Thursday, December 22, 2011

Hujan Rahmat : Keluh-kesah Bila Hujan Turun.

Sepanjang hari ni, cuaca redup dan mendung je.
Rini aku g keje gn hubby sbb die shift pagi.
Kami breakfast sesame.
Selalunye kuar umah takdelah segelap pagi tadi.

"Dapat sambung tido syok woo.."

Sampai la skrg ni jam 4 ptg..still mendung..
Hujan tak lebat..tapi skali-skali renyai2..
Buat aku rasa nak terlena.

Kenapa tiap kali hujan mulalah orang nak merungut?

"Ala habislah kain tak kering!"
"Hujan la pulak..mesti jem balik ni"
"Janganlah hujan..takleh nak joging petang ni"
"Alamak..hujan2 ni ape pun takleh nak buat"

Paling tidak pun cam ayat aku kat atas tadi..
"Best tido ujan-ujan ceni"

Ku sangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari.
Peribahasa ni pun menunjukkan seolah-olah hujan tu sesuatu yang buruk datang di tengah2 keselesaan. Bukanke hujan tu rahmat dari Allah SWT?

Kat tempat lain, orang berdoa mintak turun hujan.
Kalo dolu-dolu siap ade benda karut BOMOH HUJAN.
Tapi kita mengeluh pulak..??

Kan elok kalo digantikan bebelan tadi dgn doa ni..
"Allahumma syaiyiban nafi'a" 
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)

 Sebab hujan tu mmg rahmat sebenarnye..bukannya bala.
Tak baik kan kita mengeluh bila hujan turun.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Nabi SAW juga pernah berpesan,
berdoalah ketika hujan turun kerana ketika itu langit terbuka luas dan doa mustajab.
Jadi bila hujan jangan pk nak tido je..bek kita berdoa kan..
Silap dah aku selama ni..

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Untuk peringatan bersama..
pasni kalo hujan, hentikan keluh-kesah n bebelan.
 Sebaliknya nikmatilah rahmat Allah swt tu.
Berdoa dan mintalah segala kebaikan.
Semoga doa-doa kita termakbul dan Allah swt akan terus menurunkan rahmat buat kita semua.
InsyaAllah.

1 comment:

Ann Ishak said...

saya suka bila hujan...baru ada mood nak makan soup panas2 kan, ermmm bestnya hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...