Thursday, December 29, 2011

Apa Yang Susah Bebenor Nak Dapat Kuarters Kat Putrajaya Ni?!?!

Orang sll kate..
"Beselah org gomen ble buat keje mmg lembab cam siput"

Dulu b4 aku masuk gomen mmg aku terpengaruh dgn cakap2 org.
Tapi ble aku dah masuk gomen baru aku taw kenapa dorg lambat.
Bukan lambat tapi teliti.
Bekerja utk satu jentera yang besar memacu negara, so kene lebih berhati-hati.
Once buat salah, mmg org akan hantam.
Lebih teruk dr org hantam sbb 'lembab'.
Gomen bukan setakat bekerja utk sebuah syarikat je.

Actly bukan sume sektor gomen tu lembab.
Ada je yg cepat tp org tanak puji pun.
Swasta pun ade jugak yg lembab tp org tanak caci pun.
Apa2pun..skrg ni aku nk mengadu psl sektor gomen yg lembab..

Dah cukup setahun aku apply kuarters kat Putrajaya ni.
Seingat aku lah,aku apply since b4 kawen lg.
Nak kata takde kuarters kosong, aku tgk melambak2 kuarters tak berpenghuni kat Putrajaya tu.

Dari bulan Januari sampai Mei aku dok hantar surat rayuan.
Konon kalo ade surat rayuan lebih cpt dapat.
Aku pun fax n sent banyak surat rayuan.
Macam2 alasan aku bagi..
Dan alasan aku bukan yg aku reka-reka..mmg hakikat..
Tapi jawapan nyee..

Jawapan dari Bahagian Pengurusan Harta (BPH)

Jangan kata aku tak bersabar!!
Aku sabar la ni.
Dah setahun kot..

Ingat gaji laki aku besar sangat nak bayar sewa umah RM600 tu??
RM600 maybe murah bg org yg gaji besar..
Tapi gaji laki aku taklah sebesar mane.
Dah tu umah sewanya sekangkang kera.
3 bilik 1 toilet, dapur pulak 2,3 langkah aku je.
Bocor lak sane cni..tiap kali ujan mesti carpet basah.
Ok yg ni bukan masalah BPH.

Apa yang buat aku lebih BENGANG..
kawan aku apply bulan JUN.
Maknanye 5 bulan LEWAT dari aku.
Tapi bulan Oktober die dah dapat kuarters dah.
ADIL ke?

Apa speselnye die?
Ke sebab ada 'orang dalam'?
Abes aku yang takde 'org dalam' ni cane?
Ogak-ogaklah..
jgnlah buat orang camtu..tak baik taw..
Masing-masing ada masalah sendiri.
Be fair lah..

Ni jawapan kepada aduan aku semalam.

Pasni aku nak tengok bape lama lagi aku kene tunggu??

12 comments:

WaNz said...

berapa lama dapat kuarters ni ???

admin said...

dah dapat kuarter ke?

Anonymous said...

dah dapat kuarters ke??...

Yani Ismail said...

As Salam...puan dah dpt kuarters ke? Saya mmg bercadang nak buat surat rayuan. Moga ikhtiar saya berhasil...

hock seng said...

Bro, kuarters kosong bukan saje2 kosong. Ada sebabnya. Cakap mcm xde otak

Anonymous said...

puan, untuk makluman puan, kuarters yang puan katakan melambak-lambak kosong tu, bukanlah sengaja dikosongkan atau sengaja tidak mahu diserahkan kepada penjawat awam. Beberapa perkara perlu puan pertimbangkan, contohnya, pendawaian elektrik rosak, sistem perpaipan rosak, dinding retak, proses pembaikpulihan, dsb. Kebanyakan kerosakan ini di lakukan oleh penjawat awam yang tinggal disity sebelum ini. Proses membaik pulih bukan boleh dilakukan sehari dua. kadang2 mengambil masa berbulan, kerani pihak BPH tidak mengambil sebarangan kontraktor untuk tujuan ini. Malah bukan sedikit jumlah kuarters yg perlu diselenggara. Minta puan tidak terlalu emosi dan tidak menuduh memBABI buta sahaja..

Anonymous said...

Saya telah memohon Kuarters tahun 2013,tapi hingga sekarang (Mac 2015) masih menunggu......

Ada telepon BPH...jawapannya... tunggu ikut giliran..... huhuhuhuhu....

Anonymous said...

yela bodohhh ko ingt ko sorg je ke menunggu..sbr la skit..ckp mcm org xbole pk je..

Anonymous said...

sebelah rumah kuaters seorang sahabat sy di opis ni kosong... bertahun juga la tak berpenghuni... macamner plk?

Anonymous said...

Alaaa BPH ni kuat bagi alasan jaa untuk mengelak daripada ditanya, takat alasan nak repair x kan memakan masa yang sgt lama? abis tu apa guna kerajaan membelanjakan sejumlah wang untuk membangunkan bangunan kuaters kalau bukan untuk didiami. Kata kemudahan untuk penjawat awam tapi yang dok ada tak boleh plak masuk mcm mana tu???

Anonymous said...

MEMANG BODOH TAHAP ABADI PUN BPH NI.... SELAGI KO XDE ALASAN SIKIT HARI LAGI NK MAMPOS ATAU TAHAP KOMA BARU NAK TERIMA MASUK KUARTERS AGAKNYA. PENIPU. DARI ORG ATAS SAMPAI ORG BAWAH MMG KAKI PUTAR BELIT PUNYA ORG. NAK TAU JGK BERAPA RAMAI STAF BPH YANG XDAPAT KUARTERS YE???? huhuhu

Anonymous said...

aku da bosan dan malas pasal memohon kuaters bph ni...turun naik pejabat menteri wilayah minta surat rayuan..siap sign menteri..lepas tu g BPH naik direct jumpa datuk@bos besar bph..macam haram..sampai sekrang no respon..masalahnya ada kawan sekerja baru SEBULAN masuk tukar kerja putrajaya da dapat kuaters..entah cabel sial mana dia ambik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...