ada yang kata uri tu 'kawan' kite, Qarin kte. Yang tu aku taktaw la.

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai Qarin.
Qarin tu adalah kembar manusia.
Qarin kte sumenye kafir melainkan Qarin Rasulullah SAW sahaja yang Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Qarin ni selalu membisikkan kata-kata jahat kat tinge kte.
Kadang-kadang sampai menimbulkan rasa was-was.
Sebab tu kte akan rasa malas nk solat walaupun kte sedar berdosa.
Kadang-kadang kte was-was wuduk kte dah terbatal ke masa tgh solat.

Tapi Allah SWT Maha Adil.
Allah SWT mengutuskan malaikat utk membantu kte melawan bisikan Qarin.
Malaikatlah yang membisikkan kata-kata pematah usaha Qarin utk menyesatkan kte.
Cara nak melawan bisikan Qarin dengan membaca Bismillah di setiap awal aktiviti dan berzikir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...